P. 1
Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Satu Per Banding An

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Satu Per Banding An

|Views: 20,046|Likes:
Published by lizzahk

More info:

Published by: lizzahk on Apr 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2015

pdf

text

original

Kajian tentang penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam aspek morfologi yang

dilakukan ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar menengah empat, di SMR dan

SMSG sahaja. Penguasaan bahasa khususnya dalam aspek morfologi adalah salah satu

aspek tatabahasa yang amat dititikberatkan penggunaannya dalam penulisan karangan.

Walau bagaimanapun, aspek morfologi ini masih belum dapat dikuasai sepenuhnya oleh

pelajar-pelajar atau murid-murid sekolah menengah mahupun sekolah rendah.

Sehubungan dengan hal tersebut, beberapa penyelidikan lain berhubung dengan analisis

kesalahan aspek tatabahasa hendaklah dilakukan, iaitu sebagai lanjutan daripada kajian

ini dan dicadangkan beberapa penyelidikan selanjutnya, iaitu seperti berikut:

a) Kajian tenteng penguasaan bahasa Melayu ini boleh dilakukan ke atas murid-

murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah.

b) Kajian serupa perlu dijalankan kepada pelajar-pelajar menengah bawah atau

menengah atas di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan

kerajaan di daerah-daerah lain, iaitu Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah

Temburong. Hal ini adalah untuk melihat, meninjau dan membuat perbandingan

penguasaan aspek morfologi di kalangan pelajar-pelajar di seluruh negara.

- 96 -

c) Kumpulan sampel yang dikaji itu haruslah terdiri daripada bilangan sampel yang

ramai yang mewakili dari keempat-empat buah daerah di Negara Brunei

Darussalam agar hasil dapatan itu dapat memberi gambaran yang sebenarnya

tentang penguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar.

d) Selian itu, kajian lanjutan tentang analisis kesalahan morfologi dan sintaksis di

kalangan pelajar-pelajar menengah bawah atau menengah atas di sekolah

menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan seluruh negara boleh

juga dilakukan untuk melihat setakat mana penguasaan aspek berkenaan dengan

melihat perbandingan kekerapan kesalahannya.

e) Kajian ini juga boleh dilakukan kepada guru-guru BM di sekolah menengah

kerajaan atau sekolah menengah bukan kerajaan di seluruh negara dengan tujuan

untuk mengetahui punca utama berlakunya kekerapan kesalahan yang tinggi di

kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah

bukan kerajaan dalam ujian karangan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->