You are on page 1of 3

SMK DATO’ KAMARUDDIN, 34500 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN.

TAJUK :

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI POWER POINT


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. PENGENALAN
Aplikasi PowerPoint merupakan salah satu perisian yang sering digunakan oleh warga
pendidik secara meluas dewasa ini. Namun masih terdapat guru yang memerlukan input
tambahan bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan aplikasi tersebut untuk membina BBM
yang lebih menarik lagi berkesan. Justeru bengkel di atas dianggap perlu dijalankan di peringkat
sekolah.

2. RASIONAL
Penggunaan BBM dalam P&P terutama yang melibatkan multimedia kini sering
diperkatakan sejak kebelakangan ini. Pengetahuan mengenai pedagogi seperti `Multiple
Intelligence’ dan ‘Contextual Learning’ seharusnya juga menjurus kepada penggunaan BBM yang
merangsang pemikiran murid serta berupaya membawa murid seolah-olah mereka dibawa keluar
ke alam sebenar semasa P&P di bilik darjah. Keupayaan membawa murid `keluar’ ini mampu
dilakukan cuma melalui penggunaan aplikasi PowerPoint yang rata-rata kemahirannya telahpun
dikuasai oleh guru. Maka wajarlah alat yang mudah lagi murah tapi sangat berkemampuan tinggi
dimanfaatkan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

3. OBJEKTIF
Melalui bengkel ini, para peserta kursus diharap dapat :
1) Mengamalkan pengurusan fail dengan cekap dan berkesan
2) Membina Persembahan Slaid PowerPoint yang menarik lagi berkesan
3) Menjadi pembimbing dan penasihat kepada warga pendidikan di sekolah.

4. KOMPONEN KURSUS
Terdapat beberapa komponen untuk bengkel ini iaitu:
1) Pengurusan Fail
2) Pengenalan Ikon & Bar Menu
3) Pembinaan Slaid untuk Persembahan
4) Teori Pedagogi
5) Perbengkelan
6) Persembahan Kumpulan/Individu
Nieda71/psssmkdk
5. METODOLOGI
Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk :
1) Tunjukcara
2) Perbincangan & Sesi Soal Jawab
3) Bengkel / Kerja Kumpulan
4) Amali / Persembahan

6. KUMPULAN SASARAN
20 orang ~ tertakluk kepada mereka yang berminat.

7. PENCERAMAH CADANGAN
Cik Chong Yen Nee – SMK Simpang

8. FASILITATOR
1. En Mazli b Abdul Muttalib – Penyelaras Bestari ICT
2. Cik Nur Amali bt Kamaruddin

9. URUSETIA
1) Pn Hasnida bt Mat Isa – Guru Media
2) Cik Norfasliza bt Sahak – Guru Perpustakaan

10. PELAKSANAAN
Bengkel ini akan dijalankan selama 1 hari seperti butiran berikut:
Tarikh : 20 JUN DAN 4 JULAI 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
(Jadual Bengkel seperti Lampiran 1)

11. HASILAN BENGKEL


Di akhir bengkel adalah diharap peserta-peserta akan:
1) Mengurus fail-fail (perisian) secara sistematik dan teratur.
2) menghasilkan Persembahan Slaid menggunakan Aplikasi PowerPoint

12. IMPLIKASI KEWANGAN


10.1 Makan
Peserta ~ 25orang x RM7.00 x 2 hari RM 280.00
Penceramah ~ 01 orang x RM100.00 x 2 hari RM 200.00
----------------
JUMLAH RM 440.00
=========

Nieda71/psssmkdk
13. KELULUSAN YANG DIPOHON
Dengan ini dipohon kelulusan menjalankan Bengkel Penggunaan Aplikasi PowerPoint
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran bagi perlaksanaan aktiviti kursus dalam perkhidmatan
sekolah.

Diluluskan / Tidak diluluskan

------------------------------------------------------

..............................................
(EN KAMAL B. MANSOR) Tarikh: .......................
Pengetua,
SMK Dato’ Kamaruddin.

Nieda71/psssmkdk

You might also like