Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Pelaburan adalah tindakan atau satu proses yang diambil pada wang atau aset kita
dengan menjangkakan pulangan pada masa akan datang iaitu memperolehi hasil daripadanya.
Seperkara yang perlu diberi perhatian adalah hasilnya tidak semestinya positif. Oleh itu,
mestilah mengkaji dengan terperinci sebelum sesuatu pelaburan membawa hasil sebagaimana
yang dijangkakan.
Ilmu dalam bidang ini bukan sekadar mengetahui istilah-istilah pelaburan seperti
risiko, pulangan, nilai masa duit, inflasi dan sebagainya tetapi tahu mengaplikasikan. Jika
dilihat dari statistik industri pengurusan pelaburan, sehingga akhir 2002, Malaysia
mempunyai 79 buah syarikat pengurusan dana dan 38 buah syarikat pengurusan dana amanah
dengan nilai dana melebihi RM 75 billion (Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, 2005).
1
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
dalam menjalankan perdagangan di antara Mekah dan Syria sehingga Siti Khadijah tertarik
dengan rasulullah kerana kejujuran dan kebijaksannanya dan akhirnya mereka di jodohkan
oleh Allah sebagai suami isteri.
Perundangan Mudharabah
Ini dapat dibuktikan dengan dalil dari al-quran surah al-muzammil 73:20 yang berbunyi:
“dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah
kurnia Allah”.
“Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk
menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia
Allah”.
Hukum Al-Mudharabah
Hukum pelaburan (al-mudharabah) adalah muamalat yang halal dalam islam yang
mempunyai syarat-syarat yang telah diteteapkan oleh syarak. Selain itu, ianya juga di anggap
harus dan tidak lazim kerana kedua-dua pihak iaitu pelabur dan pengusaha boleh
membatalkan kontrak pada bila-bila masa.
2
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Bagi mazhab hanafi, rukun mudharabah terbahagi kepada dua iaitu ijab dan qabul.
Bagi lafaz ijab, ianya mestilah memberi makna ynag serupa samada menggunakan lafaz
mudarabah, muqaradah mahupun muamalah. Bagi lafaz qabul, jika tawaran dan penerimaan
telah diterima oleh kedua-dua pihak, maka kontrak akan terbentuk.
Rukun bagi mudharabah disisi jumhur terbahagi kepada tiga iaitu dua pihak yang
berkontrak (pemilik harta dan orang yang bekerja), perkara yang di kontrakkan (modal, kerja,
untung) dan sighah (tawaran dan penerimaan). Untuk mazhab syafie pula mengira lima rukun
mudharabah iaitu harta, kerja, untung, sighah dan dua pihak yang berkontrak.
Pemodal
Pemgusaha
Modal
Kerja atau projek
Sighah
Jenis-Jenis Mudharabah
Mudharabah terbahagi kepada dua jenis mengikut kuasa yang diberikan oleh pemodal
dalam bidang muamalat iaitu mutlaqah dan muqayyadah.
Bagi mutlaqah iaitu mudharabah mutlak, bererti seseorang memberikan hartanya
kepada seseorang tanpa batas. Ini bermaksud pengusaha diberikan kuasa sepenuhnya untuk
menjalankan kerja tanpa sebarang sekatan dalam urusan kerja tersebut dan tidak terikat
dengan masa tempat, jenis perusahaan dan pelanggan. Mudharabah jenis ini memberikan
pengusaha bebas melakukan muamalat-muamalat seperti menjadi wakil dan mewakili orang
lain menjalankan tugasnya, menguruskan wadiah dan lain-lain serta berjual beli untuk
mendapatkan untung secara biasa.
Untuk mudharabah muqayyadah pula iaitu terbatas, bererti seseorang menyerahkan
kepada orang lain modal sebagai mudharabah supaya dapat di niagakan harta tersebut di
tempat-tempat tertentu atau pada waktu tertentu. Ini bermaksud pengusaha di bataskan
3
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
kegiatannya untuk menjalankan mudharabah hanya dalam bidang atau cara atau jangka masa
tertentu sahaja.
4
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Mudharabah menjadi batal jika modal di tangan pengusaha menjadi rosak sebelum dia
menggunakan untuk membeli sesuatu. Ianya juga terbatal jika pengusaha
menghabiskan harta mudharabah atau menggunakan untuk perbelanjaannya sendiri
mahupun menyerahkan harta tersebut kepada orang lain. Namun begitu, jika
pengusaha mengambil harta yang sebanding dengannya dari orang yang menggunakan
harta mudharabah itu, maka dia boleh menggunakan untuk membeli sesuatu bagi
perniagaan yang berlandaskan muidharabah.
Di negara kita secara khususnya, ada peruntukan undang-undang dan petunjuk atau
garis panduan mengenai ciri pelaburan secara Islam yang boleh diceburi di semua institusi
perbankan islam.
Ciri ini dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti
bertujuan memudahkan usaha institusi kewangan yang berminat atau orang perseorangan
untuk menerokai bidang kewangan islam.
Kelayakan sesebuah syarikat akan terkeluar daripada senarai sekuriti yang diluluskan
berdasarkan kriteria yang berikut. Perkara pertamanya ialah mempunyai operasi berteraskan
riba (faedah) seperti dijalankan institusi kewangan misalnya bank perdagangan dan bank
saudagar serta syarikat kewangan. Kedua ialah mempunyai operasi membabitkan aktiviti
perjudian. Seterusnya mempunyai operasi mengeluarkan atau menjual barangan yang haram
seperti minuman keras, daging khinzir dan daging yang tidak disembelih mengikut kaedah
Islam. Dan yang terakhir ialah syarikat yang mempunyai operasi membabitkan kegiatan
berunsur gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.
Selain daripada syarat di atas, bagi syarikat yang membabitkan aktiviti bercampur,
iaitu mempunyai unsur dibenarkan dan diharamkan oleh syarak, Majlis Penasihat Syariah
mempertimbangkan beberapa sudut tambahan lain bagi membolehkan pelabur Muslim
melabur di dalam sekuriti terbabit.
5
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
kriteria di atas. Kedua, pandangan masyarakat umum mengenai imej syarikat berkenaan
mestilah baik. Ketiga ialah aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah
(kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat
kecil membabitkan perkara umum balwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), 'uruf
(amalan kebiasaan) dan hak masyarakat bukan islam yang diperakui oleh islam.
Oleh yang demikian, dengan ada garis panduan yang secara umum ditetapkan oleh
Islam dan secara khususnya dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti,
umat Islam dan organisasi Muslim yang berminat dengan aktiviti pelaburan bolehlah
meneruskan aktiviti mereka berdasarkan ketetapan disenaraikan itu.
Antara contoh skim pelaburan yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional ialah
Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account) . Dalam akaun jenis ini,
seseorang akan meletakkan wangnya di dalam “conventional fixed deposit account”. Menurut
kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali atau Bank akan
mengumpulkan wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama dengan
wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu akan digunakan samada bagi
pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan
yang baik ataupun digunakan untuk memberikan pinjaman secara riba kepada syarikat-
syarikat yang datang kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, tidak kira samada
perniagaan itu halal mahupun haram.
Sebagai balasan untuk para pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar
faedah tertentu (fixed interest) sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada penyimpan atau
pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 – 11
bulan. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan kadar interest
yang ingin diberinya.
6
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Skim ini juga dikenali sebagai qirad atau muqaradah. Istilah mudharabah merupakan
yang paling kerap digunakan oleh bank- bank Islam. Terdapat juga pelbagai terjemahan yang
digunakan oleh sarjana untuk perkataan ini. Di antara terjemahannya ialah pembiayaan
amanah, kongsi sama keuntungan pemegang amanah, kongsi sama ekuiti dan kongsi sama
keuntungan.
Prinsip mudharabah ini boleh digunakan dalam sistem perbankan Islam untuk dua
keadaan yang berbeza, iaitu antara bank dengan pihak pembekal dana dan antara bank dengan
pengguna dana. Dibahagian pembekal dana, pihak bank akan bertindak sebagai mudarib dan
penyimpan sebagai rabb al-mal. Sementara itu di bahagian pengguna dana pula, bank akan
menjadi rabb al-mal dan pengusaha menjadi mudarib.
Walaupun pelabur yang mengeluarkan modal itu sebenarnya tidak mengeluarkan apa-apa
tenaga untuk mendapat pulangan atau hasil daripada pelaburannya , tetapi dalam jangka masa
yang sama pelabur perlu bersedia menanggung risiko kerugian. Jika usaha yang dijalankan itu
beroleh keuntungan, maka pelabur akan mendapat semula modal dan bahagian
keuntungannya , tetapi jika usaha itu mendapat kerugian , maka pelabur bukan sahaja tidak
mendapat apa-apa pulangan tetapi kemungkinan besar akan kehilangan modal awalnya itu.
Pelaburan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh bank islam untuk menjana
pendapatan. Terdapat empat jenis kategori pelaburan yang boleh dibuat oleh bank islam iaitu
membeli sekuriti boleh niaga seperti saham, bon, nota terbitan kerajaan dan sijil deposit boleh
niaga. Keduanya pelaburan dalam anak syarikat dan syarikat bersekutu dan yang terakhir
perlaburan dalam hartanah dan lain-lain.
7
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka
ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya
melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat
awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.
Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang
terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis
secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Justeru semua
“Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut
Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih. Sebagai
contohnya, RHB Islamic Bank Berhad cukup tegas dalam memastikan semua simpanan yang
diperolehi akan digunakan dan dilaburkan ke dalam urusniaga atau syarikat yang benar-benar
selamat menurut Shariah.
Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana
“client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan
“client”. Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities”
sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa
Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan
antaranya, Industry filtering iaitu membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya
berkaitan produk-produk haram dan Primary Financial Filters iaitu mengeluarkan syarikat-
syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest
income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah.
Selain itu, kita mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh
sesetengah akaun Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan
purata menurut prestasi lepas, ia di gelar “indicavtive Rates” atau “kadar andaian dan
ramalan” dan bukannya kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi
mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.
8
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Cara Kiraan
Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru “indicative” atau andaiannya seperti
berikut, 3 X 70 (pelanggan) = 2.10100
Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paparkan oleh Bank bagi memaparkan
prestasi akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank
memberikan pulangan dengan kadar di atas.
Perlulah sedari, seseorang yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam akaun di
bank konvensional pastinya akan mendapat saham keburukan hasil sokongan langsungnya
dari wang depositnya itu, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.
Pada hari Ahad bertarikh 31hb Januari 2010, kami telah membuat kajian skim
pelaburan yang diamalkan oleh Bank Rakyat dengan menemu bual dengan seorang penolong
pengurus cawangan, En.Mohd Huzir Bin Muta’at untuk mendapat gambaran yang jelas
berkenaan skim pelaburan yang diamalkan oleh Bank Rakyat Malaysia Berhad.
Menurut beliau Bank Rakyat telah ditukarkan 100% daripada konvensional kepada
sistem Perbankan Islam mulai tahun 2001. Ini bermakna Bank Rakyat tidak lagi
mengamalkan sistem konvensional dan kini semua produk-produk perbankan dari Bank
Rakyat adalah menurut syariah islam. Antara produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bank
Rakyat ialah Akuan Pelaburan Am-i (qiradh), Akuan Pelaburan Am-i (Warga Emas) dan
Akuan Pelaburan Khas-i (Sijil Pelaburan).
Akaun Pelaburan Am-i (Qiradh) merupakan akaun pelaburan yang mana pelanggan
menyediakan modal untuk Bank melabur bagi tempoh tertentu. Bila matang, keuntungan yang
diperolehi akan dikongsi di antara Bank dan pelanggan berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui bersama. Konsep yang diamalkan berdasarkan Mudharabah. Antara kelayakan
untuk melabur dalam skim ini ialah individu berumur 18 tahun ke atas dan juga Persatuan,
Kelab, Koperasi dan Syarikat digalakkan untuk melabur. Jumlah Pelaburan minimum RM500
9
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
untuk 2 bulan dan ke atas dan minimum RM5,000 untuk 1 bulan. Antara jenis Akaun ialah
Akaun Individu, Akaun Bersama, Akaun Amanah dan Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan
Syarikat. Antara keistimewaan skim ini ialah Pelabur boleh mengambil keuntungan pada
setiap bulan bagi tempoh pelaburan 6 bulan dan berjumlah RM20,000.00 ke atas, Auto
Renewal pembaharuan sijil secara automatik dan Sijil pelaburan boleh digunakan sebagai
cagaran pembiayaan seperti Bercagar Sijil Pelaburan-i Al-Mudharabah,
Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah dan Pembiayaan Kontrak-i Tijari.
Akuan Pelaburan Khas-i (Sijil Pelaburan) pula adalah skim pelaburan di mana
pendeposit akan dibayar keuntungan ke atas pelaburan yang telah ditentukan pada awal-awal
lagi dan dibayar sebagai pendahuluan pada setiap bulan. Ia berasaskan konsep Bai Al-Inah.
Antara kelayakan untuk menyertai skim ini adalah sama seperti skim Akaun Pelaburan Am-i
Qiradh. Jumlah Pelaburan minimum RM20,000 untuk 1 bulan ke atas dan tempoh Pelaburan
adalah pelaburan untuk tempoh 60 bulan dan ke atas. Antara jenis akaun seperti Akaun
Individu , Akaun Bersama, Akaun Amanah dan Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan
Syarikat.
Manakala yang terakhir adalah Akaun Pelaburan Am-i Qiradh (Warga Emas) . Akaun
pelaburan ini direka khas untuk warga emas.Menggunakan konsep Al-Mudharabah. Antara
kelayakan untuk skim ini adalah individu berumur 45 tahun ke atas. Jumlah Pelaburan
adalah minimum RM10,000 untuk 3 bulan ke atas. Antara manfaat yang diperolehi adalah
kadar keuntungan adalah 0.25% lebih tinggi daripada kadar semasa Akaun Pelaburan Am-i
Qiradh dan perlindungan kemalangan diri Takaful secara percuma untuk pelaburan melebihi
tempoh 12 bulan.
Skim pelaburan dalam Islam dan konvensional adalah berbeza sama sekali. Ini dapat
dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek seperti yang melibatkan riba, tempat, aktiviti dan
pulangan. Antara contoh skim pelaburan yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional ialah
Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account). Dalam akaun jenis ini,
seseorang akan meletakkan wangnya di dalam “conventional fixed deposit account”. Menurut
kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali atau Bank akan
10
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
mengumpulkan wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama dengan
wang depositor atau pelabur lain.
[174]
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan
seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila
[175]
. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata
(berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah
menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai
kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
[176]
baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan
urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka
orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah
[177]
memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap
orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa [178.”
11
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari segi
istilahnya pula gharar boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak ketara
pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti
spekulasi yang merbahaya. Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi.
Spekulasi seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana spekulator mendapat untung di
atas kerugian orang lain. Manakala risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian
kepada orang lain tetapi mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan
kalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi
akan mendapat keuntungan di atas kerugian kita dan begitulah sebaliknya.
12
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
modal yang di sumbangkan oleh pendeposit di mana penetapan pulangan (fixed interest)
menyebabkan pihak bank akan terpaksa menanggung pulangan yang dijanjikannya kepada
pendeposit walaupun pelaburannya mengalami kerugian dan sebaliknya. Bertitik tolak dari
inilah dasar keadilan dan kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandung
menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan,
penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredai Allah s.w.t.
13
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat kebaikan dan kelebihan skim pelaburan
syariah berbanding dengan skim pelaburan konvensional dalam semua aspek seperti yang
telah dibincangkan. Pelaburan yang dijana melalui skim pelaburan syariah adalah bebas
daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan,
pembaziran dan sebagainya. Namau, tidak dapat dinafikan bahawa semua unsur tersebut
wujud dalam skim pelaburan konvensional.
Skim-skim pelaburan syariah pada masa kini sudah semakin bertambah namun jika
dibandingkan dengan skin pelaburan konvensional yang sudah sekian lama menguasai
pasaran pelaburan dunia, skim pelaburan syariah masih agak kurang dan perlu dipesatkan lagi
perkembangkannya dalam semua aspek agar mampu menyaingi dan seterusnya mengatasi
sepenuhnya skim pelaburan konvensional. Pada pendapat kami, salah satu cara dan strategi
yang boleh digunakan ialah melalui perancangan yang terancang di dalam pelaburan Islam.
Skim pelaburan syariah perlulah diperkasakan lagi dengan membuka lebih banyak cawangan
bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara, mencari alternatif bagi menambah
produk-produk yang sedia ada disamping memberi pendedahan khususnya kepada umat Islam
dan kepada masyarakat secara umumnya.
Namun, apa yang amat menyedihkan di kalangan umat Islam hari ini, iaitu realiti yang
memperlihatkan ramai pelabur Muslim asyik dan leka dalam lingkungan ekonomi
konvensional yang serba menggamit nafsu, lantas melupakan prinsip, etika dan asas yang
amat penting dalam merealisasikan kejayaan ekonomi Islam di masa hadapan.
Oleh itu, masyarakat khususnya umat Islam harus menyedari hal ini dan bersama-
sama mengembleng usaha serta tenaga bagi memperkasakan skim pelaburan syariah yang
boleh dikatakan masih berada di peringkat permulaannya. Tanpa kejasama yang padu dan
berterusan tidak mungkin segala usaha yang dilaksanakan ke arah memperkasakan pelaburan
syariah akan mencapai objektif dan matlamatnya seperti mana yang dirancang.
14
Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032
Rujukan
Zaharuddin Abd Rahman. Panduan Perbankan Islam Kontrak & Produk Asas. 2009. Telaga
Biru Sdn Bhd.
Sudin Harun. Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. 2008. Kuala Lumpur Business School
Sdn Bhd.
Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al Bugho, Ali Asy Syarbaji. Kitab Fikah Mazhab Syafie.
Jilid 7. 2005. Pustaka Salam Sdn Bhd
Dr Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Perundangan Islam Jilid IV, 2000, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Selangor.
Ustazah Zainun Mohamed. Fiqh Islami. Falkuti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti
Darul Iman Malaysia
15