You are on page 1of 2

HUKUM DM dalam FRASA NAMA

1. (D) merujuk kepada “Diterangkan” manakala (M) merujuk kepada “Menerangkan”.


2. Sesuatu perkara yang mahu “Diterangkan” harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli
perkataan yang “Menerangkan”.
3. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita
menyatakan “pisang” sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli “goreng”
sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang
betul ialah “pisang goreng” bukannya “goreng pisang” kerana ia merujuk kepada
frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.

Unsur Diterangkan Unsur Keterangan Frasa


(D) Menerangkan (M)

Kelapa Muda Buah kelapa yang muda.


Orang Tua Orang yang sudah tua.
Guru Bahasa Guru yang mengajarkan bahasa.

Serbuk Cili Serbuk yang dibuat daripada cili.

Sos Tomato Sos yang dibuat daripada tomato.

Kedai Tayar Haris Kedai tayar kepunyaan Haris.


Keledek Goreng Keledek yang telah digoreng.
Rendang Daging Rending yang dibuat daripada
daging.

Susu Lembu Susu yang diambil daripada lembu.

Lembu Susu Lembu yang mengeluarkan susu.

Kekeliruan dalam Hukum DM

Bentuk yang Salah Bentuk yang Betul

Lain – lain hal Hal lain – lain


Lain – lain kata Kata – kata lain
Warung goreng pisang Warung pisang goreng
Pencuci serbuk Serbuk pencuci
Petroleum gas Gas petroleum
Kain sutera batik Kain batik sutera
Lim Klinik Gigi Klinik Gigi Lim
Tukang Jahit Marlia Marlia Tukang Jahit

Kekecualian dalam Hukum DM


1. Kekecualian Hukum DM berlaku apabila penerang mendahului unsur yang
diterangkan.
2. Berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan (terutamanya pada nama jawatan)

Menerangkan (M) Diterangkan (D)

Perdana Menteri
pembantu penyelidik
naib canselor
naib presiden
ibu pejabat
timbalan pengurus

Cari kesalahan dalam ayat – ayat di bawah.

1. Dia mengalami sakit perut kerana makan cili sos secara berlebihan.
2. Semasa tinggal di asrama, kami selalu dihidangi goreng telur atau roti bakar sebagai
hidangan utama.
3. Lain – lain pelajar yang melanggar disiplin telah dikenakan hukuman kelas tahanan,
manakala Ahmad pula dikenakan hukuman rotan.
4. Bapa mendapatkan rawatan di Hidayat Poliklinik pada setiap bulan.
5. Emak memasukkan telur kuning ke dalam adunan kek itu sebelum membakar kek
tersebut.
6. Emak menggunakan cili serbuk untuk menambahkan keenakan masakannya.
7. Pemandu mini bas itu sudah berkhidmat dengan syarikat tesebut hampir sepuluh tahun.
8. Abang saya menukar tayar di Silverstone Pusat Servis Tayar kerana tayar keretanya
telah haus.
9. Encik Sani menghadiahi isterinya sehelai mini telekung yang bersulamkan benang
emas.
10. Ahmad telah ditahan oleh tentera polis kerana melarikan diri daripada tugasnya
sebagai askar.
11. Negara – Negara Tenggara Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang melalui
pertubuhan ASEAN.
12. Satu rampasan mercun terbesar telah berjaya dilakukan oleh pihak kastam Perlis.
13. Dia membuka gerai menjual goreng kerepek di hadapan rumahnya untuk
menambahkan pendapatan.

You might also like