P. 1
masalah sosial pelajar

masalah sosial pelajar

4.0

|Views: 7,042|Likes:

More info:

Published by: Kamarrul Arifin Abdul Rahman on Apr 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/29/2015

pdf

text

original

BAB 1

Pengenalan

1.0 Pengenalan

Masalah pelanggaran disiplin atau perlakuan devian di sekolah tidak pernah selesai semenjak dahulu sehinggalah sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibubapa serta pihak Kementerian Pelajaran. Laporan-laporan tentang salahlaku para pelajar sentiasa mendapat tempat didalam akhbar dinegara kita saban hari. Semua pihak mahukan sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Disebabkan perbuatan ini dapat dilihat kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen

1

kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda. Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan kepada remaja yang bertingkah laku sedemikian. Bagi remaja yang melanggar norma masyarakat

setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja bawah umur, mereka dikenali sebagai delinkuen. Secara umumnya, devian atau delinkuen adalah tingkah laku yang melanggar peraturan atau bertingkah laku yang bertentangan dengan norma masyarakat dan semestinya tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Baru-baru ini negara dan dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan salahlaku devian di kalangan pelajar sekolah sedikit masa dulu. Antaranya adalah 493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia 25 Julai 2000). Polis di Jerantut, Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK Jerantut kerana dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua

(Utusan Malaysia, 1 Julai 2003). Kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut pada tahun 2005 (The Star, 10 Ogos 2005). Yusrizad Yaacob dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong,

2

Alor Star, Kedah yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan sekolah yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. (Harian Metro, 3 Mac 2006). Kejadian-kejadian ini menggambarkan begitu seriusnya masalah yang dihadapi oleh generasi muda di negara kita ini jika tidak diambil tindakan segera bagi membendungnya.

1.1 Latar Belakang Kajian.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesatnya. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh rakyat di negara ini sama ada di dalam atau di luar negara. Rakyat di negara ini juga semakin berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan seiring dengan pencapaian yang telah kita peroleh. Walau bagaimanapun tanpa kita sedari baik ketara ataupun tidak, dapat dilihat atau dirasakan bahawa perubahan sosial yang diakibatkan oleh proses pembangunan ini telah mendatangkan cabaran hebat kepada kehidupan sosial amnya serta menimbulkan tekanan yang semakin kompleks ke atas individu dan keluarga. Bahang ini juga dapat dirasai oleh golongan pelajar yang sering menjadi fokos perbincangan semasa dan selalunya dikaitkan dengan golongan yang bermasalah. Mereka sering dikaitkan

3

dengan pelbagai masalah seperti kenakalan hinggalah kepada melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan norma masyarakat, peraturan dan undang-

undang negara yang dikatakan berpunca daripada perlakuan salah laku atau perlakuan devian di sekolah.

Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun melanggar disiplin dalam institusi sekolah di kategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen. Apa yang jelas, delinkuen atau gengsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Perlakuan devian yang dilakukan oleh pelajar sekolah ini dapat dilihat melalui jadual salah laku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 di bawah ini:

4

TAHUN Bil JENIS KESALAHAN DISIPLIN 2007 1 2 3 4 5 6 7 Ponteng Sekolah Kurang sopan, merokok, tidak hormat guru dan pengawas dan berbahasa kesat Mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul. Lewat dan tidak mementingkan masa Membawa telefon bimbit Laku musnah, merosakkan kemudahan dan menconteng bangunan 21,060 (0.39%) 23,220 (0.43%) 18,900 (0.35%) 18,360 (0.34%) 8,640 3,240 2,700 2006 24,840 (0.46%) 19,980 (0.37%) 18,360 (0.34%) 15,120 (0.28%) 15,120 3,780 2,700

Kelucahan(membuat isyarat, melukis , perkataan tidak senonoh Sumber Berita Harian 28 Julai 2008

Menurut stastik laporan disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 terdapat pelbagai salah laku yang telah dilakukan oleh pelajar sekolah. Data yang diperoleh menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku yang dilakukan pelajar adalah kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan

5

23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Sebenarnya Isu salah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang ‘merbahaya’. Setiap hari ada sahaja masalah displin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar mahupun

6

majalah. Makin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah pelajar di sekolah. Namun, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut permasalahan pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri, mengugut guru dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang semakin bingung dan tertekan. Malah pelajar masa kini semakin berani melakuakan perbuatan devian di luar kawasan sekolah seperti samseng jalanan, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum arak, ponteng sekolah, juvana, seks bebas dan lain-lain.

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari normanorma masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan-kesan di sebalik perbuatan mereka. Sekolah adalah satu tempat menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika pelajar-pelajar yang dihasilkan merupakan individu-individu yang runtuh akhlaknya. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Azizi, et.al, 2005). Penyataan ini ada kebimbangannya ia dapat dilihat dari laporan yang yang telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

7

tentang kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak yang masih bersekolah di bawah ini dari tahun 2005 hingga 2007:
KES KANAK-KANAK YANG TERLIBAT DENGAN JENAYAH MENGIKUT NEGERI 2005 HINGGA 2007 2005 NEGERI JUMLAH Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu W.P Kuala Lumpur W.P Labuan JUMLAH
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009)

2006 JUMLAH 851 899 247 284 308 25 396 140 439 0 228 911 509 718 0 5955

2007 JUMLAH 972 411 189 293 197 262 494 159 434 326 335 114 327 1099 21 6763

1019 930 280 153 225 232 644 134 291 500 346 807 736 904 0 7201

8

Jadual 1.2 menunjukkan kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah mengikut negeri dari tahun 2005-2007. Kes yang dilaporkan dilihat menaik secara mendadak setiap tahun. Masalah Ini harus diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak jika kita tidak mahu generasi pelapis di masa akan datang menghancurkan negera yang selama ini kita bangunkan. Sayangilah mereka ini kerana kesejahteraan dan keselamatan negara ada di tangan mereka.

Menurut Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku devian di kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Remaja-remaja yang terlibat dengan melakukan tingkah laku devian dan delinkuen ini juga mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka.

Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan terlibat dengan pelbagai gejala

9

sosial. Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekatdan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Cara didikan dan asuhan di rumah mempunyai perkaitan yang rapat dengan masalah salah laku yang timbul. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiah atau personaliti dan aspirasinya (Stodgil, 1970).Mengikut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam perlakuan devian. Hasil kajian (Azizah Lebai Nordin 2002) menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong pendapatnya dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin muridmurid. Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang mengaitkan faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan sebaya dan media massa (Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya (Saraswathy),

10

sikap guru yang negatif dan saiz sekolah yangbesar (Ghazali Osman, 1983), Persekitaran sekolah atau guru, kegagalan dalam pelajaran akademik dan rakan sebaya (Thi, 1994). Selain daripada faktor di atas kerisauan yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar melakukan salah laku (Galloway, 1985). Itulah antara faktor masalah sosial pelajar menurut Azizah.

1.3 Penyataan Masalah

Senario yang melibatkan salah laku pelajar sekarang amat serius. Bermula dengan salah laku ringan di sekolah seperti ponteng dan merokok, kini menular pula kepada keskes yang bersifat jenayah seperti gengsterisma, merogol dan membunuh. Usia yang masih muda, sepatutnya digunakan untuk belajar telah mereka kotori dengan pelbagai masalah sosial. Ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan pelajar seharusnya bertanggungjawab untuk membentuk, mendidik, membimbing dan mengawal anak-anak sejak kecil. Pengaruh rakan sebaya juga dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan tingkahlaku delinkuen pelajar. Pelajar bimbang jika mereka dianggap sebagai tidak mengikut trend sekiranya tidak bertingkah laku seperti rakan-rakan yang lain. Ada pihak yang meletakkan kesilapan kepada pelajar itu sendiri yang menyebabkan mereka terjebak dengan tingkah laku delinkuen. Pelajar yang menganggap dirinya tidak sempurna, lemah,

11

tidak dihargai dan timbulnya rasa rendah diri membawa mereka bertingkah laku devian ini.

Gejala ini semakin menjadi parah dan berleluasa sehingga terdapat di kalangan pelajar yang sanggup membakar sekolah kerana membalas dendam terhadap guru. Marah kerana di hukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Petaling Jaya Selatan di ibarat `setan kecil` apabila sanggup merosakan sembilan buah kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, mereka juga bertindak memecahkan cermin belakang sebuah kereta Myvi milik seorang guru (Harian Metro, 14 April 2010) Kenyataan ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut stastik laporan disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2007 terdapat pelbagai salah laku yang telah dilakukan oleh pelajar sekolah. Data yang diperoleh menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku yang dilakukan pelajar adalah kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara

12

dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Keadaan yang berlaku ini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada pelajar sahaja ini keraan mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka melakukan perlakuan devian ini. Kajiankajian yang telah dilakukan menunjukkan yang bahawa persekitaran proses

keluarga

memainkan

peranan

penting

dalam

13

pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti sosial turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri. Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

Jika di rujuk Jadual 1.2 di atas menunjukkan kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah mengikut negeri dari tahun 2005-2007. Kes yang dilaporkan dilihat menaik secara mendadak setiap tahun. Jumlah kes yang dicatatkan di negeri-negeri dengan kadar urbanisasi tinggi yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, PulauPinang dan Johor adalah 46.5% dari keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2007. Kepadatan penduduk, kos hidup tinggi dan tekanan sosial yang lebih di

14

kawasan urbanisasi tinggi menyebabkan masalah sosial juvana lebih tertumpu dikawasan tersebut dari negeri-negeri lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa lokasi tempat juga memainkan peranan dan banyak mempengaruhi perlakuan devian dan .

Penceraian ibu bapa juga boleh menyebabkan anak-anak menjadi nakal. Rankin (1983) yang membuat kajian ke atas remaja yang berumur 11 hingga 18 tahun. Beliau mendapati remaja daripada keluarga yang bercerai 2.7 kali ganda melakukan kesalahan berbanding dengan keluarga yang hidup bersama. Kelakuan itu seperti lari dari rumah, nakal dan bergaduh. Perceraian dan ketiadaan ibu kandung memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Kulka dan Welgortine (1979) dalam kajiannya di Amerika Syarikat selama 20 tahun (1957 – 1976) ke atas 2 460 remaja yang ibu bapa mereka bercerai. Kulka dan Welgortine mendapati anak-anak yang berkelakuan nakal untuk menghilangkan kerunsingan yang dihadapi kerana kehilangan ibu dan bapa. Anak-anak itu terpaksa berhadapan dengan situasi yang baru yang mengganggu emosi. Anak-anak perlu menyesuaikan diri dengan bapa tiri atau ibu tiri dan adik-beradik tiri.

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikankesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti

15

televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilainilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi (Hasyim, et.al, 2008).

Oleh kerana fenomena inilah maka pengkaji terpanggil untuk mengenalpasti jenis-jenis salah laku devian yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah. Pengkaji juga ingin melihat hubungan pesekitaran keluarga, lokasi sekolah, konflik keluarga dan pendedahan kepada keganasan melalui media dengan perlakuan devian yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah. Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah elemen-elemen dalam institusi kekeluargaan, sekolah dan pengaruh media dalam mempengaruhi tingkah laku remaja, dan seterusnya membawa kepada tingkah laku devian di kalangan mereka. Di samping itu, setiap keluarga juga mengamalkan corak gaya asuhan dan pemantauan tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan memberi impak terhadap sahsiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan. Kajian ini juga turut meninjau sejauh manakah

16

corak gaya asuhan tertentu mempengaruhi pelajar remaja bertingkah laku devian. Pegkaji juga berharap dengan kajian ini dapat membantu memberi cadangan dan pandangan terhadap masalah ini dan seterusnya mencadangkan tindakan yang sewajarnya kepada pihak tertentu atau berwajib bagi mengatasi permasalahan ini.

ingin melihat sejauh mana faktor-faktor ini mempengaruhi perilaku devian iniihak berwajib agar mengambil kira tentang perkara ini dalam merancang program pendidikan untuk gologan ini.

17

Hasil dari perlakuan devian dan delinkuen yang berleluasa oleh remaja masa kini telah melahirkan ciri-ciri yang merupakan petunjuk kepada keruntuhan akhlak yang perlu ditangani dengan segera supaya ia tidak menjadi lebih buruk dan menular sebagai

18

penyakit yang boleh menggugat keharmonian hidup masyarakat dan kestabilan negara. Masalah kenakalan remaja yang berpunca daripada perlakuan devian dan delinkuen boleh meningkat kepada suatu keadaan yang boleh menghakis nilai moral serta keharmonian diri individu. Jika keadaan ini dibiarkan ia boleh menghancurkan potensi manusia yang bakal menjadi pencorak dan penggerak pembangunan negara pada masa hadapan.

Sebagai generasi baru, pelajar sebenarnya mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan negara. Tampa sumbangan mereka, pembangunan negara mungkin sukar untuk dicapai. Wawasan 2020 mempunyai matlamat membena negara Malaysia yang maju sepenuhnya mengikut acuan kita sendiri. Matlamat ini perlu difahami oleh remaja dan mereka juga perlu membina keyakinan diri untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Ini memerlukan semangat dan keprihatinan yang mendalam serta berterusan. Daya saing, daya pimpin, daya tahan dan daya juang remaja kini perlu digilap dan dipertingkatkan untuk tujuan itu (Adnan Abu Bakar (1999). Di dekat akan datang gaya kehidupan manusia akan banyak berubah. Hanya manusia yang berilmu tinggi dan ingin mencuba sahaja akan berjaya. Untuk itu, remaja harus menyediakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang releven dan menguasai sekurang-kurangnya sesuatu bidang kemahiran atau menjadi pakar dalam bidang-bidang penting dan kritikal. Remaja yang bermasalah dan tidak mempunyai kesedaran terhadap peranan diri masing-masing, tidak akan memberi apa-apa makna kepada pembangunan negara, malah mereka mungkin akan

19

menjadi penghalang kepada proses pembangunan tersebut. Mereka ini kelak akan menjadi beban dan masalah kepada negara (Adnan Abu Bakar (1999).

Sesungguhnya pelajar dan remaja pada hari ini adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah eset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian , masalah ,akhlak dikalangan remaja adalah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja haruslah dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mengwujudkan ancaman besar kepada negara yang dicintai ini.

Oleh kerana fenomena inilah maka pengkaji terpanggil untuk melihat apakah punca-puncanya yang menyebabkan pelajar kita pada hari ini semakin menjauhi sekolah dan begitu benci untuk hadir ke sekolah. Pegkaji juga ingin melihat sejauh mana faktorfaktor pskologi mereka yang tidak dipenuhi menjadi halangan kepada kehadiran mereka ke sekolah dan seterusnya mencadangkan kepada pihak berwajib agar mengambil kira tentang perkara ini dalam merancang program pendidikan untuk gologan ini.

20

yang menyifatkan salah laku disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan sekian ramai pelajar menghadapi masalah personaliti dan keluarga. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan?

Kemelesetan disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah, merupakan satu lagi perkara yang mencabar dan membebani semua pihak terutamanya ibu bapa masa kini. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan pembabitan semua pihak untuk menanganinya bersama. Gejala tersebut kian parah berleluasa sehingga terdapat di kalangan pelajar yang sanggup membakar sekolah kerana marahkan guru atau membalas dendam. Kenyataan ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan yang menyifatkan salah laku disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan sekian ramai pelajar menghadapi masalah personaliti dan keluarga. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah sistem pendidikan di negara kita masih belum mampu mencari formula bagi menangani gejala ini? Atau adakah KBSM masih belum berkesan untuk membentuk keperibadian dan moral pelajar-pelajar? Atau adakah sekolah tidak berperanan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar? Atau adakah ibu bapa sendiri tidak memainkan tanggungjawab yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak.

21

Terdapat juga pandangan masyarakat yang menganggap sekolah dan guru kurang profesional di dalam mendidik para pelajar. Sejauh manakah kenyataan ini tepat? Berdasarkan kajian sosiologi pendidikan, perubahan persepsi masyarakat masa kini terhadap sekolah disebabkan kerana hakisan pewarisan 'budaya autokratik' sekolah. Budaya autokratik yang menjadi asas utama institusi sekolah mulai hilang. Kerana itulah peranan sekolah sebagai sebuah institusi, penitipan budaya, nilai dan ilmu mula dipersoalkan oleh masyarakat terutamanya oleh ibu bapa. Rata-rata hari ini para pendidik lebih suka menangani masalah disiplin pelajar melalui pendekatan kekerasan. Persoalannya, sejauh manakah kaedah ini dapat membendung salah laku pelajar? Pada pandangan penulis, cara ini bukan tidak baik tetapi sepatutnya pendekatan psikologi harus digunakan bagi menangani masalah ini bersesuaian dengan peredaran zaman sains dan teklogi ini yang lebih mementingkan perkembangan manusia berdasarkan sifat semula jadi manusia itu sendiri dan bukannya secara kekerasan. Sebenarnya Isu salah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang ‘merbahaya’. Setiap hari ada sahaja masalah displin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar mahupun majalah. Makin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah pelajar di sekolah. Namun, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut permasalahan pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri, mengugut guru dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang semakin bingung dan

22

tertekan. Itu belum lagi masalah yang berlaku di luar kawasan sekolah seperti samseng jalanan, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum arak, ponteng sekolah, juvana, seks bebas dan lain-lain. Mengimbas kembali sirah di zaman Rasullullah, di mana para pemuda yang berumur sekitar belasan tahun sanggup menyusup masuk ke dalam angkatan tentera Baginda kerana takut Rasullulah tidak membenarkan mereka(pemuda) untuk berjihad dan seterusnya mengidamkan syahid. Umair bin Abi Waqas, Ibnu ‘Afra’, Samurah bin Jundub dan Raf’ bin Khudaij antara pemuda di zaman Rasulullah yang belum cukup umur untuk berperang dan disuruh pulang ke rumah masing-masing.Namun, setelah mereka merayu akhirnya Rasulullah membenarkan mereka menyertai peperangan dan akhirnya cita-cita mereka untuk syahid dimakbulkan Allah. Betapa kontranya keadaan pemuda khususnya pelajar pada hari ini yang mahu menjadi ‘juara’ dalam masalah sosial berbanding pada zaman Rasulullah yang dahagakan syahid. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Pada 2001 Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidika

23

n, Datuk Mahadzir Mohd. Khir mengumumkan majoriti kes ponteng sekolah melibatkan pelajar tingkatan dua dan tiga. Beliau turut mengumumkan jumlah kes ponteng sekolah yang dicatatkan sepanjang tahun 2000 iaitu sebanyak 34,628 kes berbanding 38,053 kes pada tahun sebelumnya. Penurunan jumlah kes ponteng sekolah bukanlah petanda yang menunjukkan gejala itu semakin berkurangan masih banyak lagi kes. Kita tidak boleh abaikan 30,000 pelajar yang bermasalah ini.

Masalah ponteng sekolah sebenarnya menimbulkan banyak kesan . Selain dari menyusahkan pihak sekolah , ibubapa serta masyarakat, ia menimbulkan kesan ke atas pelajar itu sendiri. Ketika melakukan ponteng, pelajar-pelajar itu terdedah kepada

kegiatan delinkuen yang lain serta boleh membahayakan diri mereka sendiri. Bukan itu sahaja implikasi kegiatan ponteng ini juga menjejaskan matlamat falsafah pendidikan negara yang mahu mengwujudkan insan yang seimbang dari segenap bidang. Masalah ini seperti duri dalam daging yang menghancurkan anak bangsa kita yang dalam usia muda sudah terbabit dalam kegiatan negatif sehingga ada kes pelajar yang ponteng sekolah terbabit dalam jenayah dan dadah yang menjadi musuh negara.

Masalah ponteng juga semakin menular dikalangan pelajar kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat

24

membeli-belah pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.

Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya

25

terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.

Kajian oleh Azizah (1998) ke atas 46 buah sekolah di Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur mendapati sembilan buah sekolah (22.0%) pelajar-pelajarnya terlibat dengan salahlaku jenayah, sembilan buah sekolah (22.0%) terlibat dalam salahlaku

lucah, 31 buah sekolah (75.6%) salahlaku tidak mementingkan masa, 29 buah sekolah (70.7%) masalah kurang sopan, 10 buah sekolah (24.2%) salahlaku musnah, 18 buah sekolah (43.9%) salahlaku tidak jujur dan 35 buah sekolah (85.4%) terlibat dengan salahlaku ponteng. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa banyak sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadapi masalah ponteng

Misalnya di Kuala Lumpur, menghabiskan masa mereka di Kafe Siber,

pelajar-pelajar yang ponteng di dapati

pusat-pusat membeli-belah atau di tempat-

tempat awam. Berdasarkan Laporan Salah Laku Pelajar Sekolah Menengah Malaysia dari tahun 1982-1993 (Laporan Salah Laku Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia,

1994), salah laku ponteng sekolah mengatasi jenis salah laku lain di kalangan pelajar. Sekiranya salah laku ponteng ini tidak dibendung dan dikawal akan menyebabkan

26

berlakunya salah laku lain seperti merokok, berjudi dan membuang masa di kalangan pelajar.

1.1. Penyataan Masalah.

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru dikalangan pelajar sekolah di negara ini. Pelajar sekolah menengah, terutama diperingkat usia antara 14 hingga 15 tahun di kenal pasti sebagai kumpulan majority yang terbabit dengan gejala ponteng. Sejak kebelakangan ini. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah mencatat bilangan tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar serius bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

Hasil dari perlakuan ponteng sekolah yang berleluasa oleh remaja masa kini telah melahirkan ciri-ciri yang merupakan petunjuk kepada keruntuhan akhlak yang perlu ditangani dengan segera supaya ia tidak menjadi lebih buruk dan menular sebagai penyakit yang boleh menggugat keharmonian hidup masyarakat dan kestabilan negara.

27

Masalah kenakalan remaja yang berpunca daripada perlakuan ponteng boleh meningkat kepada suatu keadaan yang boleh menghakis nilai moral serta keharmonian diri individu. Jika keadaan ini dibiarkan ia boleh menghancurkan potensi manusia yang bakal menjadi pencorak dan penggerak pembangunan negara pada masa hadapan.

Sebagai generasi baru, pelajar sebenarnya mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan negara. Tampa sumbangan mereka, pembangunan negara mungkin sukar untuk dicapai. Wawasan 2020 mempunyai matlamat membena negara Malaysia yang maju sepenuhnya mengikut acuan kita sendiri. Matlamat ini perlu difahami oleh remaja dan mereka juga perlu membina keyakinan diri untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Ini memerlukan semangat dan keprihatinan yang mendalam serta berterusan. Daya saing, daya pimpin, daya tahan dan daya juang remaja kini perlu digilap dan dipertingkatkan untuk tujuan itu (Adnan Abu Bakar (1999). Di dekat akan datang gaya kehidupan manusia akan banyak berubah. Hanya manusia yang berilmu tinggi dan ingin mencuba sahaja akan berjaya. Untuk itu, remaja harus menyediakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang releven dan menguasai sekurang-kurangnya sesuatu bidang kemahiran atau menjadi pakar dalam bidang-bidang penting dan kritikal. Remaja yang bermasalah dan tidak mempunyai kesedaran terhadap peranan diri masing-masing, tidak akan memberi apa-apa makna kepada pembangunan negara, malah mereka mungkin akan

28

menjadi penghalang kepada proses pembangunan tersebut. Mereka ini kelak akan menjadi beban dan masalah kepada negara (Adnan Abu Bakar (1999).

Sesungguhnya pelajar dan remaja pada hari ini adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah eset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian , masalah ,akhlak dikalangan remaja adalah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja haruslah dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mengwujudkan ancaman besar kepada negara yang dicintai ini.

Oleh kerana fenomena inilah maka pengkaji terpanggil untuk melihat apakah punca-puncanya yang menyebabkan pelajar kita pada hari ini semakin menjauhi sekolah dan begitu benci untuk hadir ke sekolah. Pegkaji juga ingin melihat sejauh mana faktorfaktor pskologi mereka yang tidak dipenuhi menjadi halangan kepada kehadiran mereka ke sekolah dan seterusnya mencadangkan kepada pihak berwajib agar mengambil kira tentang perkara ini dalam merancang program pendidikan untuk gologan ini.

29

1.2 Kepentingan Kajian

Perlakuan ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah sama ada di bandar-bandar besar mahupun di luar bandar telah mula menjadi ancaman baru kepada perkembangan pendidikan negara. Malah masalah ini bukan sahaja menghantui negara kita tetapi pelangaran disiplin ini dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia. Di negara kita ini fenomena ponteng ini dipandang atau diberiperhatian serius kerana kewujudannya berkait rapat dengan pelbagai masalah sosial, diantaranya ialah penagihan dadah, mencuri, melepak dan sebagainya. Ponteng dianggap sebagai

penyakit barah yang mengancam kemajuan pendidikan moden di negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Perlakuan ponteng sekolah ini memerlukan rawatan yang awal dan segera supaya ianya dapat dikawal sebelum menjadi satu budaya atau ‘Trend’ remaja di negara ini.

Sekiranya kajian yang dibuat ini berjaya mencapai matlamatnya, pengkaji berharap ianya dapat dijadikan sumber pengetahuan dan rujukan, khususnya oleh pihak sekolah supaya lebih memahami punca perlakuan ponteng sekolah yang berkaitan dengan faktor sekolah. Selain daripada itu diharapkan juga pihak sekolah dapat mengambil langkah-langkah yang positif untuk mengurangkan kejadian ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah dengan mengambilkira faktor-faktor

30

keperluan psikolgi mereka.

Pengkaji juga berharap dengan kajian ini ianya dapat

memberi garis panduan kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru untuk mengwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih berkesan seterusnya dapat membendung perlakuan ponteng sekolah ini

Daripada kajian ini juga pengkaji berharap agar ia dapat membantu pihak pentadbiran sekolah memperbaiki serta menyusun semula aktiviti-aktiviti dan kurikulum sekolah supaya lebih mementingkan keperluan psikolgi pelajar daripada mementingkan peperiksaan. Akhir sekali diharapkan kajian ini dapat menambah hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang berkaitan dengan permasalah ponteng sekolah ini.

Dengan kajian ini pengkaji berharap dapat memberikan sumbangan kepada kajian –kajian yang lepas dan menambahkan lagi jumlah pengkaji yang mengkaji isu ponteng sekolah ini khususnya dari sudut psikologi. Kita dapat mengetahui adakah betul dan benar bahawa terdapatnya perbezaan punca ponteng sekolah ini mengikut jantina, umur dan juga status sosio ekonomi disamping dapat mencari jalan bagi mengatasi permasalahan ponteng sekolah ini.

31

Diharap juga kajian ini dapat dijadikan panduan dan juga mangkin kepada pengkaji yang akan datang untuk menyelidik dengan lebih mendalam lagi tentang isu ponteng sekolah ini terutama sekali kesan ke atas pelajar yang ponteng ini.

1.3 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini pengkaji ingin mengenalpasti :-

a. Perbezaan yang signifikan terhadap punca perlakuan ponteng sekolah diantara jantina.

b. Perbezaan yang signifikan perlakuan terhadap punca ponteng sekolah diantara pelajar sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah.

c. Perbezaan signifikan punca perlakuan ponteng sekolah diantara pelajar dari keluaraga yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi dengan pelajar dari keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah. d. Sejauhmana pihak sekolah mengambilkira keperluan pisikolgi dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

32

e. Sejauhmana pihak sekolah menyakinkan pelajar tentang keselamatan mereka terjamin sewaktu berada di sekolah. f. Sejauhmana program yang memberi penghargaan dan kasih-sayang kepada pelajar dilaksanakan disekolah.

1.4. Soalan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji telah mengutarakan 6 soalan kajian :-

1. Adakah terdapatnya perbezaan punca ponteng sekolah antara jantina di Sekolah menengah dan rendah di negeri Pahang?

2. Adakah terdapatnya perbezaan punca perlakuan ponteng sekolah di antara pelajar sekolah rendah dengan pelajar menengah di negeri Pahang.?

3. Adakah terdapatnya perbezaan punca perlakuan ponteng sekolah mengikut status sosio ekonomi pelajar di negeri Pahang?

33

4. Adakah pihak sekolah mengambil kira keperluan psikologi pelajar apabila merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

5. Adakah pihak sekolah mengambil langkah-langkah tertentu bagi meyakinkan pelajar tentang keselamatan mereka di sekolah?

6. Adakah program-program penghargaan kepada pelajar dilaksanakan dan keberkesanannya kepada pelajar?

34

1.5 Limitasi atau Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang sahaja. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat punca perlakuan masalah ponteng sekolah di negeri in dan bagaimana penyelesaiannya menurut perspektif psikologi dan data-data yang diperolehi hanyalah sesuai untuk negeri ini sahaja. Selain itu kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar untuk mendapatkan pandangan mereka tentang punca mereka ponteng. Maka faktor-faktor lain dihadkan dan dianggap sebagai faktor sampingan dalam kajian ini.

35

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.0.

Pendahuluan

Di dalam bab 2 ini akan dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan permasalahan ponteng sekolah ini. Perkara-perkara yang akan dibincangkan atau disetuh dalam bab ini termasuklah konsep ponteng sekolah, punca berlakunya ponteng sekolah, jenis masalah ponteng sekolah dan beberapa strategi yang dicadangkan untuk mengatasi permasalahan ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar sekolah pada masa kini.

2.1. Konsep ponteng

Ponteng dapat ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibubapa. Ponteng juga bermaksud meninggalkan kelas tanpa izin guru, meninggalkan pelajaran di dalam bilik darjah masing-masing (Yaakub,1977)

36

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menunjukkan masalah ponteng sekolah diantaranya ialah ‘truancy’atau ponteng, dan ‘absenteelsm’ atau tidak hadir ke sekolah. Menurut T. Iskandar dalam Kamus Dewan (1970), ponteng bermaksud lari dari tugas atau tanggungjawab.

Sementara itu Ibrahim (1982) membuat takrifan ponteng berdasarkan tiga situasi berikut : i) Kanak-kanak yang berusia 7 hingg 12 tahun yang tidak didaftarkan untuk bersekolah oleh penjaga mereka. ii) Kanak-kanak yang didaftarkan untuk bersekolah dan mahu datang ke sekolah tetapi tidak dapat datang kerana ketiadaan atau kekurangan perbelanjaan.Kanak-kanak tersebut terpaksa tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa membantu ibu bapa berkerja, keuzuran dalam keluarga dan terpaksa menjaga rumah, adik-adik atau sebagainya. iii) Pelajar keluar dari rumah dengan membawa bersama kelengkapan sekolah seolah-olah untuk datang ke sekolah tetapi melancong ke tempat lain seperti taman bunga, memancing ikan atau mandi di lombong, menonton di panggung wayang atau ke kompleks-kompleks membeli belah.

37

Jenkins (1995) mengkelaskan ketidakhadiran ke sekolah kepada ponteng kelas, meninggalkan sekolah tanpa kebenaran atau lari dari sekolah. bahawa pelajar yang ponteng, Beliau menegaskan

selalu tidak hadir atau lari dari sekolah tidak dapat

dipupuk inteleknya dan pembentukkan kemahiran-kemahiran lain untuk masa hadapannya. Seterusnya memungkinkam mereka mengalami keciciran.

Jaafar (1977) ponteng sekolah menurut beliau ialah tidak datang ke sekolah tanpa pengetahuan dan izin guru, ibubapa atau penjaga. Ponteng juga meliputi ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab-sebab seumpamanya. musabab dan sah seperti sakit dan

Daripada difinisi-difinisi di atas dapatlah di simpulkan bahawa ponteng sekolah adalah perbuatan atau perlakuan yang tidak menghadirkan diri ke sekolah, lari dan meninggalakan sekolah pada waktu persekolahan berjalan tanpa pengetahuan guru-guru, ibu bapa atau penjaga. Mereka yang ponteng ini biasanya tidak pulang ke rumah dan menghabiskan masa ditempat-tempat hiburan.

38

2.2. Punca masalah ponteng.

Kajian tentang ponteng sekolah ini telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan juga pengkaji dari luar negara. Di barat, kajian yang agak terawal telah dibuat oleh Reavis, (1920) yang mengkaji beberapa faktor berhubung dengan perlakuan ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah menengah. Dalam kajiannya beliau mendapati bahawa kemunduran pelajar-pelajar dalam pencapaian pelajaranya adalah salah satu daripada punca berlakunya ponteng sekolah ini.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Hashami dan rakan-rakannya (Hashami et al, 1994) mendapati bahawa pelajar yang datang dari keluarga yang berpecah belah lebih cenderung untuk melakukan perbuatan ponteng sekolah ini.

Para penyelidik yang terdahulu dalam kajian mereka mengenai ponteng sekolah ini mengemukakan pendapat yang berbeza mengapakah pelajar cenderung untuk melakukan perbuatan ini. Hasil dari dapatan banyak pengkaji menunjukkan terdapatnya empat punca yang utama mengapa pelajar melakukan perbuatan ini. tersebut ialah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan diri pelajar itu sendiri. Empat faktor

39

2.2.1 Punca daripada Keluarga

Keluarga merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anakanak seharian. Perlakuan dan cara hidup pelajar banyak bergantung atau tepengaruh dengan ibu bapa. Ibu bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak samada untuk menjadikan meraka manusia yang berjaya atau sebaliknya. Di antara pelajar yang mempunyai masalah ponteng ini kebanyakanya berlatarbelakangkan keluarga yang agak pincang dan kehilangan kasih-sayang. Mereka ini kurang mendapat dorongan untuk mencapai cita-cita dan seterusnya kejayaan dalam kehidupan.

Keluarga juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mendisiplinkan anak-anak. Hubungan yang rapat serta kemesraan di antara ahli keluarga terutamanya di antara ibubapa dan anak-anak dapat menjamin dan mengawal disiplin mereka. Menurut Daniel (1997) hubungan baik di antara ibubapa dan anak akan membolehkan perkembangan yang baik dalam tingkahlaku anak-anak Danial telah mengkaji hubungan kekeluargaan bangsa Cina. Beliau telah mengambil sempel sebanyak 365 orang pelajar sekolah menengah yang berbangsa Cina. Beliau mendapati bahawa mengikut kepercayaan budaya Cina, konflik di antara ibubapa dengan anak adalah tidak dibenarkan. Anak perlu menurut segala perintah ibubapa. Masyarakat Cina juga percaya bahawa jika keluarga dalam keadaan aman dan harmoni akan membawa kebahagiaan.

40

Tetapi jika keluarga berada dalam keadaa huru hara akan membawa kepada pertelingkahan.

Kajian oleh Jenkins (1995), ibubapa yang berpelajaran rendah kurang selesa berhubung dengan guru-guru dan kakitangan yang lain di sekolah. Ini akan

menyebabkan anak-anak mereka lebih bebas melibatkan diri dalam tingkahlaku yang tidak baik. Dalam kajiannya beliau mendapati remaja banyak melibatkan diri dalam masalah disiplin , masalah ponteng dan masalah salahlaku yang lain adalah terdiri daripada anak dikalangan ibubapa yang kurang berpelajaran.

Masa yang diluangkan oleh ibubapa bersama anak-anak adalah juga penting dalam mengurangkan masalah ponteng sekolah ini. Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed (1994) berpendapat bahawa ibubapa yang sibuk dengan perkerjaan mereka biasanya tidak mempunyai masa untuk bersama-sama dengan anak-anak dan tidak dapat memberi nasihat kepada mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka juga tidak berkesempatan untuk melihat prestasi anak-anak, meneliti siapakah temanteman anak mereka . Ini akan menyebabkan anak-anak mereka mempunyai ruang untuk bergerak dan melibatkan diri dalam perkara yang tidak sihat dan akhirnya membawa kepada masalah disiplin.

41

Omardin (1996) menyifatkan bahawa ibubapa yang ramah tamah, lemah-lembut tetapi tegas akan memberikan kesan pendidikan yang baik terhadap anak-anak. Jika ibubapa berpenderian kasar, kejam dan bengis terhadap anak-anak, mereka akan mempunyai sikap agresif dan menceroboh. Beliau juga berpendapat bahawa pelajar dari keluarga bermasalah seperti perceraian, pergaduhan dan tekanan emosi biasanya mengalami tekanan perasaan. Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung melakukan kesalahan disiplin termasuklah ponteng sekolah.

2.2.2 Punca daripada Rakan sebaya

Dunia pelajar pada peringkat sekolah menengah adalah dunia remaja yang mendesak mereka berubah menerima sesuatu nilai atau gaya hidup yang diiktiraf. Mereka lebih cenderung kepada pengitrafan rakan sebaya daripada pengiktirafan guru atau ibubapa. Mereka akan menetukan gaya hidup mereka mengikut tingkahlaku mereka sendiri. Mereka akan berasa malu jika tidak berani melakukan kesalahan disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya seperti rakan-rakan mereka yang lain. Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan seseorang pelajar.

Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed (1994) mengatakan rakan sebaya di dalam persekolahan adalah kumpulan rujukan kepada remaja, yang memberi

42

sokongan moral kepada muda mudi dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej mereka. Rakan sebaya memberi peluang untuk mengikut standard kumpulan dalam aspek-aspek pakaian, pergaulan, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian dan lain-lain. Masalah timbul apabila pendedahan semacam ini hanya merangkumi nilai-nilai yang buruk bukan yang baik seterusnya membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka yang membawa kepada salahlaku dan ponteng sekolah.

Banyak kajian menujukkan terdapatnya hubungan pengaruh rakan sebaya dengan gejala ponteng. Biasanya pelajar lebih berani melakukan tingkah laku buruk seperti ponteng di sekolah atau di luar sekolah dalam bentuk kumpulan daripada seorang diri. Sekiranya mereka tertangkap semasa ponteng, ia tidak keseorangan tetapi ada rakanrakan lain yang terlibat sama. Bagi pelajar-pelajar rakan sebaya adalah orang yang paling rapat dengan mereka. Rakan akan menjadi model dalam pergaulan hidup mereka seharihari. Malangnya, pelajar-pelajar ini terperangkap dengan rakan-rakan yang telibat dengan gejala ponteng. Mereka melakukan perbuatan ini untuk memenuhi keinginan berkumpulan dan diterima. Begitu juga dengan gejala ponteng yang berlaku di sekolah ini, perbuatan ini didorong oleh rakan sekelas dan tidak mahu dikatakan pengecut. Sama ada positif atau negatif pengaruh rakan sebaya ini tetap wujud dengan begitu kuat. Sebenarnya pengaruh ini telah bermula sejak dari peringkat prasekolah dan tidak akan berakhir sehingga penghujung peringkat remaja (Faridah 1988, Dumont 1996).

43

2.2.3 Punca daripada Sekolah

Laporan keciciran Kementerian Pendidikan Malaysia (1973 ) menjelaskan bahawa guru mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah. Oleh itu cara dan gaya pengajaran guru yang menarik akan meningkatkan minat pelajar untuk lebih lama di sekolah. Cara dan gaya pengajaran guru yang membosankan serta hubungan yang renggang di antara guru dan pelajar akan menyebabkan masalah ponteng sekolah.

Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1994) sekiranya bahan pengajaran yang digunakan gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu tidak bersesuaian dengan mereka. Mereka akan berasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak mencabar atau terlalu mudah. Ini menyebabkan mereka menjadi gelisah seterusnya akan melangar disiplin sekolah seperti ponteng kelas dan juga ponteng sekolah.

Penemuan kajian juga menunjukakan bahawa pelajar menganggap pelajaran adalah penting bagi mereka. Walaubagaimanapun terdapat pelajar yang mengatakan bahawa pelajaran adalah satu beban kepada mereka. Pelajar merasa bosan disekolah disebabkan oleh faktor tidak sukakan sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru atau tidak sukakan guru serta gaya pembelajaranya. Kebosanan pelajar tersebut menyebabkan

44

pelajar ponteng sekolah. Ini adalah kerana pelajar ini tidak dapat melihat perkaitan yang diajar oleh guru di sekolah dengan kehidupan seharian mereka (Altenbaugh. et, 1995)

Suasana dan iklim bilik darjah juga mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah ini. Keadaan bilik darjah yang sempit dan panas menyebabkan pelajar merasa resah dan akhirnya berkeliaran dan membawa kepada ponteng sekolah. Menurut Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed (1994) masalah disiplin berpunca dari pengaruh sekolah atau guru. Keadaan pelajar yang duduk sesak dalam sesutau bilik darjah yang kecil ukuranya boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin dikalangan mereka. Begitu juga sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaaan dalam pengajaran harian. Hukuman yang tidak sepadan juga menyebabkan pelajar berasa tidak puas hati dan seterusnya lari dari sekolah.

Tigkahlaku guru juga memainkan peranan yang amat penting di dalam perlakuan ponteng sekolah ini. Guru yang sering ponteng mengajar atau lambat serta mengajar dengan tidak bersungguh-sungguh dapat mempengaruhi tigkahlaku negetif dikalangan pelajar. Rohaty dan T. Subahan (1993) menyatakan bahawa tingkah laku guru yang negetif mempengaruhi tingkah laku pelajar ke arah yang negetif juga. Pelajar belajar melalui pemerhatian sosial iaitu mereka menilai tigkah laku guru semasa di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah.

45

Dalam satu kajian yang telah dibuat, pelajar menyatakan perasaan bosan dan hilang minat terhadap pembelajaran, pilihan-pilihan kursus di sekolah serta suasan pesekitaran sekolah. Antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya situasi ini adalah kerana wujudnya perhubungan yang tidak baik dengan guru-guru. Langkahlangkah utama yang diambil oleh pelajar untuk menjauhkan diri daripada sekolah ialah ‘ponteng sekolah’. Disamping itu juga, pihak sekolah percaya bahawa salahlakusalahlaku yang dilakukian oleh pelajar-pelajar ada hubungkaitnya dengan masalah pelajar dengan keluarga dan masalah pelajar dengan rakan sebaya. ( ERIC / CEM and LimBenton Education Service District 1992).

2.2.4 Punca daripada pelajar

Perlakuan ponteng sekolah ini bukan sahaja berpunca daripada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas. Satu lagi punca perlakuan ini datangnya dari diri pelajar itu sendiri. Kelakuan buruk pelajar seperti ponteng sekolah, melanggar peraturan sekolah adalah disebabkan oleh mereka sendiri mengalami gangguan emosi yang ada kaitanya dengan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa, ketiadaan wang yang cukup untuk membeli keperluan persekolahan dan mungkin juga ibu bapa mereka sentiasa bergaduh. Tigkah laku mereka dipengaruhi oleh masalah yang mereka hadapi

46

dan jika ianya berlanjutan, akan mendorong mereka mencuri, menganggu ketenteraman, ponteng sekolah dan sebgainya. (Ghazali 1993).

Duke (1980) menyatakan setiap individu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri. Pelajar berkemungkinan melanggari peraturan sekolah seterusnya ponteng sekolah kerana mengikut kehendak diri sendiri tanpa sebarang pengaruh luar. Mereka ini tidak menyedari tindakan mereka tidak menghadirkan diri ke sekolah adalah satu perbuatan yang melanggar peraturan sekolah dan seterusnya merugikan diri mereka sendiri

Faktor diri sendiri ini mendapat persetujuan daripada Za’ba (1982) yang mengemukakan bahawa perangai itu bergantung kepada diri sendiri. Seseorang yang sukakan kebaikan atau kejayaan akan berusaha ke arah apa yang dihajati dan disukaianya. Setiap individu mempunyai hati yang terdapat dalam diri masing-masing. Hati ini memainkan peranan yang penting ke atas individu bagi mempertimbangkan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk bagi diri mereka sendiri. Hati ini perlu dididik ke arah sesuatu yang positif agar ianya jinak dan sukakan kebenaran dan kebaikan seterusnya mengarahkan corak pemikiran yang positif dan menghasilkan tingkahlaku yang suci lagi murni.

47

BAB 3

METODOLOGI

3.0. Pengenalan Bab ini akan menghuraikan metod yang akan diguanakan dalam kajian. Ini termasuklah rekabentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, kajian awal, dan cara menganalisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah satu rancangan atau pelan yang menyatakan bagaimana data akan dipungut dan dianalisis. Ia juga merupakan satu strategi dan

struktur penyelidikan yang dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada permasalahan kajian.

Dalam kajian ini, subjek dipilih daripada pelajar yang tinggal di negeri Pahang dengan cara persepelan secara tidak rawak sistemetik. Dalam kajian ini subjek dibagikan

48

kepada subjek lelaki seramai 300 orang dan subjek perempuan seramai 300 orang. Maklumat diri subjek seperti jantina, umur dan status sosioekonomi menjadi pembolehubah bebas manakala punca ponteng sekolah menjadi pembolehubah terikat.

Kajian ini berbentuk tinjau selidik dan soalselidik digunakan untuk memungut data. Seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistcal Package for the Social Sciences Version X (SPSSX) untuk menguji kesignifikan hipotesis yang telah dibina dan untuk menentukan kebolehpercayaan dan keesahan alat ukuran.

3.2 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang. Pengkaji akan membuat tinjauan awal untuk memilih sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ponteng sekolah ini dengan mendapatkan data dari Jabatan Pelajaran Pahang. Pemilihan akan di buat ke atas sekolah yang mengalamai masalah ponteng sekolah yang serius di negeri ini samaada di bandar atau luar bandar termasuk sekolah-sekolah di tanah rancangan felda.

49

3.3 Subjek Kajian

Subjek yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah seramai 600 orang. Subjek dipilih secara persepelan tidak rawak dimana tidak semua pelajar mempunyai peluang untuk menjadi sempel. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan persempelan tidak rawak sistematik dimana setiap sempel yang dipilih mestilah tidak hadir ke sekolah pada 3 bulan terakhir pada tahun kajian sekurang-kurangnya 8 hari.

Seramai 300 orang subjek terdiri daripada pelajar lelaki dan 300 orang pelajar perempuan. Pemilihan sempel berdasarkan kepada faktor umur iaitu bagi membezakan sekolah rendah dengan sekolah menengah dan juga status ekonomi pelajar. Pemilihan subjek mengikut jantina adalah untuk melihat adakah terdapatnya perbezaan punca ponteng sekolah diantara jantina

Selain daripada itu pemilihan sempel mengikut umur adalah untuk membezakan status mereka sama ada berada di kumpulan sekolah rendah atau sekolah menengah. Manakala pemilihan sempel mengikut status ekonomi ialah untuk melihat adakah benar terdapat perbezaan punca ponteng sekolah ini mengikut ststus ekonomi ibubapa sempel tersebut.

50

3.4 Kajian Awal

Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu telah membuat kajian awal. Kajian awal telah dijalankan kepada 100 orang subjek yang terdiri daripada 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan yang masing-masing terdiri daripada 50 orang pelajar sekolah rendah dan 50 orang pelajar sekolah menengah serta 50 orang dari pelajar berstatus ekonomi tinggi dan 50 orang pelajar berstatus ekonomi rendah.

Kajian awal ini dibuat untuk melihat sama ada item-item yang digunakan dalam soal-selidik ini sesuai atau tidak. Selain daripada itu pengkaji ingin melihat sama ada ia mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan. Disamping itu ia juga bertujuan untuk melihat adakah subjek faham atau tidak dengan soalan- soalan yang dikemukakan kepada mereka.

Oleh kerana soal selidik ini bukan soalselidik piawai maka satu ujian perlu dilakukan untuk menentukan kebolehpecayaan dan keesahannya. Kajian ini ialah untuk menilai kesesuaian alat ukuran yang digunakan. Kesesuaian alat ukuran bergantung kepada nilai kebolehpercayaan yang diperolehi.

51

Menurut Anastasi (1982), Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan skor yang diperolehi oleh individu yang sama apabila ditadbirkan dengan alat yang sama pada masa yang berlainan. Menurut Cronbach dan Meehl (1955) dengan mengkaji kebolehpercayaan, ia akan memberikan maklumat mengenai ketekalan market individu dalam setiap ukuran. Semakin tinggi market kebolehpercayaan, semakin rendah ralat pada ukuran.

Kebolehpercayaan membolehkan kita mengetahui ralat pada alat ukuran dan maklumat kebolehpercayaan ini membolehkan pengkaji menggunakan alat ukuran itu dengan penuh yakin. Menurut Anastasi (1982), pekali kebolehpercayaan yang dianggap baik ialah antara 0.80 hingga 0.90. Nilai kebolehpercayaan antara julat 0.7 hingga 0.8 dianggap sebagai nilai yang cukup tinggi bagi menggambarkan kebolehpercayaan alat ukuran

Kebolehpercayaan ketekalan dalaman alat ujian bagi kajian awal yang digunakan dalam kajian ini diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach. Hasil kajian mendapati. Nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman alat ukuran punca perlakuan ponteng sekolah adalah tinggi iaitu 0.91

52

3.5 Analisa Data

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSSX. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan analisis statistik infrensi. Ia digunakan untuk

mendapatkan perbezaan punca-punca ponteng sekolah dari subjek.

Analisa infrensi yang digunakan adalah bertujuan untuk menguji hipotesis yang melibatkan perbezaan hipotesis yang telah dibina.

53

BIBLIOGRAFI _ _ _ _ Adnan Abu Bakar. 1999. Konsep kean, Universiti Putra Malaysia, Sedang. _ _ _ _ Anastasi, A. (1982). A Psychological testing (Ed. 5) New Jersey : Prentice Hall. Inc. _ _ _ _ Azizah Lebai Nordin. (1998). Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaiannya Dari Perspektif Pengetua Sekolah. Seminar Pendidikan Kebangsaan : Kecemerlangan Menjelang Abad ke 21. Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. _ _ _ _ Cronbach, L. J. & Meehl, P.E. (1995). Construct validity in psychology test. Psychology Bulletin. 55 (4) : 281 – 302. _ _ _ _Danial, T.L. (1997). Family Enviranment Adolescent Psychology Well Being, school Adjustment, and Problem Behavior : A Pioneer Study in a Chinese Context. The Journal Of Genetic Psychology, 158 (1), 113 – 128. _ _ _ _ Ghazali bin Othman. (1993). Beberapa Strategi Kawalan Disipilin Dalam Dua Buah Sekolah Menengah Di Negeri Selangor. Universiti Malaya : Falkuti Pendidikan. _ _ _ _ Ibrahim Saad(1982). Faktor-faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar diperingkat Menengah melakukan ponteng sekolah. Satu kajian kes. Tesis Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (Tidak diterbitkan). _ _ _ _ Iskandar, T, (1970) Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka / Kementerian Pendidikan Malaysia. _ _ _ _ Jaafar Abdul Rahim. (1977). “Seriuskah Masalah Ponteng Sekolah. Isu Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _ _ _ _ Jenkins, P.H. (1995). School of Deliquency and School Commitment. Journal of Sociology of Education, 68, 221- 239.

54

_ _ _ _ Kamaruddin Hj. Hussin. (1994). Dinamik Sekolah dan Bilik Darjah. Utusan Publication & Distributor. _ _ _ _ Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamad. (1994).Fenomena Keruntuhan Akhlak Remaja : Tren, Punca Dan Penyelesaian. Jurnal Kebajikan Masyarakat. 16, 12,32- 42. _ _ _ _ Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor. _ _ _ _ Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah, Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994. _ _ _ _ Rohaty Mohd. Majzub dan T. Subahan Mohd. Meerah.(1993). “ Satu Tinjauan sahsiah Dan Tingkah laku Pendidik Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran”. Jurnal Pendidikan. Jilid 15. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. _ _ _ _ Yaakub Hj. Yusof (1977). Perbandingan mengenai nilai-nilai diantara ibubapa murid- murid yang ponteng dan ibubapa murid yang tidak ponteng sekolah. Tesis M.Ed. Universiti Malaya.(tidak diterbitkan).

55

KANDUNGAN BAB 1 : PENGENALAN 1.0 . Latar Belakang Kajian 1.1. Penyataan Masalah 1.2. Kepentingan Kajian 1.3. Objektif Kajian 1.4 Soalan Kajian 1.4. Limitasi atau Batasan Kajian BAB 2 : TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN 2.0. Pendahuluan 2.1. Konsep Ponteng 2.2. Punca Masalah Ponteng 2.2.1. Punca daripada keluarga 2.2.2. Punca daripada rakan sebaya 2.2.3. Punca daripada sekolah 2.2.4. Punca daripada pelajar BAB 3 : METODOLOGI 3.0. Pengenalan 3.1. Rekabentuk Kajian 3.2. Tempat Kajian 3.3. Subjek Kajian 3.4. Kajian Awal 3.5. Analisis Data BIBILIOGRAFI

HALAMAN

1- 5 5- 7 7 - 10 10 - 11 11 - 12 13

14 14 - 16 17 18 - 20 20 - 21 22 - 24 24 - 25

26 26 - 27 27 28 29 - 30 31 32 - 33

56

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

BIDANG KURSUS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK KAJIAN PUNCA PERLAKUAN PONTENG SEKOLAH DI NEGERI PAHANG DARIPADA PERSPEKTIF PSIKOLOGI

DISEDIAKAN OLEH KAMARRUL ARIFIN BIN ABDUL RAHMAN (KP: 700719-06-5065) UNTUK PERMOHONAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) PRINGKAT PHD 2009

57

58

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->