You are on page 1of 6

IBADAH MEMBINA INSAN BERKUALITI

PENGENALAN
Manusia yang hidup di muka bumi ini pasti akan tertanya-tanya tentang segala macam persoalan

yang timbul di setiap kotak fikiran mereka iaitu bagaimana terciptanya manusia?Adakah dari pasir
atau tanah liat yang dibentuk menjadi seorang manusia yang sempurna sifatnya, yang memiliki
kewarasan akal fikiran yang membolehkan manusia berfikir secara positif. Seterusnya , untuk apa
manusia diciptakan? Adakah sekadar untuk menjadi hiasan di dunia ini sahaja atau sebagai seorang
hamba yang taat kepada Allah S.W.T. .Sudah pasti pelbagai jawapan yang bermain di minda setiap
insan, dan persoalan yang terakhir ialah ke manakah destinasi yang seterusnya apabila seseorang
manusia meninggalkan dunia buat selama-lamanya? Adakah ke syurga ataupun neraka tanpa
dihisab amalannya semasa hayatnya telebih dahulu. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini pasti
akan menjadi panduan kepada cara perjalanan hidup seseorang insan yang lahir di muka bumi ini
sehingga roh keluar meninggalkan jasad.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Taha ayat 55 yang bermaksud :

Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan

daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud :

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa ilaihi
raaji'uun
Kesimpulannya ialah setiap umat islam mestilah sedar bahawa mereka dicipta oleh Allah

S.W.T untuk menjadi hamba yang taat kepada suruhannya..Mereka akhirnya akan kembali ke

hadratnya, dihitung segala amal ibadat, diberi balasan di syurga atau neraka yang kekal sifatnya

bergantung kepada amalan setiap manusia. Kesemua ini patut dijadikan landasan kepada umat

manusia untuk mereka menjalani kehidupan, agar mereka dapat memperolehi balasan yang baik

iaitu syurga dan mereka yang akan kekal di dalamnya.


PENGERTIAN IBADAH
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”

(Adz-Dzaariyaat : 56)

“ Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk

membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang

Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan.

Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap

pagi dan petang."    Hadis Qudsi.

Ibadah dari segi bahasa membawa maksud merendah diri,patuh,taat,tunduk,menghina diri

dan memperhambakan diri kepada yang lain. Ianya berasal dari perkataan Arab. Ini kesemuanya

adalah difokuskan secara subjektif atau secara umum.Terdapat beberapa perkara yang dapat

digambarkan atau dikatakan sebagai ibadah, contohnya seorang isteri yang mentaati suaminya dan

menjalankan segala tanggungjawabnya. Begitu juga dengan seorang pekerja yang melaksanakan

tugasnya mengikut arahan dari majikannya.

Dari segi istilah pula,ibadah membawa maksud khusyuk kepada Allah S.W.T ,taat, patuh dan

merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T mengikut peraturan dan suruhan Allah

sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah

dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan

kecintaan kepada Allah swt. Jelaslah disini bahawa ketundukan dan kepatuhan seseorang manusia itu

hanya ditujukan kepada Allah S.W.T

.“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan

mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  Ali Imran : 31

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya

kepada Allah.” Al-Baqarah : 165

Ketundukan kepada Allah S.W.T bermaksud menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan

segala perintah yang disyariatkan Allah S.W.T. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar

terhadap keesaan Allah S.W.T dan kekuasaannya atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan

dan kekerdilan diri sendiri. Kecintaan dan kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada

Allah S.W.T. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah S.W.T, nikmat-nikmat

dan rahmatnya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan

Allah.

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan

konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang

berterusan kepada Allah S.W.T, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan

olehnya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-

mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita

dari ibadah khusus.  Ibadah khusus (Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana 

yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus

seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan

menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan berhenti setakat sempadan yang telah

ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah tanpa boleh ditambah

atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya) Ibadah umum (Segala perkara atau

amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari

keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya)
IMAN DAN IBADAH

Tunjang utama asas ajaran islam ialah iman dan ibadat kepada Tuhan Maha Esa iaitu Allah

S.W.T yang wajib kita bersama-sama sembah secara ikhlas serta tidak dalam bentuk paksaan. Telah

menjadi tanggungjawab serta lumrah kehidupan manusia khususnya umat islam untuk menyerah diri

dan mendorong mereka mencari Tuhan atau Kuasa Yang Tertinggi iaitu Allah S.W.T. . Jika kehidupan

rohani ini tidak dipenuhi dan diselimuti dengan menyembah Allah S.W.T serta bertakwa kepadanya

maka ia boleh mendorong mereka mencari serta menyembah selain dari Allah S.W.T seperti dewa-

dewa,matahari,bulan,bintang,hantu,syaitan dan sebagainya.

Tidak ada sebarang kebaikan dan faedah kepada manusia sekiranya mereka beriman dan

beribadat melainkan mereka melakukan tiga perkara mengikut dasar tertentu iaitu iman yang bersih

daripada sebarang syirik, ibadat menurut cara yang ditetapkan dan dengan ikhlas dan yang terakhir

sekali mematuhi hukuman Tuhan.

Menjadi seperti riadah badan sekiranyan ibadah yang dilakukan tidak dilahirkan dari iman yang

sejati dan tulus ikhlas datang dari hati nurani. Iman yang sejati tidak akan sempurna sekiranya tidak

ada kepatuhan serta ketakwaan kepada perintah dan hukuman kepada yang Esa. Disini jelaslah bahawa

Tuhan itu Maha Esa lagi Maha Perkasa. Seluruh alam semesta serta isi kandungannya diciptakan oleh

Yang Maha Esa. Segala nikmat dan rezeki yang diberikan sejak dilahirkan sehinggalah ditamatkan

riwayatkan hanyalah dari Allah S.W.T. . Oleh yang demikian tidak sepatutnya manusia berlaku syirik

atau bersekutu kepadaNya kerana manusia juga haruslah sedar bahawa Allah S.W.T tiada

bandingannya dengan yang lain serta hendaklah bertakwa sepenuh hati tanpa sebarang keraguan.
Kesimpulannya ialah iman dan ibadah mempunyai hubungan yang sangat erat kerana lahirnya

ibadah itu ialah datannya dari keimanan,sedangkan keimanan itu lahir sebagai tanda bukti kebesaran

Allah S.W.T di hadapan manusia dan keimanan juga akan dapat melahirkan ketaatan,kepatuhan

ketundukan serta ketakwaan kepada Yang Maha Esa dan itulah yang dinamakan IBADAH.

" Dan Aku tidak menciptakanjm dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sekali-

kali tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak mengehendaki mereka memberi Aku makan. "

(Surah Adz-Dzaariy at, ayat 56-57)

Untuk menjadikan seseorang itu muslim mestilah menjadikan kehidupan ini memenuhi tuntutan dalam bentuk

peribadatan yang telah ditetapkan oleh Islam. Samaada dari sudut hati, lidah dan seluruh anggota serta

segala amal perbuatannya mengikut ketetapan syariat Islam. (Fathi Yakan: 2000: 32-33)

You might also like