You are on page 1of 2

Mengintai Ruang Insaf - Shukri Abdullah

Maksud Sajak

R1 - Penyajak merasakan bahawa banyak dosa yang dilakukannya terhadap Allah s.w.t., semakin jauh dirinya daripada
rahmat Allah s.w.t.

R2 - Penyajak merasakan bahawa dirinya selalu menderita dalam hidup dan tidak mendapat kemuliaan di sisi Allah
s.w.t.

R3 - Tanpa mempersoalkan ketentuan takdir, penyair melontarkan beberapa pertanyaan kepada dirinya bahawa
“Masih ada lagikah ruang untuk dirinya memperbetulkan kesilapan dan diberikan peluang untuk bertaubat.

R4 - Penyajak berdoa dan berharap semoga pintu taubat untuknya dibuka oleh Allah s.w.t sebelum imannya goyah.

Tema: Rasa keinsafan dan kehambaan kepada Pencipta. Orang yang berasa dirinya banyak
melakukan kesalahan biasanya amat bimbang dan pengampunannya tidak diterima Allah.

Persoalan : 1. Manusia yang banyak membuat dosa akan semakin jauh daripada rahmat Allah.

2. Manusia akan menderita sekiranya tidak mendapat darjat di sisi Allah s.w.t.

3. Peluang untuk bertaubat masih terbuka untuk semua manusia sekiranya mereka benar-benar ingin
bertaubat.

4. Dengan berdoa, manusia akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.

Nada : Nada Islamik yang mengajak manusia mengamalkan sikap rendah diri. Sajak ini mengambarkan
perasaan penyajak yang menginsafi diri dan mengharapkan keampunan untuk bertaubat kepada Allah.

Bentuk : R1 - Terdiri daripada empat baris perkataan dengan jumlah perkataan antara dua hingga tiga
perkataan setiap baris.

R2 - Terdiri daripada enam baris perkataan dengan jumlah perkataan perkataan yang tidak terkawal.

R3 - Terdiri daripada lima baris perkataan dengan tiga baris akhirnya merupakan baris dialog.

R4 - Terdiri daripada tiga baris perkataan dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.

Gaya Bahasa : Metafora - Sewaktu berlari di padang hidup. - tanpa kembali ke tunjang makna .

Hiperbola- tubuhku tercalar duri pidana

Dialog - “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”

Penggunaan Bahasa Asing - Ancala=gunung. - Rabb = gelaran untuk Allah s.w.t.

Nilai : 1. Keinsafan: Penyajak mempunyai nilai keinsafan diri yang mendalam iaitu perasaan kesal /
insaf terhadap kesalahan yang telah dilakukannya. (R1)

2. Kesedaran: Penyajak sedar bahawa dirinya telah melakukan banyak kekhilafan di dalam
kehidupan. (R3)

3. Keikhlasan: Ketika memohon keampunan Allah s.w.t. sifat ikhlas itu sangat penting bagi
melambangkan kesungguhan kita bertaubat. (R4)

Pengajaran : 1. Kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah.

2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan pelbagai kekhilafan di atas muka bumi ini.

3. Kita mestilah percaya bahawa sekiranya kita ikhlas memohon keaampuanan Allah s.w.t. , maka Allah
akan menerima taubat kita.

You might also like