You are on page 1of 14

Modul Ulangkaji 5 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI


1 a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis [5 markah]
b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai [10 markah]
bentuk.
c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap [10 markah]
manusia

2 a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang [12 markah]
berlainan.
b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap [13 markah]
adalah kesan daripada geologi yang berlainan. Jelaskan
pernyataan ini

3 a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai [5 markah]


b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan [12 markah]
sungai, terangkan proses pembentukkannya
c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil [8 markah]
tindakan sungai terhadap kegiatan manusia

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? [5 markah]


b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di [10 markah]
kawasan tropika lembap
c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan [10 markah]
berlakunya pergerakan jisim

5 a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap [8 markah]


pembentukan bentuk muka bumi
b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat [12 markah]
aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia

6 a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan [5 markah]


b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya [10 markah]
pemendapan dan hakisan pantai
c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti [10 markah]
manusia

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi [5 markah]


b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut [10 markah]
dengan kejadian tsunami
c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam skitar manusia [10 markah]

8 a) Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai [5 markah]


b) Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil [10 markah]
pemendapan sungai
c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil [10 markah]

29
pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia

9 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai [5 markah]


b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya [10 markah]
pemendapan sungai
c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi [10 markah]
masalah pemendapan sungai di Malaysia

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang [5 markah]


b) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai [10 markah]
seimbang
c) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti [10 markah]
manusia

11 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungai


a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai? [3 markah]
ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur. [3 markah]
b) i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur? [3 markah]
ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran [6 markah]
sungai tersebut
c) i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan [3 markah]
kajian
ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan [7 markah]
tersebut kepada aktiviti manusia

12 Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantai


a) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut [4 markah]
b) i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombak [3 markah]
ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka [4 markah]
bumi pinggir pantai di kawasan kajian
c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan [8 markah]
pinggir pantai
d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap [6 markah]
aktiviti manusia

30
SKEMA JAWAPAN : MODUL 5 : SISTEM GEOMORFOLOGI

1 a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis


Proses orogenesis ialah proses pembentukan bentuk muka bumi yang
melibatkan pergerakan kerak bumi hasil daripada arus perolakan magma
dalam kerak bumi. Contoh proses orogenesis ialah lipatan kerak bumi
atau proses yang menghasilkan banjaran gunung lipat

b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk.


i. Gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk seperti bercerun
curam atau landai atau bentuk komposit
ii. Sebab mempunyai pelbagai bentuk ialah:
a) Jenis lava – lava bes menghasilkan gunung berapi yang
landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar. Ini kerana
lava bes cair dan dapat mengalir jauh sebelum membeku.
Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan Mauna Kea di
Hawaii.Sementara lava asid menghasilkan gunung berapi
yang curam dan berkubah kerana lavanya sangat likat dan
tidak mampu bergerak jauh dan cepat membeku.
b) Jenis Letusan atau letupan- dalam bentuk aliran perlahan
menghasilkan penara atau gunung berapi bercerun landai
atau letusan yang kuat akan menghasilkan bentuk curam
c) Sifat lohong gunung berapi- lohong linear/mendatar akan
menghasilkan dataran apabila lava membeku. Lohong
tunggal/tengah akan menghasilkan kon. Jika terdapat
lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain
akan menghasilkan kon serbaragam spt di Gunung Etna di
Sicily
d) Jangkamasa/usia pembentukan
e) Kekerapan letusan atau letupan
f) Jenis gunung berapi – aktif, dorman atau mati
g) Akibat pendedahan –proses penggondolan yang dialami
akan menyebabkan cerun gunung berapi terhakis dan
mendedahkan magma keras yang muncul dipuncak
gunung berapi yang dikenali sebagai palam gunung berapi
h) Jenis bahan yang dikeluarkan –piroklas, debu dll. Lebih
banyak bahan yang dikeluarkan bererti lebih besar gunung
berapi yang terbentuk atau sebaliknya.

c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia


i. mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
ii. mengakibatkan kerosakan infrastruktur
iii. pertanian- lava bes membentuk tanih subur untuk pelbagai
tanaman spt di Kepulauan Jawa dan Filipina
iv. Penjanaan kuasa tenaga geoterma untuk menghasilkan
elektrik kepada manusia
v. Pelancongan –geizer, tasik kawah, kaldera, kolam air panas
dll
vi. Kemusnahan hutan- aliran lava panas
vii. Pencemaran udara
viii. Ombak besar yang dikenali sebagai tsunami akan

31
memusnahkan apa sahaja disepanjang laluannya

2 a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan.


Boleh dipilih batuan enapan, batuan metamorfosis atau batuan igneus
Ciri-ciri batuan yang boleh dibezakan
i. Warna batuan samada gelap atau cerah
ii. Keras lembut batuan bergantung kepada mineral
pembentuknya
iii. Struktur dan tekstur yang akan menentukan kestabilan atau
keteguhan batuan
iv. Ciri-ciri rekahan
v. Komposisi atau kandungan mineral yang membentuknya
vi. Keporosan/ketelapan

b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan


daripada geologi yang berlakinan. Jelaskan pernyataan ini
i. Batu kapur yang lembut akan menghasilkan topografi karst
seperti lekukan, lubang dan lurah spt dolin, uvala dan polje
serta graiks dan clint. Disebabkan sifat batu kapur yang
membentuknya lemah, tidak stabil serta mudah mengalami
luluhawa kimia serta hakisan air
ii. Jisim batuan batolit granit yang keras menghasilkan banjaran
gunung dan bukit seperti Banjaran Titiwangsa. Ini kerana
sifatnya yang keras dan tahan digondolkan. Oleh sebab itu, ia
boleh berdiri teguh. Contoh lain ialah Gunung Kinabalu
dibentuk oleh jisim batolit granit yang amat keras kira-kira
setengah juta tahun yang lampau.
iii. Batuan Igneus yang keras seperti granit dan konglomerat
menghasilkan bukit-bukit sisa yang dikenali sebagai inselberg
dan tors. Tinggalan bukit-bukit sisa ini membayangkan operasi
proses geomorfologi di kawasan tropika lembap tidak
berupaya meruntuhkan semuanya kerana sisa ini terdiri
daripada teras batuan yang keras. Inselberg dan tors ini
banyak terdapat di Banjaran Kilimanjaro di Afrika dan kaki
Banjaran Shan di Burma/myanmar
iv. Batuan metamorfik contohnya marmar- menghasilkan pulau-
pulau yang amat kukuh misalnya rangkaian pulau-pulau di
Langkawi Malaysia. Sebahagian besar geologi Pulau
Langkawi terdiri daripada batuan marmar hasil proses batuan
metamorfosis yang menyebabkan batuan itu amat keras dan
amat sukar digondolkan oleh proses geomorfologi
v. Batuan lembat seperti kaolin (tanah liat) dan riolit( tanah
laterit) menghasilkan tanah-tanah pamah beralun dan tanah
lanar/dataran lanar yang rata dan mungkin disaliri oleh
lembangan sungai seperti Delta Kelantan dan Dataran Kedah-
Perlis. Ini kerana batuan ini amat mudah diuraikan menerusi
luluhawa kimia serta dihakis-angkut oleh proses geomorfologi
yang lain mengikut musim

3 a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai


Cara hakisan sungai
i. lelasan
ii. lagaan

32
iii. larutan
iv. tindakan hidraul

Jenis hakisan sungai


i. hakisan menegak/mendalamkan sadar
ii. hakisan melebar/mendatar/tebing
iii. hakisan ke hulu/ kebelakang/ mengundur

b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai,


terangkan proses pembentukkannya
Bentuk bumi hakisan sungai
i. Air terjun: terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan
batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras
dengan batuan lembut. Lapisan batuan lembut akan terhakis
dengan lebih cepat berbanding batuan keras. Hal ini
menyebabkan dasar sungai menjadi tidak rata. Batuan keras
akana menghalang pergerakan air dalam alur lalu membentuk
air terjun.
ii. Jeram : Terbentuk apabila aliran sungai mengalir di kawasan
batuan yang tersusun secara menegak dan berselang seli
antara batuan keras dengan batuan lembut. Batuan lembut
akan terhakis meningggalkan bonjolan batuan keras yang
menyebabkan aliran sungai terpaksa melompat menuruni
bonjolan batuan keras
iii. Jurang:
iv. lubuk pusar
v. likuan sungai

Bentuk muka bumi mendapan sungai


i. tasik ladam
ii. dataran banjir: Air banjir yang melimpah tebing akan
memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir dan kerikil
apabila surut. Kejadian banjir yang berulang kali
menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah
membentuk suatu dataran yang luas dan lebar dikenali sebgai
dataran banjir.
iii. Tetambak: Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang
tebing sungai akan membentuk timbunan yang dikenali sebgai
tetambak
iv. Delta: Delta terbentuk apabila timbunan bahan mendak
berlaku secara meluas di muara sungai. Di kawasan muara ini
had laju arus sungai sangat perlahan kerana pertembungan
arus sungai dengan arus laut.Keadaan ini menyebabkan
sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu
memendapkannya dengan giat. Bahan spt kelodak, lumpur
dan lempung akan dimendapkan hingga memenuhi sungai
utama dan cawangannya membentuk delta.

c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai


terhadap kegiatan manusia

33
i. Pertanian – dataran mendap, delta
ii. Rekreasi- air terjun, jeram, tasik ladam
iii. Elektrik hidro- air terjun
iv. Akuakultur – tasik ladam, muara sungai
v. Petempatan- tetambak, dataran mendap
vi. Perhubungan/pengangkutan – tetambak
vii. Sumber air – air terjun
viii. Perlombongan pasir- beting pasir

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim?


Pergerakan jisim adalah semua jenis pergerakan bahan yang terluluhawa
yang dikenali sebagai regolit yang bergerak menuruni cerun akibat tarikan
graviti. Gerakan jisim ini boleh secara perlahan, secara cepat dan secara
serta merta.

b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika


lembap
Pergerakan jisim boleh berlaku secara perlahan/lambat atau cepat
1. Runtuhan: pergerakan regolit yang berlaku dicerun yang sangat
curam dan adakalanya tegak 90 darjah seperti di tebing-tebing
tinggi, bahu bukit yang ditarah/dipotong untuk dibina jalan raya
atau di lereng bukit untuk didirikan kondominium. Contohnya
runtuhan Kondominium Highland Tower dan Jalan di Km38 Lebuh
raya Karak-Genting
2. Geluncuran- Pergerakan secara tiba-tiba bahan regolit, batuan
dasar apabila lapisan batuan yang berat terletak di lapisan batuan
yang lebih lembut seperti batu syal dan tanah liat. Bebanan
batuan berat diatasnya akan menyebabkan lapisan batuan lembut
dibawahnya runtuh dan mendorong lapisan batuan keras dan
berat di atas turut bergerak menuruni cerun. Geluncuran batuan
akan melibatkan bongkah batuan besar. Geluncuran puin akan
melibatkankan serpihan batuan kecil. Jumlah hujan yang banyak
menjadi bahan pelincir untuk jisim jatuh/runtuh
3. Aliran lumpur- Ia berlaku apabila kandungan air yang banyak
pada jisim yang lembap adalah tinggi( aliran tanah dan aliran
lumpur).Aliran lumpur ini jenis aliran berarus deras yang
membawa tanah liat, lumpur, kelodak dll muatan terapung seperti
kayu balak yang ditinggalkan menuruni cerun yang lebih curam.
4. Kesotan- pergerakan secara perlahan akibat partikel tanih yang
longgar pada cerun yang landai. Pergerakan ini tidak dapat dilihat
dengan mata kasar tetapi kejadiannya dikenalpasti dengan
melihat kesanyang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang
elektrik, tiang telefon, tiang pagar yang condong daripada
kedudukan salnya

c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya


pergerakan jisim
i. Pertanian/pertanian pindah di cerun bukit- Tumbuhan litupan
bumi ditebang, dibakar menyebabkan kurang cengkaman akar
menyebabkan cerun menjadi tidak stabil
ii. Penternakan – berlaku ragutan berlebihan
iii. Perlombongan /kuari atau pecah batu di cerun bukit. Apabila

34
tebing bukit diletupkan dan batuan disingkap untuk mengambil
batu granit yang bermutu tinggi dan juga batu kapur untuk
dibuat simen menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil
dan memudahkan berlakunya runtuhan batu serta runtuhan
tebing.
iv. Pembinaan jalan raya- peneresan dan pemotongan bukit serta
penghapusan tumbuhan menyebabkan cerun menjadi curam
sehingga sesetangah menghampiri 90 darjah. Ini akan
menyebabkan cerun boleh roboh/runtuh
v. Pembalakan di kawasan cerun bukit/tanah tinggi akan
meninggalkan banyak batang kayu, dahan, ranting dan
sampah sarap yang akan terkumpul membentuk empangan
sementara pada awal hujan. Empangan sementara boleh
mengumpu air dengan cepat dan akhirnya pecah apabila
mencapai takat tepu dan air akan mengalir dengan mendadak
dari kawasan tanah tinggi pada tahap kekuatan yang luar
biasa menghanyutkan kayu balak dan melanda kawasan
tanah rendah sebagai aliran lumpur

5 a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk


muka bumi
Antara bentuk-bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh aktiviti gunung
berapi ialah
i. Bentuk bumi jalar luar: Pelbagai jenis kon gunung berapi,
dataran lava/penara basalt, kawah gunung berapi(kaldera),
palam dan telaga, kolam air panas, mata air panas, geizer
ii. Bentuk muka bumi jalar dalam: daik, sil, pakolit, lakolit, lopolit
dan batolit

b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung


berapi terhadap kegiatan manusia
i. kon lava bes- aktiviti pertanian
ii. Tasik kawah gunung berapi (danau Toba, Indonesia dan
Rotorua di New Zealand) dan telaga air panas –
pelancongan/rekreasi/perubatan
iii. Tasik gunung berapi – aktiviti perikanan
iv. Dataran lava/penara basalt – pertanian/penternakanspt
dataran Columbia-Snake, dataran Tinggi Deccan
v. Batolit dan lakolit – perlombongan bahan mineral yang
terdapat dalam batuan gunung berapi
6 a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan pantai
1. alat – 10-12 batang pancang jajar atau dawai tyang ditandakan,
buku catatan, pembarisatau pita ukur
2. Kaedah – 10-12 batang pancang jajar atau dawai dipacakkan di
cerun pantai dalam lingkungan kesampaian aras pasang tinggi
dan rendah dengan jarak tertentu. Bacaan diambil dalam jeda
masa tertentu untuk satu hari
3. Kaedah mengukur- mengukur perbezaan antara penanda dengan
aras baru sedimen
b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan
dan hakisan pantai
1. Faktor jenis ombak- ombak pembina menimbunkan pasir, ombak

35
pembinasa membawa keluar pasir, kelikir dll
2. Keadaan cerun pantai – curam atau landai. Jika cerun landai
berlaku pemendapan sebaliknya jika cerun pantai curam berlaku
hakisan
3. bahan pantai (pasir, kelikir, batu lada dan kelodak) – jika bahan
pantai berbatu kelikir- hakisan sebaliknya jika bahan pantai
kelodak berlaku pemendapan
4. Arah kedatangan ombak- ombak menyerong atau bersudut tepat
dengan pantai. Jika menyerong-pemendapan, sebaliknya jika
bersudut tepat berlaku hakisan
5. Orientasi pantai samada terlindung atau terdedah kepada tiupan
angin
6. Bekalan bahan mendak- kalau kurang bekalan akan berlaku
hakisan, jika banyak bahan akan berlaku mendapan
7. litupan tumbuhan dipinggir- jika ada paya bakau berlaku
pemendapan, jika pantai terdedah berlaku hakisan

c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia


1. pemendapan pinggir pantai ( mungkin dimendapkan di kawasan
yang tidak sesuai) akibat pembinaan benteng, cerucuk, pemecah
ombak dll)
2. Hakisan pinggir pantai akibat perlombongan pasir/pengorekan
pasir- tidak cukup bahan pantai. Penebangan paya bakau
3. Pencemaran sampah sarap akibat aktiviti
pelancongan/peranginan pinggir pantai
4. Pembuangan sisa minyak, kimia dll akibat kegiatan industri
perkilangan dipinggir pantai
5. Pencemaran organik – najis/e-coli dll
6. Kemusnahan ekosistem akibat penambakan dan pembangunan

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi

Pembebasan tenaga secara tiba-tiba dari pusat gempa menghasilkan


gelombang kejutan berpunca daripada sesaran di sepanjang gelinciran

b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan


kejadian tsunami
1. Pertembungan/himpitan 2 atau 3 plat tektonik
2. gelinciran pada plat tektonik
3. pemisahan antara plat tektonik

c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia


1. kemusnahan harta benda
2. kehilangan nyawa/kecederaan
3. kehilangan mata pencarian
4. gangguan psikologi/trauma
5. wabak penyakit
6. kemusnahan infrastruktur
7. kehilangan anggota keluarga/saudara
8. gangguan ekonomi-pertanian

8 a) Cara pengangkutan beban sungai


a. Ampaian

36
b. Apungan
c. Lantunan/lompatan/loncatan
d. Golekan
e. Larutan
f. seretan
b)  Beting pasir:
 Tasik ladam
 Dataran banjir:
 Delta
 Tetambak
 Pulau

c) Pengaruh positif
 Dataran banjir : pertanian, akuakultur, ternakan
 Tasik ladam : pelancongan, rekreasi, perikanan, akuakultur
 Beting Pasir : perlombongan pasir, perikanan
 Tetambak: perhubungan/IKS, pertanian
 Delta : pertanian, IKS, penternakan
 Pulau : pertanian, pelancongan.
9 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai [5 markah]
Jawapan
Pemendapan sungai ialah penimbunan/longgokan
bahan/sedimen/pasir/kelikir yang diangkut akibat tenaga dan halaju sungai
semakin berkurangan apabila kecerunan sungai semakin landai
b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai [10 markah]
Jawapan
1. Isipadu air berkurangan
2. Halaju air berkurangan
3. kecerunan semakin landai/ graviti berkurangan
4. bahan muatan bertambah
5. halangan fizikal –tanah runtuh, pokok
6. bentuk alur/berliku/tidak rata
7. kurang tanaman litupan bumi
c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah [10 markah]
pemendapan sungai di Malaysia
Jawapan
1. Penguatkuasaan undang0undang
2. perancangan pembangunan
3. kempen dan pendidikan
4. meluruskan sungai
5. mendalam kan sungai
6. membersihkan sungai
7. melebarkan sungai
8. struktur kejuruteraan/benteng/cerucuk/tembok
9. menanam tanaman tutup bumi

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang [5 markah]


Jawapan
Profil pantai seimbang boleh berlaku apabila kadar hakisan dan kadar
pemendapan hampir sama
b) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbang [10 markah]
Jawapan

37
Faktor fizikal
1. kekuatan ombak
2. arus pesisir /tempur
3. pasang surut
4. tektonik/tsunami

Faktor manusia
1. penambakan dan pendalaman pinggir pantai
2. pemusnahan dan penebusgunaan kawasan paya bakau
3. pembinaan tembok dan benteng batu
4. pemupukan pasir pantai
5. benteng pemecah ombak
c) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia [10 markah]
Jawapan
Hakisan melebihi pemendapan
1. aktiviti pelancongan terjejas
2. perniagaan terjejas
3. pengangkutan dan perhubungan terjejas

Pemendapan melebihi hakisan


1. gangguan terhadap aktiviti nelayan
2. pelancongan dan rekreasi
3. perlombongan- pasit meningkat

11 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungai


a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai? [3 markah]
Luahan sungai merujuk kepada isi padu air sungai yang mengalir
melalui titik di aliran sungai pada suatu masa yang tertentu yang
diukur dalam unit meter padu persaat ( m³/saat ).
ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur. [3 markah]
Jawapan
Pengukuran luahan sungai.

Halaju aliran ( m³/saat ) x Keratan rentas sungai


Contoh :

Halaju : 0.1 m³/saat


Keratan rentas : 5 m²
Luahan = 0.1 X 5

= 0.5 m³/saat

b) i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur? [3 markah]


Jawapan
Pengukuran halaju
- bola ping pong diletakan di atas aliran sungai pada jarak
tertentu
- ukur jarak panjang aliran sungai berdasarkan jarak yang dipilih
iaitu X ( titik permulaan letak bola ping pong ) dan Y ( titik
penghujung aliran bola ping pong tersebut ).
- Jika jarak X hingga Y = 10 meter dan masa yang diambil untuk
bola ping pong bergerak dari X ke Y ialah 100 saat.
- Maka :

38
10
100
= 0.1 meter / saat

ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai [6 markah]
tersebut
Jawapan
1. Isi padu dan halaju air

- halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan


isipadu air sungai.
- hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai
banyak terutama semasa banjir.
2. Kecerunan
- halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan
kecerunan dasar sungai.
- halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.
- sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat
curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat
deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.
- sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin
berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras
menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan
dasar sungai.
- di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses
hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran
sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.
3. Bentuk alur
- Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan
menggalakkan hakisan menegak.
- Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai
terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya
kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan
yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

4. Jenis batuan
- tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras
daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas
tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat.
- manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk
daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan
enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya
adalah lebih giat.
5. Bahan muatan
- bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai
banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang
dilakukan.
- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti
serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan
hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

39
c) i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian [3 markah]
Jawapan
- dataran banjir
- delta
- tasik ladam
- tetambak
- pulau
ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut [7 markah]
kepada aktiviti manusia
Jawapan
- dataran banjir - pertanian, penternakan,
- delta – pertanian, penternakan
- tasik ladam - akuakultur, pelancongan
- tetambak – pertanian
- pulau - pelancongan

12 Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantai


a) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut [4 markah]
Jawapan
- landai
- curam
- berpasir
- berlumpur

b) i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombak [3 markah]


Jawapan
alat - jangka sudut
- jangka sudut diselarikan dengan garis
pantai dan dapatkan bacaannya
ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumi [4 markah]
pinggir pantai di kawasan kajian
Jawapan
- Ombak pembina- gelombang limpah – membawa bahan dari
laut ke pinggir pantai-
menggalakan proses pemendapan – bentuk
pantai lebih landai.

- Ombak pembinasa- gelombang ljunam – membawa bahan


dari pinggir pantai ke laut- menggalakan proses hakisan –
bentuk pantai lebih curam

c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir [8 markah]


pantai
Jawapan
1. Pendedahan Pantai
- pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh
pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar
hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.

2. Arus

40
- arus bergerak selari dengan pantai.
- bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan
sebagainya akan diseret selari dengan pantai.
- berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu
tempat ke tempat yang lain.

3. Bahan
- kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk
dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding
pemendapan.
- bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol
dan batu lada bertindak sebagai agen yang menggesel
batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau
lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis.

4. Batuan
- pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis
batuan.
- pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada
kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan dolomit biasanya
lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara
geselan, larutan ataupun lagaan.
- pinggir pantai yang terbina daripada batuan
keras ( daripada kumpulan igneus )
- seperti batu granit biasanya lebih keras dan susah terhakis.
- pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih
susah dihakis berbanding pantai berlumpur.

5. Cerun pantai
- pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan
yang lebih giat.
- bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh
agen-agen hakisan pinggir pantai.

6. Orientasi pantai
- pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai
yang berteluk-teluk dan bertanjung.
- pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus
tanpa perlindungan.
- tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.
7. Tumbuhan
- tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus
ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.
- sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra
terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.

41
d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti [6 markah]
manusia
Jawapan
- Perikanan – aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan
- Akuakultur- ternakan ikan dalam sangkar/ udang/kerang
- Pelancongan / rekreasi – pantai, beting pasir
- Perlombongan pasir- pantai/beting pasir

42

You might also like