You are on page 1of 8

1.

Pengenalan

“Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009” diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi kalendar aktiviti
peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang. Pertandingan ini
diadakan setiap tahun bagi merealisasikan impian kerajaan dalam menjayakan program 1
Malaysia. Keadaan ini juga adalah bertujuan memupuk semangat perpaduan serta
kesefahaman di antara kaum di IPGM Kampus Pulau Pinang.

Perlaksanaan program ini juga dapat memberikan pengalaman kepada penganjur iaitu
pelajar-pelajar institut ini dalam merancang dan menganjurkan program-program sukan.
Terdapat juga acara-acara sampingan yang dipertandingkan bagi memeriahkan lagi program
ini.

Gerko Bolasepak IPGM Kampus Pulau Pinang akan bertindak sebagai penganjur bersama
program ini dengan kerjasama Unit GERKO. Mesyuarat AJK pertandingan telah
mencadangkan untuk mengadakan pertandingan ini pada 30 dan 31 Oktober 2009 (Jumaat-
Sabtu).

2. Objektif

 Menjadikan aktiviti permainan bolasepak sebagai pertandingan tahunan peringkat


dalaman
 Merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan.
 Melatih pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan program-program
pertandingan sukan.
 Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah
dan kakitangan IPGMPP
 Mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan bolasepak
3. Skop Pertandingan Futsal

3.1 Sistem dan format pertandingan Futsal


 Pertandingan dijalankan dalam format permainan ”futsal padang”
 Pertandingan akan dijalankan dalam sistem permainan liga berkumpulan dan peringkat
kalah-mati (Separuh Liga)
 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding

3.2 Penyertaan Pasukan


 Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seramai 8 orang pemain untuk satu pasukan
(5 pemain utama dan 3 pemain simpanan)
 Setiap pasukan mesti mempunyai ahli terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 kaum.
 Hanya warga IPGMPP sahaja yang layak menyertai pertandingan ini (pelajar, pensyarah
dan kakitangan). Bukan warga IPGMPP tidak dibenarkan sama sekali untuk turut serta
dalam pertandingan ini.
 Terbuka kepada semua pelajar-pelajar dan kakitangan IPGMPP. Keutamaan akan
diberikan kepada pelajar-pelajar. Kakitangan dan pensyarah-pensyarah yang hendak
menyertai pertandingan ini perlu memasukkan sekuarang-kurangnya 2 orang pelajar
dalam pasukan mereka.

3.3 Peraturan Pengadilan


 Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan
dan peraturan permainan adalah tertakluk kepada persetujuan jawatankuasa itu sendiri.
 Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan yang
bertanding.
 Taklimat permainan dan pertandingan akan diberikan sehari sebelum pertandingan
berlangsung iaitu semasa undian pasukan bertanding dibuat.
 Setiap keputusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Induk

3.4 Yuran Penyertaan


 RM 20.00 untuk setiap pasukan yang menyertai pertandingan.
4. Ahli Jawatankuasa “Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009”

Penaung : En. Rijeng Jahet (Pengarah)


Penasihat : En. Kamarul Izham b. Azizi (Timbalan Pengarah)
: En. Sobri b. Saad (Pensyarah)
: En. Adnan Wahab (Pensyarah)
Pengerusi : Abdul Wafi bin Amin Nordin (Ketua Pasukan Bolasepak)
Setiausaha : Muhammad Khairul Amiruddin Bin Agus Salim
Bendahari : Muhammad Syafiq Bin Mohd Sabri
AJK : 1. Faiz Syahmi b. Sidek (Pelajar SNPM)
2. Abdussalam Mohamad Rosli (Pelajar MTED)
3. Nor Fazilah bt. Ibrahim (Pelajar TESL)
4. Ummu Saadah bt. Zainuddin (Pelajar TESL)
5. Mohd Solihin Sulaiman (Pelajar TESL)
6. Norman Mansor (Pelajar MTED)
7. Kamarul Zaman b. Abdul Aziz (Pelajar MTED)
8. Ku Mazhad bin Ku Yahya (Pelajar TESL)
Jawatankuasa
Kecil : Promosi dan pendaftaran  ; Khairul Azlan Bin Inshah
; Mohd Daim Bin Shamsuddin

: Pertandingan dan teknikal ; Afifudin Bin Alias


; Moh Fazril Bin Hussain
; Luqman Hakim Bin Yaacob
; Venu A/L Mokhana Sundram

: Hadiah dan jamuan ; Mohamad Adam Adjmal Bin Fadzil


; Mohamad Azlan Bin Mohd Taher
; Muhammad Azran Safwan Bin Alias

: Keselamatan ; Mohd Ridzal Bin Saari


; Mohd Muhamad Hafiz Bin Zainun

: Peralatan ; Aizuddin Bin Abdul Razak


; Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid
; Ahmad Hafidzi Bin Mohd Dzafri
5. Keperluan dan Kos

Bil Keperluan Kos Jumlah Tindakan


. Kos (RM)
1 Padang - - Kelulusan
Pengarah
2 Alatan Padang - - Bahagian stor
 Tiang Gol (4) IPGMPP
 Jaring Gol (4)
 Bola Futsal (4)
 Meja (8)
 Kerusi (20)
 Papan Markah
 Papan Kenyataan
 Lain-lain
3 Alat Siar Raya - - Bilik Mikro
4 Makanan dan minuman  35 x RM 10.00 350.00 Sumbangan
(urusetia) IPGMPP
 Minuman perserta
bertanding 50.00
 Air Mineral 15.00 Bahagian stor
5 Hadiah  Pingat Johan Sumbangan
(8 keping) IPGMPP dan
x RM 5.00 40.00 yuran
 Pingat N. Johan penyertaan
(8 keping)
x RM 5.00 40.00

 Pingat Ketiga
(8 keping)
X RM 5.0 40.00

 Hamper Johan 50.00


35
 Hamper N. Johan
.00
 Hamper Ketiga
25.00
 Hamper
penyertaan (22)
RM 20 x 22
440.00
 Hadiah sampingan
400.00
 Cenderamata
50.00

6 Keperluan Lain  T-Shirt Urusetia


35 x RM 10.00 350.00
 Banner 160.00

 Lain-lain 50.00
JUMLAH RM2095.00

 Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak : RM 2095.00


 Anggaran yuran pendaftaran penyertaan yang
bakal diterima adalah sebanyak : RM 440.00
 Jumlah yang perlu di taja adalah sebanyak : RM 1,655.00

Untuk menampung baki kos pertandingan, Unit Ko-kurikulum akan memohon kepada
pihak pentadbiran dan pengurusan IPGMPP adalah sebanyak RM 1655.00

6. Jadual Pertandingan *
6.1 Futsal
Masa 7.30 pg – 11.00 pg T.HARI 2.30 ptg – 4.00 ptg 4.00 ptg – 6.00 ptg
Hari
Jumaat - - Perasmian Pertandingan
(30/10/2009) peringkat
kumpulan
Sabtu Pertandingan Pertandingan Penyampaian
(31/10/2009) peringkat peringkat kalah hadiah
kumpulan mati
* Jadual pertandingan adalah tertakluk kepada faktor masa dan cuaca

Peringkat Kumpulan
Kumpulan A Kumpulan B
 Pasukan 1A  Pasukan 1B
 Pasukan 2A  Pasukan 2B
 Pasukan 3A  Pasukan 3B
 Pasukan 4A  Pasukan 4B
 Pasukan 5A  Pasukan 5B
Peringkat Kalah Mati
1. Juara Kumpulan A lwn. Naib Juara Kumpulan B
2. Juara Kumpulan B lwn. Naib Juara Kumpulan A
3. Perlawanan tempat ketiga
4. Perlawanan Akhir

7. Penutup

Pertandingan futsal yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan manfaat kepada
semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak yang baik kepada pembangunan
permainan bolasepak untuk persediaan kejohanan antara IPG pada tahun-tahun akan datang.
Usaha-usaha dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini
diaharap dapat menjadikan program ini antara program terbaik yang pernah dianjurkan oleh
institut. Jawatankuasa pertandingan ini akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik
mungkin bagi melancarkan program ini. Kami juga berharap supaya program ini dapat diteruskan
pada masa-masa akan datang. Akhir kata semoga pertandingan ini mendapat restu dari Allah
S.W.T dan program ini dipelihara olehNya dari awal hingga ke akhir perjalanan program ini.

Disokong:

-------------------------------
(Ustaz Adnan b. Wahab)
Penasihat
Pertandingan Fiesta Futsal 1 Malaysia 2009

Disahkan:

--------------------------------
(En. Sharif Mohd B. Rahmat Ali)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus P.Pinang

Diluluskan:

--------------------------------
(Tn. Rijeng Jahet)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus P.Pinang

You might also like