You are on page 1of 8

Perbezaan fonetik dan fonologi

NAMA : NURUL SHAHIDA BT LUKMAN


UNIT : PPISMP BM/PJ/PSV
PENSYARAH : EN.MOHAMAD HANIFAH
B.B.K KOYA MOIDEEN
KUTTY
Perbezaan fonetik dan fonologi

Fonetik ialah kajian terhadap bunyi


fizikal percakapan manusia. Ia
berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (
fon), serta proses penghasilan
fisiologi, penerimaan auditori, dan
persepsi neurofizikal.
Fonologi ialah kajian yang
dilakukan mengenai pola bunyi
bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa yang dikenali sebagai
bunyi bahasa.
Fonetik juga mempelajari cara
kerja organ tuhuh manusia,
terutama yang berhubungan
dengan penggunaan bahasa
manakala fonologi ialah ilmu
tentang perbendaharaan fonem
sesebuah bahasa.
Fonem sebuah istilah linguistik
dan merupakan gabungan
terkecil dalam sebuah bahasa
yang masih boleh menunjukkan
perbezaan makna. Fonem
berbentuk bunyi.

Contohnya bunyi [k] dan [g]


merupakan dua fonem yang berbeza,
seperti dalam perkataan "cagar" dan
"cakar".
Fonetik mengkaji fenomena bunyi
atau pertuturan manusia
keseluruhannya manakala
Fonologi mengkaji sistem bunyi-
bunyi dalam pertuturan bagi
sesuatu bahasa.
Dengan demikian dapat dilihat
bahawa foneti dan fonologi adalah
saling berkaitan antara satu sama
lain. Garis pemisah antara kedua-
duanya adalah kurang jelas walaupun
ada sarjana cuba meletakkan garis
pemisahnya.
Sekian terima
kasih…

You might also like