You are on page 1of 4

Fungsi asas pakaian :

- PERLINDUNGAN
- KESOPANAN
- HIASAN

Faktor rupabentuk pakaian

= GEOGRAFI
- Pakaian yang dipakai semasa suasana panas tidak sama dengan pakaian semasa
cuaca sejuk.
• Pakaian semasa cuaca semasa panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan
diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.
• Pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada
fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.

= AGAMA DAN KEPERCAYAAN


- Agama, bangsa dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu.
Sebagai contoh wanita beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat
manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan. Pakaian
tradisional.

= SOSIAL
- Budaya sesebuah Negara mempengaruhi bentuk pakaian yang dipakai oleh
masyarakatnya.

= POLITIK
- Kedudukan pencapaian sesebuah Negara dengan cara pentadbiran yang
selenggara oleh pihak pentadbir Negara.

= EKONOMI
- Koleksi pakaian ikut kemampuan seseorang berdasarkan gaya hidup dan
pendapatan.
= TEKNOLOGI
- Pembangunan teknologi yang pesat boleh menghasilkan pakaian yang sesuai dan
menarik kepada masyarakat

Faktor pemilihan pakaian

= BENTUK BADAN
- Manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza. Secara amnya badan boleh
dibahagi kepada empat jenis iaitu gemuk pendek, kurus tinggi, kurus pendek dan
gemuk tinggi.

= PEKERJAAN
- Individu yang memakai pakaian seragam tidak memerlukan banyak pakaian ,
manakala seorang ahli korporat atau eksekutif memerlukan banyak longue suit.

= GAYA HIDUP
- Cara berpakaian banyak bergantang pada gaya hidup seseorang, jika seseorang
yang jenis teratur mungkin pakaian yang dipakai itu sesuai dengan dirinya.

= MASA DAN TEMPAT PAKAIAN DIPAKAI


- Aktiviti harian menetukan jenis pakaian yang perlu dipakai. Pakaian riadah, kasual
dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti
berkenaan.

= PENDAPATAN DAN KEMAMPUAN


- Jika seseorang itu rasa mampu untuk membeli pakaian yang mahal, dia akan
dapatnya jika mempunyai pendapatan yang lebih.
Prinsip Seni Reka Pakaian
Prinsip seni seperti perkadaran, keseimbangan, penumpuan, pengulangan dan
perpaduan ialah asas atau dasar yang boleh diserapkan dalam rekaan. Manakala
elemen seperti garisan, ruang, bentuk dan warna pula ialah unsure yang boleh
disalurkan dalam prinsip seni reka tersebut. Elemen yang terdapat dalam prinsip seni
reka ini akan menghasilkan pakaian yan dapat member keyakinan, keselesaan dan
pandangan yang menarik kepada pemakai.

Perkadaran
- Kadar bandingan saiz, jarak, jumlah bahagian pakaian dengan keseluruhan
bahagian pakaian.
- Perkadaran pada pakaian ialah kadar bandingan yang berkaitan pada bahagian
tertentu pakaian dengan keseluruhan bahagian pakaian.

Keseimbangan
- Penekanan pada dua bahagian tertentu sama ada kiri dan kanan atau atas dan
bawah. Keseimbangan diperlukan dalam rekaan untuk menghasilkan pakaian yang
menarik dan elok drepnya. Ia banyak bergantung kepada cita rasa seseorang.
Pakaian memerlukan keseimbangan untuk mengimbangi bahagian badan
seseorang.

Penumpuan
- Melibatkan pertambahan saiz lapisan yang sama bentuknya secara beransur-ansur
tetapu berpusat kepada satu titik yang sama. Garisan tepi sesuatu bentuk mungkin
lurus, melengkung dan berkeluk tetapi masih berkaitan dan berpusat kepada satu
titik penumpuan.
- Penumpuan dibuat pada pakaian untuk menarik perhatian kepada semua rekaan
stail pakaian. Ia dapat dihasilkan dengan cara memberi penekanan kepada reka
bentuk pakaian seperti penggunaan garisan, ruang, bentuk, warna dan tekstur yang
kontras. Tumpuan dibuat pada bahagian tertentu sesuatu pakaian untuk menjadikan
pakaian lebih menarik dan menyerlahkan lagi penampilah pemakainya.
Pengulangan
- Proses penggunaan elemen seperti garisan, ruang, bentuk, tekstur dan warna yang
sama lebih daripada sekali yang disusun berulang-ulang pada kedudukan berbeza-
beza. Ia bertujuan untuk memberi penekanan kepada arah tumpuan penglihatan.

Perpaduan
- Menggabungkan semua aspekrekaan seperti garisan, ruang, bentuk, tekstur dan
warna yang dapat menghasilkan perpaduan dalam sesuatu rekaan pakaian. Ia
bergantung bagaimana elemen seni reka ini digabungkan.
- Sebagai contoh, elemen bentuk garisan dan ruang digunakan dalam menghasilkan
corak yang menarik pada sesuatu rekaan pakaian. Ia lebih menyerlah apabila
menggunakan elemen warna dan tekstur fabrik yang sesuai pada bahagian tertentu
pakaian atau keseluruhannya.

You might also like