You are on page 1of 12

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

SELANGOR DARUL EHSAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


( LINK KLANG )

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH
KLANG

TEMPAT:
SK BUKIT NAGA, KLANG

BSMM LINK KLANG


Page 1
TARIKH : 14-16 MEI 2010
14 – 16 MEI 2010
MENGADAKAN PERKHEMAHAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (LINK) CHAPTER KLANG

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh PPD
Klang disamping kerjasama dari Bulan Sabit Merah Malaysia Chapter Klang.
Aktiviti tahunan ini disertai oleh 2 orang ahli unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia yang terpilih dari Sekolah-sekolah Rendah daerah Klang. Ia akan
diadakan di SK Bukit Naga pada 14 hingga 16 Mei 2010.
Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi memenuhi kurikulum Bulan Sabit
Merah Malaysia di samping menyahut kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh setiap ahli apabila menempuhi alam
dewasa kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap peserta
bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk
bergerak ke hadapan. Selain itu, diharap perkhemahan yang dianjurkan ini
memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej
hubungan antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan
menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Perkhemahan ini juga di
harap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan
berguna kepada setiap peserta.

BSMM LINK KLANG


Page 2
3.0 OBJEKTIF

Diharap perkhemahan tahunan ini dapat;

3.1 Memberi peluang kepada setiap peserta merasai pengalaman


perkhemahan.
3.2 Melahirkan peserta-peserta yang mahir dalam teknik-teknik
pertolongan cemas.
3.3 Melatih setiap peserta untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Memberi kesedaran kepada peserta agar bertindak pantas dalam
sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda
yang ada di persekitaran.
3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
3.6 Melahirkan para peserta yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.7 Melatih peserta mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik
perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan,
pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan
serta aspek keselamatan diri.
3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

BSMM LINK KLANG


Page 3
4.0 CADANGAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 14 hingga 16 Mei 2010 iaitu pada hari
Jumaat sehingga hari Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 IMPLIKASI

5.1 Program ini melibatkan ahli terpilih dari Tahun 5 dan Tahun 6 unit
beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Rendah Daerah
Klang.
5.2 Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan
fasilitator.
5.3 Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.

BSMM LINK KLANG


Page 4
6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Pn Hjh Noraini Md Tahir


Penasihat : En Anuar B. Mohamad Kusni

Pengerusi : En Najhan B. Mat Akhir


Penyelaras : En Ahmad Shukri B. Said
Penolong Penyelaras : En Nohan B. Miskon
Setiausaha : Pn Norizan Bt Awang
Bendahari : Pn Fadhliza Bt Che Din

Jawatankuasa Kecil

Jawatan Bidang Tugas


Pengurus Peserta:  Menyediakan murid-murid untuk menyertai
1) En Hairol Anuar Hashim - perkhemahan.
Ketua  Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi
setiap peserta.
 Menyediakan segala peralatan yang
diperlukan semasa perkhemahan.
 Menyediakan jadual guru bertugas.
 Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan lebih awal.
 Memastikan disiplin peserta sebelum dan
selepas perkhemahan.

Khemah:  Menyediakan pelan pembahagian tempat


1) En Fazly B. Ibrahim -ketua tapak perkhemahan.
 Menyediakan khemah yang mencukupi bagi
keperluan peserta dan guru.
 Memastikan setiap khemah dibuka dan
dibersihkan selepas perkhemahan.
 Menyediakan senarai nama guru mengikut
khemah masing-masing.

BSMM LINK KLANG


Page 5
 Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya
terdapat pinjaman khemah dari luar.

Aktiviti:  Merangka, merancang dan


1) En Ahmad Shukri b. Said – mengurus aktiviti yang hendak dijalankan.
Ketua  Menyediakan keperluan atau
2) Pn Anida Bt Kaimi – peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti
Pen.Ketua yang hendak dilakukan.
 Memastikan semua peserta
menyertai aktiviti yang dijalankan.
 Memastikan kerjasama dengan
pelbagai pihak yang bertanggungjawab.
 Bertanggungjawab memastikan
aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual
yang ditetapkan.
 Memastikan kelancaran aktiviti.

Hadiah / Cenderamata:  Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan


1) Pn Satiyavani A/P yang diperlukan dalam program ini bagi tujuan
Darmalingam -Ketua hadiah.
 Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin
dipertandingkan.
 Menyediakan cenderahati untuk urusetia dan
peserta sebagai kenang-kenangan.

Sijil Penyertaan:  Menyediakan Sijil Penyertaan kepada semua


1) Pn Suzana Bt Aziz -ketua peserta.

Kerohanian:  Memulakan perjalanan dengan bacaan doa.


1) En Muhamad B. Hussin  Memastikan perlaksanaan jadual solat
-Ketua berjemaah terutamanya pada waktu maghrib,
isyak dan subuh.
 Mengadakan bacaan yaasin pada malam
jumaat.
 Mengadakan tazkirah selepas solat subuh dan
maghrib.
 Memastikan tempat solat dalam keadaan yang
bersih dan teratur.

Elektrik dan Siaraya:  Menyediakan kemudahan elektrik dan


1) En Najhan B. Mat Akhir – peralatan siaraya yang sempurna di seluruh
Ketua tapak perkhemahan sepanjang tempoh
perkhemahan.

BSMM LINK KLANG


Page 6
 Mengemaskini peralatan yang telah digunakan
dan disimpan pada tempat yang sesuai.
 Mengurus dan menyediakan peralatan bagi
Malam Kebudayaan.

Makanan:  Menyediakan senarai menu sepanjang


1) Pn Norhaida Bt Ibrahim program.
-Ketua  Memastikan penyediaan makanan untuk
peserta dan urusetia.
 Memastikan kelancaran urusan yang
melibatkan makanan.
 Memastikan makanan disediakan mengikut
masa yang dijadualkan.
 Memastikan tahap kebersihan pengurusan
makanan dan dapur.
 Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti
yang ingin dijalankan.
 Peka terhadap masalah yang dihadapi oleh
peserta seperti sesetengah individu yang
mempunyai alahan terhadap sesuatu
makanan.

Keselamatan / Kecemasan:  Memastikan keselamatan peserta dan


1) Pn Nor Azah Bt Ismail – kawasan sekitar perkhemahan.
Ketua  Membuat jadual tugasan malam mengikut
giliran kumpulan aktiviti.
 Memastikan jadual tugasan malam
dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh
setiap kumpulan yang ditugaskan.
 Bertindak pantas apabila berlaku sebarang
kecemasan.
 Memastikan peti pertolongan cemas dibawa
dan peralatannya adalah lengkap.
 Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,
serta membuat pemantauan dan kawalan
keselamatan.
 Peka terhadap masalah kesihatan peserta.

Urusetia:  Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan.


1) Pn Ramlah bt Ishak -  Menyelaras perjalanan aktiviti dan
Ketua pertandingan.
 Sentiasa menghebahkan segala maklumat
terkini.
 Mengambil pendaftaran peserta dan juga

BSMM LINK KLANG


Page 7
mencatat kehadiran guru bertugas.
 Membuat laporan setiap aktiviti yang
dijalankan.
 Mengendalikan acara majlis penutup.
 Menyediakan kain rentang perkhemahan.

Apresiasi Seni:  Menentukan jenis persembahan dan syarat-


1) Pn Pakiam A/P Rajoo – syaratnya.
Ketua  Menyediakan borang penghakiman.
 Mengurus perjalanan Malam Kebudayaan
 Memastikan tempat aktiviti Malam
Kebudayaan bersih selepas digunakan.
 Memberi taklimat kepada peserta
persembahan 3 hari sebelum pertandingan.

Senaman Pagi:  Menyediakan jadual bertugas pengendali


1) Pn Punitha Selveswari A/P senaman pagi.
Ramayah –Ketua  Mengendalikan perjalanan senaman pagi
selama tempoh perkhemahan berlangsung.

BSMM LINK KLANG


Page 8
7.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Sijil dan hadiah RM 350
2 Makanan 250 orang xRM16 ( 3hari) RM 4000
3 Aktiviti RM 300
4 Saguhati Fasilitator RM 500
5 Rencam RM 200
JUMLAH BESAR RM 5350

 Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program
ini ialah sebanyak RM20.00.

BSMM LINK KLANG


Page 9
8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina


keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat
berbilang kaum. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan
memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu
diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan memberikan hasil
dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada murid-murid yang
terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(Pn Norizan Bt Awang ) (Encik Anuar B. Mohd Kusni)
Setiausaha, Pegawai Unit Ko-Kurikulum,
Bulan Sabit Merah Malaysia (Link), Pejabat Pelajaran Daerah Klang.
Chapter Klang.

BSMM LINK KLANG


Page 10
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN

9.00 pm
6.00 am 8.00 am 10.00 am 12.00 pm 2.00 pm 4.00 pm 5.00 pm 6.00 pm 8.00 pm
Masa 11.00
8.00 am 10.00 am 12.00 pm 2.00 pm 4.00 pm 5.00 pm 6.00 pm 8.00 pm 9.00 pm
pm
PENGURUSAN LDK 1
HARI TAKLIMAT SOLAT ASAR &
DIRI ICE BREAKING &
PERTAMA PENDAFTARAN MENGEMAS PEMBAHAGIAN
SOLAT MINUM PEMBENTUKAN
14.5.2010 BARANG KUMPULAN
PETANG KUMPULAN
PENGURUSAN
DIRI
HARI MAKAN PENGURUSAN PENGURUSAN
SOLAT SUBUH MODUL 1 MODUL 4: LDK 2 MALAM
KEDUA MODUL 2: TENGAHARI MODUL 3 : DIRI SOLAT DIRI SOLAT
SENAMAN SCAVENGER SUKAN LATIHAN 1001
15.5.2010 MACGYVER & CPR MINUM MINUM
PAGI HUNT RAKYAT PERSEMBAHAN IMPIAN
SOLAT PETANG PETANG
SARAPAN
PAGI
PENGURUSAN
MAJLIS
DIRI
HARI PENUTUP,
SOLAT MODUL 5:
KETIGA MODUL 6: MAKAN SESI
SENAMAN IQ GAME BERSURAI
16.5.2010 “TER” TENGAHARI FOTOGRAFI
PAGI CHALLENGE
&
SARAPAN
SOLAT
PAGI

BSMM LINK KLANG Page 11


BSMM LINK KLANG Page 12

You might also like