You are on page 1of 20

SULIT IE/APR 2007/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS : HUBUNGAN ETNIK


KOD KURSUS : CTU553
PEPERIKSAAN : APRIL 2007
MASA : 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)

2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B.

i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.


ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.

4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:


i) Kertas Soalan
ii) satu Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti
iii) satu Kertas Jawapan Objektif OMR - untuk diserah bersama Buku Jawapan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN


Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 2 IE/APR 2007/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan ^ H jawapan paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1. Manusia membentuk budaya dan perkembangan budaya selari dengan


perkembangan masyarakat.

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah antara berikut ciri-ciri budaya?

i Dipelajari dan dikongsi oleh masyarakat


ii Bertahan lama selagi dipraktikkan oleh masyarakat
iii Wujud perlambangan dan pandangan semesta
iv Menjadi asas kelangsungan peradaban generasi

A i dan iii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D Semua di atas

2. Apakah perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat plural di Malaysia


selepas era penjajahan?

i Federalisme berlapis
ii Perlembagaan Persekutuan
iii Pembangunan berencana
iv Sistem pendidikan vernakular

A i, ii dan iii
B i, ii, dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

3. Manakah antara berikut BUKAN cadangan Suruhanjaya Reid semasa merangka


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

A Membentuk kerajaan Pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri


Melayu
B Syarat kewarganegaraan yang terlalu longgar bagi kaum bukan Melayu
C Menjamin pengekalan hak istimewa orang Melayu
D Memelihara kedaulatan dan kuasa politik Raja-Raja Melayu

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 3 IE/APR 2007/CTU553

4. Apakah kesan UTAMA dasar 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah
British ke atas masyarakat Malaysia?

A Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan budaya


B Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan pendidikan
C Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan pekerjaan
D Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan tradisi

5. Berikut merupakan impak sosial penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu,


KECUALI:

A Mencorakkan pemikiran simplistik dalam kehidupan masyarakat Melayu


B Menyemarakkan fahaman liberal dan kelas sosial dalam sistem pendidikan
negara
C Mendorong ke arah politik nasionalisme
D Membangunkan infrastruktur bagi merapatkan jurang kehidupan

6. Pilih kenyataan TEPAT mengenai matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan


dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ke arah mewujudkan
hubungan etnik di Malaysia.

i Menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem


pendidikan kebangsaan
ii Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan
kebangsaan
iii Membenarkan kewujudan sekolah pelbagai aliran yang menggunakan
bahasa ibunda masing-masing
iv Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan di sekolah aliran Cina
dan Tamil

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, iii dan iv
D Semua di atas

7. Berikut merupakan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan


import barangan industri, KECUALI:

A Memberi taraf perintis kepada kilang-kilang baru


B Mewujudkan zon perdagangan bebas
C Menyediakan pelbagai kemudahan kredit
D Memberi perlindungan cukai dan tarif

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 4 IE/APR 2007/CTU553

8. Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan mencapai objektif
berikut, KECUALI:

A Membina masyarakat yang taat setia kepada negara


B Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpolitik
C Meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dan bumiputera
D Membentuk masyarakat yang bersatu, adil dan progresif

9. Manakah pemyataan berikut BUKAN usaha kerajaan membangunkan ekonomi


seimbang dan komprehensif berdasarkan pendekatan Islam Hadhari?

A Memantapkan pembangunan ekonomi yang beretika


B Kerajaan dan swasta berperanan secara bersepadu
C Pertumbuhan ekonomi yang mapan
D Mempertahankan pencapaian ekonomi bumiputera

Soalan no. 10 berdasarkan maklumat di bawah.

Integrasi rendah Integrasi tinggi


i i i i V*
Segregasi P Akulturasi Q Amalgamasi

10. Apakah proses integrasi Q?

A Asimilasi
B Pluralisasi
C Dominasi
D Akomodasi

11. Berikut adalah faktor yang menyumbang kepada keharmonian antara pelbagai kaum
di zaman Kerajaan Melayu Melaka, KECUALI:

A Kedatangan mereka untuk berdagang


B Bersikap terbuka menerima budaya Melayu
C Menjanjikan keuntungan berlipat ganda
D Berhasrat untuk bermastautin di Melaka

12. Had kebebasan bersuara telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia bagi
menjamin keharmonian etnik, KECUALI:

A Kedaulatan Raja-Raja Melayu


B Kes yang diputuskan mahkamah
C Kewarganegaraan
D Agama Islam

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 IE/APR 2007/CTU553

13. Apakah kesan sistem sekolah vernakular Melayu yang diperkenalkan oleh Inggeris
kepada masyarakat Melayu?

i Memiliki kemahiran asas membaca dan menulis


ii Melahirkan golongan usahawan tani dan nelayan berjaya
iii Mengekalkan orang Melayu dalam pekerjaan tradisional
iv Memastikan masyarakat Melayu kekal di kawasan luar bandar

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

14. Manakah antara berikut merupakan aplikasi dasar-dasar kerajaan dalam konteks
Islam Hadhari?

i Pembentukan Pelan Integriti Nasional


ii Kod etika wakil rakyat
iii Mewujudkan institusi-institusi Islam
iv Nilai Islam dalam pentadbiran

A i dan n
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

15. Manakah fakta berikut TIADA kaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera dalam perlembagaan?

i Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa


orang Melayu dan bumiputera
ii Orang Melayu dan bumiputera diutamakan dalam pemilikan aset negara
iii Mempastikan orang Melayu dan bumiputera terjamin kedudukannya
iv Orang Melayu dan bumiputera wajar diberi layanan istimewa di sektor
swasta

A i dan i i
B i dan i ii
C ii dan iv
D iii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 6 IE/APR 2007/CTU553

16. Rancangan Lima Tahun Malaysia bermula sejak tahun 1950 memberi tumpuan
kepada beberapa bidang utama, KECUALI:

A Perindustrian gantian import


B Perindustrian berasaskan teknologi
C Pemulihan sektor ekonomi
D Pengagihan pendapatan samarata

17. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai teori amalgamasi.

A Perubahan dan pertukaran unsur kebudayaan antara dua kumpulan etnik


berlainan
B Pencairan dan penyatuan dua kumpulan etnik untuk membentuk budaya
dan ras baru
C Kumpulan minoriti kehilangan identiti asal hasil serapan kumpulan dominan
dari segi kebudayaan dan sosial
D Penyatuan pelbagai keiompok etnik dalam masyarakat sebagai satu identiti
bersama

18. Apakah elemen UTAMA yang mewarnai kemunculan parti-parti poiitik di Malaysia?

A Semangat nasionalisme demi memelihara kepentingan masing-masing


B Beranggapan ideologi poiitik perkauman sahaja yang boleh direalisasikan
C Kesan daripada liberalisasi poiitik di peringkat global
D Menonjolkan kehebatan kumpulan masing-masing

19. Manakah antara berikut merupakan strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan


Kebangsaan bagi mencapai perpaduan bangsa?

i Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dibenar membentuk


kurikulum sendiri
ii Sistem pengurusan, peraturan dan pentadbiran sekolah yang sama
iii Sistem peperiksaan awam yang sama di semua peringkat sekolah
iv Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum untuk memupuk disiplin diri

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 7 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 20 berdasarkan maklumat berikut.

• Merenggangkan perhubungan dan interaksi.


• Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.
• Menimbulkan prasangka, stereotaip dan sikap ekstrem.

20. Manakah antara fakta berikut berkaitan dengan kenyataan di atas?

A Penyatuan sistem pendidikan


B Perbezaan dalam bidang ekonomi
C Pemisahan tempat tinggal
D Persamaan aspek politik

21. Apakah dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan ekonomi yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum?

I Dasar Ekonomi Baru (DEB)


ii Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii Dasar Penswastaan
iv Dasar Kebudayaan Kebangsaan

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D Semua di atas

Soalan no. 22 berdasarkan pernyataan di bawah.

• Melibatkan soal bahasa, agama, kedudukan istimewa


orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta
pemerintahan beraja.
Unsur X
• Dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap
sebagai isu sensitif yang dilarang untuk perbincangan
awam.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan unsur X dalam Perlembagaan Malaysia?

A Kepercayaan
B Akta
C Ordinan
D Tradisi

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 8 IE/APR 2007/CTU553

23. Manakah antara pernyataan berikut yang TIDAK MENEPATI konsep asabiyah?

A Seseorang boleh bertindak sesuka hati dalam perkara-perkara yang


membabitkan kepentingan kaum
B Seseorang atau sesuatu kaum haruslah mempertahankan kaumnya secara
mutlak
C Seseorang tidak terlalu mengutamakan kepentingan bangsa dan etniknya
sendiri
D Seseorang boleh melakukan ketidakadilan kepada orang lain jika
kepentingan diri dan kaumnya dinafikan

24. Apakah yang dimaksudkan dengan etnosentrisme?

A Budaya sendiri lebih baik dari budaya orang lain


B Tidak memperakui kewujudan budaya lain dalam masyarakat mereka
C Sumbangan orang lain tidak diperlukan dalam membina masyarakat mereka
D Sosialisasi masyarakat hams dirujuk kepada hubungan budaya

25. Pilih pernyataan TEPAT mengenai perlunya keharmonian hubungan etnik dalam
sesebuah negara.

i Mencerminkan struktur sosial sesebuah masyarakat


ii Menggambarkan perkembangan sejarah dan sosioekonomi
iii Mengelakkan ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat
iv Memastikan dasar dan perancangan pembangunan negara berjalan lancar

A i dan ii
B ii, iii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

26. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi berparlimen?

A Kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat


B Sistem kerajaan dipilih secara bebas melalui pilihanraya
C Memastikan penglibatan rakyat menentukan kerajaan
D Pilihanraya diadakan lima tahun sekali

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 9 IE/APR 2007/CTU553

27. Manakah strategi penyelesaian masalah kemiskinan jangka panjang bagi menjamin
perpaduan kaum di Malaysia?

i Merapatkan jurang pendapatan antara etnik


ii Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
iii Memastikan pengagihan pendapatan samarata
iv Mempertingkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D Semua di atas

28. Berikut merupakan unsur penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan


Kebangsaan, KECUALI:

A Berteraskan agama Islam


B Unsur kebudayaan etnik yang lain diterima mengikut kesesuaian
C Berteraskan kebudayaan asal masyarakat rantau ini
D Unsur budaya Barat yang sesuai dengan citarasa tempatan

Soalan no. 29 berdasarkan maklumat berikut.

• Proses transformasi dalam aspek kehidupan masyarakat.


• Perubahan masyarakat secara berencana dan tidak berencana.
• Pembangunan ekonomi dan politik.

29. Manakah terminologi di bawah merujuk pemyataan di atas?

A Modenisasi
B Liberalisasi
C Sekularisasi
D Sosiaiisasi

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 10 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 30 berdasarkan maklumat berikut.

Memberi layanan baik.


Memelihara silaturrahim dalam keluarga walau
berbeza agama.
Kebajikan dan keadilan tanpa mengira agama.
Menziarahi ketika sakit.

30. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan nilai Y. Apakah yang dimaksudkan
dengan nilai Y?

A Nilai universal antara Islam dengan bukan Islam


B Konsep keadilan antara Islam dengan bukan Islam
C Adab pergaulan antara Islam dengan bukan Islam
D Hubungan kerjasama antara Islam dan bukan Islam

31. Manakah manifesto yang dikemukakan oleh UMNO, MCA dan MIC dalam
pilihanraya pertama 1955?

i Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh 4 tahun


ii Membentuk perkhidmatan awam berorientasi Tanah Melayu
iii Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
iv Menubuh sekolah kebangsaan berasaskan kumpulan etnik

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

32. Berikut merupakan unsur-unsur penting dalam pembinaan jatidiri Malaysia,


KECUALI:

A Rukun Negara adalah teras perpaduan


B Budaya 'multiracial' sebagai asas Kebudayaan Kebangsaan
C Konsep negara bangsa sebagai asas jatidiri
D Program PLKN merupakan usaha pembinaan modal insan

33. Apakah penekanan UTAMA Rancangan Malaysia Kesembilan?

A Modenisasi pertanian
B Pembangunan modal insan
C Pembangunan sektor pertahanan
D Pembangunan ekonomi mapan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 11 IE/APR 2007/CTU553

34. Apakah matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang telah diperkenalkan
oleh kerajaan pada tahun 1990?

A Pembangunan dan pengagihan sumber-sumber ekonomi, menyediakan


perkhidmatan awam, memupuk kestabilan, mengawal keselamatan negara
serta memelihara kebajikan masyarakat
B Pembangunan seimbang dengan menekankan pencapaian semua
warganegara dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan,
politik dan perkhidmatan
C Pembangunan seimbang dengan menekankan pencapaian secara
menyeluruh yang meliputi bidang pendidikan, politik, sosial,
kemasyarakatan, ekonomi dan perkhidmatan
D Pembangunan seimbang dengan menekankan pencapaian keharmonian
antara kaum dan dapat menyertai semua program yang dianjurkan meliputi
bidang ekonomi serta perkhidmatan

35. Mengapakah Inggeris memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu tahun


1946?

i Menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu


ii Penjajah menyimpan perasaan anti Melayu
iii Melatih masyarakat tempatan memerintah negara sendiri
iv Menyatukan negeri Melayu termasuk Singapura di bawah pemerintahan
British

A i, II dan in
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

36. Pilih kenyataan TEPAT mengenai komuniti Sarawak.

A Hampir sepertiga daripada penduduknya terdiri daripada etnik Cina


B Hampir separuh penduduk Sarawak terdiri daripada orang Iban
C Masyarakat Melayu hanya seperlima daripada jumlah penduduknya
D Dayak Laut merupakan komuniti terbesar penduduk Sarawak

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 12 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 37 berdasarkan maklumat berikut.

• Gejala hedonisme.
• Ekonomi bebas.
• Salahguna sains dan teknologi.
• Eksploitasi sumber manusia.

37. Pilih jawapan yang TEPAT berhubung dengan pernyataan di atas?

A Ideologi perjuangan hak asasi manusia


B Kesan globalisasi
C Dasar penjajahan baru
D Perkembangan pemikiran sosial masyarakat

38. Manakah faktor UTAMA kejayaan kepimpinan negara dalam menyatupadukan


pelbagai etnik di Malaysia?

A Pemerintahan berdasarkan kehendak majoriti tetapi hak minoriti tetap


terjamin
B Setiap kumpulan etnik turut menyumbang ke arah pembangunan negara
C Tahap kepatuhan setiap kumpulan etnik terhadap kepimpinan negara
berada pada tahap tertinggi
D Setiap kumpulan etnik ingin hidup secara harmoni mengatasi perkara-
perkara lain

39. Apakah sasaran UTAMA kerajaan dalam melahirkan masyarakat industri yang
menjadi teras kepada pembangunan ekonomi negara?

i Pembangunan teknologi
ii Pembangunan pertanian
iii Pembangunan ICT
iv Pembangunan modal insan

A i, II dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 13 IE/APR 2007/CTU553

40. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara bangsa?

A Golongan bumiputera sesebuah wilayah atau sesebuah negara yang


mempunyai hak istimewa tertentu
B Kumpulan etnik yang menjadi penduduk asal sesebuah wilayah dan mereka
wujud sebelum sesebuah kerajaan ditubuhkan
C Warisan masyarakat prasejarah sesebuah wilayah yang paling berhak
memegang tampuk kekuasaan politik negara selepas kemerdekaan wilayah
tersebut
D Satu wilayah yang mempunyai sempadan, kuasa pemerintahan, kerajaan
dan warganegara tertentu

41. Apakah nilai yang wujud dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan sehingga
diterima baik oleh orang Melayu dan bukan Melayu?

A Toleransi yang tinggi


B Hubungan setia kawan
C Persamaan nilai kemanusiaan
D Keadilan bersama

42. Berikut adalah langkah UTAMA yang telah diambil oleh kerajaan bagi menjalin
hubungan pelbagai kaum di Tanah Melayu. Susun peristiwa di bawah mengikut
urutan.

i Membentuk Persekutuan Tanah Melayu


ii Menggubal Perlembagaan Persekutuan
iii Merangka Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama
iv Menubuhkan parti Perikatan

A i, ii, iii dan iv


B i, ii, ivdan iii
C i, iii, ii dan iv
D i, iv, iii dan ii

43. Manakah antara berikut BUKAN merupakan ciri-ciri masyarakat pluraliti baru?

A Satu set nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza
melalui persetujuan kebangsaan
B Bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti
keamanan dan kesejahteraan
C Pembentukan masyarakat secara semulajadi tanpa paksaan dan berlaku
asimilasi budaya secara sukarela dengan budaya tempatan
D Pemerintah dan yang diperintah berlainan bangsa dan hidup dalam satu
komuniti budaya

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 14 IE/APR 2007/CTU553

44. Manakah antara berikut alasan UTAMA Dasar Penswastaan diperkenalkan dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia?

i Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan


ii Membantu pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
iii Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam
iv Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

45. Apakah matlamat UTAMA keimanan dan ketakwaan dalam pendekatan Islam
Hadhari?

A Membangun dan memajukan ummah


B Mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
C Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
D Menikmati keselesaan hidup duniawi

46. Manakah antara berikut TIADA berkaitan dengan kesan ekonomi yang
diperkenalkan oleh British terhadap sosioekonomi masyarakat Malaysia selepas
merdeka?

i Ketidakseimbangan penempatan antara kaum


ii Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
iii Ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah
iv Ketidakseimbangan pendapatan isi rumah

A i dan II
B ii dan iii
C iii dan iv
D iv sahaja

47. Manakah kenyataan yang TEPAT mengenai intipati Falsafah Pendidikan Negara?

i Usaha pendidikan yang berterusan


ii Kesepaduan aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek
iii Perkembangan rohani lebih diutamakan
iv Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

A i dan ii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 15 IE/APR 2007/CTU553

48. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai asas pembentukan Perlembagaan
Malaysia.

A Raja berperlembagaan
B Demokrasi berparlimen
C Perdana Menteri sebagai ketua negara
D Kebebasan bersuara

49. Mengapakah penglibatan orang Melayu prakemerdekaan banyak difokuskan dalam


bidang politik dan pentadbiran negara?

i Keistimewaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam


ii British menyokong penubuhan parti politik berbentuk perkauman
iii Prasyarat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
iv Mendapat tentangan daripada bukan Melayu

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, iii dan iv
D Semua di atas

50. Apakah kaedah asas yang diguna pakai bagi membolehkan seseorang individu
untuk mendapat taraf warganegara Malaysia?

i Tempat kelahiran
ii Undang-undang keturunan darah
iii Perkahwinan
iv Bermastautin di Malaysia

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii, dan iv
D Semua di atas

51. Bilakah bermulanya usaha kerajaan secara sistematik untuk mewujudkan golongan
usahawan bumiputera berdaya saing?

A Rancangan Malaya Pertama


B Rancangan Malaya Kedua
C Rancangan Malaysia Pertama
D Rancangan Malaysia Kedua

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 16 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 52 berdasarkan maklumat berikut.

• Semangat perkauman yang menebal.


• Jurang perbezaan ekonomi antara kaum.
• Masyarakat tempatan dan imigran gagal berinteraksi.

52. Pilih pemyataan yang berkaitan dengan maklumat di atas?

A Dasar Kebudayaan Kebangsaan


B Dasar Ekonomi Baru
C Peristiwa 13 Mei 1969
D Rukun Negara

53. Apakah halangan UTAMA dalam mewujudkan perpaduan kaum selepas


kemerdekaan?

i Integrasi budaya
ii Sistem pendidikan terasing
iii Sistem penempatan terpisah
iv Ketidakseimbangan ekonomi

A i dan ii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

Soalan no. 54 berdasarkan maklumat di bawah.

Pada tahun 1991, kerajaan telah melancarkan satu dasar


bagi pembentukan sebuah negara bangsa bersatu padu
Dasar Z yang meletakkan masa hadapannya secara perkongsian
bersama membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa
taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi.

54. Apakah dasar Z?

A Dasar Perpaduan Negara


B Dasar Integrasi Nasional
C Dasar Wawasan 2020
D Dasar Pendidikan Nasional

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 17 IE/APR 2007/CTU553

55. Apakah rasional Islam sebagai agama Persekutuan?

A Membela dan menghormati hak semua etnik


B Agama asal penduduk Tanah Melayu
C Mengangkat martabat bangsa Melayu
D Agama yang dianuti oleh majoriti rakyat

56. Berikut merupakan strategi yang diambil oleh kerajaan untuk mengimbangi
pencapaian ekonomi interetnik di Malaysia, KECUALI:

A Penumpuan pembangunan berasaskan keperluan bangsa


B Perubahan pembangunan pertanian subsisten kepada komersial
C Penggunaan teknologi terkini dalam industrialisasi
D Pembangunan insan sebagai penggerak kemajuan ekonomi

57. Manakah antara berikut peranan budaya dalam kehidupan bemegara?

i Membina keperibadian dan identiti negara


ii Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
iii Mempertahankan keutuhan nilai bangsa
iv Melahirkan semangat patriotik

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

58. Berikut merupakan contoh toleransi interetnik di Malaysia dari aspek pendidikan,
KECUALI:

A Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan


B Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan sistem meritokrasi
C Mempertahankan sekolah jenis kebangsaan
D Kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara
(PTPTN)

59. Pilih pemyataan yang TEPAT mengenai elemen utama kontrak sosial dalam
Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan hubungan etnik.

A Hak kewarganegaraan merupakan kompromi orang Melayu kepada bukan


Melayu
B Hak istimewa orang Melayu terhad kepada bahasa dan agama
C Semua etnik berpeluang memasuki perkhidmatan awam tanpa sekatan
D Penduduk Semenanjung bebas memasuki Sabah dan Sarawak

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 18 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 60 berdasarkan maklumat di bawah.

• Merasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.


• Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong.
• Menganggap diri mereka sebagai satu masyarakat.
• Bermuafakat menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.

60. Pilih pernyataan TEPAT mengenai kenyataan di atas?

A Semangat kejiranan
B Semangat hubungan sosial
C Semangat hubungan etnik
D Semangat kebangsaan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 19 IE/APR 2007/CTU553

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Konsep Islam Hadhari adalah satu pendekatan baru dalam merangka agenda
pembangunan negara berteraskan al-Quran dan al-Hadith. la dapat membuktikan
keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama yang
mengamalkan konsep kesederhanaan (wasatiyyah).

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Huraikan EMPAT (4) tujuan (maqasid al-syariah) dalam kerangka Islam Hadhari
yang mampu memberi perlindungan kepada hak-hak asasi sebagai rakyat dalam
konteks masyarakat majmuk.
(12markah)

b) Bincangkan TIGA (3) cabaran pelaksanaan Islam Hadhari di kalangan masyarakat


pelbagai etnik di Malaysia dan TIGA (3) cara mengatasinya.
(18markah)

SOALAN 2

Zaman Empayar Melaka merupakan era keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan
Melayu Islam sehingga ia digelar 'The Venice of The East'.

Berdasarkan kenyataan di atas:

a) Jelaskan TIGA (3) bentuk proses asimilasi pelbagai etnik dalam masyarakat Melayu
Islam di Melaka.
(9 markah)

b) Bincangkan TIGA (3) faktor utama menjadikan Melaka sebagai kota metropolitan.

(9 markah)

c) Huraikan EMPAT (4) elemen utama yang membuktikan Kerajaan Melayu Melaka
sebagai sebuah kerajaan Islam.
(12 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 20 IE/APR 2007/CTU553

SOALAN 3

Piagam Madinah {Sahifah Madinah) merupakan kontrak sosial antara Nabi Muhammad
S.A.W. sebagai pemimpin dengan masyarakat pelbagai etnik di Madinah demi kepentingan
politik bersama.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Bincangkan TIGA (3) fasal Piagam Madinah yang berkaitan dengan kontrak sosial.

(9 markah)

b) Buktikan TIGA (3) aspek keadilan yang dikanun dalam Piagam Madinah kepada
masyarakat bukan Islam.
(9 markah)

c) Jelaskan TIGA (3) elemen persamaan antara Perlembagaan Malaysia dengan


Piagam Madinah dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
(12 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

You might also like