You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya
mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi
budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan
masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini
membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini
kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun
yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan
tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud
yakni kaku dan kolot.

1.2 Faktor berlakunya interaksi tamadun:

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari
pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan
sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya,
interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap
golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik.

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses


interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang
dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan
menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni
aman dan damai. Contoh interaksi tamadun yang berlaku dengan aman ialah melalui
pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian
dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak golongan ini dilindungi oleh undang-
undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi, interaksi tamadun juga akan
memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak bertoleransi Sultan Shamsuddin
Altamish di India terhadap penganut Hindu.

Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di antara


tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi penentu
kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama
insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Dalam Tamadun Islam,
golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India yang berteras
kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.
Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didukung oleh sami sementara
paderi menguasai fahaman Kristian.

Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di
Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya
memberikan tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar sehingga terbentuknya
pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah
(Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain
terkenal di rantau Melayu.

Namun demikian, terdapat juga golongan agama yang mencetuskan konflik


seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan
penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M untuk memerangi orang Islam yang
dikatakan bertindak zalim kepada penganut Kristian. Konflik ini juga berlaku ketika
pemerintahan Dinasti Han apabila seorang pemerintah memenjarakan segolongan sami
dan penganut Buddha. Namun, konflik yang berlaku tidak menghilangkan kepercayaan
dalam kalangan masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya tetap berada pada
kedudukan yang tinggi.

Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan


geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini
juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun.
Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat
dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Laluan
sutera darat menghubungkan China dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke
Peking. Manakala, laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India,
Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China. Kedua-dua laluan ini
membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti
perdagangan. Pelabuhan Melaka juga terkenal kerana kedudukan geografinya yang
strategik dan terlindung dari angin monsun. Pelabuhan ini menjadi tumpuan dan
persinggahan para pedagang. Aktiviti perniagaan berlaku di Pelabuhan Melaka
disebabkan ramai pedagang yang singgah.

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi
tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Di rantau Alam Melayu juga,
berlakunya interaksi di antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab dalam
tempoh mereka bermukim di situ sementara menunggu angin monsun. Perkahwinan ini
juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis tempatan perlu diislamkan terlebih
dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab. Malahan, ahli keluarga gadis
tersebut juga turut sama menerima Islam dalam kehidupan mereka.

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan


perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.
Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah, pedagang
Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan
Chuan Chow. Masjid turut didirikan di Guangzhou yang membuktikan berlaku
Islamisasi di wilayah tersebut.

Alam Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila
pedagang Arab singgah sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China.
Catatan Marco Polo tentang pengislaman Perak pada tahun 1292 M menunjukkan
berlakunya proses Islamisasi. Selain itu, Tamadun India berinteraksi dengan rantau
Melayu sejak kurun pertama Masihi lagi di mana nama wilayah Asia Tenggara seperti
yang tercatat di dalam kitab Ramayana seperti Suvarnadvipa 1 dan Suvarnabhumi2.

1
2
Misi politik yang dimaksudkan ialah hubungan diplomatik seperti Alam Melayu
dengan China. Hubungan diplomatik dengan China berlaku sejak 1404 M seperti yang
tercatat dalam sejarah Melaka. Tujuan Melaka mengadakan hubungan diplomatik ini
adalah untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman Siam. Laksamana Cheng Ho
yang beragama Islam dihantar ke Melaka yang secara tidak langsung menggalakkan
Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberi kesan yang sama
kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu seperti Kedah, Johor, Kamar dan
sebagainya.
2.0 PENGARUH TAMADUN ISLAM

2.1 Institusi Keluarga dan Komuniti

 Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam


hubungan kekeluargaan.
 Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab.
 Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di
dalam kandungan.
 Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-
anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
 Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah
terletak pada keredhaan ibu bapa.
 Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam

2.2 Komuniti
 Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama
manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan
Islam.
 Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap
jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
 Asas hubungan individu dalam Islam:
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan
 Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian
bermaksud sama rata.
 Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam
masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
2.3 Islam Dalam Masyarakat Malaysia

Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam
membincangkan tamadun Melayu. Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi
perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir
segenap aspek dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam
Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa
kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.
Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari negeri
Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari China.

2.4 Kesan Dan Pengaruh Islam Dalam Masyarakat Malaysia


Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di
masyarakat Malaysia. Kesan dan pengaruh Islam dalam masyarakat Malaysia dapat
dilihat dalam beberapa aspek, antaranya:
1. Politik
2. Sosial
3. undang-undang
4. Ekonomi
5. Kebudayaan
6. Bahasa dan sastera
7. Kesenian
8. Pendidikan dan Ilmu Syariah
2.5 Islam Dan Pembentukan Masyarakat Malaysia
Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan
bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama
seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan
sebagainya.
Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai
lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti penduduknya.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan
pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya. Pandangan
semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran
bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (god-centered) membuatkan manusia
Melayu menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha
Mengasihani.
Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk
berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan dengan
sesama manusia (hablum minannas).

2.6 Pengaruh Islam Pada Seni Bina


1) Batu Nisan
Gambar : Batu nisan yang menerima pengaruh Islam
2) Rekebentu Banggunan

Gambar : Masjid Cina. Senibina masjid yang menerima pengaruh Cina.


3.0 Pengaruh Tamadun Melayu Dalam Masyarakat Malaysia
Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses
pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan
daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama islam
oleh orang Melayu.
Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh
bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan
akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara
bangsa Malaysia. Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan
semesta orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat
istiadat Melayu, peranan Bahasa Melayu,system perundangan, pembudayaan ilmu,
pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas.
Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini
amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang
jelas terbukti berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu
ketika dahulu.
Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu
menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah
Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari
Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan
dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk
mempertahankan tanah air mereka.
iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.
3.1 Pembinaan Jati Diri Dan Modal Insan
Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat
bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah
peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak
dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian
besar masyrakat hari ini.
Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan
kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini
ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan
globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat
diperincikan menerusi:
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada
kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang
menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara
manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan
sesama manusia tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini,
sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap
oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap
ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu
yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3.2 Sistem Pemerintahan
Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang
berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan
kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara
bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayu
sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-
Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan
yang mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
negeri Selat.
Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan
utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia
ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintah
oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (skarang ini
system pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu
kepada tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja
iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting
dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong
merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam
kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan
badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).
Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara
dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa
atau suruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan
paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja
berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak
atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalam
Perlembagaan persekutuan Malaysia.
3.3 Sistem Perundangan
Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri
yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak)
Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah
pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala
Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22
Februari 1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu
dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum
sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara
semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)
Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan
dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan
Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-
undang Melaka.
Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan
kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila
mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malay Union (Abdul Monir,
2005:68).
3.4 Bahasa,Kesenian, dan Kesusasterraan
Tamadun Melayu mencapai era kegemilangan setelah penerimaan Islam oleh
Masyarakat Melayu. Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu tidak dapat
dipisahkan daripada peranan penting yang diamankan oleh Bahasa Melayu. Bahasa
Melayu merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara. Bukti-bukti epigrafi
menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh Masihi.
Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa Melayu
Kuno iaitu hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sunkrit. Bahasa
Melayu Kuno inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat memakai huruf
yang berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Palava. Menurut de Caparis,
bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan oleh
orang Melayu di kawasan Sumatera Selatan(Mahayudin, 1998:59). Atas dasar inilah
sarjana Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun Melayu bermula di bahagian
pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai
yang boleh diharungi (Asmah, 1987:543).
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh
Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang
dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi
diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah
meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara
penhujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan
penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu
Hassan, 2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru
dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar
baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan
sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah
sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang
dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut
diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6)
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh
masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka
hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang
terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti
Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan
bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun
Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi
komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana
pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai
intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama,
mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu.
Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa,
sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah
memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan
mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori social dan
biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas
Negeri-negeri Mealyu Tidak Bersekutuan iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan
Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam
mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).
Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa
Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua
peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa
Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi.
Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama
dibandingkan dengan bahasa Mealayu (Wan Hashim, 200587).
Begitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihakan
penghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
terpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris. Ia merupakan syarat yang
diwajaibkan oleh pihak inggeris untuk mempercepatkan penerimaan sistem Common
Law British dan sistem pentadbiran mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957, penggubal perlembagaan menerima hakikat sejarah penerimaan
bahasa Melayu di negara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam Perlembagaan
Persekutuan untuk member kedudukan kepada bahasa Melayu ini.
Pekara 152 Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa bahasa
Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk digunakan dalam
semua maksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan
dipelajari, tetapi bagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga
telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara, baik di peringkat rendah, menegah dan tinggi.
Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dam masih
tercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemar
mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan.
Ini ditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan
para pelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajjan khususnya badan
yang dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa
dan Pustaka. Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah
diberi Kuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil tindakan terhadap
mana-mana pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesuian bahawa
kebangsaan ini.

You might also like