P. 1
Sirah Nabi Muhammad S.A.W.

Sirah Nabi Muhammad S.A.W.

|Views: 1,227|Likes:
Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Rasul yang diutus Allah SWT untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh umat manusia. Baginda memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia sehingga semua orang menggelarnya dengan al amin atau insan yang dipercayai. Dengan sikap lemah lembut dan hikmah maka baginda dapat mengajak umat jahiliyah kepada Islam dan kebenaran.
Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Rasul yang diutus Allah SWT untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh umat manusia. Baginda memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia sehingga semua orang menggelarnya dengan al amin atau insan yang dipercayai. Dengan sikap lemah lembut dan hikmah maka baginda dapat mengajak umat jahiliyah kepada Islam dan kebenaran.

More info:

Published by: Muhammad Aqil Haziq Bin Azman on Apr 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF or read online from Scribd
See more
See less

06/05/2013

pdf

original

Sirah Nabi Muhammad S.AW.

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Rasul yang diutus Allah SWT untuk
menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh umat manusia. Baginda
memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia sehingga semua orang
menggelarnya dengan al amin atau insan yang dipercayai. Dengan sikap lemah
lembut dan hikmah maka baginda dapat mengajak umat jahiliyah kepada Islam
dan kebenaran.

2010
Muhammad Aqil Haziq Bin Azman
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
2 Nurani
KANDUNGAN
Mukaddimah 1
NABI MUHAMMAD S.A.W. BIN ABDULLAH 1
1. BIODATA RASULULLAH SAW 1
2. Salasilah dan Datuk Moyang Nabi Muhammad s.a.w. 1
a. Nasab Nabi Muhammad s.a.w. 1
b. Abdullah Ayah Nabi Muhammad s.a.w. 2
3. Kecemerlangan Nabi di Zaman Remaja 3
a. Keperkasaan Nabi s.a.w. dan Peristiwa Perang Fujjar 3
b. Penyertaan Nabi Dalam Perjanjian Pemuda 4
4. Saat-Saat Nabi Muhammad s.a.w. Menjelang Kerasulan 5
a. Motivasi Abu Talib Membawa Kemajuan Nabi Muhammad s.a.w. 5
b. Aktiviti Perniagaan Baginda s.a.w. Setelah Berkahwin 5
c. Nabi s.a.w. Bersama Khadijah Dan Anak-Anaknya 6
d. Zaid bin Harithah Menjadi Anak Angkat Nabi s.a.w. 6
e. Kebijaksanaan Nabi s.a.w. Dalam Mengatasi Pertelingkahan Masyarakat 6
5. Akhluk Rusululluh s.u.w 8
6. RUPA JASAD NABI 8
7. PERILAKU NABI 9
8. Rujukan 10








MUKADDIMAH

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang
NABI MUHAMMAD S.A.W. BIN ABDULLAH
1. BIODATA RASULULLAH SAW

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al -Mukarramah
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa¶diah
Gelaran : Al Amin / dapat dipercayai
Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah
Umur Menikah : 25 Tahun
Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib
Nama bapa saudara: Abu Talib
Umur diangkat sebagai rasul: 40 tahun
Tempoh berdakwah secara sembunyi: 3 tahun
Umur wafat: 63 tahun
Tarikh wafat: Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi
Kubur: Di Madinah
Latar belakang: Menjadi pemuda yang dikenal dengan kejujuran; memerintah kaum
muslimin Mekah untuk berjihad; mendapat wahyu dari Allah; Rasul
terakhir dan makhluk Allah yang paling mulia

2. Salasilah dan Datuk Moyang Nabi Muhammad s.a.w
a. Nasab Nabi Muhammad s.a.w.
Nama-nama nenek moyang Rasulullah s.a.w. menurut urutan ke atas ialah: Abdullah, Abdul
Mutalib, Hasyim, Abdul Manaf, Qusai bin Kilab, Ka͛ab, Lu͛ai, Ghalib, Fihr, Nazar, Kinanah,
Khuzaman, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Ma͛ad bin Adnan.
Salasilah Rasulullah s.a.w. sampai kepada Ma͛ad bin Adnan adalah seperti yang telah
dikemukakan. Namun, ada perbezaan pendapat mengenai jumlah dan nama tokoh-tokoh
daripada Adnan sampai kepada Nabi Ismail a.s. Menurut hadith yang dipetikolehIbnu Abbas
daripada Nabi s.a.w., ketika salasilah Rasulullah s.a.w. sampai kepada Adnan, kita tidak perlu
meneruskannya, kerana Nabi s.a.w. sendiri ketika menyebut nama-nama nenek moyangnya,
tidak sampai melampaui Adnan dan baginda s.a.w. memerintahkan agar orang lain tidak perlu
meriwayatkan nama-nama nenek-moyangnya yang lain sampai Nabi Ismail a.s. Baginda juga
mengatakan bahawa apa yang umum diketahui di kalangan orang Arab mengenai bahagian
salasilah itu tidak tepat. Oleh itu penulis hanya memetik sebahagian dari salasilah baginda s.a.w
yang diakui tepat dan sahih.
Orang-orang tersebut di atas termasyhur dalam sejarah Arab, dan sejarah Islam pun
berkaitan dengan sebahagian di antara mereka.
b. Abdullah Ayah Nabi Muhammad s.a.w.
Saat Abdul Mutalib menebus nyawa puteranya dengan mengorbankan seratus ekor unta
dengan nama Allah s.w.t, Abdullah baru berusia dua puluh tahun. Peristiwa itu di samping
menjadi sebab kemasyhuran Abdullah di kalangan Quraisy, juga memberikannya kedudukan dan
kehormatan di kalangan keluarganya sendiri, terutama di mata Abdul Mutalib.
Manusia lazimnya mencintai secara khusus apa yang dirasainya sangat mahal, yang untuk
mendapatkannya dia terpaksa menanggung kepedihan. Dengan itu, Abdullah menikmati
penghormatan luar biasa di kalangan para sahabat dan keluarganya.
Ketika Abdullah pergi bersama ayahnya ke tempat pengorbanan, dia mengalami perasaan
yang saling bertentangan yang bergejolak dahsyat. Perasaan hormat kepada ayahnya dan
penghargaan atas kesusahan yang telah dialami demi dirinya telah menghiasi sepenuh
peribadinya. Oleh itu dia tidak mempunyai pilihan kecuali menyerah kepadanya dalam ketaatan.
Namun di sisi lain, ketika nasib menghendaki agar bunga musim hujan kehidupannya harus layu
bagaikan daun-daun di musim kemarau, suatu gejolak dan keresahan bangkit dalam fikirannya.
Abdul Mutalib juga terlibat dalm perjuangan antara kekuatan iman dan cinta. Situasi ini
mencetuskan perasaan cemas dalam fikiran dua beranak ini. Namun ketika masalah itu
diselesaikan dengan cara yang telah disebutkan, dia terfikir untuk mengadakan kesyukuran atas
rasa kepahitan itu dengan jalan segera mengahwinkan Abdullah dengan Aminah.
Sebaik sahaja kembali dari kawasan pengorbanan, Abdul Mutalib yang masih memegang
tangan anaknya terus pergi ke rumah Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah untuk menetapkan
perkahwinan Abdullah dengan Aminah binti Wahab, yang dikenali akan kesuciannya dan
kesederhanaannya. Dalam majlis itu juga Abdul Mutalib sendiri berkahwin dengan Dalah,
sepupu Aminah, yang kemudian melahirkan Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan juga
merupakan sahabat baginda s.a.w.
Sejarawan Abdul Wahab, professor ilmu sejarah di Universiti Mesir, telah menulis catatan
yang sangat bermanfaat tentang kitab sejarah Ibnu al-Athir. Beliau menulis, ͞Perginya Abdul
Mutalib ke rumah Wahab pada hari itu juga, ketika perasaan gembira sedang memuncakdan
airmata kegembiraan sedang mengalir di pipi mereka ditambah lagi dengan pinangan dua orang
gadis iaitu untuk dirinya sendiri dan untuk Abdullah, tidaklah sesuai dengan adat. Satu-satunya
hal yang patut dan wajar bagi mereka adalah berehat agar kedua-duanya dapat melepaskan
kelelahan mentalnya, kemudian barulah melakukan urusan-urusan yang lain.͟
Abdul Mutalib telah menetapkan waktu untuk melakukan perkahwinan itu. Sesuai dengan
adat Quraisy, upacara perkahwinan dilakukan di rumah Aminah.
Abdullah dan Aminah tinggal bersama untuk beberapa waktu, kemudian Abdullah berangkat
ke Syria untuk berdagang, namun dalam perjalanan pulang, dia meninggal dunia.
3. Kecemerlangan Nabi di Zaman Remaja
Sikap dan perangai Nabi s.a.w sejak kanak-kanak hingga masa kenabiannya sentiasa
mencerminkan mlatar belakang kehidupan dan pemikirannya yang luhur.
Penelitian terhadap sejarah ketika zaman kanak-kanaknya menunjukkan masa hadapannya
yang gemilang dan menjelaskan tujuan Allah s.w.t dalam menciptakannya.
Adalah sangat jelas bahawa empat puluh tahun kehidupan, tingkah laku, watak, budi bicara
dan pergaulannya dengan masyarakat sangat menyokong kerasulannya. Ibu susu Muhammad
s.a.w iaitu Halimah menjaganya selama lima tahun dan melakukan yang terbaik dalam
mengasuh dan menjaganya.
Sepanjang masa ini, Nabi s.a.w mempelajari bahasa Arab yang asli (standard). Kemudian
Halimah membawanya ke Makkah. Di sini baginda s.a.w menghabiskan beberapa waktu dengan
balaian kasih saying ibunya dan bimbingan datuknya yang murah hati. Anak ini merupakan satu-
satunya cahaya mata Abdullah kepada keluarga yang ditinggalkannya.
a. Keperkasaan Nabi s.a.w. dan Peristiwa Perang Fujjar
Sepanjang zamna remaja dan dewasanya, tanda-tanda kekuatan, kecergasan dan
keperkasaan dapat dilihat pada putera Quraisy yang istimewa ini. Ketika berusia lima belas
tahun, Nabi s.a.w ikut serta dalam Perang Quraisy melawan suku Hawazan, yang disebut perang
Fujjar. Tugasnya adalah menangkis dan menahan panah yang diarahkan kepada bapa
saudaranya. Dalam sirah baginda s.a.w, Ibnu Hisyam memetik kata-kata Nabi, ͞Aku menangkis
anak panah yang dihalakan kepada bapa saudaraku.͟
Penglibatan diri dalam perang pada usia yang muda ini menjadi bukti ke atas keberanian
Nabi s.a.w yang tiada bandingannya. Maka, kita pun mengerti mengapa Ali r.a. yang terkenal
keberaniannya berkata, ͞ Apabilaa kami (askar muslimin) menghadapi perlawanan senmgit di
medan pertempuran, kami berlindung kepada Rasulullah s.a.w, padahal tidak seorangpun yang
lebih dekat dengan musuh melebihi baginda s.a.w sendiri.͟
Diriwayatkan bahawa orang Arab zaman Jahiliah menghabiskan waktunya dalam
peperangan dan rompakan. Keadaan ini memperorak-perandakan hidup mereka. Oleh kerana
itulahh mereka melarang berperang selama empat bulan dalam setahun, supaya mereka dapat
membuka perdagangan, bekerja dan mencari nafkah.
Dengan ketetapan ini, Pasar ͚Ukaz, Mujannah dan Zil Majaz amat sibuk selama empat bulan
tersenut. Kawan dan lawan melakukan jual beli satu sama lain serta saling membangga-
banggakan diri. Penyanyi-penyanyi Arab yang masyhur menyanyikan karya mereka di depan
khalayak ramai. Pama pemidato yang handal menyampaikan pidato. Kaum Yahudi, Nasrani dan
Musyrikin memperkenalkan keyakinan agama mereka masing-masing di hadapan khalayak Arab
tanpa khuatir terhadap musuh.
Dalam sejarah Arab, kesepakatan ini telah empat kali dilanggar dan dikhianati. Kerana itulah
terjadinya peperangan di bulan-bulan yang diharamkan, disebut sebagai perang Fujjar.
Puncanya bermula daripada Nu͛man bin Munzir yang biasa mengatur kafilah setiap tahun
dan mengirim barang dagangannya ke pasar ͚Ukaz, di man kulit, tali dan berbagai jenis kain
diperdagangkan. Urwah al-Rijal daripada suku Hawazan, bertugas menjaga dan melindungi
kafilah itu. Namun, begitu Baraz bin Qais ahli suku Hawazan menanduinginya. Dia mengadu
kepada Nu͛man bin Nazar tentang itu, namun gagal. Maka dia marah dan sakit hati dan terus
mencari peluang untuk berhadapan dengan ͚Urwah al-Rijal dalam perjalanan itu. Akhirnya dia
Berjaya membunuh Urwah al-Rijal di daerah Bani Marrah.
Dengan demikian,dia telah melumuri tangannya dengan darah anggota suku Hawazan.
Peristiwa ini terjadi ketika orang-orang Arab sedang berdagang di pasar Ukaz. Ketika itu suku
Quraisy dan Kahanah bersekutu. Seorang lelaki melaporkan kepada kaum Quraisy tentang apa
yang berlaku. Suku Quraisy dan Kahanah segera mengumpulkan barang-barang mereka dan
bersegera ke Tanah Haram sebelum suku Hawazan mengetahui peristiwanya. Namun sebelum
sempat tiba di tanah Haram mereka telah dibunuh oleh suku Hawazan dan berlakulah
pertepuran antara kedua-duanya.
Mereka berhenti berperang apabila menjelang malam. Puak Quraisy dan Kahanah
memanfaatkan eluang ini dengan menyelamatkan diri ke tanah Haram.
Peperangan seterusnya berlangsung selama empat tahun dan berakhir dengan membayar
diyat kepada suku Hawazan yang lebih banyak kehilangan nyawa berbanding Quraisy.
b. Penyertaan Nabi Dalam Perjanjian Pemuda
Dua puluh tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., seorang lelaki tiba di Makkah
pada bulan Zulkaedah dengan membawa barang. Barang itu dibeli oleh Ash bi Wa͛il tetapi dia
tidak membayar dengan harga yang telah disepakati. Lelaki itu melihat beberapa orang Quraisy
sedang duduk berhampiran Kaabah. Lalu dia mengeluh dan merungut serta membacakan sajak
yang menjatuhkan maruah orang lain. Zubair bin Abdul Mutalib bangkit beserta bebeapa orang
lainnya. Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jad͛an dan membuat perjanjian serta berikrar
untuk memelihara kesatuan dan mereka sanggup menekan penindas untuk memulihkan hak-hak
orang yang tertindas. Setelah upacara selesai mereka pergi ke Ash bin Wa͛il dan mengambil
kembali barang yang dibelinya tanpa membayar, lalu memulangkannya kepada si pemilik
barang.
Nabi s.a.w ikut serta dalam perjanjian yang menjamin kesejahteraan orang yang tertindas
ini. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah menyatakan keagungan perjanjian itu. Di bawah ini
adalah sebahagian daripada beberapa kenyataan Nabi Muhammad s.a.w. tentang perkara itu:
͞Di rumah Abdullah bin Jad͛an, saya mengikuti perjanjian itu. Saat inipun, jika dijemput ke
perjanjian yang sama, saya akan menghadirinya.͟
Ibnu Hisyam menulis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. uka berkata tentang perjanjian itu,
͞Saya tidak mahu melanggar janji saya itu, walaupun ditawarkan hadiah berharga.͟
4. Saat-Saat Nabi Muhammad s.a.w. Menjelang Kerasulan
a. Motivasi Abu Talib Membawa Kemajuan Nabi Muhammad s.a.w.]
Keadaan kewangan anak saudaranya yang tidak menentu, mendorong Abu Talib yang juga
salah seorang tokoh Makkah, bangsawan Quraisy serta terkenal dengan sifat dermawan, berani
dan murah hatinya mencarikan peluang pekerjaan untuk Nbi s.a.w. Dia berkata kepada anak
saudarana, ͞ Khadijah puteri Khuwailid adalah termasuk orang kaya di kalangan Quraisy.
Kegiatan perniagaannya sampai ke Mesir dan Habsyah. Dia sedang mencari orang yang jujur dan
amanah untuk mengurus perdagangannya dan membawa barang dagangannya dalam kafilah
Quraisy untuk dijual di Syria. Wahai Muhammad! Alangkah baiknya jika engkau memohon
pekerjaan kepadanya.͟
Keluhuran budi dan kemuliaan rohani Nabi s.a.w mencegahnya untuk memohon secara
langsung tanpa perkenalan terlebih dahulu dan tanpa tawaran daripada Khadijah. Maka badinda
s.a.w menjawab, ͞Tidak ada salahnya apabila Khadijah menghantar orang untuk menghubungi
saya.͟ Nabi s.a.w berkata demikian kerana tahu bahawa dirinya cukup dikenali masyarakat
sebagai ͚orang jujur͛ (al-Amin). Ketika Khadijah mengetahui hal tersebut dengan segera dia
menghantar orang untuk menjumpai Nabi s.a.w dan menyampaikan tawaran ganjaran yang
lumayan untuk bekerja dengannya. Nabi pun menerima tawaran itu.
b. Aktiviti Perniagaan Baginda s.a.w Setelah Berkahwin
Setelah berkahwin dengan Khadijah, Nabi Muhammad s.a.w. tetap melaksanakan aktiviti
perniagaan sepertimana biasanya. Hanya sekarang Nabi s.a.w bertindak sebagai seorang
pengurus yang sekaligus rakan kongsi bagi perniagaan isterinya. Berkaitan dengan hal ini,
agaknya Nabi Muhammad s.a.w. lebih kerap lagi mengadakan perjalanan dagangnya ke berbagai
pusat perniagaan di seluruh penjuru negeri dan juga negar-negara jiran.
Sejak perkahwinannya yang ketika itu baginda s.a.w berumut 25 tahun sehinggalah baginda
s.a.w mendapat panggilan tugas sebagai seorang rasul pada usia 40 tahun. Nabi s.a.w. telah
mengadakan kegiatan perdagangan ke seluruh negara Semenanjung Arab seperti Yaman,
Bahrain, Irak, Syria dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun pada penghujung umur 30 tahun NabiMuhammad s.a.w. agak mengurangkan
aktiviti perniagaannya dan baginda lebih cenderung menumpukan dirinya terhadapmasalah-
masalah ibadah danrohaniah. Untuk tujuan ini Nabi Muhammad s.a.w. suka menghabiskan
masanya sehinggalah berhari-hari behkan berminggu-minggu di Gua Hira͛ yang terletak di Jabal
Nur. Namun sebelum penghujung usia 30 tahun tersebut Nabi s.a.w sangat rajinberdagang
sehingga dicatat oleh sejarah tentang tiga perjalanan dagang Nabi yang paling bersejarah iaitu ke
Yaman, Najd dan Najran. Di samping perjalanan-perjalanan tersebut Nabi Muhammad s.a.w.
juga melibatkan diri di dalam festival perdagangan besar-besaran di musim haji, festivaldagang
Ukaz dan juga festival Zul Majaz.

c. Nabi s.a.w Bersama Khadijah Dan Anak-Anaknya
Sebelum Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w., rumahnya merupakan
harapan bagi orang-orang miskin. Bahkan setelah Khadijah berkahwin, dia tidak mengubah
sedikitpun suasana rumahnya malah ditambah lagi dengan kemurahan dan kedermawanan
suaminya.
Sepanjang musim kebuluran dan kekeringan , ibu susu Nabi (Halimah) kadangkala dating
menemui anaknya, Nabi biasanya membentangkan jubahnya di bawah kaki Halimah, mengenang
kembali perasaan luhur dan kesederhanaan hidup yang baginda s.a.w alami bersamanya serta
mendengar apa yan dikatakannya. Ketika pulang, Nabi s.a.w membantunya sebanyak yang
baginda s.a.w mampu.
Kelahiran anak lebih mengeratkan tali perkahwinan dan membuat kehidupan menjdi cerah
dan bersinar. Khadijah melahirkan enam orang anak. Dua orang putera, Qasim dan adiknya
Abdullah. Mereka juga dipanggil Tayib dan Tahir. Ibnu Hisyam menulis, ͞Puteri tertuamereka
ialah Ruqiyah dan yang lainnya adalah Zainab, Umi Kalthum dan Fatimah,͟ Kedua anak lelaki
Muhammad s.a.w meninggal sebelum baginda diutus menjadi nabi, tetapi anak-anak
peremuannya dipanjangkan usia.
Kesabaran diri Nabi s.a.w di dalam menghadapi musibah itu mendapat pujian. Walaupun
begitu di saat kematian anak-anaknya perasaan sedihnya kadangkala muncul di matanya dalam
bentuk linangan air mata. Hal ini lebih ketara ketika kematian Ibrahim yang dilahirkan oleh
Mariah. Pada saat itu tatkala hatinya hancur lebur, Nabi terus bertahmid. Tindakan Nabi s.a.w
yang sedemikian ini menimbulkan tanda tanya kepada seorang Arab yang jahil tentang ajaran
Islam. Namun Nabi s.a.w menjelasan, ͞Tangisan jenis ini adalah rahmat.͟
d. Zaid bin Harithah Menjadi Anak Angkat Nabi s.a.w.
Di sisi Hajar Aswad, Nabi s.a.w menyebut Zaid bin Harithah sebagai anaknya. Zaid adalah
orang yang ditangkap oleh penjenayah Arab di sempadan Syria dan dijual di pasar Makkah
kepada Hakim, salah eorang kerabat Khadijah. Tidak begitu jelas bagaimana Zaid dibeli oleh
Khadijah.
Sebahagian besar ahli sejarah mengatakan ketika Khadijah berkahwin dengan Muhammad
s.a.w, Hakim bin Hizam menghadiahkan Zaid kepada Khadijah. Disebabkan Zaid lelaki baik dan
cergas dalam segala segi, Nabi s.a.w menyukainya dan Khadijah pun pada akhirnya
menghadiahkannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tiba-tiba ayah Zaid menemuinya setelah
mencari ke sana ke mari. Nabi s.a.w membenarkan Zaid pergi bersama ayahnya. Namun, melihat
cinta dan kebaikan Nabi s.a.w kepadanya, Zlebih sukamenetap bersama Nabi s.a.w. Kerana
itulah Nabi s.a.w membebaskannya dan menganggapnya sebagai anak dan mengahwinkannya
dengan Zainab binti Jahsy.
e. Kebijaksanaan Nabi s.a.w Dalam Menatasi Pertelingkahan Masyarakat
Sebelum umur Nabi mnjangkau 35 tahun, baginda s.a.w telah Berjaya menyelesaikian satu
perdebatan sengit di kalangan Quraisy dengan bijaksana.
Peristiwa tersebut memperlihatkan betapa Nabi s.a.w adalah seorang yang dihormati dan
diiktiraf oleh orang Quraisy sebagai orang yang jujur dan benar.
Banjir dahsyat mengalir dari gunung ke Kaabah. Akibatnya tidak ada sebuah rumah pun di
Makkah selamat daripada kerosakan. Dinding Kaabah mengalami keretakan di sana sini. Orang
Quraisy memutuskan untuk membina Kaabah semula tetapi mereka takut meruntuhkannya.
Walid bin Mughirah, orang pertama yang mengambil kapak untukmeruntuhkan dua tiang
tempat suci itu. Dia gementar dan juga merasa takut dimarahi berhala. Orang Makkah menanti
jatuhnya sesuatu, namun setelah mereka lihat tanda-anda kemurkaan berhala, mereka yakin
bahawa tindakannya telah mendapat persetujuan dewa. Lalu mereka bersama-sama
meruntuhkan bangunan itu. Pada hari itu juga sebuah perahu dari Mesir milik pedagang Rom
tenggelam di Jeddah akibat dipukul badai yang kencang. Orang Quraisy mengetahui peristiwa
ini. Lalu mereka menghantar utusan untuk membeli papan bekas perahu itu untuk digunakan
membina Kaabah. Pekerjaan tukang batu diserahkan kepada seorang Mesir yang tinggal di
Makkah.
Ketika dinding Kaabah telah dibangunkan setinggi manusia, tiba saatnya prletakan Hajar
Aswad pada tempatnya. Pada tahap ini muncul perselisihan di kalangan para pemimpin suku.
Bani Abdul al-Dar dan Bani Adi bersepakat bahawa mereka tidak akan membenarkan
seseorangpun melakukan pekerjaan mulia itu, Untuk menguatkan kesepakatan, mereka mengisi
sebuah wadah dengan darah lalu mencelup tangan mereka ke dalamnya.
Oleh kerana perselisihan ini, erja-kerja pembinaan Kaabah tertangguh lima hari. Perselisihan
telah mencapai tahap kritikal dan gawat. Banyak kelompok Quraisy telah berkumpul di Masjidil
Haram. Perkelahian berdarah hanya menunggu waktu sahaja. Akhirnya seorang tua yang
disegani di antara Quraisy, Abu Umaiyah bin Mughirah al-Makhzumi mengumpulkan para
pemimpin Quraisy dan berkta, ͞Terimalah sebagai hakim orang yang pertama masuk melalui
pintu Safa.͟ Seuanya menyetujui cadangan ini. Tiba-yiba Nabi Muhammad s.a.w. muncul dari
pintu tersebut. Serentak mereka berseru. ͞Itu Muhammad al-Amin. Kita setuju beliau menjadi
hakim!͟
Untuk menyelesaikan pertikaian itu, Nai Muhammad s.a.w. meminta mereka agar
menyediakan sehelai kain. Nabis.a.w meletakkan Hajar Aswad d atas kain itu dengan tangannya
sendiri, kemudian meminta setiap orang daripada empat pemimpin suku Makkah memegang
sudut kain itu. Ketika Hajar Aswad sudah semaikn dekat di tempatnya, Nabi s.a.w meletakkan
Hajar Aswad pada tempatnya dengan tangannya sendiri. Dengan cara ini, baginda s.a.w Berjaya
mengakhiri pertikaian Quraisy yang hamper mencetuskan peristiwa berdarah.
Sebagaimana sedia maklum bahawa di saat pembangunan semula Kaabah, diumumkan
kepada semua pihak sebagaimana berikut, ͞Dalam pembangunan kembali semula, yang
dinafkahkan hanya kekaaan yang diperolehi secara halal, wang yang diperolehi secara haram
atau melalui rasuah atau pemerasan, tidak boleh dibelanjakan untuk keperluan ini.͟
Tidak syak lagibahawa pemikiran seumpama ini merupakan warisan para nabi yang masih
bertahan di kalangan penduduk Quraisy.

5. Akhluk Rusululluh s.u.w
i. 0HPunggll DHngun Kutu-kutu 0Hsru

Rusululluh blusu PHPunggll Alsyuh dHngun bHbHrupu nuPupunggllun yung
dlsukulnyu sHpHrtl 'Alsyuh' dun 'HuPulru' (plpl PHruh dHllPu).
ii. HARGAI PEMBERIAN ORANG

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa
biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya.
Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman
gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini
tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW
terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau
itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah
SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah
limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya
kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan
mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya
akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak
Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun
benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah-
lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan
berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali
6. RUPA JASAD NABI
y Memiliki ketinggian yang sederhana.
y Berwajah bujur dan hamper-hampir bulat.
y Warna kemerah-merahan.
y Memiliki sepasang mata hitam yang luas dan bulu kening yang lebat.
y Memiliki pipi yang rata dan hidung yang mancung serta bercahaya.
y Mempunyai dua gigi hadapan yang agak jarang.
y Berambut hitam dan panjang mencecah bahu.
y Berbadan tegap, perut dan dada yang rata, tulang-tulang sendinya besar dan kuat.
y Terdapat cap mohor kenabian seumpama sebintil tahi lalat yang ditumbuhi bulu-
bulu; Ada diriwayatkan ia umpama sebiji telur merpati.
y Berkumis tipis.
y Berdada bidang.
y Memiliki sepasang kaki yang besar, dua tapak tangannya besar, lengannya panjang
dan terdapat bulu-bulu roma.
y Memiliki rupa paras yang tampan dan sederhana.
y Berdahi luas.
y Memiliki kepala sederhana besar dan janggut yang lebat serta terurus.
7. PERILAKU NABI
y Sangat pemalu melebihi gadis-gadis yang berlindung di sebalik tabir.
y Sering bergurau-senda dengan kanak-kanak.
y Sentiasa melakukan khidmat diri tanpa mengharapkan bantuan, menjahit baju
sendiri, memerah susu kambing, tidak pernah memukul wanita dan khadamnya.
y Berhias diri, memperindah penampilan dan memakai kewangian untuk isteri.

Rujukan
1. Buku Teks Pendidikan Islam Tingakatan 2
2. Sejarah Lengkap NABI & RASUL Dalam AL-QURAN oleh Abu Mazaya Al-Hafiz
3. Siri Berkenalan Dengan Nabi Kita MUHAMMAD S.A.W. oleh Mohd Sofwan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->