You are on page 1of 20

631015-10-5085

Ringkasan

Esei ini menghuraikan perancangan strategik SMK Sg. Kertas (SMKSK) ke arah

membina modal insan minda kelas pertama di sekolah tersebut. Bermula dengan

sorotan literatur tentang dasar dan matlamat pembangunan modal insan minda

kelas pertama, penulis menganalisis status semasa modal insan di SMKSK dan

cabaran yang dihadapi oleh SMKSK di dalam usaha tersebut. Berdasarkan data-

data semasa, penulis menghuraikan bagaimana usaha membina modal insan minda

kelas pertama di SMKSK dirancang menggunakan kerangka balance scorecard dan

dilaksanakan dengan mengaplikasi Model PDCA yang turut mengambil kira faktor-

faktor kritikal penentu kejayaan di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP).

1
631015-10-5085

Soalan 5

Pengenalan

Telah diterima oleh umum bahawa kecemerlangan modal insan adalah di antara

faktor-faktor penentu kritikal kepada kegemilangan sesebuah organisasi. Modal

insan minda kelas pertama ini telah dikenal pasti mampu untuk melonjakkan

kegemilangan peribadi individu dan seterusnya berkembang meluas ke peringkat

yang lebih besar seperti keluarga, komuniti, negara dan ummah seluruhnya. Dalam

konteks Malaysia pembangunan modal insan minda kelas pertama ini menjadi fokus

utama dalam agenda dan rancangan pembangunan negara (Alimuddin Mohd. Dom,

2008; Mohd. Shafaai Said, 2009).

Kerajaan berhasrat tinggi supaya semua warga negara ini menjadi modal insan berkualiti

yang menjadi aset paling berharga kepada negara. Modal insan ini diharapkan dapat

digembleng serta terus ditambah nilai bagi memantapkan pelaksanaan strategi pembangunan

yang telah ditetapkan secara lebih berkesan. Pada mereka disandarkan harapan agar mereka

berupaya untuk memacu usaha mengantarabangsakan negara (Alimuddin Mohd. Dom) untuk

mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Dasar dan Matlamat

Tafsiran tentang modal insan minda kelas pertama ini amat bergantung kepada

pandangan terhadap konsep manusia. Mereka yang memberi pengertian bahawa

manusia adalah makhluk ekonomi akan mengutamakan aspek labour power (Pigou

2
631015-10-5085

dlm. Dzul Khairy Mohd. Noor, 2007; Mincer dlm. Dzul Khairy Mohd. Noor, 2007;

Marx dlm. Dzul Khairy Mohd. Noor, 2007). Mereka yang memberikan keutamaan

kepada fungsi berfikir pada manusia pula akan menegaskan kepentingan

pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam tafsiran modal insan minda kelas

pertama (Hujair Sanaky, 2009; Dzul Khairy Mohd. Noor, 2007).

Dalam konteks Malaysia, tafsiran modal insan minda kelas pertama yang

diterima umum adalah tafsiran yang lebih menyeluruh yang mengambil kira

kesemua potensi manusia dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani (Abdullah

Nashih Ulwan, 2003; Hujair Sanaky, 2009; JPN Perak, 2009; Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM), 2006; Mohd. Shafaai Said, 2009; Syaza Yasmin Ismail, 2007; Zaini

Ujang, 2008; Zulimah Mukid, Noorfaizaliza Mokhtar, Amir Azros Abd. Aziz, dan Su

Mou Jang, 2009). Keempat-empat potensi ini perlu dibangunkan bukan sahaja harus

melepasi keperluan minimum malah harus berupaya untuk beroperasi secara

optimum (Mohd. Hatta Shaharom, 2003) supaya dapat diterjemahkan dalam bentuk

tingkah laku berkesan (Zaini Ujang, 2009) dan membentuk keperibadian unggul

(JAKIM, 2009). Mereka juga berupaya untuk menikmati kesejahteraan diri dan

menyumbang secara lebih berkesan kepada masyarakat dan negara (Alimuddin,

2008; KPM, 2006).

Kepentingan pendidikan ke arah pembangunan modal insan minda kelas

pertama ini dinyatakan telah dinyatakan secara jelas melalui Misi Nasional RMK 9

(Syaza Yasmin Ismail, 2007; Mohd. Shafaai Said, 2009; JPN Perak , 2009). Peranan

berkesan pendidikan ini telah banyak diperincikan seperti peranan pendidikan formal

(Hujair Sanaky, 2009), peranan sekolah (Alimuddin Mod. Dom, 2008; JPN Perak,

2009; Harliana Zahari, 2009; KPM, 2008), dan peranan pendidikan tinggi (Zaini

Ujang, 2008). Selain pendidikan formal, peranan pendidikan tidak formal (Hujair

3
631015-10-5085

Sanaky, 2009) seperti melalui gerakan koperasi (Mohd. Shafaai Said, 2009), proses

keluarga (Harliana Zahari,2009; Zulimah Mukid, Noorfaizaliza Mokhtar, Amir Azros

Abd. Aziz, dan Su Mou Jang, 2009), latihan jangka pendek (Badaria, 2009) serta

aktiviti bermasyarakat (Mohd. Shuhmy Shuib, 2009) juga penting.

Walau bagaimanapun tidak banyak penulisan yang memperincikan ciri-ciri

individu yang berminda kelas pertama secara empirikal. Zaini Ujang (2008)

umpamanya mengemukakan perbandingan tingkahlaku antara individu berminda

kelas pertama dengan mereka yang berminda kelas ketiga di dalam situasi yang

pelbagai. Perbincangan tentang tingkahlaku dan kesan individu yang berminda kelas

ketiga terhadap infrastuktur awam oleh Gatsiounis (2009) juga memperjelas

gambaran terhadap mereka yang berminda kelas pertama secara perbandingan.

Gambaran yang lebih jelas tentang murid yang berminda cemerlang

dikemukakan oleh Alimuddin Mohd. Dom (2008) yang mengenalpasti bahawa

mereka memiliki ciri-ciri seperti berikut:

a. lebih berkeyakinan dan lebih berkebolehan,

b. bagus dalam berkomunikasi,

c. penampilan menarik,

d. aktif kokurikulum;

e. ICT yang baik,

f. multilingual,

g. mampu mengembangkan potensi,

h. gembira datang ke sekolah, dan

i. tinggi patriotisme / jatidiri

4
631015-10-5085

Gambaran di atas dapat digunapakai untuk merangka perancangan dan mengukur

impak kepada pelaksanaan perancangan untuk membangunkan modal insan minda

kelas pertama di sekolah-sekolah.

Status Semasa, Tumpuan dan Cabaran – SMK Sg. Kertas

Pelaksanaan fokus membangunkan modal insan minda kelas pertama di SMK

Sg. Kertas (SMKSK) ini akan dapat menyokong visi SMKSK untuk menjadi sekolah

pilihan utama komuniti setempat (sekolah magnet) seperti yang dijelaskan dalam

Rancangan Pembangunan Sekolah (Rajah 1). Minda kelas pertama ini menjadi asas

kepada kemenjadian murid yang difokuskan kepada sistem nilai, aspek disiplin,

sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten

dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif dan boleh dipasarkan seperti yang

disarankan oleh Alimuddin Mohd. Dom (2008).

Rajah 1 : Rancangan Pembangunan Sekolah

7a. 7b.7c

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

5
631015-10-5085

Walau bagaimanapun masih banyak ruang untuk penambahbaikan berterusan

dalam usaha untuk membangunkan modal insan di SMKSK. Berdasarkan kepada

data-data di bawah, dapat disimpulkan bahawa murid-murid dan penjaga masih

belum berasa gembira untuk datang ke sekolah. Keadaan ini lebih nyata di kalangan

murid-murid berpencapaian rendah dan penjaga kepada murid-murid berpencapaian

rendah. Kehadiran rendah ini juga lebih nyata apabila melibatkan program-program

yang berfokus kepada peningkatan pencapaian akademik dan pembinaan sahsiah.

Jadual 1: Kehadiran Murid dan Penjaga ke Program Sekolah

Bil. Bil. Peratus


Terlibat Hadir Hadir
Murid
Hari persekolahan murid PMR¹ 249 198 79.52
Hari persekolahan murid SPM¹ 186 136 73.13
Operasi Gemilang PMR¹ 249 178 71.49
Operasi Gemilang SPM¹ 186 106 56.99
Kelas Literasi Komputer¹ 386 188 48.70
Kejohanan Merentas Desa 1642 1608 97.93
Kejohanan Olahraga 1642 1586 96.59
Talks 2 Me 65 20 30.77
Masih Ada Yang Sayang 80 15 18.75
Permata Negara 42 42 52.38

Penjaga
Mesyuarat Agung PIBG 1249 128 10.25
Hari Permuafakatan Akademik 1642 681 41.47
Talks 2 Me 65 8 12.31
Masih Ada Yang Sayang 80 0 0.0
Nota : ¹purata kehadiran setiap hari program hingga 31 September 2009
Sumber : Fail SMKSK01/02/003
Fail SMKSK/02/02/002
Fail SMKSK/01/03/002

Jadual 2 : Pencapaian Akademik

BIL. PERATUS GRED


CATATAN
CALON LULUS PURATA
Akademik
SPM 2008 189 95.62 7.86
PMR 2008 249 51.23 3.68
Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

6
631015-10-5085

Jadual 3 : Pencapaian Aktiviti Murid

PERINGKAT BIL. MURID


CATATAN
PENCAPAIAN TERLIBAT
Ko akademik
Kuiz Pelaburan Negeri 6
Bahas Ala Parlimen Negeri 6
Pantun Negeri 6

Kokurikulum
Kompang Formasi Kebangsaaan 24
Silat Kebangsaan 5
Kadet Polis Negeri 4
Kadet Remaja Sekolah Negeri 6
Bulan Sabit Merah Daerah 3

Sukan
Sofbol Negeri 5
Bolatampar Negeri 1

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

Data-data daripada pencapaian akademik (Jadual 2) juga menjurus kepada

kesimpulan yang sama. Gred purata yang rendah menunjukkan sebahagian besar

daripada murid SMKSK masih belum dapat mengembangkan potensi intelek secara

lebih cemerlang. Peratusan kecil murid yang terlibat dengan aktiviti berpencapaian

tinggi berbanding dengan saiz populasi murid SMKSK seperti yang ditunjukkan di

dalam Jadual 3 juga menyokong kesimpulan tersebut.

Rancangan Strategik

Terdapat banyak kajian yang mendapati terdapat korelasi positif yang tinggi

antara kecekapan dan keberkesanan organisasi dengan perancangan strategik

organisasi tersebut (Rusmini Ku Ahmad, 2005; Bourne & Bourne, 2002;Hassan

Jantan, 2002). Dalam konteks SMKSK, perancangan strategik pembinaan modal

insan minda kelas pertama ini direncanakan berdasarkan aplikasi model balance

scorecard seperti yang dikemukakan oleh Niven (2003) dan Storey (2002). Selain

dapat membantu sekolah untuk mengukur prestasi organisasi dan menukar strategi

7
631015-10-5085

kepada tindakan (Rusmini Ku Ahmad, 2005), kerangka ini juga dapat memberikan

empat perspektif menyeluruh yang saling berkait, saling bergantung dan saling

melengkapi yang dapat menghubungkait operasi jangka pendek dengan strategi

serta visi jangka panjang organisasi.

Kerangka balanced scorecard bagi pembinaan modal insan minda kelas

pertama murid-murid SMKSK dapat dilihat di dalam Rajah 2 di bawah.

Rajah 2 : Pembinaan Modal Insan SMSK


PERSPEKTIF PELANGGAN PERSPEKTIF
Murid PROSES
. Gembira datang ke sekolah Kecekapan Sistem
Penyampaian
Penjaga . P&P Berkesan
. Keyakinan kepada sekolah meningkat . Kokurikulum
. Koakademik

PERSPEKTIF Budaya Tinggi


KEWANGAN . Disiplin
Peruntukan Cukup . Sahsiah
. PCG Modal Insan . Kebersihan
. Waran Minda Kelas . Keceriaan
. Sumbangan Pertama

Perbelanjaan Cekap
dan Berkesan
. PCG
. Waran PERSPEKTIF PERTUMBUHAN DAN INOVASI
. Sumbangan Kajian Tindakan

Pemantapan Profesionalisme Guru


. Guru Cemerlang
. Guru Inovatif

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

Perspektif Pelanggan

Dengan menyempurnakan kehendak pelanggan, misi organisasi tersebut akan

tercapai (Rusmini Ku Ahmad, 2005; Niven, 2003; Hassan Jantan, 2002). Dua

pelanggan luaran utama kepada SMKSK adalah murid dan penjaga. Program

8
631015-10-5085

Ponteng Sifar dirangka untuk meningkatkan kehadiran pelajar pada setiap hari

persekolahan dan pada setiap program yang dirancangkan. Sebarang

ketidakhadiran ke mana-mana aktiviti sekolah tanpa makluman rasmi oleh penjaga

ditakrifkan sebagai ponteng. Program ini terdiri daripada pecahan aktiviti seperti

berikut

a. Aktiviti Pengesanan dan Perancangan

Aktiviti pengesanan melibatkan kerja-kerja mengutip data kehadiran,

menganalisis dan melapor kehadiran pelajar kepada Jawatan Kuasa

Penyelarasan Program Ponteng Sifar (JKPPS) terlibat secara berkala

berdasarkan dokumen yang telah dikenalpasti. Daftar Pelajar digunakan

untuk mengesan ponteng sekolah, Buku Kawalan Kelas untuk ponteng kelas,

Buku Kehadiran Kokurikulum untuk aktiviti kokurikulum dan senarai kehadiran

untuk semua program sekolah. Guru Tingkatan akan menyenggara Daftar

Pelajar dan Buku Kawalan Kelas pada setiap hari, Rekod Kokurikulum pada

setiap minggu dan senarai kehadiran pula pada setiap kali aktiviti tersebut

selesai dilaksanakan. Penyelaras Program akan mengumpul dan

menganalisis data mengikut jeda masa yang telah ditetapkan.

b. Aktiviti Kawalan dan Tindak ikut

Aktiviti ini melibatkan tindak ikut kepada murid-murid yang telah dikesan

ponteng melebihi takat yang telah ditetapkan. Ini meliputi tindakan disiplin

(surat amaran, gantung dan buang sekolah), lawatan ke rumah, sesi

rundingan dan kaunseling serta apa-apa tindakan yang telah diputuskan oleh

JKPPS. Bagi murid yang dikenalpasti menunjukkan kehadiran penuh akan

diberi gankjaran dan pengiktirafan secara berkala

9
631015-10-5085

Selain itu, pemantauan dilaksanakan melalui Mesyuarat Penyelarasan

JKPPS yang akan diadakan pada setiap bulan. Berdasarkan data yang

dikumpul melalui aktiviti (a) dan (b) di atas serta data-data daripada program

lain yang berkaitan, JKPPS akan mengukur prestasi dan mengambil tindakan

pemulihan, pengukuhan, dan pengkayaan yang lebih cekap dan lebih

berkesan.

c. Aktiviti Pengukuran dan Penilaian

JKPPS juga akan membuat kajian keberkesanan secara berkala untuk

menentukan keberkesanan serta impak program yang dijalankan serta

mengemukakan cadangan penambahbaikan.

Peranan JKPPS ini sangat memerlukan melibatkan sokongan berkesan program

pada perspektif-perspektif lain seperti Perspektif Kewangan, Perspektif Proses

Dalaman serta Perspektif Pertumbuhan dan Inovasi. Selain itu Sokongan berkesan

JK PIBG dan JK Permuafakatan juga adalah sangat kritikal.

Jadual 4 : Strategi Perspektif Pelanggan

OBJEKTIF PENGUKURAN SASARAN INISIATIF


Murid
Gembira datang ke sekolah Bilangan murid Ponteng sifar Program Ponteng
ponteng Sifar

Penjaga
Keyakinan kepada sekolah Kehadiran dalam Kehadiran 80% Program Sekolah
meningkat program sekolah Kita Tanggung
jawab Kita

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

Pada masa yang sama Jawatan Kuasa Sekolah Kita Tanggung jawab Kita

(JKSKTK) pula bertanggung jawab terhadap Program Sekolah Kita Tanggung jawab

10
631015-10-5085

Kita (SKTK) yang berfokus kepada meningkatkan penglibatan penjaga dalam

pembelajaran murid-murid khususnya dengan menghadiri semua aktiviti yang

dirancang oleh SMKSK. JKSKTK ini akan melaksanakan aktiviti (a), (b), dan (c)

seperti di atas dengan kumpulan sasar yang berbeza.

Perspektif Kewangan

Tiada organisasi yang akan dapat beroperasi dengan cemerlang dan memenuhi

kehendak pelanggan tanpa faktor kewangan. Organisasi awam akan dilihat sebagai

organisasi yang berjaya menguruskan kewangan apabila dapat membelanjakan

peruntukan yang diberikan tanpa berbaki selain menghasilkan kecekapan yang

tinggi dengan memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan kos yang lebih

rendah (INTAN, 2006; Rusmini Ku Ahmad, 2005; Hassan Jantan, 2002).

Tiga aktiviti di yang terlibat adalah seperti berikut

a. Aktiviti Pengesanan dan Perancangan

Selain merancang dan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan

peruntukan kerajaan melalui Geran Per Kapita (PCG), waran dan peruntukan

one-off, Jawatan Kuasa Pelaksana Program (JKPP) juga akan mendapatkan

peruntukan melalui sumbangan wang awam sama ada melalui PIBG, badan-

badan bukan kerajaan, organisasi perniagaan, agensi-agensi kerajaan, dan

orang perseorangan. Selain berbentuk kewangan, sumbangan ini juga boleh

dalam bentuk barangan, dan tenaga.

b. Aktiviti Kawalan dan Tindak ikut

Kawalan belanjawan sangat penting untuk menentukan perbelanjaan

sentiasa mematuhi prosedur yang sedang berkuatkuasa. Hal ini sangat

penting untuk meningkatkan keyakinan stakeholders dan sekaligus akan

11
631015-10-5085

penarik perhatian dan sumbangan pihak awam (Rusmini Ku Ahmad, 2005).

Kawalan juga dilaksanakan melalui pemantauan berkala Jawatan Kuasa

Pengurusan Kewangan (JKPA) secara berkala selain mesyuarat JKPP

program yang terlibat.

c. Aktiviti Pengukuran dan Penilaian

JKPPS juga akan membuat kajian keberkesanan secara berkala untuk

menentukan keberkesanan serta impak program yang dijalankan serta

menngemukakan cadangan penambahbaikan.

Jadual 7 : Strategi Perspektif Kewangan

OBJEKTIF PENGUKURAN SASARAN INISIATIF


Peruntukan
Mendapatkan peruntukan yang Bil. projek/ 100% Sumbangan
mencukupi program siap

Perbelanjaan
Meningkatkan kecekapan dan Bil. teguran audit Teguran audit Latihan Dalaman
keberkesanan pengurusan sifar dan Pemantauan
kewangan

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

Perpektif Proses Dalamam

Selain kecekapan perspektif pelanggan dan perspektif kewangan di atas,

kecemerlangan organisasi untuk menyempurnakan misi juga amat bergantung

dengan kemahiran, kecekapan, dedikasi dan keselarasan warga kerja organisasi

tersebut (Rusmini Ku Ahmad, 2005; Hassan Jantan, 2002). Perspektif ini memberi

tumpuan kepada peningkatan keberkesanan sistem penyampaian yang terdiri

daripada;

12
631015-10-5085

a. Bimbingan Bilik Darjah (BBD)

Bimbingan Bilik Darjah adalah satu struktur pengalaman pengajaran dan

pembelajaran yang sistematik untuk membantu pelajar memahami dan

mengusai pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk

perkembangan yang normal. BBD disampaikan melalui aktiviti bilik darjah dan

kumpulan yang meliputi kandungan kurikulum serta pengetahuan dan

kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran kerjaya.

b. Perancangan Individu (PI)

PI mengandungi aktiviti yang membantu pelajar untuk merancang,

memantau dan mengurus pembelajaran kendiri serta perkembangan peribadi

dan perkembangan kerjaya. PI dilaksakan secara individu atau melalui

bimbingan kelompok kecil terutamanya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

c. Khidmat Responsif (KR)

KR dilaksanakan untuk membantu pelajar memenuhi keperluan segera

dan mendesak atau keperluan krisis. KR akan disampaikan melalui

kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Tindakan susulan akan dibuat

jika difikirkan perlu.

d. Sistem Sokongan (SS)

SS mengandungi aktiviti pengurusan yang menyokong pekembangan

sihat pelajar. Aktiviti-aktiviti SS termasuklah konsultasi dengan guru dan

penjaga, hubungan dengan komuniti, penyelidikan dan pembangunan dan

sebagainya

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan ini diperkasakan melalui

Program Headcounts dan Program Akademik terbilang Selangor (PATS). Aktiviti-

13
631015-10-5085

aktiviti di dalam kedua-dua program tersebut juga melibat tiga aktiviti sebagaimana

dua perspektif sebelum ini iaitu; a) aktiviti pengesanan dan perancangan; b) aktiviti

kawalan dan pemantauan; dan c) aktiviti pengukuran dan penilaian

Jadual 5 : Strategi Perspektif Proses Dalaman

OBJEKTIF PENGUKURAN SASARAN INISIATIF


Meningkatkan kecekapan sistem
penyampaian
. Bimbingan Bilik Darjah Kadar pusingan 100% murid Headcounts dan
. Perancangan Individu pemantauan PATS
. Khidmat Responsif
. Sistem Sokongan

Penyuburan Budaya Tinggi


. disiplin dan sahsiah Bil. penerima Peningkatan 5% Sistem Lencana
. kebersihan dan keceriaan Lencana Penuh setahun Sekolah

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

Program Lencana Sekolah pula diurusetiakan oleh Jawatan Kuasa Hal Ehwal

Murid (JKHEM). JKHEM juga akan melaksanakan ketiga-tiga aktiviti seperti di atas

untuk menentukan halaju, halatuju dan jajaran pelaksanaan program berada pada

landasan yang betul.

Perspektif Pertumbuhan dan Inovasi

Perspektif ini member fokus kepada kajian tindakan yang melibatkan

pengumpulan data secara sistematik yang akan digunapakai sebagai asas untuk

membuat keputusan yang berkait dengan sesuatu program. Kajian-kajian ini berupa

a. Kajian Keperluan

Merupakan kajian untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak

pelanggan serta pelbagai faktor yang saling berkait dengan keperluan dan

14
631015-10-5085

kehendak tersebut. Data-data ini sangat penting untuk merekabentuk sesuatu

program yang realistik dan menepati keperluan kumpulan sasar.

b. Kajian Pelaksanaan

Kajian ini sangat penting untuk menentukan halatuju, halaju serta jajaran

pelaksanaan program dan operasi selari dengan objektif serta misi organisasi.

Sebarang maklumat ketidakakuran akan digunapakai untuk penambahbaikan

secara lebih berkesan.

c. Kajian Keberkesanan

Kajian ini juga sangat penting untuk mengukur impak sesuatu program

setelah selesai dijalankan bagi satu tempoh masa yang ditetapkan. Sebarang

maklumat akan digunapakai untuk penambahbaikan secara lebih berkesan

sebagai sebahagian daripada kajian keperluan sambungan program tersebut

pada masa akan datang.

Perspektif pertumbuhan dan inovasi juga memberi tumpuan kepada Program

Latihan dalam Perkhidmatan yang diurusetiakan oleh Jawatan Kuasa

Perkembangan Staf (JKPS) yang juga akan mengimplementasikan ketiga-tiga aktiviti

sebagaimana program-program pada perspektif yang lain.

Jadual 6 : Strategi Pertumbuhan dan Inovasi

OBJEKTIF PENGUKURAN SASARAN INISIATIF


Mengaktifkan pelaksanaan kajian
tindakan
. kajian keperluan Bilangan kajian 5 kajian setahun Kajian Tindakan
. kajian pelaksanaan
. kajian keberkesanan

Meningkatkan pengetahuan, Pelantikan Guru 3 orang setahun Latihan Dalam


kemahiran, kecekapan dan Cemerlang, Guru Perkhidmatan
profesionalisme guru Inovatif

Sumber : Fail SMKSK 01/01/001

15
631015-10-5085

Model Perlaksanaan

Sebagaimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 3

2009, SMKSK akan mengaplikasi Model PDCA untuk mengupayakan sistem

penyampaian bagi membina modal insan minda kelas pertama. Pada masa yang

sama SMKSK turut memberi penekanan kepada faktor-faktor kritikal penentu

kejayaan PIPP yang telah dikenal pasti (KPM, 2006). Aplikasi ini ini dapat dilihat di

dalam Rajah 3.

Applikasi model ini dalam sistem penyampaian SMKSK akan dapat menjanakan

kecekapan dan keberkesanan secara tekal dan berterusan. Aktiviti-aktiviti untuk

membangunkan modal insan minda kelas pertama ini disusun secara saling

bergantung dan saling berkait secara berterusan untuk menentukan sebarang

masalah dapat dikesan dan diselesaikan di peringkat punca dan pra punca. Aplikasi

berkesan model ini juga dapat memberikan maklumbalas dan penambahbaikan

secara tekal dan berterusan. Ini penting supaya perancangan dan perlaksanaan

usaha tersebut sentiasa berada pada halatuju, jajaran dan halaju yang betul bagi

menjamin matlamat strategik membangunkan modal insan murid-murid dapat

disempurnakan sepenuhnya.

Komitmen stakeholders terutamanya penjaga dan komuniti setempat serta

jabatan-jabatan lain di peringkat daerah adalah di antara faktor kritikal yang

menentukan kejayaan usaha ini. Justeru itu SMKSK mengambil pendekatan

permuafakatan dan penyelarasan melalui mekanisme permuafakatan dan

penyelarasan melalui Jawatan Kuasa Permuafakatan serta PIBG. Permuafakatan

dan penyelarasan ini juga dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen warga

pendidikan di SMKSK melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat penyelarasan.

16
631015-10-5085

Rajah 3 : Model Perlaksanaan

MODAL INSAN MINDA KELAS


PERTAMA

PLAN
Kajian keperluan

Multi Perspektif
. Pelanggan
. Proses DO
. Pertumbuhan Pelaksanaan
. Kewangan . P&P
. Kokurikulum
. Koakademik
CHECK
Pemantauan dan
Pengukuran
. Pengurusan
Sekolah ACTION
. Panitia
Kajian Impak
. JK Pelaksana
Penambahbaikan
dan maklum balas

PEMANGKIN

Mengupayakan Mengupayakan Komitmen


Komitmen Stakeholder Warga Pendidikan

Penyelarasan dan . Guru Cemerlang DG 44 /


Permuafakatan DG 48
. JK Permuafakatan . Pertandingan Daerah/
. JK PIBG Negeri /Kebangsaan
. PPD / JPN . 3K

17
631015-10-5085

Pengiktirafan yang diperolehi oleh SMKSK dalam pelbagai pertandingan

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta pengiktirafan melalui Guru

Cemerlang DG 44 dan DG 48 telah melonjakkan komitmen warga pendidikan di

SMKSK secara tekal dan berterusan. Selain itu penyertaan SMKSKsekolah di

dalam pelbagai pertandingan khususnya Anugerah Keceriaan, Kesihatan dan

Keselamatan (3K), Anugerah Kecemerlangan Ahli Parlimen Gombak (AKAPG) akan

digunapakai sebagai pemangkin untuk meningkatkan komitmen warga pendidik di

peringkat sekolah. Mekanisme ini dapat memperkukuh impak langsung dan tak

langsung aktiviti pemantauan dan penilaian secara berterusan oleh PPDG, JPN

serta Jamaah Nazir Sekolah.

Rumusan dan Penutup

Walau apapun pandangan masyarakat, SMKSK harus meningkatkan komitmen

secara berterusan dan secara lebih berkesan untuk menyempurnakan fokus

mengangkat minda murid-murid SMKSK kepada minda kelas pertama. Komitmen

berkesan SMKSK ini yang disertakan dengan komitmen berkesan kesemua

stakeholder secara saling berkait dan saling bergantung akan berupaya untuk

menjadikan SMKSK sebagai pusat kecemerlangan yang seterusnya menarik minat

komuniti lingkungan untuk menjadikan SMKSK sebagai sekolah pilihan utama .

Walaupun akan mengambil masa yang agak lama dan kelihatan agak sukar

(memandangkan status sosio ekonomi majoriti murid), usaha berkesan secara lebih

sedar dan lebih terancang pastinya akan menjadikan matlamat tersebut tidak

mustahil untuk disempurnakan.

18
631015-10-5085

Rujukan
Abdullah Nashih Ulwan, (2003). Pendidikan Anak-anak Menurut Islam. Pustaka
Nasional, Singapura.
Abd. Rahman Arshad, (2007). Penentu Kejayaan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan. Prosiding Seminar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 28 Januari
2007, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Alimuddin Mohd. Dom, (2008). Menjana Modal Insan Cemerlang Minda Kelas
Pertama : Agenda PIPP. Ucaputama Konvensyen Nasional PIPP II, 24-27
November 2008, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Anuwar Ali, (2007). Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Prosiding


Seminar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 28 Januari 2007, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya
.Badaria, (2009). Modal Insan. [online), http://www.scribd.com/doc/8372188
/Modal-Insan, 25 September 2009.
Bourne, M., & Bourne, P., (2002). Balance Scorecard in a Week. London,
Hodder & Stouhgton.
Dzul Khairi Mohd. Noor, (2007). Modal Insan dan Budaya Keilmuan. [online],
www.scribd. com/doc/19755303/Modal-Insan-Dan-Budaya-Keilmuan, 25 September
2009.
Gatsiounis, I., (2009). First Class Infrastructure Third Class Mentality Malaysia’s
Distant 2020 Vision.
Harliana Zahari, (2009). Penerapan Modal Insan di Kalangan Kanak-kanak.
[online], www.scribd. com/doc/13447144/ Penerapan-Modal-Insan-DiKalangan-
Kanak-kanak, 25 September 2009.
Hassan Jantan, (2002). Menggunakan Balance Scorecard sebagai Alat
Pengukuran Prestasi Organisasi Sektor Awam. dlm. Jurnal Pengurusan Awam, 2,
43-53.
Hujair Sanaky, (2009). Konsep Manusia Berkualitas Menurut Al Quran dan
Upaya Pendidikan. [online], www.scribd.com/doc/8897733/ Konsep-Manusia-
Berkualitas-Menurut-Al-Quran-Dan-Upaya-Pendidikan, 25 September 2009.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), (2006). Pentadbiran dan Pengurusan
Awam Malaysia. Kuala Lumpur: INTAN.

Ismail Md. Salleh, (2005). Strategi Bagi Rancangan Malaysia Ke Sembilan


Untuk Meningkatkan Pembangunan Insan. Prosiding Conferences on Progress and
Challenge in Human Development in Malaysia Ideas for The Ninth Malaysia Plan,
11-12 Julai 2005, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

JAKIM, 2009. Ciri-ciri Manusia Unggul. [online], www.scribd.com/doc/7746944/


Ciri-ciri-Manusia-Unggul, 25 September 2009.

19
631015-10-5085

KPM, 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
JPN Perak, (2009). Strategi Pelaksanaan bagi Membangunkan Modal Insan.
[online], www.scribd.com/doc/11815681/Teras-2-Membangunkan-Modal-Insan, 25
September 2009.
Mohd. Hatta Shaharom, (2003). Rawatan Pesakit Yang Menghadapi Maut.
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam anjuran Universiti
Utara Malaysia, 1-3 Mei 2003, Hotel Helang, Langkawi.
Mohd. Rasat Mohamad, (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan : Satu
Tinjauan Umum. Prosiding Seminar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 28
Januari 2007, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mohd. Shuhmy Shuib, (2009). Memperkasakan Modal Insan. [online], www.


scribd.com/doc/18009018/Memperkasakan-Modal-Insan, 25 September 2009.
Mohd. Shafaai Said, (2009). Pembangunan Modal Insan Dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan. [online], http:// www.scribd.com/doc/6517046/ Pembangunan-
Modal-Insan-Dalam-Rancangan-Malaysia-Kesembilan, 25 September 2009.
Niven, P.R., (2003). Balance Scorecard : Step by Step for Government and
Non-Profit Organisation. San Diego, John Wiley & Sons.
Rusmini Ku Ahmad, (2005). Mengukur Keberkesanan Sekolah : Satu Perspektif
Daripada Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dlm. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan, 15(1), 63-79.
Storey, A., (2002). Performance Management in Schools : Could The balanced
Scorecard Helped?. School Leadership and Management, 22, 321-338.
Syaza Yasmin Ismail, (2009). Pemupukan Minda Kelas Pertama. [online], http://
www.scribd.com/doc/4853340/Pemupukan-Minda-Kelas-Pertama, 25 September
2009.
Zaini Ujang (2008). Modal Insan Kelas Pertama : Cabaran Kepimpinan Institusi
Pendidikan. Prosiding Seminar Pengurusan Pendidikan, 2 Disember 2008, Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Zulimah Mukid, Noorfaizaliza Mokhtar, Amir Azros Abd. Aziz, dan Su Mou Jang,
(2009). Pelajar-pelajar Anti Sosial dan Tabiat Agresif: Pembangunan dan Ramalan.
[online], http:// www.scribd.com/doc/20877792/Pelajar-pelajar-Anti-Sosial-Dan-Tabiat
Agresif-Pembangunan-Dan-Ramalan, 25 September 2009.

20

You might also like