You are on page 1of 11

Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di


Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa
Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja,
dan tidak pula disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur
yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)
Wau Bulan teraju tiga
(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single
string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)
Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari
negara China.
Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai
petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang
menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut
sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu
menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat
anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang
telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa
anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang
menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala
wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit
rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti
buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak
aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut
akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka
wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada
dilangkah manusia
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan
kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh
yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.
Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala
wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan
satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak
dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas
bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu
gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk
elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas
berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan
dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup
kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau
yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain
itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna.

You might also like