You are on page 1of 2

Konsep kitar semula. Apakah maksud di sebalik “Kitar Semula”?

Proses kitar semula


ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula
bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak
pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150
ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang oleh masyarakat di sekitar
kawasan tersebut. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
pula akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita. Adakah anda sanggup suatu hari nanti duduk berjiran dengan tapak
pelupusan sampah? Bagi saya, pada ketika itu sudah pasti keselesaan seperti hari ini tidak
dapat dirasai lagi.

Jika anda tertanya-tanya, apakah kepentingan kitar semula kepada masyarakat, tidak terdaya
rasanya saya untuk menaip kepentingan-kepentingan tersebut dalam satu artikel sahaja.
Namun begitu, anda tidak perlu berasa kecewa kerana junaidisite[dot]com dengan rasa murah
hati ingin berkongsi kepada anda beberapa kepentingan amalan kitar semula.

1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat
mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran
udara.

2. Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding
dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula bertambah
cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan
memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan.

3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula boleh
menjimatkan sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber
yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia kini mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas
buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan
tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain.
Tidakkah lebih baik jika kita mengamalkan kitar semula?

4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan
dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semula
kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang
diperlukan untuk pengeluaran kaca.

5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Tidakkah
anda berasa simpati kepada alam semula jadi ciptaan Tuhan? Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia
merupakan sumber oksigen dan udara bersih. Junaidisite[dot]com cintakan alam semula jadi!
(tiada pokok yang ditebang dalam penghasilan entry ini)

Fakta yang saya gunakan adalah hasil cetusan idea utama daripada:
http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/Why_m.asp dan ditambah pula dengan
keberkesanan buah fikiran http://www.junaidisite.com

You might also like