You are on page 1of 13

SOALAN 1

Pengenalan
Pada hari ini kita dapat melihat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dibuat dewasa
ini yang bercorak pendidikan kesihatan. Ianya bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya
lebih prihatin kepada kesihatan diri. Pendidikan kesihatan boleh didefinisikan sebagai:
i. sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan
tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan (Green, 1980)
ii. Pendidikan kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekalkan
pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat,
mengubah sikap dan mempengaruhi tigkahlaku (Anspaugh & Enzell, 1995)

Oleh itu, pendidikan kesihatan adalah bukan hanya setakat pengetahuan tentang kesihatan.
Pendidikan kesihatan juga bukan hanya semata-mata untuk menyembuh, mengurang atau
mencegah penyakit, malah ia adalah untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang
optimum untuk individu,, keluarga dan komuniti.

Objektif utama pendidikan kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat
untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan
masyarakat melalui:
 Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan
bertangungajawab terhadap kesihatan mereka
 Meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat melalui promosi kesihatan dan
pencegahan penyakit.
 Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan kesihatan sedia ada
Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat
mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek
kehidupan seharian. Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk
menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antaranya seperti berikut:
i. Pengajaran secara formal
ii. Penggunaan media elektronik
iii. Penggunaan media cetak
iv. Pendidikan kesihatan tidak formal

Pengajaran secara formal


Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan pertama itu
sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama menyampaikan ilmu
Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang
persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan
bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif
terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Penggunaan media elektronik


A. Radio dan Televisyen
Pendidikan kesihatan disampaikan dengan meluas melalui radio dan televisyen.
Ini adalah kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau
televisyen di rumah mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah yang paling utama dalam
menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh yang paling nyata
dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang telah melanda
Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan radio dan televisyen,
sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat disampaikan kepada
masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami.
B. Internet
Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, internet memainkan peranan yang
begitu penting kerana pengguna internet semakin meningkat. Oleh itu, penggunaan internet
sebagai medium pendidikan kesihatan menjadi semakin penting dan meluas. Laman-laman
berkaitan pendidikan kesihatan tumbuh bagai cendawan bagi memberi maklumat kepada
masyarakat. Antara contoh laman web yang menyediakan maklumat mengenai pendidikan
kesihatan ialah seperti www.mysenam.com, www.myhealth.gov.my dan
www.knowyourmedicine.gov.my
C. VCD dan DVD
Penjualan vcd/dvd mengenai pendidikan kesihatan juga ada dilaksanakan terutamanya
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan vcd/dvd ini dihasilkan oleh
hospital, klinik dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

Penggunaan Media Cetak


A. Suratkhabar dan Majalah
Selain daripada radio dan televisyen, suratkhabar dan majalah menjadi medium
yang kedua terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan.
Antara contoh pendidikan kesihatan di dalam suratkhabar adalah seperti ruangan
kesihatan yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu..Ruangan
pendidikan kesihatan seperti ini amat berguna kepada masyarakat. Selain itu, majalah-
majalah tempatan juga sering memaparkan maklumat mengenai info pendidikan kesihatan.
Misalnya seperti yang terkandung dalam majalah Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-
majalah yang diterbitkan akan menyelitkan satu atau dua ruang yang berkaitan dengan
pendidikan kesihatan. Ruangan ini sedikit sebanyak akan melariskan lagi jualan majalah
mereka.
B. Buku dan Buletin
Buku dan bulletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan
kepada masyarakat. Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak
Kementerian Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang
kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara murah dan
mudah.

C. Brosur, Poster, Stiker Kereta, Risalah dan Kalendar


Ia juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi berkaitan bagi
memberi maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
 Stiker Kereta
 Kalendar

 Brosur

 Poster

Pendidikan kesihatan tidak formal


A. Pameran Kesihatan
Pameran kesihatan uga adalah salah satu cara lagi memberi pendidikan kesihatan kepada
masyarakat. Pameran ini bukan hanya dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
malah juga sekolah dan badan-badan kerajaan mahu pun bukan kerajaan yang lain. Melalui
Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas lagi tentang sesuatu isu
kesihatan.

B. Kursus / Seminar / Kolokium Kesihatan


Kursus, Seminar dan Kolokium Kesihatan juga adalah sebahagian daripada bentuk
penyampaian maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya diadakan
dengan menjemput penceramah untuk menyampaikan pendidikan kesihatan tetapi jangka
masa antara ketiga-tiga medium ini berbeza. Seminar kesihatan hanya mengambil masa
beberapa jam tetapi kursus atau kolokium akan mengambil masa yang lebih panjang.

C. Kempen Kesihatan
Kempen-kempen kesihatan juga banyak dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia. Antaranya ialah Kempen Tak Nak yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Kempen ini menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak nak kepada
merokok. Selain itu, Kempen Kenali Ubat anda yang menyarankan agar masyarakat tidak
mudah terpedaya dengan pelbagai ubat-ubatan yang menjanjikan kesihatanyang ada di
pasaran.

Kesimpulan
Kesihatan adalah amat penting bagi setiap orang. Namun ramai yang tidak menyedari kaedah
untuk sentiasa kekal sihat. Oleh itu, pelbagai medium yang digunakan oleh kerajaan dan agensi
bukan kerajaan dalam mempromosikan dan mendidik masyarakat tentang kesihatan. Antaranya
ialah melalui pendidikan secara formal di sekolah dan tidak formal melalui pameran dan
ceramah kesihatan. Di samping itu, teknologi terkini komunikasi juga digunakan sebagai
perantaraan kepada masyarakat misalnya internet, radio dan televisyen.

Penggunaan media cetak juga masih relevan dalam era teknologi maklumat. Contohnya
melalui brosur, poster, risalah, suratkhabar dan majalah kerana kosnya yang murah dan mudah
disediakan. Selain itu, poster dan risalah ia juga lebih berkesan sekiranya ia diletakkan ditempat
yang strategik seperti di pusat membeli belah.
SOALAN 2
Pengenalan
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita
hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian daripada kata-kata
Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam
sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi
tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah “sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-
mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan
hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan”.Oleh itu, pencemaran secara umumnya boleh
ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke
alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Pencemaran dapat dikategorikan kepada empat bentuk iaitu:


Udara Air

Buny Tanah
i

A. Punca Pencemaran
Secara umumnya pencemaran boleh berpunca daripada alam semulajadi dan kesan aktiviti
manusia.Kebakaran hutan akibat panahan petir dan letupan gunung berapi merupakan
pencemaran yang diakibatkan oleh alam semulajadi. Namun ia tidaklah seteruk seperti kesan
pencemaran oleh aktiviti manusia. Bumi secara umumnya mampu menyerap pencemaran oleh
alam semulajadi. Oleh itu, aktiviti manusia lebih dominan yang menyebabkan pencemaran alam
seperti yang sering terpampang di dada akhbar yang tidak sunyi daripada berita mengenai
pencemaran alam.
Rajah 1: Punca pencemaran oleh aktiviti manusia .

 Pencemaran bahan buangan kilang.


 Pencemaran bunyi.
 Asap dari kilang.
 Asap dari lori balak.
 Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet.
 Sampah sarap / bau busuk.
 Pembakaran sampah secara terbuka.
 Muzik dari kawasan kediaman melebihi had.
 Kebakaran terbuka di kawasan rumah.
 Asap kenderaan.
 Pembalakan / penebangan pokok

I. Kenderaan dan Janakuasa


Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna menghasilkan gas
karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum atau asap. Biasanya asap
yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara. Asap
mengandungi zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan api. Apabila karbon ini
terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap air terkondensasi di
sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut.Bahan pencemar yang lain ialah gas
berasid seperti oksida sulfur dan oksida nitrogen. Gas-gas ini bertindak dengan oksigen dan wap
air untuk membentuk asid yang turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Hujan asid ini serta
bahan pencemar yang lain memberi beberapa kesan yang buruk ke atas kesihatan manusia serta
haiwan yang lain, tanaman, bangunan dan iklim.
II. Industri Perkilangan
Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pembuangan sisa cecair dan
pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya. Kilang-kilang perindustrian seperti
kilang melebur bijih, kilang kertas, kilang papan, kilang kimia (baja, insektisid dan herbisid)
perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif juga menghasilkan banyak gas-gas beracun dan
bahan-bahan lain ke udara. Bahan pencemar yang terhasil termasuklah gas beracun seperti sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida serta debu-debu. Bahan-bahan ini bukan sahaja menyebabkan
pencemaran udara dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit
mata dan paru-paru serta kanser respirasi.

III. Industri Pertanian


Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil buangan cecair atau pepejal
secara tidak terancang. Bahan buangan seperti aliran air yang bercampur dengan racun makhluk
perosak, baja, sisa makanan dan najis haiwan dialirkan ke dalam sungai atau sesuatu kawasan.
Kebiasaanya ia berlaku di tempat-tempat yang jauh dari pandangan masyarakat sekeliling. Ianya
boleh menyebabkan pencemaran air dan tanah. Penghasilan debu yang berlebihan daripada
pembajakan dan asap daripada proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran
udara.

IV. Pembalakan Tidak Terancang


Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita kehilangan banyak
kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan berlakunya banjir kilat seperti yang kerap berlaku di
kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga menyebabkan
berlakunya hakisan yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh. Peristiwa tanah runtuh
seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini.

V. Industri Perkapalan
Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna di kawasan
persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran. Ianya akan menyebabkan kemusnahan
kepada hidupan laut seperti ikan dan karangan laut. Keadaan ini menyumbang kepada
kekurangan sumber makanan khususnya makanan laut dan juga menjejaskan ekonomi penduduk
setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan. Seperkara lagi, apabila pantai negara
kita kotor ini akan menjejaskan industri pelancongan negara.

VI. Pembakaran Terbuka


Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan pembangunan.
Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan gas karbon dioksida dan
karbonmonoksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di
sekitarnya. Selain itu, asap yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu yang mengakibatkan
penduduk di kawasan itu mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat.
Ia membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

VII. Aktiviti harian


Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan
banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang
digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.
Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca
pencemaran udara.

Kesimpulan
Dalam mengejar pembangunan dan kemajuan, aspek alam sekitar sering diabaikan kerana ia
dianggap tidak penting. Ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan
terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan
pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan
hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan
pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak
mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh
kepada undang-undang,bertanggung jawab dan boleh membuat pertimbangan yang rasional.
Maka, manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

RUJUKAN
SOALAN 1

http://www.scribd.com/doc/26869929/Soalan-1-Maksud-Pendidikan-Kesihatan

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/
http://www.knowyourmedicine.gov.my/
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=121030
071363
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=123509
747875
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=118273
656205
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=126473
045875
http://www.knowyourmedicine.gov.my/index.cfm?&menuid=31&parentid=30&lang=M
http://www.scribd.com/doc/9640457/Topik-1-Falsafah-Konsep-Dan-Definisi
Pendidikan-Kesihatan
http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/

SOALAN 2
http://www.doe.gov.my/wiraalam/bab6/ms5.htm
http://lttan.tripod.com/punca.htm
http://kudeed.tblog.com/post/1969953506

You might also like