PERTANDINGAN MELAGUKAN SYAIR MINGGU BAHASA MRSM

MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Setiap maktab dikehendaki menghantar 2 orang peserta yang terdiri daripada 1 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan. Pertandingan terbuka untuk pelajar-pelajar Menengah Rendah sahaja Peserta dikehendaki melagukan atau mendendangkan sebuah syair (jenis lagu panjang) yang berkaitan dengan tema yang telah ditetapkan. Iringan muzik secara terus (live) dengan menggunakan 1 alat muzik dan dimainkan oleh seorang pemain atau rakaman adalah dibenarkan. Alat muzik atau rakaman tidak disediakan oleh pihak maktab yang menjadi tuan rumah. Lirik syair tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif. Lirik syair mestilah dalam Bahasa Melayu. Masa persembahan tidak melebihi 5 minit. Markah tidak akan diambil kira selepas dari 5 minit. Pakaian peserta hendaklah sesuai dan tidak mencolok mata. Penggunaan prop dan sebarang sumber atau benda berbahaya adalah tidak dibenarkan. Hadiah akan diberikan kepada Johan dan Naib Johan Syair (Lelaki dan Perempuan)

PEMARKAHAN & PENGHAKIMAN
1. Pemarkahan untuk pertandingan ini adalah berdasarkan ciri-ciri berikut: 1.1 Kesempurnaan Nada / Prasa Syair 35 markah 1.2 Kemerduan Suara 35 markah 1.3 Lirik 15 markah 1.4 Persembahan 15 markah Pertandingan ini dihakimi oleh 5 orang hakim dengan seorang hakim akan bertindak sebagai Ketua Hakim. Setiap hakim akan menghakimi semua bahagian.. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim dan keputusan hakim adalah muktamad.

2. 3. 4.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful