You are on page 1of 41

PENDERMAAN ORGAN

DARI PERSPEKTIF AGAMA


SEMUA AGAMA UTAMA DI DUNIA
MENYOKONG PENDERMAAN
ORGAN
PEMINDAHAN ORGAN

 Pemindahan organ adalah satu


kaedah rawatan moden yang
terbukti berkesan bagi merawat
sesetengah jenis penyakit yang
boleh membawa kepada maut
PEMINDAHAN ORGAN

 Pemindahan organ adalah satu


kaedah rawatan yang tidak disebut
secara spesifik tentang hukumnya di
dalam al-Quran ataupun al-Hadith
kerana ianya adalah satu
perkembangan baru dalam dunia
perubatan
Catatan silam Islam

 Di dalam sejarah awal Islam, tiada catatan mengenai


pemindahan organ.
 Bagaimanapun, wujud beberapa catatan mengenai
replantasi yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
apabila baginda merawat mata Qatada Ibn Nu’man dan
tangan Muawith Ibn Afra serta Habib Ibn Yusuf yang
tercedera semasa Perang Badar (624 M) dan Perang
Uhud (625 M).
 Juga, ulama klasik terkenal, Imam Nawawi dan Imam al-
Shirbini mengharuskan transplantasi melibatkan gigi dan
tulang.
PEMINDAHAN ORGAN

Justeru, fatwa dibuat berlandaskan prinsip-


prinsip penentuan hukum syariah seperti
berikut:
1. Al-Quran
2. Al-Sunnah
3. Ijmak (persepakatan para ulama)
4. Qias (perbandingan hukum-hukum yang sudah
ada dengan hukum-hukum baru)
5. Istihsan (mengutamakan yang terbaik
mengikut hukum fiqh)
6. Masalih mursalah (yang diterima baik dan
diamalkan secara berterusan)
7. Sad al-dhari’ah (menutup hukum keburukan
dari berleluasa)
8. Syar’u man qablana (sumber hukum dan
pandangan ulama terdahulu)
9. Istishab (hukum yang diambil dari para
sahabat)
10. ‘Amal Ahli Madinah (pelaksanaan hukum
yang dilaksanakan oleh penduduk Madinah)
PEMINDAHAN ORGAN

Fatwa dibuat berdasarkan prinsip:


• Keperluan mengatasi larangan
• Memilih jalan yang paling kurang mudarat
• Mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar
KEPERLUAN MENGATASI
LARANGAN

“…maka sesiapa terpaksa (kerana


darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula ia
melampaui batas, maka tidaklah
ia berdosa”.
(Surah al-Baqarah, ayat 173)
MEMILIH JALAN YANG
PALING KURANG MUDARAT

“…barangsiapa yang
menyelamatkan satu nyawa,
maka seolah-olah ia telah
menyelamatkan nyawa umat
manusia keseluruhannya”.
(Surah al-Maidah, ayat 32)
MUDARAT PERLU DIRAWAT
DENGAN BERIKHTIAR

“Allah telah menyediakan


kemudahan untuk kamu. Dia
tidak meletakkan kamu dalam
kesusahan”.
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Menyelamatkan nyawa seseorang adalah di
antara tujuan “maqasid syariah.” Kaedah
pemindahan organ membuka ruang yang
lebih luas untuk menyelamatkan nyawa
manusia.
MAQASID SYARIAH

 Menyelamatkan agama
 Menyelamatkan nyawa
 Menyelamatkan akal
 Menyelamatkan keturunan
 Menyelamatkan harta benda
Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:
(i) Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa
pesakit
(ii) Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada
penderma atau penerima organ
(iii) Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk
membantu kerana Allah s.w.t.
(iv) Organ tidak diperniagakan
(v) Pendermaan organ mendapat keizinan penderma dan ahli
keluarganya atau warisnya
Kategori organ menurut Islam

 Mufti Tunisia, Sheikh Muhammad al-Mokhtar as-Salami


membahagikan organ kepada 4 kategori:
– Organ primer (penting untuk kehidupan, tanpanya kehidupan
adalah mustahil – jantung)
– Organ-organ sekunder kritikal (penting untuk kehidupan,
membantu fungsi organ primer – paru-paru, ginjal dan hati)
– Organ-organ sekunder sokongan (organ-organ penting tetapi
tidak kritikal untuk menyokong kehidupan, tanpanya seseorang
itu masih boleh hidup walaupun dengan kecacatan – mata dan
anggota luaran)
– Lain-lain organ yang tidak terangkum di bawah 3 kategori di atas
Fatwa di Malaysia

23 Jun 1970:
Harus memindahkan mata (kornea) dan jantung
daripada penderma kadaverik kepada orang hidup,
dengan syarat:
 Tiada alternatif lain
 Kematian penderma telah dipastikan
 Tiada pembunuhan atau perdagangan organ telah
berlaku
 Kebenaran penderma dan waris telah diperolehi
Fatwa di Malaysia

13 Disember 1989:
Mengasingkan pesakit yang didiagnos dengan
mati otak daripada pesakit-pesakit lain yang
mempunyai prognosis yang lebih baik untuk
hidup di dalam ICU tidak bertentangan dengan
Islam.
Fatwa di Malaysia

21 Jun 1995:
Penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit
adalah harus, dengan syarat:
 Graf tisu hanya digunakan untuk tujuan
perubatan dan bukan untuk tujuan lain
 Graf tisu tidak boleh disalah guna untuk tujuan
perdagangan dan lain-lain
Fatwa negeri-negeri di Malaysia

6 November 1965 (Perlis):


Harus memindahkan kornea daripada orang
yang meninggal dunia, dengan syarat:
 Dilakukan untuk kepentingan umum
 Kebenaran telah diperolehi daripada penderma
dan warisnya
Fatwa negeri-negeri di Malaysia

1996 (Johor):
Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor
menyatakan pemindahan organ mati otak
dan selepas meninggal dunia diharuskan.
Fatwa negeri-negeri di Malaysia

1 Januari 1997 (Sarawak):


Harus memindahkan ginjal daripada penderma hidup atau yang
telah meninggal dunia.
Bagi penderma hidup:
 Menderma dengan ikhlas
 Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan tidak akan
memudaratkan penderma
 Tiada jual beli berlaku
Bagi penderma kadaverik:
 Kebenaran telah diperolehi
 Disahkan oleh pakar perubatan bahawa ginjal yang diderma boleh
digunakan untuk transplan
 Ginjal yang diderma hanya digunakan untuk tujuan perubatan
 Tiada jual beli berlaku
Fatwa negeri-negeri di Malaysia

 Fatwa Pendermaan Organ Negeri Perak


menyatakan pendermaan mata adalah
diharuskan
 Fatwa Negeri Selangor membenarkan
pemindahan organ
Fatwa-fatwa di dunia Islam

 1952, 1959 dan 1966: Transplan kornea adalah harus (Mesir)


 1969: Transplan kornea adalah harus (Persidangan Negara-negara
Islam, KL)
 1972: Pendermaan organ adalah harus (Algeria)
 1973: Graf kulit kadaverik dari penderma yang tidak dikenali adalah
harus (Mesir)
 1977: Pendermaan organ adalah harus (Jordan)
 1978: Pendermaan organ adalah harus (Arab Saudi)
 1979: Organ boleh diambil dari penderma hidup atau kadaverik (Mesir
dan Kuwait)
 1982: Transplan kornea adalah harus (Arab Saudi)
 1985: Transplan kornea adalah harus (Liga Dunia Islam)
 1987: Mati otak diiktiraf sebagai satu bentuk kematian (OIC)
 1988: Pendermaan organ adalah harus tetapi jual beli organ adalah
Pengalaman Arab Saudi
Arab Saudi dianggap sebagai negara Islam yang
konservatif tetapi negara ini mempunyai jumlah penderma
organ yang tinggi.
Berikut adalah statistik pendermaan organ di antara tahun
1979 hingga 2002:
 Ginjal (hidup): 2,492
 Ginjal (kadaverik): 1,267
 Jantung: 92
 Hati (hidup): 54
 Hati (kadaverik): 225
 Paru-paru: 8
 Ginjal + pankreas: 5
Pengalaman Singapura

 Singapura mempunyai Akta Transplan Organ


Manusia (HOTA) yang mewajibkan semua
rakyat Singapura kecuali orang Islam
menjadi penderma organ.
 HOTA menganggap semua rakyat bersetuju
untuk menderma organ melainkan orang
tersebut mengisi borang “opt-out” yang
menyatakan secara spesifik yang dia
menentang pendermaan organ.
Pengalaman Singapura

 Oleh kerana umat Islam Singapura tidak tertakluk


kepada HOTA, wujud satu masalah besar…
– 21% daripada 541 orang yang menunggu untuk mendapat
organ baru di Singapura adalah orang Islam
– Bagaimanapun hanya 2% orang Islam yang telah menerima
organ kerana pengikrar organ mendapat prioriti
– Untuk ginjal, bukan pengikrar perlu menanti sehingga 15
tahun berbanding 5 tahun untuk pengikrar
– Hanya 16,000 orang Islam di Singapura yang menjadi
pengikrar berikutan fatwa MUIS pada tahun 2004 yang
menyatakan bahawa ikrar tidak boleh dibuat di hadapan
mana-mana 2 orang Islam dewasa dan tidak semestinya di
hadapan ahli keluarga
Pengalaman Singapura

 Maka, satu fatwa baru


telah dikeluarkan pada
tahun 2007 oleh Mufti
Singapura, S.S. Syed
Isa Semait, yang
menyatakan bahawa
sistem “opt-out” di
bawah HOTA tidak
bertentangan dengan
hukum syarak.
Mati otak di dalam dunia Islam

 1985 – Pakar fiqh Muslim membincangkan konsep mati


otak di Jeddah tetapi tiada kata putus diambil.
 1986 – Pakar fiqh Muslim mengeluarkan Deklarasi
Amman mengenai mati otak, yang menyatakan bahawa
seseorang itu meninggal dunia sekiranya sama ada
jantung dan pernafasannya berhenti, atau semua fungsi
otak berhenti dan otak mula mencair.
 17 Oktober 1987 – Akademi Fiqh Islam di Makkah
menyokong konsep dan amalan diagnosis mati otak.
Mati otak di dalam dunia Islam

 Arab Saudi, Turki, Kuwait, Jordan dan Iran adalah


negara-negara Islam yang maju di dalam diagnosis mati
otak dan aktif di dalam pendermaan organ daripada
penderma kadaverik yang mati otak.
– Turki mempunyai garis panduan ketat yang hanya
membenarkan pakar kardiologi, pakar bedah neuro, pakar
neurologi dan pakar bius untuk membuat pengesahan.
– Iran mensyaratkan 3 pakar untuk membuat pengesahan, dan
pemerhatian dibuat sehingga 36 jam.
– Bangladesh mensyaratkan 3 pakar untuk membuat pengesahan
dan salah seorang daripada mereka mesti sekurang-kurangnya
berjawatan Profesor Madya.
– Indonesia mensyaratkan 3 pakar untuk membuat pengesahan
dengan kehadiran seorang peguam.
Mati otak di dalam dunia Islam

 MUIS mengiktiraf dan mengharuskan konsep


mati otak, dan telah mengeluarkan fatwa yang
mengharuskan diagnosis mati otak.
 Bagaimanapun, negara-negara seperti Mesir,
Syria dan Pakistan tidak mengiktiraf dan tidak
mengamalkan konsep mati otak.
Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam
mengenai pendermaan organ :
Rasulullah s.a.w. pernah melarang tulang
orang mati dihancurkan. Jadi, adakah
mengambil organ dari si mati dianggap
sebagai menyiksa mayat?

Fuqaha mutakhir (Ulama muktabar) telah mengharuskan


pembedahan ke atas mayat dengan tujuan penyelidikan, rawatan
bagi suatu penyakit atau bagi menentukan sebab-sebab jenayah.
Keharusan ini adalah diasaskan kepada prinsip darurat. Perkara-
perkara terlarang diharuskan apabila berlaku darurat.
Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam
mengenai pendermaan organ :
Jasad manusia adalah amanah Allah s.w.t. kepada
manusia. Adakah kita pecah amanah (khianat)
dengan mendermakan organ kita kepada orang lain?
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah
kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila
menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan
dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah An-Nisa: Ayat 58)
“.dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang dikurniakan
kepada kamu.”
(Surah An-Nur: Ayat 33)
Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam
mengenai pendermaan organ :
Adakah penderma organ akan dibangkitkan
dengan organ-organnya yang telah
didermakan di hari akhirat kelak?
Dari Jabir r.a bahawa Nabi SAW bersabda
“Sesiapa yang mati pada masa ia taatkan Allah, beramal soleh,
maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dalam keadaan
yang menyukakan; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam
keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia
dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakan”
(Riwayat Muslim & Ibnu Majah)
Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam
mengenai pendermaan organ :
Adakah penderma organ akan menanggung
dosa orang yang menerima organnya selepas
organ itu didermakan?
”Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap
seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung
dosanya, dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul
dosa perbuatan orang lain”. Kemudian kepada tuhanmulah kamu
kembali, dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu
perselisihkan.
(Surah Al-An’am: Ayat 164)
Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam
mengenai pendermaan organ :
Bolehkah orang Islam mendermakan organ
kepada orang bukan Islam?
“…barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka
seolah-olah ia telah menyelamatkan nyawa umat manusia
keseluruhannya”.
(Surah al-Maidah:ayat 32)

”....Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai


orang-orang yang berbuat baik”.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 195)
“Tiada hujah boleh diperolehi mengenai
larangan pendermaan organ. Sebarang
larangan perlu dilandaskan kepada asas-asas
hujah dari sumber-sumber fiqh Islam. Menderma
darah dan susu adalah harus walaupun ia
datang daripada tubuh badan manusia.
Menggunakan kiasan ini, pendermaan organ
adalah harus.”
Sheikh Yusuf al-Qaradawi (2003)
“Kita amat maklum bahawa organ atau tubuh
manusia jika tidak didermakan akan mereput
dan dimakan oleh ulat beberapa hari selepas
kematian. Jadi, mengapa tidak didermakan
(organ-organ itu) untuk manfaat mereka yang
memerlukan? Ganjaran dan balasan yang akan
diperolehi adalah amat besar, berbanding
dengan membiarkan tubuh itu binasa begitu
sahaja.”
Sheikh Yusuf al-Qaradawi (2003)
“Kami (umat Islam) tiada keraguan untuk
menyatakan dengan sepenuh hati bahawa
bukan sahaja umat Islam diharuskan menjadi
penderma organ dan tisu – malah ini adalah
satu tanggungjawab.”
Sheikh Zaki Badawi (2004)
”Hai manusia sesungguhnya kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-
mengenal, Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui lagi Maha mengenal.”

(Surah Al Hujarat: Ayat 13) ”


Wallahu’alam
Terima Kasih

You might also like