You are on page 1of 7

TM76

MEMPERINGATI WIRA DARI GUA:


PEMUDA-PEMUDA AL-KAHFI DALAM PENCITRAAN QURANI
(Memahami mesej surah al-kahf ayat 19 - 26)

19.Dan demikianlah Kami bangunkan mereka, agar di antara mereka saling


bertanya. Salah seorang di antara mereka berkata, Sudah berapa lama
kamu berada (di sini)? Mereka menjawab, Kita berada (di sini) sehari
atau setengah hari.
Berkata (yang lain pula),
Tuhan-mu
lebih
mengetahui berapa lama kamu berada (di sini).
Maka suruhlah salah
seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini,
dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, dan bawalah
sebahagian makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemahlembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada sesiapa pun.
20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan
melempari
kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika
demikian
nescaya kam tidak akan beruntung selama-lamanya.
2

21. Dan demikian (pula) Kami perlihatkan (manusia) dengan mereka, agar mereka
tahu, bahawa
Janji Allah benar, dan bahawa (kedatangan) hari Kiamat tidak ada keraguan
padanya.
Ketika
mereka berselisih tentang urusan mereka, maka mereka berkata, Dirikanlah
sebuah
bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan lebih mengetahui tentang mereka.
Orang yang
berkuasa atas urusan mereka berkata, Kami pasti akan mendirikan sebuah
rumah ibadat di
atasnya.
22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan, (jumlah mereka) tiga (orang),
yang keempat adalah
anjingnya, dan (yang lain) mengatakan, (jumlah mereka) lima (orang),
yang keenam adalah
anjingnya, sebagai terkaan terhadap yang ghaib;
dan (yang lain lagi)
mengatakan, (jumlah
mereka) tujuh (orang), yang kedelapan adalah anjingnya.
Katakanlah
(Muhammad), Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada yang mengetahui (bilangan)
mereka kecuali
sedikit. Kerana itu janganlah engkau (Muhammad) berbantah tentang hal
mereka, kecuali
perbantahan lahir sahaja dan jangan engkau menanyakan tentang mereka
(pemuda-pemuda)
itu kepada siapa pun.
23. Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, Aku pasti
melakukan itu
besok pagi,
24. kecuali (dengan mengatakan), In shaa Llah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau
lupa dan katakanlah, Mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberiku petunjuk
kepadaku agar
aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.
25. Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan ditambah sembilan
tahun.
26. Katakanlah, Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua);
miliknya semua
yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya
dan alangkah tajam

pendengaran-Nya; tidak ada seorang pelindung pun bagi mereka selain


Dia; dan Dia tidak
mengambil seorang pun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan.

Mukadimah
Ashab al-Kahf bukan sekadar sebuah kisah, tetapi suatu peristiwa sejarah yang
diabadikan dalam al-Quran untuk menyampaikan mesej
tentang erti hakiki
kewiraan yang bercirikan iman dan perjuangan. Peristiwa heroik tersebut berlaku
pada awal tarikh masihi, di sebuah kota (yang tidak jelas namanya) dalam kerajaan
Romawi purba, ketika memuncaknya reign of terror dan gaya hidup materialistikhedonistik dalam tradisi keagamaan memuja berhala yang dipaksakan ke atas
seluruh warga.
Sepanjang era tersebut, kuasa adalah segala-gala. Yang
berkuatkuasa adalah undang-undang rimba - yang besar membuli yang kecil,
yang kuat memangsakan yang lemah.
Golongan elit penguasa merajalela
memaksakan kemahuannya ke atas rakyat jelata. Prinsip keadilan, kebebasan, hak
asasi dan segala nilai murni peradaban hancur dimamah keserakahan penguasa.
Kerajaan menguasai dan mendominasi segala sumber kehidupan. Segalanya dari
kerajaan,
sehingga tidak ada siapa pun boleh memiliki apa-apa (kekayaan,
kehormatan, keselesaan dll) tanpa izin dan restu kerajaan.
Semuanya harus
ditentukan oleh kerajaan, termasuk kepercayaan dan agama anutan. Tidak ada
siapa pun yang boleh menganut agama selain agama negara - menyembah
berhala.
Sistem sedemikian telah menyuburkan budaya opportunism dalam
kalangan rakyat
untuk hidup harus mengampu kerajaan.
Demikianlah,
rakyat rata-rata sudah menjadi hamba nafsu kebendaan dan pengabdi kekuasaan.
Tidak mematuhi kemahuan kerajaan, alamat celakalah padahnya.
Tuhan yang Maha Penyayang, tebaran rahmat-Nya amat luas, boleh sampai ke
mana sahaja, dan boleh menjangkau siapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Di
tengah masyarakat yang rosak separah itu, masih ada rahmat hidayah yang
menyerap ke dalam hati sekumpulan anak-anak muda. Merekalah ashab al-kahf
yang berlindung di gua demi menyelamatkan iman dan pendirian mereka.
Keberanian bersikap - menolak agama dan budaya sesat anutan penguasa dan
masyarakat - mendedahkan diri mereka kepada bahaya deraan kejam penguasa
yang sudah mengerahkan seluruh jenteranya menangkap mereka.
Pemudapemuda al-kahf itu menjadi buruan rejim kuku besi yang mulai merasa tergugat.
Bagi kerajaan, mereka adalah musuh negara, pengkhianat bangsa,
dan
perosak agama.
Jumlah mereka memang sangat kecil, hanya beberapa orang,
tetapi keberanian mereka menolak agama dan budaya pihak berkuasa tetap
menakutkan kerana mereka memiliki potensi besar membenihkan kesedaran
rakyat. Justeru, mereka memiliki kekuatan iman, kekuatan fikrah, kekuatan daya
tahan dan daya juang yang luar biasa.
Dalam situasi sedemikian, satu-satunya pilihan bagi pemuda-pemuda al-kahf
tersebut ialah `uzlah, mencari tempat berlindung yang selamat,
sebuah gua
yang meskipun pada zahirnya kasar, kelam, sempit, berbahaya dan menyeramkan;

tetapi apabila Tuhan berkenan menabur rahmat-Nya, ia menjadi lapang dan


nyaman.
Demikianlah, hakikatnya mereka lari kepada (perlindungan) Allah.
Tidak ada perlindungan lebih selamat dan lebih nyaman daripada perlindungan
Allah. Di sanalah berlakunya
tadbir perencanaan Tuhan yang Maha Bijaksana,
mereka tertidur dalam belaian rahmat Ilahi selama lebih tiga ratus tahun.

Huraian Maksud Ayat


Ayat 19 menyerlahkan kekuasaan Tuhan yang amat menakjubkan dengan
membangunkan pemuda-pemuda al-kahf setelah ditidurkan selama ratusan tahun
dalam keadaan sihat, segar-bugar walaupun tanpa makan-minum selama tempoh
tersebut.
Mereka sendiri tidak menyangka telah tidur selama itu.
Mereka
hanya menduga paling lama sehari atau setengah hari.
Keajaiban tersebut
bukan untuk dirahsiakan, tetapi kemudiannya didedahkan kepada umum dengan
bukti nyata yang cukup meyakinkan.Tujuannya ialah untuk menjawab isu keraguan
terhadap hari kebangkitan. Setelah Kiamat, manusia yang semuanya telah mati
dibangkitkan semula. Justeru, bangun dari tidur ratusan tahun, hakikatnya
hampir sama dengan bangun semula setelah mati.
Keajaiban tersebut adalah
bukti bahawa segala janji Ilahi pasti ditepati.
Pemuda-pemuda al-kahf yang tertanya-tanya selama mana mereka telah tidur,
akhirnya menyerahkan persoalan tersebut kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Demikianlah adab manusia mukmin ketika berhadapan dengan sesuatu
kemusykilan. Soal-jawab tentang persoalan seperti itu tidak perlu diperpanjang.
Mereka segera beralih kepada persoalan lain yang lebih mendesak bahawa mereka
sama-sama lapar dan perlu makan.
Peristiwa masuk kota untuk membeli
makanan inilah pula yang menyedut perhatian orang ramai terhadap siapa
sebenarnya mereka, dan mengungkapkan semula sejarah yang tercipta lebih tiga
abad yang lalu.
Warga kota dapat mengesan jejak pemuda al-kahf itu menerusi
wang perak (dirham) yang dihulurkan untuk membeli makanan, atau mungkin
juga dari dialek pertuturan dan pakaiannya.
Memang rencana Tuhan mahu membuka peristiwa ini kepada pengetahuan umum
dengan maksud yang dinyatakan secara eksplisit dalam ayat 21,
iaitu untuk
meyakinkan mereka bahawa janji Ilahi membangkitkan manusia yang telah mati
bukan gertak kosong, tetapi benar-benar akan terjadi.
Selain itu tersirat pula
hakikat bahawa isu kehilangan misterius sekumpulan pemuda beriman itu masih
terus hidup di tengah masyarakat walaupun setelah tiga abad.
Selama tempoh
tersebut banyak perubahan telah berlaku, termasuk berakhirnya pemerintahan
rejim zalim pemuja berhala zaman pemuda kahfi,
digantikan oleh kerajaan baru
yang beriman.
Ternyata yang berubah bukan hanya raja yang memerintah,
tetapi yang lebih bererti lagi ialah berubahnya agama, budaya, ideologi, sistem
nilai, dan cara berfikir rakyat.
Generasi yang hidup pada zaman pemerintahan
baru inilah yang memiliki kesedaran sejarah tentang kehebatan pemuda-pemuda
yang berani bersikap menolak tradisi bejat dan sesat untuk memilih iman dengan
segala risikonya.
Di mata generasi baru ini,
pemuda-pemuda al-kahf bukan

lagi orang-orang buruan,


tetapi pahlawan yang sangat menginspirasikan.
Demikianlah hakikatnya, citra manusia dalam sejarah boleh berubah.
Pemuda-pemuda al-kahf itu sendiri memang tidak menyedari perubahan yang telah
berlaku. Masa yang dilalui dalam gua terasa seperti baru sehari atau setengah
hari. Rasa cemas masih menghantui perasaan mereka. Kerana itu mereka sangat
berhati-hati merencana strategi,
jangan sampai ada yang tahu siapa mereka dan
di mana tempat persembunyian mereka. Andainya mereka tertangkap, risikonya
besar sekali
direjam atau didera untuk memaksa mereka kembali kepada
agama dan budaya sesat.
Risiko berat inilah yang mereka cuba hindari, kerana
mereka tahu benar bahawa kembali kepada kesesatan bererti rugi besar duniawiukhrawi.
Al-Quran
tidak memaparkan rincian peristiwa yang membawa kepada
terungkapnya hakikat bahawa merekalah sebenarnya pemuda-pemuda al-kahf
yang menghilang (demi menyelamatkan iman) tiga abad yang lalu.
Terdapat
indikasi bahawa Tuhan segera mematikan mereka sejurus selepas terungkapnya
segala yang terjadi.
Kematian mereka adalah rahmat dari Allah Yang Maha
Mengetahui apa yang terbaik buat mereka. Justeru, serba-serbinya telah berubah
sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri andainya mereka hidup lebih
lama lagi. Selain itu mereka dihadirkan untuk membawa misi khusus Ilahi, dan
misi tersebut telah sempurna terlaksana.
Mungkin juga kematian yang berlaku
pada waktu itu sebagai rahmat kurnia Allah menyempatkan mereka menyaksikan
perubahan yang berlaku walaupun untuk hanya beberapa detik.
Al-Quran hanya menggambarkan sambutan hangat masyarakat terhadap
kemunculan semula pahlawan-pahlawan yang selama ini terselubung misteri dan
teka-teki. Demikian tingginya penghormatan mereka terhadap pemuda-pemuda
ashab al-kahf itu sehingga gua persembunyian mereka menjadi tumpuan ramai,
masing-masing ingin mengabadikan rasa hormat dan apresiasi dengan cara sendirisendiri.
Ayat 21 menyatakan berlakunya perselisihan dalam kalangan pelbagai
pihak tentang apa yang harus dilakukan terhadap gua persembunyian yang
menyimpan sejarah besar yang ketika itu sudah menjadi makam pahlawan.
Ada
yang ingin membina bangunan tugu peringatan, sementara pihak berkuasa pula
memutuskan untuk membina masjid di atasnya.
Di balik pengkisahan tentang
perselisihan tersebut, tersirat suatu hakikat bahawa semuanya adalah pengagumpengagum ashab al-kahf yang berkongsi keinginan mengabadikan sanjungan,
hormat dan apresiasi dengan cara masing-masing.
Demikianlah terciptanya
peristiwa sejarah yang cukup mengharukan: kelmarin diburu sebagai pengkhianat,
hari ini dinobat sebagai pahlawan. Ia berlaku dengan kuasa Allah menurut sunnah
aturan-Nya.
Memang sejarah mempunyai undang-undangnya sendiri yang
menjadi bahagian daripada sunnatu Llah.
Wira-wira al-kahf itu telah mati,
tetapi al-Quran membayangkan kisah mereka
tidak pernah mati.
Polemik dan debat tentang persoalan-persoalan di sekitar
mereka terus berlaku sepanjang zaman. Ayat 22 menyebut bahawa suatu ketika
nanti akan muncul
pelbagai teori tentang jumlah sebenar pemuda-pemuda

tersebut tiga, lima atau tujuh orang. Ternyata minat untuk menelusuri lebih
jauh tentang ashab al-kahf terus tumbuh terutama dalam kalangan ilmuwansejarawan. Terasa ada isyarat pada ayat tersebut bahawa yang benar adalah tujuh
orang. Yang mengatakan tiga dan lima orang disebut rajman bi l-ghayb (terkaan
terhadap yang ghaib),
tetapi yang mengatakan tujuh orang tidak disebut
demikian.
Bagaimanapun gaya dan nada al-Quran mengungkapkan isu tersebut
memberikan indikasi bahawa soal jumlah pemuda yang terlibat tidak perlu
dipolemikkan. Yang penting dalam pengajian sejarah bukan rincian kisah, tetapi
`ibrah atau iktibar pengajarannya. Dalam konteks ashab al-kahf,
berapa pun
jumlahnya (tiga, lima atau tujuh) tidak merubah pengajaran yang terkandung
dalam peristiwa sejarah tersebut.
Ayat-ayat seterusnya membawakan pesan Tuhan tentang bagaimana menyikapi
persoalan-persoalan ghaybiyyat (perkara-perkara ghaib) baik mengenai masa lalu
atau masa mendatang.
Hal-hal seperti itu hanya Tuhan yang tahu. Kerana itu
serahkan dan kembalikan sahaja kepada-Nya dengan kata Allahu a`lam (Allah
sahajalah yang lebih tahu).
Ilmuwan-sejarawan tidak perlu mengada-ngada,
berteori dan berhipotesis tentang hal-hal ghaib yang di luar daerah jangkauannya.
Sebabaimana masa lalu, masa depan juga adalah daerah ghaybiyyat yang hanya
diketahui dengan pasti oleh Tuhan sendiri.
Memang kita harus melihat ke
hadapan, merancang dan bersiap menghadapi kemungkinan-kemungkinan masa
depan. Tetapi penentu apa yang akan terjadi adalah kuasa Allah. Kerana itu apa
pun yang kita ingin lakukan harus disandarkan kepada Allah dengan in shaa Llah.
Sikap mengembalikan segalanya kepada Allah dan menyandarkan segalanya
kepada kuasa Allah adalah bahagian daripada implikasi tauhid. Allah adalah kuasa
tunggal yang semutlaknya dalam menentukan segala-gala.

Khatimah
Citra manusia dalam sejarah boleh berubah kerana ini tertakluk kepada penafsiran
semula dari masa ke masa berasaskan perspektif dan sudut pandang yang berbeza
dan berubah. Pencitraan palsu oleh media propaganda politik tidak akan mampu
bertahan lama kerana dasarnya bukan fakta dan kebenaran.
Apa yang selalu
dipromosikan sebagai sejarah seringkali berupa versi bikinan pemerintah yang
didasari motif kepentingan.
Sejarah yang direkayasa seperti itulah yang selalu
dipenuhi distorsi sehingga menciptakan fenomena tragik ramainya pahlawan yang
tidak didendang. Tetapi akan sampai masanya, sejarah bikinan seperti itu tidak
mampu berhadapan dengan sejarah tandingan yang berasaskan kejujuran ilmiah.
KDH:27022016.

You might also like