You are on page 1of 5

DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)

PENGENALAN

1. Negara Malaysia seharusnya berbangga dengan kemajuan ekonomi,


pembangunan yang pesat dan peningkatan taraf hidup rakyat berbilang kaum,
agama dan budaya.
2. Namun begitu, proses pembangunan dan kemajuan tidak dapat lari daripada
pelbagai masalah jika terdapat ketidakseimbangan di antara pembangunan
fizikal dengan pembangunan rohaniah.
3. Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pembentukanan dan pelaksanaan
Dasar Sosial Negara yang komprehensif bagi pembangunan insan dan negara.
4. Pelancaran DSN oleh Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2003, jam 2.30
petang di PWTC, Kuala Lumpur.

DEFINISI

Dasar Sosial Negara(DSN) ialah dasar payung yang merangkumi falsafah


semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunegara
dan Wawasan 2020 serta komitmen negara di peringkat antarabangsa.

TUJUAN

1. DSN bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap


dari segi sosial, ekonomi dan teknologi.
2. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri
secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri
bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif
penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

KESEIMBANGAN ANTARA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SOSIAL

1. Pembangunan negara haruslah berpaksikan konsep pembangunan seimbang


yang bermaksud pembangunan ekonomi yang diimbangi dengan pembangunan
dan kemajuan sosial termasuk pembangunan jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
2. Matlamat utama pembangunan ialah kesejahteraan dalam masyarakat secara
keseluruhan iaitu kesejahteraan rohani, jasmani dan alam fizikal.
3. Dalam hubungan ini, usaha perlu diambil untuk memperkuatkan faktor-faktor
sentripetal seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman, perkongsian dan
sebagainya yang mendorong anggota masyarakat untuk saling berkompromi
dan bekerjasama demi mempertahankan kepentingan bersama dalam
merealisasikan masyarakat maju dan mantap.

OBJEKTIF UMUM DSN

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan kominiti tanpa mengira kumpulan


etnik, agama, budaya, gender dan wilayah agar dapat menyertai dan memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan
hidup secara berterusan.

OBJEKTIF KHUSUS DSN

1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.


2. Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap
individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati, antara persekitaran
fizikal yang baik serta persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai
murni.
3. Dasar Sosial Negara juga digubal untuk memastikan bahawa keperluan hidup
yang menyeluruh menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan
komuniti.
4. Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap
individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah,
taraf perkhawinan dan keupayaan fizikal.
5. mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina.
6. Hal ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan
sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai maklamat
kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup.
7. Usaha berterusan dibuat untuk memastikan setiap individu memberi dan
menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.
8. Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial
perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota
masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan yang
bermutu.

MENJANA SINERGI MULTISEKTOR

1. Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor
swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga
dan sumber dalam masyarakat.
2. Kerjasama ini bertujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi
semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial
adalah tanggungjawab bersama.
3. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu
dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat
dioptimumkan.
4. Melalui usaha-usaha ini, kita dapat memupuk kesedaran di kalangan pelbagai
lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi
dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri,
keluarga dan komuniti.

JENTERA PELAKSANA

1. Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial


Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan
sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan.
2. Majlis Sosial Negara merupakan badan yang tertinggi.
3. Majlis Sosial Negara dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan
keanggotaan terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan dengan
sektor sosial.
4. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia.
5. Di peringkat negeri, Majlis Pembangunan Negeri dipengerusikan oleh YAB
Menteri Besar/Ketua Menteri.
6. Peranan mereka ialah merealisasikan Dasar Sosial Negara dan merancang
projek-projek pembangunan fizikal.
7. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu diantau bagi mamastikan kecekapan
dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial.
SOALAN :

1. Siapakah yang melancarkan Dasar Sosial Negara ?


A. Yang di-Pertuan Agong
B. Perdana Menteri
C. Timbalan Perdana Menteri
D. Setiusaha Majlis Parlimen

2. Antara penyataan berikut, yang manakah berikut merupakan tujuan Dasar


Sosial Negara ?
I masyarakat berpeluang memperkembangkan potensi diri
II mewujudkan alam sekitar yang bersih
III menjalinkan hubungan dengan negara luar
IV mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mantap

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3. Keseimbangan pembangunan dan kemajuan sosial termasuklah pembangunan


I emosi
II jasmani
III intelektual
IV rohani

A. I, II, III dan IV


B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

4. Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan badan yang tertinggi di


peringkat persekutuan di bawah Dasar Sosial Negara?

A. Majlis Parlimen
B. Majlis Sosial Negara
C. Majlis Amanah Rakyat
D. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

5. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara ?
I. Dasar Sosial Negara digubal untuk memastikan bahawa keperluan
hidup yang menyeluruh menjadi teras kehidupan setiap individu,
keluarga dan komuniti.
II. Majlis Sosial Negara dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
III. Majlis Pembangunan Negeri dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
IV. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara akan bertindak
sebagai Urusetia.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

You might also like