You are on page 1of 23

BAB 6: SISTEM RANGKAIAN (NETWORKING SYSTEM)

6.1: Pengenalan

Rangkaian Kawasan Setempat atau LAN (Local Area Network) adalah


sistem yang mengandungi peranti (device) yang berhubung di antara satu sama lain
di dalam kawasan geografi yang terhad jaraknya, biasanya meliputi satu bangunan
atau beberapa bangunan yang berdekatan. Keluasan rangkaian LAN biasanya
merangkumi radius 10km dan tidak memerlukan teknologi sambungan jauh yang
disediakan oleh syarikat telekomunikasi.

Ada beberapa teknologi LAN yang popular seperti Ethernet,Token Ring dan
FDDI. Setiap mereka mempunyai cara kerja dan perkakasan tersendiri , tetapi dalam
tugasan ini hanya akan membincangkan teknologi LAN yang paling popular iaitu
Ethernet.

97
CSMA/CD

Ethernet menggunakan konsep Carrier Sense Multiple Access with Collision


Detection (CSMA/CD) protokol refer standard IEEE 802.3.

Konsep CSMA/CD adalah pengurusan bagi penghantaran data oleh


komputer/device secara serentak. Semua komputer boleh menghantar data pada bila-
bila masa tetapi sebelum data dihantar, ia akan cuba melihat dahulu jika ada
komputer lain menghantar data. Jika ada, ia akan menunggu untuk seketika (random
time) dan menghantar semula apabila berlaku kekosongan pada talian.

Secara teknikalnya apabila komputer A contohnya cuba menghantar packet


ia akan melihat dahulu jika ada kehadiran signal digital pada talian tersebut. Jika
clear (tiada signal ) maka penghantaran packet akan diteruskan dan jika ada signal
(talian digunakan) maka signal "jam "akan dihantar supaya komputer A berhenti
menghantar packet tersebut. Jika cubaan hantar sebanyak 15 kali berlaku (collision)
dan line masih sibuk , "time out" akan berlaku dan packet perlu dihantar semula.

Pilihan Medium

Ethernet menyediakan pilihan medium penghantaran yang berbeza dari segi kelajuan
dari 1Mbps sehinggalah 1000Mbps. Medium tersebut adalah tersenarai dibawah :-

1. Thick coaxial cable (kabel sepaksi tebal) dipanggil jalur asas (baseband),thicknet
atau 10Base5. Frekuensi:(500MHz)

2. Thin coaxial cable dipanggil thinnet Frekuensi:(50MHz)


3. Kabel Kategori 3- Cat 3 10BaseT Frekuensi:(16 MHz)
4. Kabel Kategori 5 - Cat 5 10BaseT,100BaseT (Fast Ethernet)- Frekuensi:100MHz
5. Fiber optik 1000BaseT atau Gigabit Ethernet. – Frekuensi tidak terhad.

98
Nota: Kabel Kategori 4 (biasanya ia dipanggil menggunakan nama singkatan
Cat4,Cat5 dan sebagainya) twisted pair hanya digunakan untuk 16Mbps bagi
rangkaian Token Ring. Dan jika dilihat penggunaan Cat 5 memudahkan bagi kita
untuk rancangan upgrade akan datang jika network kemudiannya diupgrade dari
10Mbps kepada 100Mbps atau Fast Ethernet.

99
Rajah 6.1.1 Pemilihan Gigabit Ethernet

Lihat gambarajah disebelah. Pemilihan Gigabit Ethernet sebagai sambungan


backbone antara hub , dan peranti lain menggunakan Fast Ethernet adalah
berdasarkan beban yang dibawa oleh mereka.

Full dan half duplex

Satu lagi yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan full duplex pada
NIC. Full duplex membolehkan menghantar dan menerima frame dengan serentak.
Andaikan dengan penggunaan full duplex penggunaan talian adalah seperti sebuah
jalan raya dua hala dibandingkan dengan jalan raya sehala iaitu operasi normal
ethernet dengan half duplex.Dengan full duplex, tiada perlanggaran berlaku dan
operasi CSMA/CD tidak dipraktikkan di sini.

Jika NIC anda menyokong penggunaan full duplex maka bolehlah anda
gunakan tetapi perubahan setting perlu dibuat kepada kedua-dua belah pihak, jika
tidak sambungan tersebut akan menghasilkan banyak error.Perhatian perlu diberi
iaitu full duplex hanya boleh digunakan pada sambungan kepada switch dan router
sahaja. Hub tidak boleh menggunakan full duplex. Auto-negotiation

100
6.2: Perkakasan LAN

Hub
Hub berbanding dengan switch bekerja di lapisan fizikal OSI Layer. Ia juga
dipanggil multiport repeaters atau concentrators maka hanya bekerja untuk
menguatkan signal yang diterima dan menghantar semula kepada port-port lain. Hub
yang murah dipasaran mungkin mempunyai ciri-ciri intelligent yang minimum tanpa
sebarang processor.

Rajah 6.2.1 Gambarajah Hub

101
Hub digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star
topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan
sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam 102abinet rangkaian dan mempunyai
sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih
dahulu.

Rajah 6.2.2 Sambungan Hub

Kelebihan sambungan star topologi ini adalah lebih mudah untuk mengawal
dan men "trouble shoot" masalah jika berlaku failure didalam network yang besar
kerana semua kabel datang dari punca yang berpusat pada satu tempat. Peralatan
network seperti komputer dan printer juga mudah untuk dipindahkan apabila perlu
tanpa mengganggu peralatan network yang lain.

Satu lagi perhatian yang perlu diberikan adalah mengenai sambungan kabel
10BaseT yang digunakan untuk menghubungkan hub kepada hub/switch lain adalah
menggunakan crossover kabel. Tetapi ada juga hub yang boleh menggunakan straight
through kabel seperti hub yang mempunyai MDI unit .

Router

102
Router bekerja di lapisan ke 3 OSI Layer. Secara amnya tugas router adalah
untuk menghantar/menghalakan packet dengan menggunakan metrik yang paling
optimal ke destinasinya.
Arah packet yang dihantar mungkin boleh dipelajari dari maklumat lapisan ke
3 OSI layer iaitu IP address. Selalu dikaitkan sebagai gateway tetapi sebenarnya
tidak semestinya gateway adalah router. Router mengandungi komponen hardware
dan juga software contohnya bagi router Cisco software yang digunakan bernama
Cisco IOS (Internetworking Operating System). Hardware sebuah router terdiri
daripada CPU contohnya Cisco router 2505 menggunakan processor 20MHz
Motorola 68EC030.Selain dari itu ia juga mempunyai komponen memori seperti
,NVRAM,flash RAM dan juga RAM. Sambungan ke peralatan network lain
menggunakan ports contohnya serial ports.

Rajah 6.2.3 Gambar sebuah Cisco Router 4000 Series.

103
Rajah 6.2.4 Penggunaan 2 Lan Menjadi Wan

Contoh penggunaan router untuk menghubungkan dua LAN yang berada dua lokasi
yang berlainan melalui sambungan WAN.

Rajah 6.2.5 Router menghubungkan dua LAN biasanya melalui sambungan WAN.

104
Ambil contoh gambar di atas. “Logical path” atau route antara LAN Host
ABC dan LAN Host XYZ melalui beberapa jenis rangkaian data link iaitu
105thernet,FDDI dan token ring. Untuk melaluinya frame akan di “encapsulate”
(dikapsulkan), andaikan seperti surat yang dimasukkan kedalam sampul surat yang
pada level ini dipanggil packet.

Setiap kali melalui rangkaian data link tersebut, frame mempunyai format
yang tersendiri.(contohnya, format frame yang melalui 105thernet akan berbeza
dengan FDDI dan token ring.) tetapi data yang dihantar tetap sama.

1) Host ABC mengkapsulkan data yang dihantar kepada sebuah packet untuk
melalui rangkaian data link 105thernet (LAN). Data akan dihantar kepada default
gateway iaitu router A . (Data dimasukkan ke dalam sampul surat pertama dan
seterusnya dimasukkan ke sampul surat yang lebih besar apabila sampai ke router A).
Destinasi yang dikenalpasti bagi frame tersebut adalah interface pada router A dan
asal (source) pula adalah host ABC.

2) Router A akan menanggalkan packet tadi dari 105thernet frame kerana router A
sudah mengenalpasti bahawa hop seterusnya adalah dari jenis rangkaian data link
FDDI yang berbeza jenis formatnya. Sebelum keluar dari interface router A , data
akan dikapsulkan lagi ke dalam format frame FDDI. Sekarang destinasi yang
dikenalpasti bagi frame ini adalah FDDI interface bagi router B dan asal (source)
pula adalah FDDI interface bagi router B.

3) Perkara yang sama berlaku pada rangkaian C iaitu proses penanggalan format
frame pada rangkaian yang seterusnya seperti sebelumnya.Destinasi yang
dikenalpasti adalah sebuah WAN menggunakan link serial yang mungkin
menggunakan format HDLC dan sebagainya dan source asal juga adalah serial
interface router B.

4) Akhirnya, pada peringkat terakhir router C menggunakan frame format Token


Ring setelah mengetahui bahawa destinasi terakhir ini menggunakan rangkaian token
ring. Packet akhirnya sampai ke destinasi iaitu host XYZ.

105
Contoh diatas menunjukkan cara asas bagaimana router berfungsi apabila
melalui berbagai jenis rangkaian datalink yang berbeza. Proses
pengkapsulan(encapsulation) dan penyahkapsulan (de-encapsulation) berlaku apabila
melalui jenis rangkaian yang berbeza.

Protokol Penghalaaan (Routing Protocol)

Dalam sebuah rangkaian yang besar dan kompleks, router mungkin


mempunyai banyak pilihan jalan yang boleh digunakan untuk menghantar data ke
destinasinya. Tugas router di sini adalah untuk memilih cara/jalan terbaik dan
optimum dari maklumat yang dihasilkan melalui proses pertukaran maklumat antara
router tersebut dan yang lain. Prosedur untuk memilih “route” yang terbaik ini
dipanggil “routing protocol”.

“Routing table” boleh dibina oleh router untuk memudahkan data dihantar ke
destinasinya. Bagaimanakah ianya dibina? Ada dua cara pertama melalui definisi
yang ditetapkan sendiri oleh pengguna router melalui “static routing” atau keduanya
melalui dynamic routing protocol di mana routing table dibina secara dinamik oleh
routing protocol seperti RIP,OSPF dan sebagainya.

Jenis –jenis Protokol Penghalaan

Ada beberapa jenis routing protocol.

1) Penghalaan 106thern (static routing) – Dalam 106thern routing, hala dimana


packet dihantar adalah tetap dan tidak berubah.Dalam kes ini, pengguna router telah
mendefinisikan bahawa packet perlu dihantar menggunakan mapping yang telah

106
ditetapkan walaupun ada cara lain untuk packet tersebut sampai ke destinasinya.
Kelemahan penghalaan jenis ini adalah, router tidak mempunyai pilihan jika berlaku
perubahan topologi rangkaian contohnya apabila hala yang ditetapkan itu tiba-tiba
gagal berfungsi.

2) Penghalaan dinamik. (dynamic routing) – Dynamic routing ini dibina dari “routing
updates” yang diterima oleh router. Mesej “routing updates” ini memberitahu router
tentang maklumat terbaru yang diterima jika berlaku perubahan dalam rangkaian
yang memerlukan algoritma routing ini (contohnya untuk memilih route yang
terbaik) dikira semula dan routing table akan dikemaskini dari maklumat tersebut.
Antara dynamic routing protocols yang popular adalah dari jenis RIP,IGRP,OSPFdan
BGP.

Permasalahan Ethernet

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai masalah biasa yang


menyebabkan rangkaian Ethernet kita slow dan mungkin juga 107thernet107ent.
Insyaallah kita boleh kongsi bersama.

Troubleshooting Ethernet

Saya senaraikan antara error yang menyebabkan rangkaian Ethernet


memberikan masalah:

1. CRC (Cyclic Redundancy Check) atau FCS (Frame Check Sequence) error.

Setiap frame yang dihantar oleh 107thernet akan disertakan pada hujungnya
32 bit CRC. Dan jika penerima frame tersebut mengesan “error” . Lihat gambarajah
di bawah berdasarkan Ethernet IEEE 802.3.

Destination Source Length


Data
Preamble SFD (destinasi) (Punca) atau FCS
46 hingga
56 bit 8it Address Address Type 32bits
1500bytes
48bit 48 bits 16 bits

107
Rajah 6.2.6 Pengkelasan Ethernet IEEE 802.3

Secara teorinya nilai FCS bergantung kepada pengiraan polynomial


berdasarkan bit-bit terdahulu iaitu destination address,source,type dan data. Dari nilai
tersebut jumlah nilai FCS dihasilkan dan penerima frame akan mengira semula nilai
tersebut sekali lagi dan membandingkan dengan nilai FCS yang diterima. Jika jumlah
tersebut berlainan maka bermakna frame tersebut telah rosak dan tidak boleh
digunakan. Error jenis ini sepatutnya jarang berlaku tetapi kemungkinan berlakunya
mungkin berpunca dari masalah sambungan kabel , sambungan connector yang tidak
sempurna dan juga interface (mungkin NIC, mungkin port ) yang tidak baik. Jika
masalah ini berlaku mungkin apa yang boleh dibuat adalah menggunakan cable tester
untuk melihat sama ada nilai sambungan connector atau kabel menurut spesifikasi.

2. Alignment errors

.
Berpunca dari pengiraan frame yang tidak mempunyai jumlah octet dalam bentuk
integer dan mempunyai nilai FCS yang rosak. Mungkin disebabkan oleh transmitter
yang rosak atau masalah kabel.

3. Runts atau Fragments


Runts dalam Bahasa Malaysia membawa maksud kecil,lemah dan tidak penting. Di
sini membawa erti frame yang saiznya kurang dari 64 bytes dan selalunya
mempunyai nilai FCS yang tidak valid. Perkara ini adalah normal kerana berlakunya
collision.

4. Jabbers –Jabber adalah frame yang saiznya lebih dari standard 1518 bytes dan
mempunyai FCS error. Mungkin berpunca dari interface yang tidak elok.

5. Collisions – ini bukanlah error malah perkara normal bagi Ethernet (sila rujuk cara
Ethernet berfungsi) tetapi collisions yang tinggi boleh menyebabkan masalah pada
segmen. Satu masalah yang pernah saya jumpa disebabkan oleh collision adalah
disebabkan oleh duplex setting yang tidak betul contohnya NIC A menggunakan Full
Duplex tetapi NIC B menggunakan half duplex. Juga berlaku disebabkan oleh
spesifikasi vendor yang berlainan terutamanya apabila auto negotiation digunakan.
Cara penyelesaian ialah menggunakan cara manual (force bukan auto negotiate) pada
kedua belah pihak (NIC/port) di”set”kan duplex dan speed yang sama.

108
Anda mungkin mendapatkan symptom-symptom di atas melalui sniffer atau pun dari
109tatistic dan log yang dihasilkan oleh SNMP dan RMON.

1. Rajah Struktur Senibina Rangkaian, EDI.

Rajah 6.2.7 Struktur Rangkaian


1. Perkakasan

i. Hub/Switch

109
Rajah 6.2.8 Kabel disambungkan ke port
Hub/Switch digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang
(star topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan
sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam 110abinet rangkaian dan mempunyai
sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih
dahulu.

ii. Unshielded Twisted Pair (UTP – Cat 5) Cable

Rajah 6.2.9 Kabel Unshielded Twisted Pair


UTP (10 BaseT) cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang
menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan
flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC
mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau
switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih "reliable" jika hendak

110
dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak
membantu dalam memperbaiki "data errors" dalam sambungannya. Selain dari itu
UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian "down" jika salah satu
komputer atau sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang
akan menyebabkan seluruh network "down" hanya disebabkan oleh satu sambungan
rosak)

Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori
3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan
kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih
banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan
sistem 10Base-T.

iii. RJ 45

Rajah 6.2.10 Connector


RJ – 45 connector biasanya digunakan untuk network cabling dan aplikasi telefon.
Ianya juga digunakan untuk serial connection bagi kes-kes tertentu. Walaupun ianya
mempunyai pelbagai kegunaan, RJ-45 connector paling banyak digunakan untuk 10
Base T dan 100 Base TX Ethernet connection.

111
iv. Network Interface Card (NIC)

Rajah 6.2.11 Network Interface Card (NIC)

Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer


kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya
dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis
network yang tertentu.

2. Protokol – Fast Ethernet

Kabel Kategori 5 – Cat 5 10BaseT,100BaseT (Fast Ethernet)-


Frekuensi:100MHz .Ethernet menggunakan konsep Carrier Sense Multiple Access
with Collision Detection (CSMA/CD) 112rotocol refer standard IEEE 802.3. Konsep
CSMA/CD adalah pengurusan bagi penghantaran data oleh komputer/device secara
serentak. Semua komputer boleh menghantar data pada bila-bila masa tetapi sebelum
data dihantar, ia akan cuba melihat dahulu jika ada komputer lain menghantar data.
Jika ada, ia akan menunggu untuk seketika (random time) dan menghantar semula
apabila berlaku kekosongan pada talian. Secara teknikalnya apabila komputer A
contohnya cuba menghantar packet ia akan melihat dahulu jika ada kehadiran signal
digital pada talian tersebut. Jika clear (tiada signal ) maka penghantaran packet akan
diteruskan dan jika ada signal (talian digunakan) maka signal “jam “akan dihantar
supaya komputer A berhenti menghantar packet tersebut. Jika cubaan hantar
sebanyak 15 kali berlaku (collision) dan line masih sibuk , “time out” akan berlaku
dan packet perlu dihantar semula.

112
3. Topologi – Star

Rajah 6.2.12 Sambungan Topologi – Star

4. Peer to Peer Network (P2P).

Peer-to-Peer network tidak mempunyai central server dan pengguna hanya


perlu berkongsi disk space dan resouce dari setiap komputer dalam network.
Komputer-komputer dihubungkan diantara satu sama lain dengan menyambungkan
ke hub.

Kelebihan utama P2P network adalah dari segi kos kerana tidak perlu
memperuntukan wang untuk membeli server dan kelengkapannya. Ianya juga mudah
untuk di pasangan dan diselenggarakan.

Kekurangannya pula adalah prestasinya akan berkurangan apabila pengguna


bertambah. Disebabkan tiada pemusatan oleh server, ianya akan menyebabkan
pengguna-pengguna sukar untuk mencari sesuatu data. Dari segi keselamatan pula,
P2P adalah tidak dapat menjamin keselamatan data. P2P hanya disyorkan untuk
rangkaian yang tidak lebih 5 komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi
yang besar.

113
6.3 Teknologi Switch

Pensuisan berlaku di dalam lapisan kedua iaitu Lapisan Sambung Data ( Data
Link Layer). Ia juga boleh dikenali sebagai Jejambat Berbilang (Multiport Bridge).
Jejambat merupakan software based tetapi suis merupakan hardware based, ini
menunjukkan suis menggunakan alamat perkakasan ( MAC address ) untuk
mengawal hos NIC ( Network Interface Card ) didalam system rangkaian.

Suis menggunakanan litar sepadu khusus penggunaan atau lebih dikenali


sebagai Application-Specific Intergrated Circuit ( ASIC’s) untuk membina dan
menjaga jadual penapisan (filter table)]

Suis lebih laju daripada router kerana ia hanya melihat setakat lapisan dua
sahaja tidak seperti router yang melihat sehingga lapisan ketiga. Suis hanya perlu
membaca alamat perkakasan frame untuk menentukan samada frame tersebut perlu
dibawa kehadapa atau dilupuskan.

Rajah 6.3.1 Kedudukan Suis di dalam Model OSI

Rujuk rajah 1, data yang di hantar oleh penghantar akan berubah bentuk dari
segmen, packet, frame dan bit. Seterusnya dari pangkalan (port) suis penghantar data
tersebut diubah menjadi dari bit krepada frame dan pengkalan suis penerima akan

114
menukar bentu data yang diterima dari frae kepada bit, dan apabila tiba kepada
komputer penerima, data tersebut akan ditukarkan dari 1bit, frame, packet dan
seterusnya segmen. Sekiranya kita menggunakan penghala (router), pangkalan
penghala akan pergi lebih tinggi sehingga ke lapisan rangkaian, Ini membuktikan
suis lebih pantas daripada penghala.

Perbandingan Antara Jejambat ( Bridge) dan Suis LAN

1. Jejambat adalah software based manakala suis adalah hardware based kerana
menggunakan cip ASIC’s untuk melakukan penapisan
2. Jejambat hanya boleh mempunyai satu spanning tree untuk setiap jejambat,
tetapi suis boleh mempunyai banyak spanning tree.
3. Jejambat hanya menyokong sehingga beratus-ratus pangkalan.

Tiga Fungsi Suis

1. Address Learning – suis dan jejambat akan mengingati setiap frame yang
diterima pada antara muka (interface) dan menyimoannya didalam pangkalan
data MAC. Ini merujuk kepada setiap pangkalan (port) yang ada pada
jejambat dan suis.
2. Forward/filter decisions – bila frame diterima pada antara muka, suis akan
melihat destinasi alamat perkakasan (hardware address) dan melihatnya
didalam pengkalan data MAC yang ada, seterusnya menghantar frame
tersebut ke destinasi.
3. Loop avoidance – sekiranya terdapat lebih dari satu sambungan antara suis,
samada untuk talian pendua (redundancy) atau pemasangan secara tidak
sengaja. Maka akan berlaku network loop

Address Learning

Apabila suis dihidupkan buat kali pertama, pengkalan data MAC adalah kosong.
Rujuk rajah 2.

115
Rajah 6.3.2 Menunjukkan pembinaan pangkalan data alamat MAC

1. Stesen 1 satu menghantar satu frame untuk stesen 3. Alamat MAC stesen
1 adalah 0000.7f11.111 dan alamat MAC stesen 3 pula adalah
0000.7f11.2222
2. Suis menerima frame tadi pada antara muka E0 dan menyimpannya
alamat penghantar ke dalam jadual alamat MAC
3. Memandangkan alamat penerima masih tiada didalam pangkalan data
MAC, frame tersebut akan dibawa kesemua antara muka.
4. Sekarang stesen 1 dan 3 akan berhubung secara terus. Penghantaran data
akan diteruskan dari stesen 1 dan 3, stesen 2 dan 4 tidak akan melihat
frame tersebut. Berbeza dengan hub yang berada didalam lapisan fizikal,
setiap frame yang dihantar akan dilihat oleh stesen 2 dan 4.

Sekiranya 2 stesen tadi berhenti berkomunikasi di dalam temph yang lama, alamat
MAC mereka akan dihapuskan dari peangkalan data MAC. Ini membolehkan hanya
maklumat terkini berada didalam pangkalan data.

116
Forward/Filter Decisions

Apabila frame diterima oleh antaramuka suis, alamat penerima (destination


address) akan dibandingkan dengan pangkalan data MAC. Sekiranya alamat tersebut
terdapat didalam pangkalan data, frame tersebut akan dihantar terus ke penerima.
Suis hanya akan membawa frame tadi kepada antara muka penerima sahaja, antara
muka suis yang lain tidak akan menerima frame tersebut. Ini dapat menjimatkan
lebar jalur (bandwidth) pada segmen yang lain dan ini panggil frame filtering.

Tetapi sekiranya alamat penerima tiada didalam pangkalan data MAC, frame
tersebut akan disebarkan kesemua antara muka kecuali antara muka yang
menghantar frame tersebut. Apabila ada yang menjawab, senarai pengkalan data
MAC akan dikemaskini.

Jenis LAN suis

Suis menggunakan teknologi packet switching. Terdapa tiga mod pensuisan.

1. Store and Forward – Data dalam bentuk frame yang diteria akan dikumpul di
dalam penimbal (buffer) suis, CRC akan dilakukan dan alamat penerima
akan dicari jadual penapisan MAC.
2. Cut-through – Suis hanya membaca alamat penerima dan akan alamat
penerima akan dicari dari jadual penapisan MAC
3. FramentFree – Akan menghantar frame setelah membaca 64 byte yang
pertama. Ini untuk memastikan tiada berlakunya pelanggaran sebelum
menghatar ke pangkalan lain.

117
Store and Forward

Dalam teknik ini, semua frame akan diterima keseluruhan dan disimpan
didalam penimbal (buffer) didalam suis. Frame ini akan dibuang sekiranya berlaku
sebarang ralt CRC, terlalu pendek kurang daripada 64 bait atau frame terlalu panjang
melebihi 1518bait. Sekiranya frame tersebut tidak mengandungi sebarang ralat suis
akan melihat alamat destinasi penerima dijadual MAC dan seterusnya menghantar
frame tersebut. Teknik ini menjamin frame yang diterima bebas daripada sebarang
ralat tetapi agak perlahan kerana perlu menunggu sehingga kesemua frame diterima
oleh suis barulah frame tersebut dipindahkan.

Cut-Through (real time)

Ini merupakan teknik yang terpantas dianatar tiga jenis teknik. Penghantaran
data bermula sebaik sahaja alamat MAC suis untuk menentukan lokasi penerima.
Walaubagaimanapun pun teknik ini tidak melakukan sebarang pemeriksaan terhadap
ralat yang mungkin berlaku. Sesetengah suis menggunakan teknik ini, tetapi secara
automatic berubah menjadi store and forward apabila ralat ambang yang ditentukan
oleh pengguna melebihi had yang dibenarkan. Suis akan kembali ke mod cut-through
apabila ralat dibawah paras yang ditentukan.

Fragment Free (Modified Cut-Through)

Penghantaran data dilakukan oleh suis sebaik sahaja menerima frame bersaiz
64bait. Ini krana ralat sering berlaku sebelum mencecah 64bait. Teknik ini lebih baik
dari mod Cut-Through kerana masih lagi mempunyai ruang untuk memeriksa
sebarang ralat yang mungkin berlaku.

Routing Suis

Kini suis bukan sahaja berada didalam lapisan kedua (lapisan sambung data)
malah ada suis sudah berada dipalisan ketiga (lapisan rangkaian). Suis jenis ini
dikenali sebagai routing switch. Suis jenis ini boleh melakukan routing seperti
penghala (router)

118
119

You might also like