You are on page 1of 5

PUSAT SUMBER SEDAKA 2009

KERTAS KERJA
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK DATO’ KAMARUDDIN
anjuran
Kelab Pusat Sumber Sekolah

PENDAHULUAN
Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar SMKDK
dan juga guru-guru. Antara peranan penting pusat sumber adalah membentuk profesion
perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan
sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara,
bangsa dan agama, membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk
membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
Jawatan kuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bertanggungjawab memastikan
pembangunan Pusat Sumber Sekolah sama ada dari segi fizikal terutama penggunaan Pusat
Sumber Sekolah dalam menyokong P&P perlu dipertingkatkan. Pelajar yang dipilih merupakan
kumpulan pelajar yang secara sukarela ingin menghulurkan khidmat bakti dalam turut sama
menyumbang dalam pembangunan prasarana Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin perlu mengadakan projek ini bagi memastikan pusat
sumbernya mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada warga sekolah.

RASIONAL
Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SMKDK, keadaan
persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik mereka untuk
datang ke pusat sumber dengan lebih kerap. Penglibatan para pelajar dalam mencapai matlamat
ini diharapkan mampu menggarapkan rasa kasih dan saying terhadap harta sekolah.

1
PUSAT SUMBER SEDAKA 2009

OBJEKTIF

 Mendekatkan para pengawas dengan perpustakaan serta menjadikan khidmat bakti


kepada perpustakaan sebagai satu rutin asas amalan kehidupan sepanjang hayat.
 Pusat Sumber
o Mengoptimumkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan warga
SMKDK
o Mengubah pandangan warga SMKDK terhadap peranan pusat sumber
o Membentuk wajah pusat sumber yang lebih baik dan selesa

o Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.


o Membentuk budaya kerja seperti bekerjasama, berdaya-saing dan semangat
berpasukan di kalangan guru pusat sumber, pengawas pusat sumber, ahli kelab
pusat sumber dan pekerja sekolah.

TEMA
`Pusat Sumber Ceria Menjana Kejayaan Minda Cemerlang’.

TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau, Perak.

TARIKH DAN MASA


Tarikh : 7 – 9 Disember 2009
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 2

LOKASI SASARAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

2
PUSAT SUMBER SEDAKA 2009

PENUTUP

Lampira Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar
yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan
manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

HASNIDA BT MAT ISA


Guru Perpustakaan dan Media
SMK DATO’ KAMARUDDIN

Diluluskan oleh,

KAMAL B MANSOR
Pengetua
SMK DATO’ KAMARUDDIN

3
PUSAT SUMBER SEDAKA 2009

Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI

PENAUNG : Pengetua SMDK


En Kamal b. Mansor

PENASIHAT : Penolong Kanan Pentadbiran


En Norhan b Mohd Hussain

Penolong Kanan HEM


En Shahidan b Hashim

Penolong Kanan Kokurikulum


Pn Hjh Noorshidah bt Mohd Noor

Penolong Kanan Petang


Pn Kamisah bt Othman

PENYELARAS : Pn. Hasnida bt Mat Isa

PENOLONG PENYELARAS : Cik Rojwana bt Abdullah Thani

AHLI J/KUASA : 1. Ahli Jawatankuasa Induk PSS


2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah
4. Pekerja PRA Sekolah

4
PUSAT SUMBER SEDAKA 2009

Lampiran 2

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan
PCG Bukan Matapelajaran - PSS RM 925.00

Jumlah RM 925.00

2. Anggaran Perbelanjaan

2.1 MAKANAN PESERTA

MAKAN PAGI (1.00 X 3 hari X 50 ORG) = 150.00


MAKAN TENGAH HARI (3.50 X 3 hari X 50 ORG) = 525.00

JUMLAH = 675.00

2.2 CENDERAHATI PESERTA

Saguhati (5.00 x 50 ORG) = 250.00

_____
JUMLAH BESAR = 925.00

You might also like