P. 1
Elemen 3

Elemen 3

|Views: 607|Likes:
Published by nurzakiyahs

More info:

Published by: nurzakiyahs on Apr 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2010

pdf

text

original

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

ELEMEN 2 MEREKOD FAKTA SEJARAH

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3

PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Nama : Nur Zakiyah bt Shahabuddin

No I/C Kelas Guru Sekolah

: 950122-02-5142 : 3 Usman Al-Affan : Puan Che Mahani bt Che Min : Sekolah Menengah Al-Islah

SENARAI KANDUNGAN
Tajuk
1. Penghargaan 2. Objektif kajian 3. Kaedah kajian 4. Hasil kajian o Perayaan Tahun Baru Cina o Latar Belakang o Persiapan Sambutan Perayaan o Kesan Perayaan 5. Rumusan 6. Lampiran 4 5 6 7 8 9

Halaman
1 2 3

7. Rujukan

12

ELEMEN 3 PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum mengamalkan budaya dan tradisi masing-masing. Antara perayaan yang diraikan oleh warganegara kita adalah seperti Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina dan Depavali. Persoalannya, bagaimanakah perayaan yang disambut dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Melalui sambutan perayaan tradisi, pelbagai kaum rakyat Malaysia dapat mengetahui lebih mendalam lagi budaya dan tradisi kaum lain. Ini secara tidak langsung mampu memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sambutan perayaan pelbagai kaum ini merupakan satu keunuikan negara kita. Maka kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan perlu mempertahankan tradisi dan budaya bangsa kita. Selain itu, sambutan perayaan tradisi juga mampu menerapkan semangat setia akan negara dalam diri rakyat Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengiktirafan cuti perayaan oleh kerajaan dan sambutan yang dibenarkan secara terbuka. Pengiktirafan oleh kerajaan telah menjamin ketaatan rakyat terhadap negara kita. Rakyat secara tidak langsung akan sedia berkorban untuk bangsa dan negara ini. Dalam konteks ³1 Malaysia´, rakyat pelbagai kaum telah menyambut perayaan tradisi bersama. Keadaan ini merupakan tanda semangat kekitaan yang terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini menjurus kepada rakyat yang sanggup hidup bersatupadu dan bermuafakat antara kaum. Rakyat yang bersatupadu dan bermuafakat akan menyumbang kepada kelahiran masyarakat yang berdisiplin tinggi. Masyarakat yang berdisiplin tinggi merupakan masyarakat yang berkelakuan sopan, bertatasusila, berhemah tinggi dan mampu bertindak wajar. Melalui sambutan perayaan tradisi, nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kesimpulan, sambutan perayaan tradisi dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, kita harus mengamalkan budaya dan tradisi kita agar warisan bangsa tidak lenyap ditelan arus modenisasi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->