You are on page 1of 12

AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

TAMADUN ASIA BARAT (SOALAN 3 )

BINCANGKAN KEPENTINGAN HIJRAH NABI MUHAMMAD KE MADINAH SEBAGAI


PERMULAAN DALAM PERKEMBANGAN PESAT TAMADUN ISLAM.

PENGENALAN

Sebelum kedatangan agama Islam yang di bawah oleh Nabi Muahammad s.a.w. di kota

Makkah. Kehidupan masyarakatnya adalah sangat buruk dan teruk sekali sehingga dikenali

sebagai Zaman Jahiliyah. Perkataan Jahiliyah itu sendiri adalah membawa maksud bodoh dan

sesat. Antara ciri-ciri zaman ini ialah zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai

panduan, tidak mempunyai peradaban yang tinggi, tidak berakhlak seperti angkuh dan sombong

dan masyarakatnya hidup dalam keadaan jahil dan buta huruf.1 Oleh itu, Allah S.W.T. telah

mengutus Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi dan rasul terakhir bagi membawa

manusia supaya dapat mengenal Allah S.W.T. yang merupakan Tuhan Yang Maha Esa dengan

segala sifat-sifat kesempurnaan-Nya yang menciptakan manusia, jin dan sekalian makhluk yang

ada di bumi ataupun di langit.2.

Nabi Muhammad telah berdakwah di kota Makkah selama 13 tahun dengan menghadapi

pelbagai rintangan dan ancaman yang diterima daripada Kafir Quraisy Makkah semasa

menyebarkan agama Islam. Hal ini mula berkurangan apabila Nabi Muhammad s.a.w. menerima

perintah Allah S.W.T. supaya Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Kota Madinah. Hal ini kerana Allah

S.W.T. akan sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam memberi bantuan sepertimana dalam al-

Quran iaitu lebih kurang maksudnya “Jika kamu tidak menolong (muhammad s.a.w.), maka

1
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
2001, Hlm. 48.

2
H. Zainal Arifin Abbas, Sejarah Dan Perjuangan Nabi Muhammad, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1966,
Hlm. 116-117.

1
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

sesungguhnya Allah telah menolongnya; (iaitu) ketika orang kafir (musyrikin Makkah)

mengelurkannya (dari Makkah), sedang dia merupakan salah seorang daripada dua oerang

ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya. ‘Janganlah kamu

berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita…’” (Surah at-Taubah ayat 40).3 Hijrah

Rasulullah ke Madinah bermula pada tahun 622 M.4 Dengan merujuk Kamus Dewan edisi

keempat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan bahawa hijrah

bermaksud perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Bagi mudah difahami

ianya bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Dengan penghijrahan yang dibuat

oleh Rasulullah s.a.w. ini telah memberi pelbagai kepentingan dalam permulaan perkembangan

pesat Tamadun Islam.

KEPENTINGAN HIJRAH
3
Abdul Hamid Judah As-Sahar, Sejarah Rasulullah S.A.W., Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd., 1991,
Hlm 121.
4
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Hlm. 53-54.

2
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Wujudnya Perpaduan Dari Kaum Yang berbeza

Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah ini menjadi satu harapan baru dalam

menyebarkan agama Islam. Rasulullah s.a.w. sampai di Madinah pada 12 Rabiulawal 1 H. yang

bersamaan 20 september 622 M. dan sempat membina sebuah masjid yang dikenali sebagai

Masjid Quba’.5 Kota Madinah terletak kira-kira 200 batu ke utara Kota Makkah dan semasa

Rasulullah s.a.w. sampai sahaja di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah disambut dengan baik dan

dengan penuh kebesaran oleh penduduk Madinah.6 Kaum Muslimin yang berhijrah ke Madinah

dikenali sebagai kaum Muhajirin dan kaum Muslimin yang ada di Madinah dikenali sebagai

kaum Ansar. Kaum Muhajirin yang berhijrah ke Madinah pada ketika itu telah banyak

mengalami penderitaan, penyeksaan dan kemiskinan semasa berada di Makkah. Mereka terpaksa

berhijrah ke Madinah tanpa membawa keperluan apa-apa dan ianya serbah kekurangan kerana

mereka telah meninggalkan keluarga, harta, pangkat dan kerajaan mereka di Makkah bagi

menyelamatkan keimanan dan ketakwaan meraka untuk taat perintah Allah S.W.T. bersama

kekasih-Nya Rasulullah s.a.w..7

Oleh hal yang sedemikian, Rasulullah s.a.w. telah mengambil langkah untuk

mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Seterusnya, Rasulullah s.a.w. sendiri

mempersaudarakan diriNya dengan Ali, Abu Bakar dengan Kharjah bin Zaid, Umar dengan

Utban, Abdullah bin Masu’d dengan Muaz bin Jabal, Mus’ab dan banyak lagi. Hal ini bertujuan

untuk membina rasa kasih sayang antara satu dengan lain iaitu antara kaum Muhajirin dan Ansar

5
Ibid.

6
H. H., Michal, Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Golden Books Centre
Sdh. Bhd., 2004, Hlm. 3.

7
Ahmad Sjalabi, Sejarah Dan Kebudayaan Islam, Terjemahan Muctar Jahja, Jakarta: P.T. Djajamurni, 1970,
Hlm. 83.

3
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

sehingga kaum Ansar sanggup berkorban untuk berkongsi apa sahaja hak mereka sendiri dengan

kaum Muhajirin kerana mengaggap diri mereka telah bersaudara. 8 Selain dari kaum Ansar di

Madinah tedapat juga kaum lain seperti kaum Yahudi. Tetapi Rasulullah s.a.w. tetap

menghormati mereka, memberi kebebasan untuk menganut agama dan mengamalkan agama

mereka. Rasulullah s.a.w. telah menggabungkan kaum Yahudi ini dengan kaum Muhajirin dan

Ansar tadi dalam membentuk perpaduaan ummah dan mempunyai tanggungjawab untuk

mempertahankan negara Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. sepertimana yang terkandung

dalam Piagam Madinah.9

Terbinanya Negara Islam Yang Pertama

Sebelum Hijrah ke Madinah, Rasulullah s.a.w. telah melakukan beberapa perjanjian dengan

masyarakat Madinah pada ke-11, 12 dan 13 iaitu selepas Rasulullah s.a.w. diutus menjadi Nabi

dan Rasul Allah S.W.T.. Perjanjian ini dikenali sebagai Bai’atul-Aqabah dan dalam perjanjian ini

terdapat kenyataan tentang masyarakat Madinah yang akan memberi ketaatan sepenuhnya

kepada Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin negara dan akan mendirikan sebuah Negara Islam

yang pertama. Selepas Hijrah, Rasulullah s.a.w. telah membuat satu piagam dalam

pemerintahanNya iaitu dikenali sebagai Piagam Madinah atau juga sebagai ‘Sahifah Madinah’.

Piagam ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemasyarakatan yang ada di Madinah

terutamanya kepada golongan bukan Islam yang turut tinggal di Madinah. 10 Pentadbiran dan

pemerintahan yang dijalankan di Madinah bukanlah pemerintahan secara ‘Sekularisme’ iaitu


8
Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah, Pahang Darul
Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., 2003, Hlm. 129-130.
9
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Hlm. 55.

Abd. Rahman haji Abdullah, Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1981,
10

Hlm.47-48.

4
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

terdapat pemisahan antara agama dan politik tetapi kedua-duanya itu telah digabungkan oleh

Islam tetapi agama itu yang telah membentuk politik di Madinah. 11 Setiap keputusan dan

undang-undang yang hendak dibuat adalah berdasarkan wahyu daripada Allah S.W.T. yang

diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dan kemudian dikenali sebagai al-Quran. Selain itu,

Rasulullah s.a.w. juga menambah serbah sedikit tentang sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan

dalam pemerintahanNya yang tidak diterangkan dalam al-Quran iaitu melalui bermesyuarat

bersama para sahabat sebelum memutuskan sesuatu perkara.12

Pusat pentadbiran Madinah adalah bermula di Masjid iaitu dikenali sebagai Masjid al-

Nabawi yang berfungsi sebagai tempat ibadat, pusat pemerintahan, mahkamah dan sebagainya.

Oleh itu, terdapat beberapa jawatankuasa yang telah diwujudkan oleh Rasululluh s.a.w. bagi

membantu dan memudahkan lagi pentadbiran Negara. Antaranya ialah wujudnya jawatankuasa

Ketua Negara yang dibawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sendiri, wujud Menteri-menteri, Hakim

Mahkamah, Majlis Perwakilan dan terdapat jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam urusan-

urusan eksekutif seperti Bendahari Negara, Jurubahasa dan Setiausaha Negara. Terdapat juga

badan-badan setiausaha yang turut membantu seperti Dalam Negeri, Luar Negeri, Pertahanan,

Ekonomi, Kewangan dan Sosial, Pendidikan, Penerangan, Keamanan dan Pengawasan dan

perkhidmatan Awam. Gabenor-gabenor juga turut diwujudkan di setiap wilayah Madinah, duta-

duta dan Wakil Istimewa sebanyak 23 orang. Dengan ini terbukti kerajaan Madinah yang telah

wujud ini adalah merupakan kerajaan Islam yang pertama dan mempunyai corak pemerintahan

yang tersendiri.13

11
Ibid.,
12
Mustafah Hj. Daud, Penghantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Intelik Sdn. Bhd., 1985, Hlm. 36-37.

13
Ibid., Hlm. 48-50.

5
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Mengurangkan Beban Ummat Islam

Semasa Rasulullah s.a.w. di Kota Makkah, Kafir Quraisy menganggap bahawa ajaran yang

dibawah oleh Rasulullah s.a.w. itu akan mengugat kedudukan mereka seperti takut kehilangan

kuasa dan pengaruh dan takut menggugat sistem ekonomi mereka. Contohnya, penjualan dan

penyembahan berhala yang sememangnya dilarang dalam Islam telah membawa kesan kepada

hilangnya punca pendapatan mereka. Selain itu, wujud kesamarataan sesama manusia dan

terdapat kepercayaan selepas mati yang ada penghisaban di alam akhirat dalam Islam. Oleh itu,

Kafir Quraisy telah menggunakan pelbagai cara untuk menghalang penyebaran Islam sehingga

sesiapa yang memeluk agama Islam akan diseksa dengan kejam. 14 Antara ummat Islam yang

pernah diseksa dengan kejam selepas memeluk Islam adalah seperti keluarga yassir iaitu anaknya

Ammar dan isterinya Sumaiya, Bilal bin Khabab dan Sahabat-sahabat lain.15

Dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah dan telah memperkenalkan sebuah

kerajaan Islam yang pertama iaitu kerajaan Madinah. Hal ini telah mengurangkan beban Ummat

Islam itu sendiri dan juga telah memudahkan Ummat Islam dalam memulakan rancangan untuk

mengembangkan Islam. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan corak pemerintahan dan undang-

undang yang teratur berlandaskan ajaran Islam dan seterusnya membolehkan ummat Islam itu

untuk berkembang tanpa halangan, tekanan penindasan, dan penyeksaan sepertimana yang

pernah berlaku semasa di Kota Makkah sebelum Hijrah. Walau bagaimanapun, terdapat juga

beberapa bentuk penentangan daripada Kafir Quraisy kerana masih tidak berpuas hati dengan

kewujudan negara Islam tetapi bentuk penentangan sudah berubah iaitu melalui cara peperangan.

Hal ini semuanya berlaku selepas Hijrah ke Madinah.

14
Ahmad Sjalabi, Sejarah Dan Kebudayaan Islam, Hlm. 61-63.
15
Ibid., Hlm. 64.

6
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Dapat Mempertahankan Agama Serta Bermulanya Perkembangan Islam

Allah S.W.T. telah mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w. supaya mempertahan agama,

negara dan ummat Islam sekiranya terdapat ancaman daripada musuh Islam terutamanya Kafir

Quraisy iaitu melalui peperangan. Hal ini diterangkan di dalam al-Quran yang lebih kurang

maksudnya iaitu “Diizinkan (berperang) kepada mereka yang diperangi kerana dianiayai dan

sesungguhnya Allah Maha Kuasa Menolong mereka” (surah 22 dan ayat 39) dan “Dan

perangilah mereka supaya jangan ada lagi fitnah dan agama seluruhnya untuk Allah” (Surah 2

ayat 193).16 Terdapat beberapa peperangan yang telah disertai oleh Ummat Islam dalam

mempertahankan maruah Islam dan mempertahankan diri mereka daripada terus diancam oleh

musuh Islam seperti peperangan badar pada 2 hijrah, uhud pada 3 hijrah, khandak pada 5 hijrah

dan banyak lagi peperangan yang berlaku. Peperangan yang pertama berlaku ialah peperangn

badar. Dalam peperangan ini dapat dilihat bahawa kemenangan berpihak kepada tentera Islam

iaitu hanya berjumlah 314 orang serta kekurangan kelengkapan perang berbanding pihak kafir

Quraisy yang berjumlah lebih kurang 1000 orang tentera yang siap dengan kelekapan perang. 17

Kemenangan ini adalah disebabkan terdapatnyat batuan daripada Allah S.W.T. sepertimana

yang diterangkan dalam al-Quran yang lebih kurang maksudnya “Sesungguhnya Allah telah

menolongkamu dalam peperangan Badar, padahal kamu (ketika itu) orang-orang yang lemah.

Kerana itu bertakwala kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya” (Surah Ali-Imran ayat

123).18 Setiap peperangan yang berlaku juga kebanyakannya adalah dimenangi oleh pihak Islam

yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri iaitu sebagai ketua tentera Islam.

16
Muhammad Husain Haekal, Sejarah Hidup Muhammad, Terjemahan Ali Audah, Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd., 1986, Hlm. 195.
17
H. Rus’an, Lintasan Sejarah Islam Di Zaman Rasulullah S.A.W., Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ldt., 1982,
Hlm. 117-153.
18
Abdul Hamid Judah As-Sahar, Sejarah Rasulullah, Hlm. 131.

7
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Terdapat beberapa strategi atau teknik berperang yang mendorong kemenangan Ummat

Islam dalam mengikuti kebanyakan kempen peperangan. Antaranya ialah membuat perjanjian

dengan pihak musuh, menggunakan kepintaran untuk mengetahui jumlah musuh, mengusai

tempat strategik, penyamaran, menggali parit serta merahsiahkan tujuan persiapan peperangan.

Dengan adanya strategi peperangan ini telah membantu Ummat Islam berjaya dalam semua

peperangan yang disertai serta telah berjaya untuk membantu menyebarkan agama Islam

ketempat lain.19 Penyebaran Islam bermula di Madinah kemudian tersebar ke Makkah dan

seterusnya tersebar ke seluruh tanah Arab Badwi pada Zaman Rasulullah s.a.w..20 Selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w. kejayaan ini telah diteruskan oleh Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

yang dikenali sebagai Zaman al-Khurafa’ al-Rashidin. Selepas itu, diteruskan pula oleh Zaman

Bani Umaiyah, Zaman Bani Abbasiyah dan Zaman Uthmaniah. Dapat dilihat pada Zaman al-

Khurafa’ al-Rashidin telah berjaya meluaskan pengaruh Islam ke Syiria, Mesir, Romawi di

temur, Farsi, Iraq, Afrika di barat, Turkistan di timur. Selain dari meluaskan pengaruh Islam

pada zaman ini ia juga menyebarkan ilmu pengetahuan Islam seperti ilmu sains dan matimatik

dan pada zaman ini bermulanya pembukuan al-Quran dibuat. Antara tokoh pemerintah Islam

yang penting pada zaman ini ialah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. (632 M.), Khalifah Umar

ibn al-Khattab r.a. (634 M.), khalifah Uthman ibn al-Affan r.a. (444 M.), dan Khalifah Ali ibn

Abi Talib k.w. (655 M.). selain itu, kehebatan Islam turut menyumbang kepada berlakunya

pembaharuan di Eropah serta pengaruhnya tersebar sehingga ke Kepulauan Melayu.21

19
Mustafah Hj. Daud, Penghantar Tamadun Islam, Hlm. 41-44.

20
Hodgson, Marshall G.S., Kebangkitan Islam Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2004, Hlm. 212.

Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib, Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia, 1997,
21

Hlm. 40-41.

8
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Bermulanya Perkembangan Sistem Ekonomi Dan Sosial Mengikut Pandangan Islam

Ekonomi Ummat Islam turut berkembang selepas Hijrah Rasulullah s.a.w. dengan

berlandaskan sistem ekonomi menurut Islam. Dalam sistem ekonomi Islam, amalan seperti riba,

penipuan, dan rasuah telah diharamkn dan penindasan juga turut dihapuskan terutamanya dalam

peniagaan.22 Hal ini dapat dijelaskan dalam al-Quran iaitu lebih kurang maksudnya

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada

kaum kerabat dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi

pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran” (Surah al-Nahl ayat 90). 23 Kegiatan

ekonomi Ummat Islam bermula tanpa apa-apa yang dibawah ke Madinah oleh Kaum Muhajirin

tetapi berkat pertolongan Kaum Ansar telah memudahkan kehidupan mereka kerana kekayaan,

harta dan segala-galanya telah ditinggalkan di Makkah.

Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. telah membina sebuah pasar yang berdekatan

dengan pasar Yahudi Bani Qainuqa dalam memulakan kegiatan perniagaan untuk memudahkan

Ummat Islam.24 Selain kegiatan perniagaan yang berkembang, kegiatan pertanian juga turut

diusahakan kerana tanah yang ada di Madinah subur dan sememang sesuai untuk bercucuk

tanam.25 Seterusnya kegiatan perdagangan telah dimulakan kerana Madinah adalah merupakan

kawasan yang strategik iaitu terletak ditengah-tengah laluan perdagangan antara Makkah dan

Syam. Dengan itu telah wujudnya persaingan antara Ummat Islam dengan kafir Quraisy

Makkah untuk menjaga kepentingan mereka dan telah mengakibatkan tercetusnya permusuhan

22
Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 2005, Hlm. 50.

23
Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib, Tamadun Islam, Hlm. 65.

24
Abd. Rahman haji Abdullah, Sejarah Dan Pemikiran Islam, , Hlm. 46

25
Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam, 50.

9
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

dan peperangan.26 Sumber pendapatan negara Madinah juga berdasarkan kepada sistem pungutan

cukai yang telah dipekenalkan seperti Zakat iaitu pembayaran yang wajib daripada mukmin yang

bertujuan membantu golongan fakir miskin dan Sedekah iaitu menderma sesuatu dengan rela hati

tanpa paksaan. Selain itu, terdapat juga cukai kepala kepada orang bukan Islam yang tinggal di

Madinah yang dikenali sebagi Jizyah. Pendapatan Madinah juga adalah daripada hasil rampasan

perang iaitu dikenali sebagai Ghanimah dan terdapat cukai tanah iaitu Al-Fay bagi orang Islam.

Bagi orang bukan Islam pula yang mempunyai tanah dikenali sebagai cukai Kharaj.27

Manakala, dalam perkembangan sistem sosial turut berubah dalam kehidupan manusia

iaitu cara kehidupan yang teruk berubah kepada cara hidup yang lebih baik selepas hijrah. Hal ini

dapat dilihat semasa berada di Makkah masyarakatnya adalah hidup secara berkabilah dan

berpuak-puak yang lebih dikenali sebagai Semangat Assobiyah. Selain itu, wujud juga suasana

individu yang hanya mementingkan diri dan sebelum hijrah juga telah wujud sistem sosial yang

tidak seimbang iaitu golongan atasan seperti bangsawan menindas golongan yang lemah seperti

hamba. Masyarakat ini lebih mudah dikenali sebagai masyarakat yang amat jahil dan amat

kurang nilai keperikemanusian sehingga terdapat segelintir daripada mereka yang sanggup

membunuh anak-anak perempuan mereka seperti menanam hidup-hidup kerana hanya semata-

mata ingin menjaga nama baik keluarga dan untuk mendapatkan kepentingan kebendaan. Tetapi,

kehidupan selepas hijrah telah mengubah amalan-amalan dan nilai-nilai tersebut kerana telah

dihapuskan dan digantikan dengan amalan Islam yang berpandukan dengan akidah dan akhlak.

Amalan seperti hidup berkabilah dan berpuak-puak telah diubah dengan digantikan kepada

masyarakat yang bersatu padu dalam konteks yang dikenali sebagi Ummah. Dengan itu, telah

wujudnya kebebasan dalam menjalani kehidupan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan

26
Ibid.

27
Mustafah Hj. Daud, Penghantar Tamadun Islam, Hlm. 38-39.

10
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera dan tenteram dalam bermasyarakat

sepertimana yang digalakkan dalam kehidupan Islam.28

Kesimpulan

Penghijrahan Rasulullah s.a.w daripada Makkah ke Madinah pada tahun 622 M. ini

terbukti bahawa telah memberi pelbagai kepentingan kepada Ummat Islam sehingga hari ini

yang merangkumi semua aspek tidak kira kepentingan agama, politik, sosial dan ekonomi. Selain

itu, penghijrahan ini juga telah menunjukkan bahawa tempat permulaan dalam mengembangkan

Islam sebelum berkembangnya Islam dengan pesat keseluruh dunia selepas kewafatan Rasulullah

s.a.w. pada tahun 632 M yang telah diteruskan oleh beberapa zaman seperti Zaman al-Khulafa’

al-Rashidin, Zaman Bani Umaiyyah, Zaman Bani Abbasiyah dan Zaman Uthmaniah. Hal ini

kerana untuk membawa semua manusia mengenali, mentaati perintah dan meniggalkan larangan

Allah S.W.T Yang Maha Esa yang sememangnya wajib ada pada setiap diri manusia yang

dikenali sebagai Hamba daripada terus dalam kesesatan.

Bibliografi

Abd. Rahman haji Abdullah, 1981, Sejarah Dan Pemikiran Isalam, Damansara Utama: Penerbitan Pena
Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Judah As-Sahar, 1991, Sejarah Rasulullah S.A.W., Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan
Sdn. Bhd.,

Ahmad Sjalabi, 1970, Sejarah Dan Kebudayaan Islam, Terjemahan Muctar Jahja, Jakarta:
P.T. Djajamurni.

Mahayudin Hj. Yahya, 2005, Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Mustafah Hj. Daud, 1985, Penghantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Intelik Sdn. Bhd.

28
Ibid.

11
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Muhammad Husain Haekal, 1986, Sejarah Hidup Muhammad, Terjemahan Ali Audah, Singapura:
Pustaka Nasional Pte. Ltd.,

Hajah Noresah Bt. Baharom (k.ed), 2007, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib, 1997, Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Hodgson, Marshall G.S., 2004, Kebangkitan Islam Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

H. H., Michal, 2004, Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Kuala Lumpur:
Golden Books Centre Sdh. Bhd.

H. Rus’an,1982, Lintasan Sejarah Islam Di Zaman Rasulullah S.A.W., Singapura: Pustaka Nasional
Pte. Ldt.

H. Zainal Arifin Abbas, 1966, Sejarah Dan Perjuangan Nabi Muhammad, Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.

Wan Abdul Rahman Latif, 2001, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka,

Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, 2003, Biografi Muhammad Bin Abdullah, Pahang
Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

12

You might also like