You are on page 1of 34

Options

Disable

Get Free Shots


  

 Rumah
 ABOUT ME
 Blog Survey!! Sila komen…
 FORUM PERTANIAN
 IKLAN RAMPAI
 KELAPA DARA
 PANDUAN UNTUK SEARCH ARTIKEL
 PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH
 PERKHIDMATAN PINDAH & PASANG ASTRO
 PERKHIDMATAN WIRING??
 SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PENIAGA & PEMBEKAL PERTANIAN
 SKY FRUIT
 SUDUT AGAMA

Teratak Maya Tempatku Lepak


Gerbang Informasi Agriculture & Aquaculture Anda

September 23, 2008

Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut


Posted by harizamrry under Agro - Journal Pertanian
[5] Comments 

Sejarah Rumpai Laut

* Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama
tempatan Agar-Agar.
* Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut.
* Pengkulturan rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh Aquatic Resource Limited,
Hawaii dari Amerika Syarikat.
* Tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah.
* Jabatan menerusi Projek Pemeliharaan Agar-Agar memulakan kerja-kerja penyelidikan;
* Mengenalpasti tapak pengkulturan dan spesis rumpai laut yang bernilai komersial
* Kaedah pengkulturan yang mudah dan murah
* Proses pengeringan, dan
* Menarik minat nelayan untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut ini
* Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh jabatan ini mencapai kejayaan pada tahun 1989
* Syarikat Food Manufacturing Corporation (FMC) dari Denmark merupakan agen tunggal
pembeli rumpai laut kering telah didaftarkan pada tahun 1988. Syarikat ini berhenti beroperasi
pada tahun 1998.
* Pada masa ini terdapat 8 buah syarikat tempatan bergiat aktif memasarkan rumpai laut keluar
negeri dan sebuah syarikat OMN-GEL Sdn. Bhd. mengusahakan kilang mengekstrak rumpai laut
menjadi tepung.

1.2 Status Industri Rumpai Laut

1.2.1 Kawasan/ladang pengkulturan


Kreteria tapak pengkulturan rumpai laut adalah:

a. Perairan laut terlindung


b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.

1.2.3 Kaedah Pengkulturan

Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu;

1. Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35′x35′/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m.
Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.

2. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15′x85′/unit pada
kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.

3. Rawai (tangsi dan pelampung) 300′/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m.
Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.

Pada masa ini tapak pengkulturan rumpai laut adalah;

1. Daerah Semporna: 800 ekar (Kerindingan, Pulau Bum-Bum (bahagian timur laut), Sebangkat,
Pulau Selakan, Pulau Sibuan, Pulau Pababag dan Pulau Omadal (utara dan barat)
2. Daerah Kunak: 100 ekar (Pulau Pababag dan Kunak Jaya)
3. Daerah Lahad Datu: 50 ekar (Bakapit dan Kg. Silam)
4. Daerah Kudat: 50 ekar (Pulau Balambangan dan Banggi)
5. Daerah Kota Belud: 2 ekar (Kg. Baru-Baru)

1.2.2 Jenis Rumpai Laut

Spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh)

Jadual 4.  Perbandingan Kos Operasi Kaedah Pengkulturan Rumpai

Laut, daerah Semporna


KAEDAH KEDALAMAN KOS / EKAR KADAR
PENGKULTURAN (m) ( RM ) PERTUMBUHAN
1. Pancang ( Stake ) 0.3 – 1.5 600.00 – 2.0% – 4.0%
1,000.00
2. Rawai ( Long Line ) 2.0 – 5.0 600.00 – 3.5% – 8.0%
1,000.00
3. Rakit MK II ( Raft 3.0 – 15.0 1,300.00 3.5% – 8.0%
Methode ) ( untuk 15 buah
rakit )

1.2.4 Kos pengeluaran

Pengkultur memerlukan peralatan seperti kayu belian dengan ukuran 2”x2”x15′, tali nyalon, tie-
tie, pelampung botol plastik, dan benih rumpai laut (200-400kg). Dalam masa 1 bulan rumpai
laut mengalami pertumbuhan dan para-pengkultur memotong tunas dan mengkulturnya sehingga
mencapai keluasan ½ – 1 ekar.

Dalam masa 45-55 hari rumpai laut di tuai, dikeringkan pada cahaya Matahari selama 3 hari, di
bungkus (packing) dan dijual kepada orang tengah yang datang ke ladang pengkultur.

1.2.5 Penglibatan Nelayan

Pada mulanya nelayan menjalankan usaha pengkulturan rumpai laut sebagai pendapatan
sampingan, tetapi setelah menyedari pengkulturan rumpai laut dapat dioperasikan dengan lebih
mudah dan memerlukan kos yang rendah dan tingginya permintaan, banyak dari nelayan di
daerah Semporna mengusahakan pengkulturan rumpai laut sepenuh masa atau pengkultur tetap.

Nelayan mendirikan pondok di ladang rumpai laut milik mereka secara berkelompok.

Jumlah nelayan yang mengkultur rumpai lautadalah seperti berikut :-

i. Semporna : 2,048 orang


ii. Kunak : 60 orang
iii. Lahad Datu : 100 orang
iv. Kota Belud : 13 orang
v. Kudat : 17 orang

1.2.6 Pendapatan Pengkultur

Pendapatan nelayan (pengkultur rumpai laut) adalah diantara RM450RM1,500/bulan dengan


keluasan ladang 1 ekar.

1.2.7 Penglibatan Sektor Swasta

Syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam industri seperti Jadual 1.

Jadual 1. Eksporter Rumpai Laut, 2000


No. Nama Syarikat Alamat Catatan
01. Juta Fish Sdn. Bhd. Kota Beroperasi di daerah Semporna,
Kinabalu Kunak dan Lahad Datu
02. Seng-Seng Lee Semporna Daerah Semporna
03. Takara Sdn. Bhd. Tawau Daerah Semporna
04. Syarikat Merimaju Tawau Daerah Semporna
05. Mutira Bayu Semporna Daerah Semporna
Sdn.Bhd
06. Pua Brothers Semporna Daerah Semporna
Sdn.Bhd.
07. Prompt Acces Semporna Daerah Semporna
Sdn.Bhd.
08. Sabah Fish Kota Daerah Semporna
Marketing (FAMA) Kinabalu

1.2.8 Pengeluaran Rumpai Laut

Jadual 2.   Jumlah Pengkultur, Keluasan dan Produksi Rumpai Laut Negeri Sabah (1989-
2000)

Tahun Jumlah Keluasan Produksi Basah (mt) Produksi


Pengkultur (ekar) Kering
(mt)
1989 176 4 100 10

1990 376 32 950 95

1991 480 88 2,650 265

1992 540 89 2,670 267

1993 560 105 3,130 313

1994 800 1,817 9,080 12,230 18,230 20,450 908


17,850 26,290 40,320
1995 920 408 1,223

1996 1,200 608 1,823

1997 1,600 682 2,045

1998 1,800 595 1,785

1999 2,200 877 2,629

2000 2,720 1,344 4,032



o Sumber:  DOF Sabah, 1989-2000

1.2.9 Produktiviti

Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah)

1.2.10 Harga

Berfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20, sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80,
RM2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering.

1.2.11 Sumbangan Rumpai Laut Terhadap Eksport

Sub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60%
dari nilai eksport tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang: 48%, rumpai laut: 33%, ternakan
ikan hidup: 14% dan moluska: 4%).

Jadual 3: Eksport Rumpai Laut Sabah, 1989-2000

Tahun Pengeluaran Rumpai Laut Nilai Borong


Kering ( m.t. ) ( RM )
1989 10 9.32

1990 95 85.09

1991 265 238.06

1992 267 264.84

1993 313 513.544

1994 908 656.75

1995 1,223 110.58

1996 1,823 2,006.32

1997 2,045 1,861.89

1998 1,785 3,570.00


1999 2,629 5,358.96

2000 4,032 6,853.04

Sumber: Annual Fisheries Statistic, DOF Sabah

1.2.12 Kegunaan Ekstrak Rumpai Laut

Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan.

Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam :-

1. Industri pembuatan cat


2. Pembuatan shampoo, dakwat, tekstail, spray serangga,
3. Agen pembersih,
4. Sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan,
5. Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan
6. Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan)
7. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.

2.0 PERANAN JABATAN PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI


RUMPAI LAUT

2.1 Program pemindahan teknologi

2.1.1 Mengujudkan projek demonstrasi di kawasan pengkulturan nelayan

2.1.2 Kursus/Latihan
2.1.3 Pengembangan (lawatan keladang nelayan setiap 2 minggu atau sebulan sekali
denganmengadakan dailog bagimengatsi masalah yang dihadapi oleh pengkultur)

2.1.4 Lawatan Sambil Belajar (nelayan (8-10 orang) dari daerah lain seperti Kudat dan Kota
Belud dibawa melawat ke Semporna untuk pendedahan dan secara langsung dapat berbincang
sesama rakan mereka yang telah berjaya mengkultur rumpai laut)

2.2 Program pakej insentif (bantuan/subsidi) untuk memulakan usaha pengkulturan


Peralatan yang diberikan terdiri dari tali rafia, tali nylon, tangsi, bakul rotan, kayu belian,
pelampung, karung plastik, sampan dan pondok penjemuran (7-10 orang/pondok).

Benih rumpai laut antara 150-400 kg/orang.

( Nota: Pemberian bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat, pemohon dan kawasan
pengkulturan diperiksa terlebih dahulu dan diputuskan oleh AJK Pakej Insentif peringkat
cawangan. )
Kos pelaksanaan program diperolehi dari Projek Pembangunan Persekutuan (P19 248000).

Jadual 5. Jumlah Perbelanjaan Program Pakej Insentif Rumpai Laut, 1990-2000

Tahun Jumlah ( RM )
1990 40 360
1991 10 903
1992 56 899
1993 44 047
1994 58 028
1995 54 597
1996 41 000
1997 54 700
1998 46 000
1999 55 000
2000 165 000
2000 132 000

2.3 Melaksanakan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Jabatan melaksanakan kerja (bagi membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar) seperti
pemberian kursus, penghantaran bantuan peralatan dan benih, dan kerja-kerja susulan
(pengembangan) bagi menjayakan program ini.

2.4 Pengeluaran benih rumpai laut

Jabatan menjalankan usaha mengkultur benih rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna seluas 3
ekar bagi menampung permintaan jumlah benih yang semakin meningkat dari nelayan. Sebanyak
10,000 – 20,000 kg dikeluarkan setiap tahun.

Bagi mengatasi masalah ini jabatan membimbing beberapa pengkultur yang rajin berusaha untuk
mengeluarkanbenih dan menjualnya kepada pengkultur baru dengan

harga RM0.50/pokok.

2.5 Pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan

Bagi membantu Jabatan Tanah & Ukur meluluskan permohonan tapak pengkulturan kepada
nelayan dan syarikat, jabatan membuat pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan rumpai laut.
Sebanyak 30 – 50 permohonan diterima setiap tahun bagi tujuan tersebut.

3.0 MASALAH INDUSTRI RUMPAI LAUT

3.1 Keselamatan
3.1.1 Gangguan ilanun/permopak mengakibatkan pengkultur rumpailaut menghentikan usaha
mereka kerana sering terjadi rompakan hartabenda.

3.1.2 Keselamatan yang tidak terjamin akan mempengaruhi bakal pengkultur yang ingin
menceburi industri ini

2. Sikap

Ada beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif terhadap usaha yang dijalankan, di
antaranya;

3.2.1 Tunggu dan Lihat


3.2.2 Tidak Berkeyakinan
3.2.3 Dengki/iri hati (tidak ingin melihat orang lain maju)
3.2.4 Sikap terlalu bergantung kepada bantuan/subsidi
3.2.5 Tidak rajin dan komited terhadap kerja

3.3 Tenaga Kerja

Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur rumpailaut menyebabkan kemajuan
perusahaan menjadi lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunaka tenaga kerja dari kalangan
anggota keluarga.

3.4 Penyakit Rumpai Laut

3.4.1 Ais-Ais (reput batang)

Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan
pengawasan oleh pengkultur kurang memberikan perhatian kepada tanamannya.

3.4.2 Epiphytes (nama tempatan ’sereng’)

Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nuterien yang
terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini

3.4.3 Penyu

Gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur
rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas
gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur.

3.5 Harga rumpai laut

Harga benih berfluktuasi antara RM0.35 – RM1.20 sepokok, demikian juga harga rumpai laut
kering diantara RM0.80 – RM2.20.
4.0 PELAN PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT

4.1 Sasaran pengeluaran

10,500 mt dengan anggaran bernilai RM52 juta tahun 2010

4.2 Teknologi

Kaedah rawai dimajukan dengan menggunakan pelampung yang tahan, peralatan mekanisasi
dalam penuaian dan menambah jumlah pokok rumpai laut setiap ekar sehingga produktivitinya
meningkat.

4.3 Meningkatkan jumlah peserta dan keluasan pengkulturan

Jumlah pengkultur ditambah sehingga 5,000 orang dan syarikat kepada 20 buah

Keluasan tapak pengkulturan ditingkatkan kepada 10,000 ekar di perairan yang berpotensi
melalui pengwartaan kawasan pembangunan rumpailaut. Dengan pembahagian tapak kepada
nelayan: 2-5 ekar dan syarikat:100-200 ekar.

Skim mesra pengkultur dengan menumpukan perhatian beberapa kelaurga nelayan yang
berminat di kawasan tertentu terlebih dahulu dengan menjalankan kursus setempat diikuti
dengan pemberian pakej insentif (peralatan, benih dan kemudahan sokongan)

Jadual 6. Unjuran Jumlah nelayan dan Sektor Swasta yang terlibat dalam Industri
Rumpai Laut, 2010

Bil. Daerah Nelayan Sektor Swasta


01. Semporna Nelayan:6,000 orang Syarikat: 11 buah
02. Kunak Nelayan:500 orang Syarikat: 1 buah
03. Lahad Datu Nelayan:500 orang Syarikat: 1 buah
04. Pitas Nelayan: 50 orang -
05. Kudat Nelayan: 200 orang Syarikat: 1 buah
06. Kota Belud Nelayan: 25 orang
07. Kota Kinabalu - Syarikat: 10 buah

Jadual 7.  Kawasan Berpotensi Pengkulturan Rumpai Laut di Sabah

Bil Daerah Lokasi Keluasan


(ekar)
01. Semporna Kerindingan Pulau Bum-Bum 15,000
(timurlaut)
3,500
Pulau Selakan 1,000

Sebangkat 7,000

Sibuan 5,000

Pulau Pababag 2,500

Pulau Omadal 10,000


02. Kunak Pulau Timbun Mata Pulau Pababag 3,000
2,500
03. Lahad Datu Silam Membatu 1,000
Lok Giong
500

500
04. Pitas MalubangTanjung Piring 250
500
05. Kudat Sibogo Laksian 1,000
Teluk Long
1,000

1,000
06. Kota Belud Kg. Baru-Baru Buah Pandai 200
Pulau Mantani
100

500
07. Kota Kinabalu Perairan Pulau Karang-Karangan, 50,000
Pulau Mengalum

4.4 Pembangunan Industri Hiliran


Menggalakkan pembangunan kilang ‘ekstrak carraganen’ oleh sektor swasta.

4.5. Tenaga kerja


Kursus-kursus dilaksanakan di IPT, Institut Kemaharian MARA, dan lain-lain agensi.

4.6 Pembangunan dan Penyelidikan


Kajian pencegahan penyakit rumpailaut dan automasi dalam pengkulturan dan pengeringan yang
akan dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau sektor swasta.

5.0 UNJURAN PENGELUARAN RUMPAI LAUT

Dalam masa 10 tahun akan datang unjuran ran rumpailaut negeri Sabah adalah seperti jadual
berikut;
Jadual 8 Unjuran Pengeluaran Rumpai Laut Sabah, 2000-2010

Tahun Kuantiti Rumpai Laut Kuantiti Rumpai Laut


Basah Kering
( m.t.) ( m.t.)
2001 47,000 4,700

2002 56,000 5,600

2003 68,000 6,800

2004 80,000 8,000

2005 87,000 8,700

2006 96,000 9,600

2007 108,000 10,800

2008 117,000 11,700

2009 125,000 12,500

2010 135,000 13,500

6.0 STRATEGI JABATAN PERIKANAN

Dalam mencapai matlamat pembangunan industri rumpai laut, jabatan telah mengatur beberapa
langkah dalam masa jangka panjang (10 tahun) seperti berikut;

6.1 Kawasan pembangunan rumpai laut

6.1.1 Membuat kajian terperinci kesesuaian tapak pengkulturan

6.1.2 Jabatan membuat kertas kerja pelan pembangunan setiap daerah dan dikemukakan kepada
Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah berkenaan

6.1.3 Jabatan mewartakan ladang pengkulturan dengan menandakan tapak ladang untuk
dibahagi-bahagikan kepada nelayan dan syarikat yang berminat disetiap kawasan yang telah
dikenalpasti sesuai

6.1.4 Kawasan pembangunan rumpai laut diterbitkan dalam bentuk risalah

6.1.5 Program ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan untuk satu daerah

6.2 Mula mengembangkan projek


6.2.1 Kenalpasti 2-5 orang nelayan berminat disetiap kawasan untuk memulakan projek
pengkulturan rumpai laut

6.2.2 Jabatan memberikan pakej insentif penuh kepada nelayan berkenaan dan anggota jabatan
bersama para nelayan tersebut membuat ladang pengkulturan

6.2.3 Untuk pengkultur yang telah maju, jabatan menggalakkan pengkultur mengusahakan
pengeluaran benih dan jabatan membeli benih dari nelayan tersebut sebagai insentif

6.3 Pembangunan secara berkelompok


Jabatan menggerakkan pengkultur rumpai laut menubuhkan persatuan berdasarkan
kawasan/ladang yang dinamakan mengikut kawasan. Kaedah ini untuk memudahkan jabatan
membuat program pengembangan atau lawatan kerja susulan

6.4 Usahasama sektor swasta – pengkultur rumpai laut


Jabatan sebagai penggerak mempelawa eksporter rumpai laut mengurus ladang pengkultur
dengan berdasarkan ‘çontract farming’.

6.5 Kursus/Latihan
Dijalankan pada kawasan bakal pengkultur dengan mempastikan nelayan betul-betul berminat
atau kursus setempat dalam masa 1-3 hari.

Panduan kursus dikemukan kepada institut-institut tempatan untuk dapat diajarkan kepada
pelajarnya.

6.6 Pakej insentif (Bantuan peralatan dan benih rumpai laut)


Jabatan hanya memberikan pakej insnetif sebanyak 2 kali untuk setiap pengkultur.

6.7 Sarana dan kemudahan


Untuk setiap kawasan atau kelompok pengkultur sebanyak 2-5 orang didirikan pondok
penjemuran dan kemudahan ini hanya diberikan sekali. Kerosakan dibaiki oleh kelompok
pengkultur berkenaan.

6.8 Pengembangan
Kegiatan lawatan kerja susulan oleh anggota jabatan dijadualkan sekurang-kurang setiap minggu
untuk kawasan yang baru memulakan usaha dan selama 2 atau 4 minggu untuk pengkultur yang
telah berjaya.

6.9 Penyelidikan
Jabatan membuat penyelidikan melalui IRPA (dijalankan oleh Cawangan Penyelidikan) dan
kertas kerja dikemukakan kepada IPT berkenaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan
mengenai masalah tertentu atau berfaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh industri
rumpai laut.

7.0 PENUTUP
7.1 Pengenalan industri rumpai laut ini dapat dijadikan sebagai maklumat oleh pelabur-pelabur
dalam dan luar negeri bagi menjalankan usaha ini secara skala besar kerana memberikan
pulangan ekonomi yang lumayan.

7.2 Jabatan Perikanan akan memberikan bantuan selaras dengan kemampuannya.

5 Respons to “Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut”

1. Koperasi Temasa Berhad Says:

Disember 7, 2008 at 12:58 am

Koperasi kami berminat melibatkan diri di dalam industri ini dan maklumat yang
diberikan dapat membantu kami. Terima kasih.

Balas

2. D'Awan Corporation Says:

Disember 7, 2008 at 1:13 am

Terima kasih di atas info yang cukup bermakna

Balas

3. Ag Thomas j Atahi Says:

Disember 7, 2008 at 1:19 am

Industri rumpai laut berpontensi dan boleh membantu kerajaan mengurangkan kadar
kemiskinan asalkan semua pihak ikhlas berganding bahu.

Balas
4. D'Awan Corporation Says:

Disember 7, 2008 at 1:23 am

Industri rumpai laut memang menguntungkan asalkan serius dilaksanakan.

Balas

5. ANANG KUAT Says:

Januari 5, 2009 at 11:42 am

Saya amat berminat untuk memulakan projek rumpai laut di semenanjung malaysia(ie
kedah penang atau perlis).adakah itu sesuatu yg mustahil?

Balas

Tinggalkan jawapan

Nama (wajib)

E-mail (will not be published) (wajib)

Tapak Web

Kirim Komen

Notify me of follow-up comments via email.


Entri Terarkib
 Tarikh Kiriman :
 September 23, 2008 at 2:35 pm
 Kategori :
 Agro - Journal Pertanian
 Do More :
 You can leave a response, or trackback from your own site.

Blog di WordPress.com. — Theme: Connections by www.vanillamist.com


R&D: Makanan
berkhasiat
Date             : 16 April 2009
Publication   : Berita Harian

JIKA selama ini kadar kematian anak ikan bagi seekor induk yang baru menetas adalah 80
peratus, kadar itu kini berjaya diturunkan kepada 40 peratus hasil penemuan makanan ikan
generasi baru oleh penyelidik dan pelajar Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) berdaya komersial dikenali `New Generation Probiotic
Fortified Feed' diketuai pensyarah IBTP, Prof Madya Dr Charles Santhanaraju Vairappan
mengambil masa dua tahun untuk disiapkan mulai 2006.

Makanan ikan itu menggunakan sepenuhnya rumpai laut atau nama saintifiknya, Eurchema
Cottonii, iaitu hasil sumber alam semula jadi yang hanya boleh dikultur di perairan Negeri di
Bawah Bayu meliputi tiga laut yang mengelilinginya iaitu Laut Sulawesi, Laut Sulu dan Laut
China Selatan.

Ketinggian kualitinya diperakui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berbanding sumber


`rotifer' yang digunakan sebelum ini terutama penghasilan dapatan baru yang berupaya
mengurangkan kadar kematian anak ikan pada tahap sekali ganda.

Dr Vairappan berkata, makanan ikan generasi baru dihasilkan menggunakan proses penapaian
selama dua minggu yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi kimia hasilan semulajadi sehingga
menghasilkan vektor probiotik memiliki ciri penting sebagai makanan anak ikan yang berkhasiat
untuk tumbesaran.

Beliau yang juga pensyarah IBTP UMS berkata, rumpai laut mengandungi organisma probiotik
yang amat tinggi, nutrisi tinggi asid lemak, asid amino dan protein yang diperlukan oleh anak
ikan yang baru melalui proses penetasan.

Katanya, tiga ciri penting makanan ikan generasi baru itu adalah tempoh luput lama, baik untuk
kesihatan dan teknologinya mudah dipindahkan kepada penternak ikan.

"Faktor itu dengan sendirinya membantu mengurangkan risiko kematian anak ikan yang sering
membelenggu penyelidik dan individu atau syarikat yang mengusahakan pembuatan makanan
dan penternakan ikan," " katanya kepada Berita Harian di IBTP di Kampus Induk UMS, Kota
Kinabalu, semalam.
`New Generation Probiotic Fortified Feed' mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa menerusi kejayaan memenangi anugerah pingat emas pada peringkat itu.

Pada 2008, penyelidikan itu memenangi pingat emas juri pada pameran penyelidikan `Invention
and New Product Exposition' (Inpex) di Amerika Syarikat manakala awal tahun ini menggongol
pingat emas Expo Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur.

Dr Vairappan berkata, penghasilan `New Generation Probiotic Fortified Feed' adalah hasil
pengalaman beliau selama 15 tahun dalam R&D kimia hasilan semula jadi.

Katanya, ketika ini beliau bersama pelajar IBTP melakukan penambahbaikan projek makanan
ikan generasi baru itu termasuk mengurangkan kadar kematian anak ikan kepada 10 peratus bagi
seekor ikan menggunakan teknologi itu, selain menghasilkan makanan bersumberkan rumpai laut
untuk induk ikan atau ikan besar.

Mengenai beza makanan generasi baru dengan `rotifer', Dr Vairappan berkata, kaedah lama itu
mendedahkan anak ikan kepada kematian akibat keracunan bahan makanan.

Ini kerana, katanya, bahan itu biasanya dihasilkan menerusi air hijau di dalam kolam atau kolah
yang tinggi kandungan mikro alga dan mikro organisma.

"Air hijau yang tercemar mungkin punca 80 peratus anak ikan mati akibat menggunakan sumber
makanan dan air yang rendah kualitinya," katanya.

Beliau optimis R&D berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha rumpai
laut terutama di perairan Semporna, Kunak, Pulau Banggi (Kudat), Kota Belud dan Tuaran yang
kini menjualnya kepada orang tengah pada harga RM2 sekilogram (kg).

"Mereka boleh membekalkan rumpai laut kepada syarikat atau individu yang mengusakan
makanan ikan untuk dikomersialkan pada harga lebih tinggi," katanya.

Justeru, penemuan makanan ikan generasi baru hasil penyelidikan UMS diyakini dapat
membantu meningkatkan pengeluaran ikan negara kerana risiko kematian anak ikan dapat
dikurangkan.
Jumaat, 30 Okt 2009   14:35

Peta Laman Pautan Hubungi Kami Kata Kunci

Laman Utama Tawau, Semporna Berpotensi Jadi Hub Bioteknologi      


Pantai Timur Sabah

Berita Terkini Tawau, Semporna Berpotensi Jadi Hub Bioteknologi Pantai Timur Sabah

Berita Industri
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Tawau dan Semporna
Berita Syarikat berpotensi besar menjadi hub bioteknologi pantai timur Sabah.

Beliau berkata kawasan Semporna dan Tawau kaya dengan sumber marin, termasuk rumpai
laut dan udang, selain kedudukannya yang strategik dalam kawasan pembangunan Kluster
Industri Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu.

"Itulah kekuatan kawasan pantai timur Sabah berdasarkan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan, yang memberi tumpuan terhadap
produk berasaskan sumber laut," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang
pemprosesan makanan ayam, milik QL Resources Berhad di Jalan Apas, dekat sini hari ini.

Ongkili turut melawat kilang memproses carrageenan separa-halus daripada rumpai laut di
Merotai Besar dan pusat projek Alga Oral Vaccine di Taman Mega, di sini.

Beliau berkata kawasan pantai timur Sabah, khususnya Semporna, yang merupakan
pengeluar terbesar rumpai laut di negara ini, berpotensi mengeluarkan pelbagai produk
berasaskan sumber laut berkenaan.

"Kegunaan rumpai laut ini amat banyak. Pada masa ini mereka (kilang-kilang) cuma
memproses dan mengekstrak carrageenan separa halus dan halus daripada rumpai laut.
Mereka belum lagi terokai bidang pengeluran produk farmasi, perubatan dan kosmetik
daripada bahan berkenaan," katanya.

Ongkili berkata banyak syarikat swasta di kedua-dua daerah berkenaan kini menjalin
kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan kementerian itu sendiri sedang menjalankan
kajian terhadap pelbagai sumber marin di kawasan itu untuk dikomersilkan.

Katanya hasil penyelidikan ke atas sumber marin berkenaan akan membawa kepada pelbagai
limpahan ekonomi dan produk hiliran berkaitan sumber berkenaan, sekaligus menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara.

"Asas R&D utama sedang berjalan dengan rancak di sini dan ini akan menjadi batu loncatan
ke arah aplikasi R&D yang lain. Ini juga selari dengan program Koridor Pembangunan Sabah
(SDC)," katanya.

Selain itu Ongkili berkata kedudukan Tawau dan Semporna yang bersempadan dengan
Indonesia dan Filipina, yang juga pengeluar rumpai laut, memberi kelebihan kepada kedua-
dua kawasan itu jika menjadi hub bioteknologi berasaskan marin pada masa akan datang.

Sebagai contoh, katanya jika terdapat kekurangan bekalan rumpai laut untuk diproses di
kilang-kilang di Tawau dan Semporna, bekalan bahan berkenaan boleh diperoleh dengan
mudah dari negara jiran dalam tempoh kurang 12 jam hasil hubungan perniagaan tukar
barang antara negara jiran berkenaan.

-- BERNAMA

Kemaskini Terakhir: 05 Mar 2009 02:47 PM Atas | Kembali

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi


MIDA Content
skrin 800x600 pixel
Feeds.
Hak milik © 2005 MIDA. Semua hak terpelihara. Penafian. Terma Perkhidmatan.
ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Hasil Tumbuhan

Sabun

Pokok Hiasan

Produk Makanan Dari

Roselle

Kacang soya

Rumpai laut

Kesimpulan

Bibliografi

PENGENALAN

Negara Malaysia sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah negara tropika yang
kaya dengan flora yang beraneka jenis. Tumbuhan ini mempunyai nilai khasiat dan
potensi  yang tersendiri  yangmana ianya boleh dimajukan sebagai bahan makanan
dan perubatan.Hasil daripada tumbuhan ini boleh membantu menaikkan nama
Malaysia serta membantu ekonomi negara.

Tumbuhan tidak kira samaada daripada hutan atau ditanam sendiri ini boleh
dikembangakan atau diperluaskan penggunaannya dalam pelbagai bidang. Lebih-
lebih lagi dizaman yang serba canggih dan moden ini, sudah pasti penemuaan baru
terhadap tumbuhan dapat dihasilkan

Tumbuhan yang mungkin pada zahirnya kita lihat bagaikan tidak


mempunyai apa-apa nilai tetapi ianya juga mempu mengeluarakan produk
setanding dengan bahan yang bermutu. Produk daripada tumbuhan ini sudah
mendapat tempat dikalangan pengguna terutamanya produk makanan  yang
menjadi perkara asasi dalam kehidupan seharian.Di sini akan dibincangkan antara
produk yang dihasilkan dari tumbuhan.

HASIL TUMBUHAN

1- SABUN

Pelbagai produk barangan yang dikeluarkan sekarang menjurus kepada


bahan- bahan semulajadi atau istilah popularnya “ back to nature” . Bahan asli
yang digunakan oleh masyarakat dahulu sememangnya mempunyai pelbagi
khasiat. Kecenderungan  untuk kembali kepada sumber asli ini timbul daripada
kesedaran pengguna terhadap kesan sampingan bahan kimia yang terdapat di
dalam produk baru yang dihasilkan. Oleh itu terhasillah sabun mandi daripada
ramuan pelbagai herba yang dikenali sebagai “Terra Firma”.

Terra Firma ini diambil daripada bahasa latin ynag bermaksud pemuliharaan
. Produk ini menggabungkan pati sabun bermutu tinggi dengan bahan- bahan asli
tanpa mengandungi pewarna, pewangi tiruan, bahan kimia dan keluaran binatang
(lemak).Dalam menghasilkan sabun ini antara herba yang digunakan seperti akar
wangi, kunyit, halia liar, kayu manis dan limau purut. Bahan ini digunakan sebagai
ramuan aktif. Seperti yang kita ketahui sememangnya herba ini mempunyai
khasiatnya yang tersendiri bagi membantu memelihara kesihatan kulit. Kunyit atau
nama saintifiknya Curcuma domestica dan halia liar Zingiber officiale terbukti
keberkesanan dari segi saintifik kerana tindakan anti kerengsaan, antibekteria dan
antikulat.

Gentian- gentian herba pada sabun amat berkesan untuk membuang sel- sel
kulit yang telah mati dan membantu melancarkan peredaran darah ke kulit. Di sini
dinyatakan khasiat antara herba yang digunakan. Pertama kunyit, ianya sering
digunakan oleh masyarakat India untuk menghaluskan kulit muka dan membunuh
kuman dilapisan kulit. Bagi masyarakat Melayu kunyit digunakan dalam perubatan
tradisional untuk mengubati batuk kering dan demam kuning. Sementara itu, orang
cina menjadikannya sebagai minuman untuk menambahkan sel darah merah dalam
tubuh, ubat untuk mencairkan darah yang beku dan melancarkan aliran perjalanan
darah. Dalam kajian saintifik menunjukan bahawa kunyit dapat merawat penyakit
seperti cirit- birit, sakit perut akibat pencernaan makanan yang kurang baik.

Kedua halia liar atau temu lawak pula mengandungi pewarna semulajadi
yang menarik. Ianya digunakan untuk mengubati penyakit reumatik, demam,
pening kepala, bengkak dan sakit dibahagian otot.Antara herba lain yang
digunakan seperti limau purut untuk merawat penyakit kulit dan menguruskan
badan.

Sabun yang dihasilkan itu boleh didapati di farmasi dan dipasarkan ke


seluruh negara. Produk ini mendapat sambutan yang baik daripada
pengguna.Antara keistimewaan sabun ini ia amat sesuai digunakan pada tubuh
yang berkeringat terutamanya sewaktu mandi petang. Ini kerana ia dapat memberi
kesegaran pada tubuh badan dan mengembalikan keceriaan.

Pembungkusan sabun Terra Firma ini dibuat dengan cukup kemas dan rapi
bagi menjamin mutunya. Keunikannya ialah ianya mengekalkan warna tanah pada
sabun dan bungkusannya sebagai satu identiti sesuai dengan imej semulajadi.
Mesej dari kemasan tersebut membayangkan aspirasi ke arah kesedaran terhadap
alam sekitar dan kehijauan bumi.

2-POKOK HIASAN

Sememangnya keindahan dan kecantikan itu menjadi perkara yang


penting.Oleh itu bagi memenuhi perkara ini satu cara yang digunakan ialah dengan
menghias kawasan kediaman. Tumbuhan yang digunakan ialah Tillandsia.
Mungkin nama ini agak asing bagi kita. Ia adalah sejenis tanaman parasit yang
berharga dan cukup unik rupanya. Sekali pandang ia seperti tanaman plastik yang
sering digunakan untuk menghiasi meja. Bentuknya ada menyerupai rumput tidak
kurang juga yang kelihatan  seperti anak pokok aloe vera atau nanas muda. Ia
sungguh menarik pandangn bagi sesiapa yang melihatnya.

Tillandsia adalah sejanis tanaman udara yang paling luar biasa di seluruh
dunia. Ia berasal dari Amerika Latin dan sesetengah daridapa spesies tumbuhan ini
juga boleh ditemui di bahagian selatan Amerika Syarikat. Tillandsia dinamakan
semperna nama seorang ahli perubatan Finland, Elias Tillands iaitu orang pertama
yang menemui tumbuhan ini. Tumbuhan ini diperkenalkan di Malaysia sebagai
tanaman eksotik pada tahun 1995 oleh syarikat Fruitman M Sdn. Bhd.Tillandsia
berada dalam kumpulan yang sama seperti nanas nama saintifiknya Ananas
comosos dan berasal dari keluarga flora dikenali sebagai Bromeliaceae   atau biasa
disebut sebagai Bromeliads.Di  kawasan asalnya, tumbuhan ini merupakan
tanaman parasit yang hidup menumpang pada pohon kaktus, tumbuhan renek yang
berduri  atau pokok tinggi yang lain. Ada juga spesies Tillandsia tumbuh dalam
keadaan tergantung atau bertenggek pada tunggul atau batu di lereng bukit, tebing
curam atau tumbuh terus di atas tanah yang berpasir.

Lebih 400 spesies Tillandsia telah dikenal pasti walaupun tiada mana- mana
dua spesies ditemui serupa. Ianya bergantung kepada kawasan habitatnya seperti
banjaran, padang pasir dan lembah.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari
untuk hidup dan kesuburan terselah jika ditempatkan di kawasan  terbuka  yang
teduh dan berangin. Ia juga memerlukan air tetapi ianya tidak perlu disiram setiap
hari kerana air yang berlebihan boleh menyebabkan ianya reput dan mati.

Spesies Tillandsia berbeza antara satu sama lain dari segi rupa bentuk dan
saiz. Tillandsia Usreoides merupakan spesies yang paling kecil berukuran tiga atau
empat sentimeter manakala Grandis adalah spesies terbesar berukuran lima
meter.Rupa dan bentuk daunnya berbeza- beza. Ada yang berdaun lembut dan
berdaun keras. Terdapat juga spesies tumbuhan ini berbentuk seperti bunga ros
atau pokok nanas. Daun pokok Tillandsia diselaputi bulu- bulu halus dipanggil
trichomes yang berfungsi memindahkan air yang terkumpul di permukaan daun ke
sel- sel simpanan yang terdapat dibahagian dalam.Ia juga berfungsi melindungi
daun daripada bahang panas matahari yang membiaskan cahaya yang berlebihan.
Tumbuhan ini berupaya hidup sehingga tujuh atau lapan tahun dan berbunga dua
kali setahun.  Semasa dan selepas berbunga pokok Tillandsia akan mengeluarkan
satu hingga lebih anak pokok dikenali sebagai pup yang tumbuh dibahagian
perdunya.

Pada hari ini, tumbuhan ini mendapat sambutan yang hangat sebagai
komoditi berharga. Hasilnya sebagai barang hiasan yang cukup menarik. Ia
menjadi pilihan utama sebagai hadiah yang cukup istimewa kerana rupanya yang
unik sesuai dijadikan bahan hiasan yang eksklusif di rumah ataupun di pejabat.
Keistimewaan yang lain kerana sifat epifitiknya atau keupayaan untuk tumbuh
tanpa tanah. Ia boleh hidup subur samaada digantung atau dilekat dengan gam pada
mana- mana permukaan atau objek seperti kayu atau batu.

3-PRODUK MAKANAN DARI:

Roselle

Roselle atau nama saintifiknya Hibscus sabdariffa adalah sejenis tanaman


tropika yang berpotensi tinggi dalam menghasilkan makanan dan minuman
berkhasiat setanding dengan produk buah- buahan tempatan yang lain. Pada suatu
ketika dahulu ia disebut sebagai pokok ribena kerana warna dan rasa jusnya yang
seakan sama dengan minuman ribena. Penduduk tempatan pula menamakan pokok
ini sebagai asam paya.

Pokok roselle adalah pokok renek yang berasal daripada keluarga


Malvaceae iaitu dalam kumpulan yang sama denagn tumbuhan seperti pokok
bunga raya dan kacang bendi. Batang dan ranting pokok  berwarna merah dan
dengan keseluruhan pokok, daun serta bunganya mirip pokok kacang bendi. Ia
dikatakan mula ditanam di Afrika Barat, India dan China. Tujuan utama
penamanannya adalah untuk mendapatkan buahnya yang mengandungi kelopak
berwarna merah dipangggil kaliks.

Kaliks mengandungi pewarna merah asli dipanggil hibiscin dan gossypetin


yang boleh digunakan dalam industri minuman. Bijinya mengandungi 17 peratus
minyak yang bernilai tinggi dalam industri makanan. Kaliks- kaliks kaya dengan
vitamin B5, B2, B2 kompleks, C dan D serta asid sitrik (77 peratus) serta asid
malik( 22 peratus). Kaliks dipisahkan daripada bijinya sebelum diproses untuk
perusahan jus, jeli, halwa dan jeruk. Ia juga dikeringkan untuk diproses menjadi
serbuk yang boleh dibancuh seperti serbuk teh.

Pucuk dan daun muda roselle juga enak dimakan mentah sebagai ulam atau
dimasak seperti sayur. Sementara itu batang pokok roselle iaitu bahagian gentian
boleh digunakan untuk membuat tali yang berkualiti tinggi. Ia mampu
mengantikan gentian jut dalam perusahan tali.

Tanaman roselle sesuai ditanam malah lebih mudah diselenggarakan semasa


cuaca panas. Sebaliknya keadaan yang lembab terutamanya musin hujan boleh
menjejaskan hasil tanaman. Hasil kajian menunjukkan tanaman roselle boleh hidup
subur di kawasan  tanah pasir atau disebut tanah buis yang banyak terdapat di
Pantai Timur. Ia sejenis tanaman yang semusim yang mampu hidup selama  lima 
bulan.

Buah roselle mula berputik dalam empoh 50 hingga 60 hari selepas disemai.
Apabila pokoo berusia 80 hingga 90 hari buah sudah sesuai untuk dituai. Hasilnya
boleh dipunggut sepanjang tempoh dua bulan. Tumbuhan ini akan mengeluarkan
tunas baru selepas dipangkas setelah hasil pertama selesai dipunggut. Kaedah
penamanan semula ini dikenali sebagai ratton, di mana ranting- ranting lama
dipotong dan kerja- kerja pembajaan dilakukan.
Pada hari ini, produk daripada pokok roselle yang dihasilkan sudah mampu
dipasarkan ke luar negara seperti Hong Kong dan China. Produk yang dipasarkan
ini mendapat sambutan yang baik dari pengguna terutamanya pengguna tempatan.

Kacang Soya

Kacang soya dipercayai berasal dari Negara China. Kacang soya ini sangat
berguna, di Malaysia kacang soya telah menjadi bahan makanan harian seperti
tauhu, tempe dan sos soya. Ia juga mengandungi peratus minyak yang tinggi dan
diproses minyaknya menjadi marjerin, sabun dan minyak masak. Ia juga
mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu 40 hingga 45 peratus. Negara
terbesar mengeluarkan kacang soya ialah Amerika Syarikat diikuti Brazil dan
Negara China.

Kacang soya nama saintifiknya Glycine max L dari keluarga Leguminosae.


Ia sangat peka kepada cahaya matahari. Spesies Palmetto didapati sesuai ditanam
di Malaysia. Kacang soya mempunyai nilai lemak yang tinggi. Tanaman ini adalah
penting untuk menghasilkan minyak sayuran. Minyak mentah yang dikeluarakan
ini kemudian dibersihakan untuk diproses menjadi makanan dan bahan hasilan
lain.Sebahagian minyak mentah dijadikan minyak masak, minyak salad dan juga
dibuat cat, varnis, sabun dan alat solek. Hampas kacang soya atau tepung kasar
yang tinggal setelah diambil minyak dijadikan makanan binatang.

Selain daripada minyak kacang soya juga boleh diproses dan dijadikan
minuman. Minuman susu kacang soya ini sungguh enak dan mengandungi banyak
khasiat. Tidak dilupakan juga perisa makanan yang penting dihasilkan dari kacang
soya iaitu kicap. Pada hari ini kicap ini mendapat sambutan yang baik dan
penggunaannya meluas sebagai perisa tambahan bagi masakan.Proses membuat
kicap memerlukan pemeraman kacang soya bersama ragi untuk beberapa bulan.
Satu lagi hasil makanan dari kacang soya ialah tauhu. Berbagai jenis tauhu boleh
diambil dari kacang soya seperti tauhu lembut, tauhu puti, tauhu kering dan tauhu
poh.  Tauhu ini dibuat daripada susu kacang soya yang belum dicampur gula. Air
susu direbus dan lemak yang timbul dipermukaan susu diangkat dan dijemu hingga
kering. Apabila kering ia dikenali sebagai fucuk. Sememangnya bahan makanan
yang dihasilkan dari kacang soya ini enak dimakan dan boleh dijadikan sebagai
hidangan yang lazat.

Rumpai Laut

Rumpai laut adalah tumbuhan yang banyak mendiami dasar laut.


Sumbangan besar dihasilkan oleh tumbuhan tak varkular ialah untuk kesejahteraan
alam. Istilah yang lebih tetap bagi rumpai laut ini ialah sayuran laut. Ianya
berpotensi kapada manusia sebagai makanan.Sebanyak 500 spesies yang dikenal
pasti digunakan di seluruh dunia.Namun 20 spesies daripada 11 genus telah
berjaya ditanam.

Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.


Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral
selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun rumpai laut
mempunyai karbohidrat yang tinggi tetapi kabohidrat ini sukar
dihadamkan.Menurut sejarah, rumpai laut merupakan salah satu herba Cina yang
digunakan oleh Raja Shen Nung pada tahun 2700 Sebelum Masihi. Ia telah
menjadi komoditi eksport apabila China dan Jepun memulakan pasaran
perdagangan pada 1670. Masyarakat Timur mengunakannya sebagai makanan dan
amalan perubatan tradisional. Sebaliknya masyarakat barat menggunakannya
sebagi makanan haiwan, baja dan memprosesnya menjadi bahan kimia dalam soda,
iodin dan bahan lain dalam industri kimia.

Kini ia dijadikan minuman  dan sumber bagi menyedapkan sajian makanan.


Masyarakat Jepun dan Hong Kong menjadikan rumpai laut sebagai sup sayur.
Rumpai laut mempunyai potensi yang luas dalam indusrti pemprosesan bahan
makanan. Di negara ini informasi mengenai perusahan rumpai laut ini masih
kurang.Beberapa usaha telah dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
untuk memelihara rumpai laut ini. Langkah yang diambil ialah memajukan produk
rumpai laut dari spesies Carrageenan.

Rumpai laut dari spesies Carrageenan mempunyai potensi yang baik dalam
pelbagai industri. Ini termasuk industri roti, snek, makanan kering serta perusahaan
bukan makanan seperti kegunaan dalam perubatan. Dalam industri makanan
Carrageena yang diproses banyak kegunaannya. Ia sangat reatif dengan protein
susu yang digunakan untuk menstabilkan kuantiti makanan. Industri mi kering
menggunakan Carrageena  yang diproses bagi memjamin ketahanan makanan
daripada terurai apabila dimasak. Ia diproses menjadi sel yang dapat digunakan
untuk membuat agar- agar, jem,snek, bahan minuman susu  bercoklat dan bahan
makaman yang perlu disejukan. Dalam industri makanan seperti burger, nugget
dan sosej ia sangat penting untuk melekitkan daging- daging yang terurai menjadi
bentuk makanan berkenaan.

Rumpai laut juga banyak mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan.


Rumpai laut seperti Macroystis , Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinariat 
telah digunakan sejak berkurun- kurun untuk mengubati penyakit seperti goiter,
disenteri, diarea dan masalah ususkecil.Sesetengah spesies dikatakan boleh
merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma. Ia juga dilaporkan
mempunyai nilai antibiotik, antibekteria dan antikulat.

Perusahan rumpai laut mempunyai prospek yang baik. Laut di sekeliling kita
merupakan anugerah alam yang paling bernilai untuk dieksploitasi dengan
sebaiknya.Cara menggunakan rumpai laut berbeza- beza bergantung pada
kebudayaan masing- masing.Apabila industri ini berkembang ia boleh menjadi
menu makanan yang lazat dan istimewa.

KESIMPULAN

Perusahan daripada tumbuhan dan tanaman ini mestilah diutamakan bagi


memenuhi keperluan negara.Tetapi perlu diingat pembaziran dan pengeksploitasi
yang berleluasa dan tidak terancang perlu dielakkan. Ia adalah untuk menjamin
kesejahteraan  dan keseimbangan hidup. Produk yang dihasilkan dari sumber
tumbuhan mempunyai nilai dan khasiat yang semulajadi. Sememangnya tumbuhan
memberi  manfaat kepada manusia segajat. Produk tumbuhan ini mempunyai nilai
untuk diperluaskan dan dikembangkan penggunaannya pada masa hadapan
diseluruh negara.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Ismail, 1995, Rumpai Laut, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dr. Mohd. Idris b. Hj. Zainal Abidin,Dr. Mohammad b. Mohd. Lassim, Normah
bte Hashim,1982,Tanaman Bijian,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Norizan Mohamed, 1994, Pengenalan Sistem Pertanian, Dewan Bahasa Dan


Pustaka, Kuala Lumpur.

Azizah Ismail, Roselle Jadi Produk Komersil,Mastika September 1996,Hal.6.

Syed Jalaluddin Syed Annuar, Menu Istimewa Daripada Rumpai Laut, Mastika
Mac 1997, Hal. 24.

Azizah Ismail, Tillandsia Tanaman Parasit Yang Berharga, Mastika November


1996, Hal 23.

Syed Jalaluddin Syed Annuar,Terra Firma Sabun Mandi Ramuan Pelbagai Herba,
Mastika April 1997, Hal. 75.
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 28/06/2008

Minta bantu tingkat penyertaan ternakan rumpai laut

KUDAT 27 Jun - Universiti Malaysia Sabah (UMS) digesa mencari kaedah berkesan bagi
meningkatkan penyertaan penduduk Pulau Banggi dalam Projek Pengkulturan Rumpai Laut
(PPRL).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin ketika membuat gesaan itu berkata, ia penting
dalam membantu penduduk pulau itu menambah sumber pendapatan mereka.

''Projek pengkulturan rumpai laut mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang
terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat PPRL yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan
Marin Borneo UMS dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Cawangan
Sabah.

PPRL UMS merupakan projek yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Rakyat
Termiskin (PPRT) dan dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu berkata, selain membuat kajian mengenai
kaedah terbaik menternak rumpai laut serta khasiatnya, UMS juga harus membantu para
penternak memasarkan hasil produk mereka itu.

Setakat ini, seramai 112 pengusaha rumpai laut dari Pulau Banggi, Pulau Balambangan serta
pulau-pulau berhampiran terlibat dalam projek pengkulturan itu.

Projek tersebut dimulakan pada Mac 1999 dengan lokasi ladang pengkulturan tertumpu di
perairan utara Sabah.

Kini, UMS telah meluaskan kawasan pengkulturan sehingga ke perairan Pitas dan Kota Marudu.

Hasil rumpai laut basah dan kering yang diusahakan oleh peserta PPRL UMS Kudat/Banggi
boleh didapati di Kampung Kaligau, Telutuh, Pulau Panukaran, Sibogo, Malawali dan
Matangule.

Rumpai laut atau nama saintifiknya Eurcheuma cottonii juga dikenali latoh di kalangan
penduduk setempat.

PPRL UMS mengkultur dua spesies rumpai laut iaitu Eurcheuma cottonii dan Eucheuma
spinosum.

UMS juga berusaha membantu peserta memasarkan hasil rumpai kering mereka dan telah
berjaya menghasilkan bahan yang berkualiti untuk kegunaan produk kosmetik berasaskan rumpai
laut dari spesies Eucheuma spinosum.
\

Abdullah sarah tubuh badan R&D rumpai laut Utusan Online 2009-07-24
 photo
 slideshow

24/07/2009 11:55am SEMPORNA 24 Julai — Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad
Badawi mencadangkan supaya Sabah mewujudkan satu institut kajian dan pembangunan (R&D)
khusus untuk penyelidikan rumpai laut. Katanya, institut seperti itu dapat membantu
mengembangkan potensi industri rumpai laut sama ada dari aspek pengeluaran atau pemerosesan
produk...

 Read full article

Post a Comment Email this Page


 Text size


 Previous Article
 Next Article

(photo: AP / Lai Seng Sin)


Badawi   Business   Development   Industry   Photos

 
When news happens: send photos, videos or sound files submit your article or email us
 
Most Popular
 Editorials: Indo-Pak relations

 Vets' friend set to head powerful US Senate appropriations committee

 Wenger tight-lipped over keeper crisis

 US alerts its citizens travelling to India

 India pulls out 15,000 troops from Kashmir

 
 12 results
 next 12 results

Related News Stories


Sabahans want concrete action be taken to stop illegals from entering the state
The Star
MALAYSIAN journalists who headed to the southern Philippines island of Jolo, where 20
people kidnapped from Pulau Sipadan in Sabah's east coast were spirited to nine years ago, were
in for many surprises. Among...
Cases of mismanagement
The Star
AS in previous years, the AG's Report for 2008 has identified various instances of
mismanagement of public funds. This time around, among the cases that were highlighted was
Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik...
Ops to prevent illegal activities in Sabah waters
The Star
SEMPORNA: An integrated operation involving the armed forces, police and Maritime
Enforcement Agency in Sabah waters was launched on Monday. The 10-day exercise is aimed
at...
Best students will get to further education at top varsities
The Star
THIRTY of the country's creme de la creme students will be awarded National Scholarships
strictly based on merit, which will allow them to further their education in world-renowned
universities. Those who get...
Accolades for jungle resort
The Star
KOTA KINABALU: The Tabin Wildlife Resort, located in the east coast of Sabah, is rated
among the most exotic and beautiful tropical retreats in Malaysia, particularly in terms of design,
according to a local...
Team from Singapore polytechnic edge MUCH in friendly netball match
The Star
MASTERSKILL University College of Health Sciences (MUCH) are prepared to enhance
relationship with the Republic Polytechnic Singapore (RPS) through sports. MUCH, as part of
their preparations for a...
Rosmah gets Datuk Seri Panglima title
The Star
KOTA KINABALU: Datin Seri Rosmah Mansor heads the list of Sabah state award recipients in
conjunction with the Yang DiPertua Negri Tun Ahmadshah Abdullah's 63rd birthday
celebrations today. The Prime Minister's...
Split by oil palm
The Star
With their forested home gone, orang utans are driven into oil palm plantations but the cultivated
landscape is unlikely to sustain them for long. THE sight of an orang utan feasting on oil palm
fruits will...
A step closer to 1Malaysia
The Star
The Government's decision to declare Malaysia Day a national public holiday from next year has
delighted many, especially the people of Sabah and Sarawak. SONIA Chaal considers herself a
patriotic Malaysian....
Palm Oil Boom Creates Danger For Orangutans
redOrbit
Wildlife conservationists say a boom in palm oil -- used extensively for biofuel and processed
food like margarine -- has affected the jungles in Borneo, endangering the already declining
orangutan populations,...
Pak Lah saran tubuhkan badan R&D rumpai laut
Berita Harian
SEMPORNA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mencadangkan supaya
Sabah mewujudkan...
Kerajaan Timbang Penubuhan Lembaga Rumpai Laut Negara
Bernama - Malay
Oleh Nashir Mansor SEMPORNA, 14 Feb (Bernama) -- Kerajaan masih menimbangkan
cadangan untuk menubuhkan satu Lembaga Rumpai Laut Negara bagi mengawal selia standard
pemasaran, bimbingan serta latihan berhubung...

You might also like