You are on page 1of 6

SINOPSIS CERPEN TINA

Cerita ini mengisahkan pelajar yang bernama Haidi. Haidi bertemu dengan Kursiah yang mirip
dengan wajah adiknya iaitu Tina (Sutina). Tina telah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit
jantung berlubang. Kemunculan Kursiah menyebabkan Haidi terkenang semula peristiwa semasa ia
bersama-sama dengan Tina bermain layang-layang di padang. Haidi berusaha untuk berkenalan
dengan Kursiah. Akhirnya Haidi berkesempatan berbual-bual dengan Kursiah pada waktu rehat di
kantin sekolah. Haidi tidak kecewa walaupun pada mulanya Kursiah tidak melayannya dengan
mesra.
Pada hari sukan, barulah Haidi mengetahui nama budak perempuan yang mirip dengan adiknya
Tina itu. Secara kebetulanKursiah serumah sukan dengan Haidi. Kursiah merupakan pelari jarak
jauh rumah Hijau. Dia mengambil bahagian dalam acara 5 000
meter larian perempuan terbuka. Haidi membayangkan sekiranya Tina masih hidup, pasti dia
sebaya dengan Kursiah. Haidi memberi kata-kata perangsang kepada Kursiah dan berjanji akan
memberinya wang sebanyak lima ringgit jika dia mendapat tempat pertama dalam acara tersebut.
Kursiah mendapat tempat pertama dalam acara larian itu, tetapi dia jatuh pengsan selepas
melepasi garisan penamat. Haidi tergamam beberapa orang ahli PBSM mengusung Kursiah di atas
tandu. Haidi tidak dapat mengawal perasaan lalu menjerit menyuruh Kursiah segera dihantarkan ke
hospital. Dia tidak mahu Kursaih menerima nasib yang sama seperti adiknya Tina. Rakan-rakannya
yang lain tercegang melihat kelakuan Haidi. Haidi berdoa agar Kursiah tidak mati supaya Kursiah
dapat menjadi pengganti adiknya Tina.

SINOPSIS CERPEN BATU

Sewaktu berada di kaki lima sebatang jalan, Iskandar bertemu dengan Mazlan yang
sedang mencari arah ke Jalan Raja Angkasa. Iskandar menyatakan bahawa dia tidak tahu
akan arah jalan itu. Zainol mencelah dan bertanyakan tujuan Mazlan ke sana. Kata Mazlan,
dia ingin menyerahkan batu gandapuri kepada seseorang. Zainol memujuk Mazlan agar
menjualkan batu gandapuri itu kepadanya. Dia mengajak Iskandar dan Mazlan ke Restoran
Heng Ah See.
Di restoran itu, Mazlan menunjukkan keistimewaan batu gandapuri itu. Batu itu dapat
bergerak sendiri setelah terkena perahan air limau. Zainol beminat untuk membeli batu itu.
Dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang. Selepas Zainol pergi, Mazlan menyatakan
rasa curiganya terhadap Zainol lalu menawarkan batu ajaib itu kepada Iskandar. Harga
yang ditawarkan jauh lebih murah, Iskandar meminta izin untuk menemui kawannya yang
sedang menunngu di Jalan Melaka bagi mendapatkan wang.
Iskandar menceritakan kehebatan batu gandapuri itu kapada Malik. Malik pula
menjelaskan pergerakan batu itu berpunca daripada tindak balas kimia apabila batu itu
terkena perahan air limau. Iskandar sedar bahawa dia telah tertipu. Iskandar kembali
semula ke Restoran Heng Ah See sementara Malik melaporkan hal itu kepada ababg
Nordin. Tidak lama kemudian, Malik dating bersama-sama dengan seorang pemuda.
Pemuda itu berpura-pura ingin membeli batu hikmat tersebut. Dia menahan Mazlan atas
kesalahan menipu. Rupa-rupnya pemuda itu ialah kawan Malik, Inspektor Hussin
SINOPSIS CERPEN BUKU CATATAN FARID BADRUL

Cuti sekolah penggal ketiga telah bermula. Farid berasa bosan tinggal di rumah kerana
Papa dan Mama sangat sibuk. Farid teringat akan keluarga bapa saudaranya, Pak Cik Sani
yang tinggal di Kampung Buluh Perindu. Farid menyatakan hasratnya untuk bercuti di sana
kepada Papa dan Mama. Mama mendesak Papa supaya mengambil cuti untuk menghantar
Farid ke kampong kerana Mama akan menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Kaum Ibu
di Johor Bahru selama seminggu. Akhirnya Papa mengalah.
Di kampung, Farid banyak menhabiskan masa dengan sepupunya, Hamzah. Dia
mengikut Pak Cik Sani dan Hamzah ke surau untuk bersembahyang dan mendengar
ceramah agama. Farid berasa serba salah kerana tidak membawa baju melayu untuk dipakai
kesurau. Dia terpaksa meminjam baju melayu Hamzah walaupun saiznya agak kecil. Dia
juga berasa malu kerana tidak tahu menunaikan ibadat dengan betul.
Keesokan harinya, Pak Cik Sani dan Mak Cik Som membawa Farid ke bandar. Mereka
membeli songkok dan kain baju melayu. Farid berasa sangat gembira. Dia disuruh memilih
warna yang digemarinya. Mak Cik Som sendiri yang akan menjahit baju itu. Kepada
kedua-dua ibu dan bapa saudaranya, Farid menyatakan keinginannya untuk mengikut
Hamzah ke kelas agama yang dikendalikan oleh ustaz Ramli. Banyak perkara yang ingin
dipelajarinya.
Seminggu kemudian, Papa dan Mama dating untuk membawa Farid pulang ke Kuala
Lumpur. Farid memberitahu bahawa dia ingin menghabiskan masa cuti persekolahannya
itu di kampong kerana dia mahu menghadiri kelas agama sampai tamat. Papa dan Mama
berasa serba salah tetapi mereka akur dengan keputusan Farid.

SINOPSIS CERPEN MAMA

Mama menyediakan makanan untuk anak-anaknya yang akan balik dari sekolah.
Kemudian, mama berehat di amben sambil menyapu dadanya yang sakit dengan ubat.
Mama terkenang akan peristiwa ketika dia sakit di rumah Dr. Safuan, majikan tempat
mama bekerja.
Selepas dirawat, mama dinasihati supaya bercuti dan berehat selama dua minggu.
Mama bimbang jika dia cuti, Cik Puan Mona akan susah kerana tidak ade orang akan
menjaga anaknya. Dr. Safuan membeitahu mama bahawa dia dan isterinya akan bergilir-
gilir mengambil cuti untuk menguruskan perkara itu.
Mama teringat akan detik awal di diambil bekerja oleh Cik Puan Mona. Mama teringat
abah juga. Abah berniaga di pasar malam dibantu oleh anak-anak. Manakala tugas mama di
rumah Dr. Safuan tidaklah berat mana kerana keluarga itu mempunyai seorang pembantu
rumah lagi, iaitu Mak Cik Mariam.
Mama jatuh sakit pada suatu hari minggu. Mama diberikan rawatan dan disuruh
bercuti. Keteka berpatah balik ke bilik rawatan khas untuk mengambil beg duitnya yang
tertinggal, mama terdengar perbualan antara Dr. Safuan dengan isterinya. Menurut Dr.
Safuan, mama dijangka hidup untuk tempoh tiga bulan sahaja. Mereka berhasrat untuk
membawa mama berubat di luar negara.
SINOPSIS CERPEN ERTI KASIH RASA SAYANG

Cerpen ini memaparkan kisah sebuah keluarga dengan dua ekor mawas. Keluarga
tersebut ialah Ungin, abangnya Sengabti, adiknya Indusai, dan emaknya Antagi. Ibu
Mawas itu diberi nama Busut, manakala anaknya, Cendawan.
Busut tercedera sebagai akibat perbuatan manusia. Busut dijumpai oleh Ungin di
dalam karung guni yang akan diseludup ke luar Negara. Dalam serba kepayahan dan
kesakitan, Busut tetap mahu memberikan kasih sayang kepada anaknya. Ungin sekeluarga
amat bersimpati dan kasihan melihat mawas tersebut. Ungin mengancam tindakan manusia
yang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak melakukan penyeludupan mawas secara
haram.
Untuk memastikan mawas tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya, Ungin,
Seganti, Indusai dan Antagi sepakat menghantar Busut dan Cendawan ke Pusat
Pemuliharaan Hidupan Liar Lanjak-Entimau melalui Pak Cik Piyot yang bekerja di pusat
pemuliharaan tersebut. Walaupun keberatan, Busut dan Cendawan terpaksa diserahkan
demi kebaikan mawas tersebut. Ungin mengalirkan air mata apabila anak mawas itu
menghulurkan tangan seolah-olah ingin menjalinkan hubungan persahabatan

SINOPSIS CERPEN TANGAN KANAN,KIRI ATAU KEDUA-DUANYA

Ee Nah ingin menjadi pemuzik, manakala abangnya, Ha Lim ingin menjadi penulis.
Bakat kedua-dua adik beradik ini terhalang kerana ayah mereka menghalang cita-cita
mereka. Beliau menghendaki anak-anaknya menjadi ahli perniagaan.
Konflik berlaku dalam diri Ee Nah, iaitu dia tidak mahu melanggar perintah ayahnya
dan pada masa yang sama dia menginginkan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya
sendiri. Ha Lim pula bertekat memilih cara hidup sendiri, iaitu menjadi penulis. Dia
terpaksa keluar dari rumah.
Ee Nah dan sepupunya, Lisa giat berlatih untuk memantapkan vocal dan tarian bagi
memasuki sayembara. Mereka khuatir sekiranya mendapatkan tentangan daripada ayah Ee
Nah. Ayah Ee Nah juga seniman veteran mengubah fikirannya. Beliau merestui hasrat Ee
Nah untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang yang diminati. Kegembiraan Ee Nah
semakin bertambah apabila pada masa yang sama, Ha Lim pulang semula ke pangkuan
keluarga.

SINOPSIS DRAMA PENUNGGU PUSAKA

Cerita ini memaparkan perselisihan dalam sesebuah keluarga. Perselisihan berpunca


daripada perebutan harta pusaka yang diwasiatkan oleh seorang ayah. Terdapat beberapa
pihak yang kurang berpuas hati (anak tiri) denagn wasiat pengagihan harta pusaka yang
dibacakan oleh seorang peguam.
Anak tiri itu telah menggunakan pelbagai tipu muslihat bagi membolehkan mereka
mendapat harta pusaka itu. Niat jahat anak tiri dapat dikesan oleh salah seorang waris
keluarga itu. Salah seorang waris itu telah berpura-pura dirasuk oleh penunggu tanah
pusaka tersebut. Akhirnya, tanah pusaka tersebut berjaya diselamatkan dan menjadi milik
waris sepenuhnya sebagaiman yang telah diwasiatkan
SINOPSIS DARAMA ANGIN

Darama ini telah mengisahkan perselisihan yang berlaku antara unsur-unsur alam bukan
manusia, iaitu Angin, Matahari, Awan, Hujan, dan Ribut. Kisah yang ditonjolkan ialah
tentang cubaan unsur-unsur alam untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan masing-
masing bagi memenangi hati manusia. Dalam usaha menunjukkan kekuasaan, unsur-unsur
alam ini memperlihatkan sifat-sifat negetif seperti tamak, sombong, suka meninggi diri,
suka mencari kelemahan orang lain, dan sebagainya. Mereka perlu bertanding bagi
menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

SINOPSIS DRAMA BUYUNG

Drama ini mengisahkan seorang pemuda miskin yang bernama Buyung. Buyung telah
dititah olah sultan untuk mengubati penyakit puterinya yang bernama Puteri Bunga
Tanjung. Penyakit yang dialami oleh tuan puteri itu ialah dia asyik bermuram, tidak mahu
bercakap, dan ketawa.
Buyung bukan bomoh, oleh sebab itu, sukar untuk dia mengubati penyakit itu.
Bagaimanapun, Buyung mempunyai satu kelebihan iaiatu pandai bercerita. Buyung
menggunakan kelebihannya untuk mengubati penyakit Tuan Puteri Bunga Tanjung.
Ceritanya berjaya menarik perhatian Tuan Puteri Bunga Tanjung. Akhirnya, tuan puteri
kembali ceria. Sultan telah menjoodohkan Buyung dengan puterinya itu.
PAHLAWAN PASIR SALAK

Watak Perwatakan Nilai Peristiwa

Lamsah Pembelot/tali barut patrotisme Lamsah membakar


bagi pihak inggeris. pondok kawalan
yang dibina oleh
penduduk kampung.
Deli Seorang yang berani _ Deli dan penduduk
dan cinta akan tanah kampung membakar
air. pondok memungut
cukai yang dibina
oleh pihak inggeris.
Pak Itam Patuh kepada arahan Semangat patriorotik Pak Itam
ketua membangkitkan
semangat penduduk.
Datuk Maharaja Lela Seorang yang mahir bertanggungjawab Datuk Maharajalela
dalam seni mengajarkan seni
pertahanan diri. pertahanan diri
kepada penduduk
kampung

Tema: Tema novel pahlawan pasir salak ialah semangat patrioritik, iaitu semangat
perjuangan untuk mempertahankan tanah air daripada penjajah

Persoalan: a) Semangat cinta akan tanah air dan kampung halaman.


Penduduk Pasir Salak telah berjaya menghalang inggeris daripada campur
tangan dalam urusan politik kampung mereka.

b) peranan pemimpin dalam sesebuah pentadbiran.


Pemimpin yang bijak dapat merancang sesuatu tindakan dengan tepat demi
masa depan rakyat.

c) Taat dan patuh kepada ketua.


Hormat dan patuh kepada arahan pemimpin sangat penting untuk
memeastikan segala yang telah dirancang.

You might also like