You are on page 1of 3

UNIT INTERVENSI DAN PENGAYAAN KANAK – KANAK

PENGENALAN

Unit Intervensi dan Pengayaan Kanak – Kanak telah dibuka pada


11/05/1999 dengan menggunakan nama “Milestone Child Intervention and
Enrichment Centre”. Pada tahun 2001, perkataan “Milestone” telah digugurkan
dan nama Unit menjadi Child Intervention and Enrichment Centre atau Unit
Intervensi dan Pengayaan Kanak – Kanak dan nama tersebut kekal sehingga
kini.

Semasa Unit ini dibuka, ianya dikendalikan oleh seorang Jururawat U 29.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2004, Jururawat berkenaan telah dinaikkan
pangkat dan Unit ini dikendalikan pula oleh seorang Ketua Jururawat U 32
sehingga 16/02/2005. Unit ini dikendalikan semula oleh seorang Jururawat U 29
sehingga kini.

Atas keperluan Kualiti dan untuk meningkatkan lagi mutu intervensi di Unit
ini, pada 14/08/2006, seorang Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29 telah
ditempatkan di Unit ini bagi membantu dalam intervensi kanak – kanak yang
semakin bertambah dari masa ke semasa.

Pada 21.07.2008, penstrukturan semula unit ini telah dibuat. Unit ini kini
berada di bawah Unit Pemulihan Carakerja yang akan dikawalselia oleh seorang
Jurupulih Perubatan Carakerja U 32. Walaubagaimanapun, Sasaran Kerja
Tahunan bagi kakitangan Kejururawatan masih berada di bawah tanggungjawab
Unit Kejururawatan. Semua aktiviti – aktiviti klinikal adalah dibawah
tanggungjawab Jurupulih Perubatan. Ini merangkumi penilaian, komunikasi
dengan Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan berkaitan kes dan juga arahan
berbentuk intervensi ke atas kanak – kanak yang dirujuk kepada kakitangan
Kejururawatan. Segala perubahan intervensi yang difikirkan perlu oleh
kakitangan Kejururawatan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada Jurupulih
Perubatan sebelum dilaksanakan. Aktiviti – aktiviti pentadbiran seperti
pengurusan cuti, laporan – laporan berkaitan pula adalah tanggungjawab pihak
Kejururawatan. Kakitangan Kejururawatan juga dianggap sebagai pelaksanan
intervensi.

VISI

Menyediakan rawatan pemulihan yang cekap dan berkesan kepada


pelanggan yang dirujuk oleh Pakar Psikitari kanak – Kanak agar pelanggan
berdikari dan berfungsi dengan optima mengikut keupayaan masing –
masing.

MISI

Memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai


kepuasan kepada pelanggan dan keluarga pelaggan melalui pengamalan
budaya korporat dan peningkatan Kualiti yang berterusan.

OBJEKTIF

Menjalankan aktiviti intervensi dan pengayaan kepada pelanggan untuk


mempertingktkan tahap kefungsian mental dan sosial pelanggan serta
menyediakan latihan kemahiran dan teknik khusus kepada ibubapa dan
penjaga.

PERJAWATAN

Bil Jawatan Pengisian

1 Jurupulih Perubatan Carakerja U29 1


2 Jururawat Terlatih U29 1

3 Jururawat Masyarakat U19 1

4. Penolong Jururawat U14 1

5 Pembantu Perawatan Kesihatan U3 1


 

AKTIVITI

Program Intervensi dan Pengayaan adalah untuk kanak – kanak kurang


upaya intelek 12 tahun ke bawah yang dirujuk melalui klinik Psikiatri oleh
Pakar psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang. Perkhidmatan adalah mengikut
waktu pejabat setiap hari dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari
kelepasan Am.

Waktu rawatan adalah seperti berikut :

Hari Isnin hingga Khamis 8.00 pagi – 1.00petang

2.00 petang – 5.00petang

Hari Jumaat 8.00 pagi – 11.30 pagi

2.00 – 5.00 petang

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

1.    Aktiviti Integrasi Sensori


2.    Aktiviti Latihan Penjagaan Diri.
3.    Aktiviti Latihan Skil Motor Halus.
4.    Aktiviti Latihan Skil Motor Kasar.
5.    Aktiviti Latihan Interaksi Skil Sosial.
6.    ‘Behaviour Modification’
7.    Aktiviti Rangsangan Kefungsian Kognitif.
8.    ‘Leisure’ / Rekreasi.

You might also like