P. 1
Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Satu Per Banding An

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Satu Per Banding An

|Views: 20,028|Likes:
Published by lizzahk

More info:

Published by: lizzahk on Apr 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2015

pdf

text

original

Dalam pembelajaran bahasa sama ada bahasa pertama (B1) mahupun bahasa

kedua (B2), kesalahan bahasa sering berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh murid-murid

sekolah rendah malah pelajar-pelajar sekolah menengah juga. Banyak kajian telah

dilakukan tentang kesalahan bahasa ini sama ada di barat ataupun di timur.

- 14 -

Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para penyelidik, jelas

menunjukkan bahawa analisis kesalahan bahasa ini semakin popular. Analisis kesalahan

bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aspek-aspek

bahasa yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam penulisan supaya masalah-

masalah ini dapat diatasi dengan segera. Menurut Mohd. Daud bin Mohd. Yusof (1990:

76) kesalahan-kesalahan itu wujud kerana pelajar-pelajar belum dapat mengetahui

rumus-rumus tatabahasa yang dipelajarinya itu.

French (dlm. Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur 1995: 532) menegaskan

bahawa analisis kesalahan bahasa dapat dijadikan sumber maklumat tentang tahap

penguasaan bahasa pelajar. Menurut beliau, terdapat tiga proses yang menjadi punca

kesalahan bahasa itu:

(a) Pelajar tidak mengetahui atau terkeliru oleh makna perkataan, dan kerana itu

pelajar membuat kesalahan dalam penggunaanya.

(b) Pelajar menggunakan struktur atau bentuk-bentuk bahasa yang salah.

(c) Pelajar menggunakan logik dalam fikiran dalam menentukan perkataan atau

bentuk dan hasilnya akan menjadi kekeliruan sebagai akibat dari pengaruh bahasa

ibunda.

Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku

pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih

mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka. kesalahan

- 15 -

bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan tanda

baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan

pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna. Tambah beliau lagi,

langkah mengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke arah menyusun

rancangan pemulihan. Daripada pengenalpastian punca kesalahan yang dilakukan,

seseorang guru dapat menarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab terjadinya

kesalahan yang mereka lakukan.

Manakala Skinner (1957) berpendapat bahawa kesalahan bahasa berlaku kerana

seseorang tertiru bentuk-bentuk bahasa yang salah, menyalahi bentuk baku yang lazim

digunakan secara formal oleh golongan terpelajar, atau kerana kecacatan emosi dan

fizikal yang dialami oleh seseorang pengguna bahasa sama ada bahasa pertama atau

bahasa kedua. Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman (1981)

juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaanya

yang baku dianggap sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar

batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu.

Menurut Sharma (1981: 21-25) kesalahan bahasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

(a) Kesalahan yang kerap disebut error atau lapse dalam bahasa Inggeris. Kesalahan

jenis ini disebabkan oleh faktor di luar kemampuan linguistik, seperti lupa,

gangguan emosi, kelalaian dalam proses penerimaan pengajaran dan kekurangan

latihan.

- 16 -

(b) Kesalahan yang disebabkan oleh adanya kelainan-kelainan dalam penggunaan

sesuatu bahasa, sama ada daripada segi penggunaan aspek-aspek kata ataupun

ayat.

(c) Kesalahan yang berkaitan dengan faktor-faktor sosiolinguistik seperti

penggunaan laras bahasa dan dialek.

Selain itu Pg Mahmud (1992: 184) pula menegaskan bahawa kesalahan bahasa di

kalangan pelajar adalah disebabkan pelajar tidak begitu berminat untuk mempelajari

bahasa mereka sendiri dengan alasan bahawa mereka telah mengetahui bahasa mereka

kerana mereka bertutur dalam bahasa tersebut pada setiap hari dan setiap saat.

Lutfi Abas (1987: 169) pula mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi

disebabkan oleh faktor-faktor kejahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif

bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa

asing.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->