You are on page 1of 7

PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM PEMANTAPAN PELAKSANAAN
PROGRAM NILAM TAHUN 2010
Anjuran
JAWATANKUASA NILAM
DAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDK,
SMK DATO’ KAMARUDDIN.

PENDAHULUAN
Program NILAM adalah merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan
membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar yang mencapai tahap
yang tertentu. Program NILAM adalah satu aktiviti galakan membaca yang telah dianjurkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Pelaksanaan Program NILAM di Peringkat
Neger,i Perak telah dimulakan pada tahun 1999 melibatkan seluruh sekolah menengah dan
seluruh sekolah rendah dalam Negeri Perak dengan dimulakan oleh pelajar di tahun satu di
Sekolah Rendah dan tingkatan satu di Sekolah Menengah. Semua pelajar yang telah menguasai
kemahiran membaca adalah diwajibkan mengikuti program NILAM ini. Sekarang kita telah
berada pada tahun 2010. Pelaksanaan Program NILAM di Negeri Perak telah mencecah selama
dua belas tahun.

RASIONAL
Melihat perkembangan pelaksanaan Program NILAM yang agak kurang agresif
dilaksanakan di SMK Dato’ Kamaruddin, maka Jawatankuasa NILAM peringkat sekolah
berhasrat untuk melaksanakan program NILAM secara berkesan dan efektif mulai tahun ini.
Untuk meneruskan perancangan tersebut maka Taklimat Pemantapan Program NILAM
hendaklah diadakan pada setiap awal tahun persekolahan.

MATLAMAT
1
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

Matlamat pelaksanaan program NILAM yang di anjurkan oleh SMK Dato’ Kamaruddin adalah
untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar-pelajar bagi
melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, didapati rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja
dalam masa setahun. Manakala pelajar-pelajar membaca buku bukanlah untuk memenuhi
masa lapang, tetapi adalah untuk tujuan lulus peperiksaan. Perkara ini dirumitkan lagi oleh
keadaan atau sikap ibubapa yang mana mereka menggalakkan anak-anak mereka membaca
adalah untuk tujuan lulus peperiksaan bukan untuk tujuan mengisi masa lapang. Bagi
mengatasi masalah ini dan juga bagi memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar maka
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program NILAM di seluruh negara pada tahun 1999
dan semua pelajar adalah wajib mengikutinya. Lantaran itu, pihak Jawatankuasa NILAM
berhasrat untuk mengumpul dana dalam bentuk wang atau benda daripada pertubuhan bukan
kerajaan, syarikat swasta dan juga orang perseorangan sebagai salah satu bentuk sumbangan
yang dapat mengiktiraf penglibatan pelajar dalam program NILAM.

OBJEKTIF

Objektif Program NILAM adalah seperti berikut :


4.1. Memupuk budaya membaca yang sihat dalam kalangan pelajar secara berterusan.
4.2. Meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar sama ada di pusat
sumber atau di luar pusat sumber sekolah.
4.3. Pelajar dapat menilai bahan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan
dalam rekod membaca yang khusus.
4.4. Melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca.
4.5. Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.
4.6. Menghargai pelajar yang menunjukkan minat serta kesungguhan khususnya.
4.7.Dapat mengumpul dana untuk disumbangkan kepada para pemenang.

TEMA

2
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

`Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Keberkesanan Pendidikan Cemerlang’

TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak.

TARIKH DAN MASA


Tarikh : Sepanjang tahun

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR
Pelajar Semua Tingkatan

PENUTUP

Lampira Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan
golongan pendidik yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta
hidayah dan pertolongan Allah SWT.

3
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

Disediakan oleh,

HASNIDA BT MAT ISA


Guru Perpustakaan dan Media
SMK DATO’ KAMARUDDIN

Disahkan oleh,

KAMAL B MANSOR
Pengetua
SMK DATO’ KAMARUDDIN

4
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM PEMANTAPAN PERLAKSANAAN
PROGRAM NILAM TAHUN 2010
AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT
EN KAMAL BIN MANSOR
(Pengetua SMK DATO’ KAMARUDDIN)

PENGERUSI
EN NORHAN BIN HUSSAIN
(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1
EN SHAHIDAN BIN HASHIM
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
PUAN HAJAH NOORSHIDAH BT MOHD NOOR
Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 3
PUAN KAMISAH BT OTHMAN
Penolong Kanan Petang

PENYELARAS PROGRAM
PN HASNIDA BINTI MAT ISA
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, SMK DATO’ KAMARUDDIN

SETIAUSAHA
CIK MARIATUL SALMAH BINTI ISMAIL
GURU NILAM, SMK DATO’ KAMARUDDIN

PENOLONG SETIAUSAHA
CIK SITI ZUBAIDAH BT MD ARSHAD
GURU DATA NILAM

AJK:
PUAN NORMALA BINTI ABDUL
Penyelaras Pendidikan Khas

CIK NORFASLIZA BT SAHAK


Guru Perpustakaan

Guru Rakan Pembaca


SEMUA KETUA PANITIA
SEMUA GURU TINGKATAN
WAKIL PIBG

Lampiran 2

5
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

TENTATIF PROGRAM
1. Majlis Pelancaran Program NILAM
2. Sudut Bacaan dalam Kelas
3. Satu Jam Bersama NILAM di PSS
4. Promosi Buku
5. Hadiah Pelajar Rekod NILAM Terbanyak
6. Hadiah Guru dan Staf : Peminjam Buku Terbanyak
7. Hadiah Kelas Rekod NILAM Terkumpul Paling Banyak
8. Hadiah Pelajar Rekod NILAM Terbanyak 2010
9. Peti NILAM
10. 15 Minit Mari Membaca

Lampiran 3

6
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan

Jumlah RM xxx.xx

2. Anggaran Perbelanjaan

Pemenang Pertama = RM
Pemenang Kedua = RM
Pemenang Ketiga = RM
Saguhati = RM
Jumlah Hadiah = RM xxx.xx

You might also like