P. 1
PERAYAAN KAUM CINA

PERAYAAN KAUM CINA

5.0

|Views: 53,777|Likes:
Published by azira

More info:

Published by: azira on Apr 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2015

pdf

text

original

PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA

(TAHUN BARU CINA)

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK ELEMEN 1 TAJUK BUKTI-BUKTI ELEMEN 2 PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1.PERAYAAN TRADISI 2.LATAR BELAKANG 3.PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN 4.KESAN PERAYAAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN ELEMEN 3 ESEI MUKA SURAT

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat illahi kerana telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3(2010) iaitu Perayaan Tradisi Kaum Cina Di Malaysia.

Saya telah menjalankan kerja kursus ini selama 2 bulan dari 23 Februari 2010 hingga 23 April 2010 . Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9,Shah Alam,Pn. Maizan Bt Mohd Noor yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu En. Fauzul Hakim Bin Jamali kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kerja Kursus Sejarah ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya Sawyah Bt Abdul Rahaman dan bapa saya Raja Anuar Bt Raja Mazlan yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak saya yang telah membantu saya menjayakan Kerja Kursus Sejarah. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya dan rakan kelas 3 Efisien yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui dengan lebih lajut tentang perayaan Kaum Cina di Malaysia serta cara mereka merayakan.Terdapat beberapa objektif dalam menyempurnakan kajian ini. Pertama,dapat mengetahui cara sebenar menulis isi kandungan kerja kursus yang bermutu dan sempurna dan mengetahui cara masyarakat menyambut perayaan di Negara kita . Seterusnya, Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Selain itu,saya dapat menanam sifat bertanggungjawab dan gigih dalam menghasilkan kerja khusus yang bermutu. Saya telah menyiapkan kerja kursus tepat pada masa yang ditetapkan. Saya dapat menyemai perasaan cinta kepada bangsa dan tanah air saya apabila mengetahui cara menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan: a. b. Pemerhatian Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina. c. Penyelidikan perpustakaan Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang berkaitan Tahun Baru Cina dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

HASIL KAJIAN

PERAYAAN TRADISI
i)Nama perayaan/Nama lain Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

ii)Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China,bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.

iii)Tarikh/Tempoh masa dirayakan perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut pada 14 Febuari 2010. Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Tikus Lembu Harimau Arnab Naga Ular Kuda Kambing Monyet Ayam Anjing Khinzir

Dahan Bumi 子 zǐ 丑 chǒu 寅 yín 卯 mǎo 辰 chén 巳 sì 午 wǔ 未 wèi 申 shēn 酉 yǒu 戌 xū 亥 hài 19 Februari 1996 7 Februari 1997 28 Januari 1998 16 Februari 1999 5 Februari 2000 24 Januari 2001 12 Februari 2002 1 Februari 2003 22 Januari 2004 9 Februari 2005 29 Januari 2006 18 Februari 2007

Tarikh 7 Februari 2008 26 Januari 2009 14 Februari 2010 3 Februari 2011 23 Januari 2012 10 Februari 2013 31 Januari 2014 19 Februari 2015 8 Februari 2016 28 Januari 2017 16 Februari 2018 5 Februari 2019

iv)Tujuan perayaan Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang cina, Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang cina dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjang tahun. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

.

LATAR BELAKANG
i)Sejarah/Asal-usul perayaan Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau “Tahun Baru”. Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang. Menurut mitos orang cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk,

raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu dikatakan akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta pakaian berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.

ii)Upacara khusus dalam perayaan Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun baru cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singa akan diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan juga musibah.Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai

Yuánxiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi.

iii)Individu yang mengetuai upacara khusus Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.

iv)Tempat khusus sambutan di jalankan Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di desa.Selain itu,sambutan ini juga disambut di sebahagian pekan dan bandar kecil.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
i)Sebelum Perayaan Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.

Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadangkadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

ii)Semasa Perayaan Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untuk menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka. Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan

perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”

iii)Selepas perayaan Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meniggalkan sanak-saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.

iv)Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’.Antara cara untuk mendapatkan tuah baik ialah Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.Selain itu,gula-gula dan manisan dimakan untuk

“memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun baru agar menerima tuah bagi tahun yang

akan menjelang.Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang si pemakainya. Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan perkataan “kasar” atau “sukar”.Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan “hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai “memotong hasil” dalam bahasa Kantonis.Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek cina bagi “buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.

KESAN PERAYAAN
KEKELUARGAAN Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

PERPADUAN melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti mana saranan perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1 Malaysia.

PELANCONGAN kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia yang mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi kegiatan perayaan di Malaysia. Semakin banyak pelancong yang akan mengunjungi tanah air kita ini akan menambah pendapatan negara yang digunakan untuk membangunkan negara kita ini.

PELUANG PERNIAGAAN kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.

PEDIDIKAN/PENGETAHUAN perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan pengetahuan am untuk individu itu sendiri. Pendidikan amat penting dan juga di ambil berat oleh kerajaan mengenainya. Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu sendiri.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum terdapat di negara yang tercinta ini. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Disamping itu,saya juga dapat menghayati nilai kesabaran,ketabahan,kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

LAMPIRAN

RUJUKAN

ELEMEN 3

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek.

Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Seterusnya,dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana kesenian sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain.Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1 Malaysia.Hal ini sebab melalui pelbagai perayaan,perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->