You are on page 1of 82

TAMADUN ISLAM

1.1 KEADILAN DALAM ISLAM


-Keadilan sebagai satu konsep terpenting dalam Islam.
-Maksud keadilan mengikut Kamus Dewan Bahasa
Dan Pustaka:
Adil:
 Jujur,lurus, tak memihak mana-mana pihak.
 sepatutnya, selayaknya, sewajarnya
 saksama, tak berat sebelah
 benar
 Keadilan: pengertian, taakul, kebolehan befikir
dengan bijak, pertimbangan dengan teliti,
kesaksamaan.
2) kebenaran
 Al Quran: An-Nahl:90 “Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu berlaku adil dan membuat
kebaikan”
 As sunnah: Rasulullah bersabda sebagaimana
katanya: “Sekiranya Fatimah Binti Muhammad
mencuri, akan aku potong tangannya.”
Dari Segi Pemerintahan
 Islam sangat-sangat menyuruh pemimpin berlaku adil

terhadap rakyat yang dipimpin mereka tanpa mengira


agama, bangsa dan jantina. Orang bukan Islam yang
bermastautin di Negara Islam wajib dipelihara darah
dan hartanya sebagaimana orang Islam.
 Harta kekayaan Negara juga wajib dibahagikan

kepada semua rakyat tidak kira muslim atau tidak.


Dari Segi Perundangan Islam
 Hukuman Hudud

Konsep keadilan dalam jenayah hudud bukan saja


memihak kepada mangsa jenayah tapi juga
kepada penjenayah.

 Contoh:
1) Jenayah mencuri.
Kepada mangsa: haknya terbela dan bagi bakal-
bakal mangsa, hukuman potong tangan
penjenayah boleh menenangkan hati bakal-bakal
mangsa kerana penjenayah tidak akan melakukan
jenayah tersebut lagi
 Kepada penjenayah: hukuman hanya boleh dijatuhkan
sekiranya jenayah yang dilakukan memenuhi syarat-
syarat untuk disabitkan dengan jenayah tersebut.
Misalnya barang yang dicuri mencapai had nilai tertentu
dan barang yang dicuru diambil dari tempat simpanan.

 2)-Jenayah berzina.
Kepada penjenayah:
-terdapat syarat-syarat yang agak ketat sebelum seorang
penzina boleh disabitkan kesalahan zina antara syarat-
syarat tersebut adalah mestilah ada 4 orang saksi yang
melihat dengan jelas perbuatan tersebut dilakukan tanpa
ada ragu sedikit pun.
-Allah membezakan hukuman antara penzina yang
sudah berkahwin dengan penzina yang masih bujang.
 3)-Jenayah menuduh wanita suci berzina
Kepada mangsa: Islam menjaga maruah mangsa dan bakal
mangsa dengan cara menghukum orang yang menyebar fitnah
tanpa bukti.
 4) Jenayah murtad.
Kepada penjenayah: Orang yang murtad diberi peluang
secukupnya untuk kembali kepada Islam dengan cara mewajibkan
proses pentarbiahan kembali orang yang murtad tersebut.
 5) Jenayah memberontak.
Kepada penjenayah: Orang yang memerangi Negara juga diberi
kesempatan untuk menjelaskan sebab utama mereka bertindak
demikian.
6) jenayah merompak dijalanan.
hukuman untuk jenyah ini berbeza mengikut jenayah yang dilakukan dalam
proses merompak.

7) Jenayah minum arak


Kepada Penjenayah: Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa walaupun mulut
peminum berbau arak tetapi tiada saksi yang melihat dia minum arak, dia
tidak boleh dijatuhkan hukuman.

Hukuman Qisas -bunuh


-mencederakan

Keluarga mangsa akan mendapat pampasan (diyah) sekiranya jenayah


tersebut dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa niat atau apabila keluarga
mangsa memaafkan penjenayah tersebut.
Hukuman Ta’zir

Walaupun ada hukuman dibawah hudud dan qisas


namun masih terdapat banyak jenayah yang
memerlukan kuasa hakim untuk memutuskan
hukuman.

Prosidur pensabitan kesalahan.

Dalam Islam, hanya penjenayah yang benar-benar


dibuktikan bersalah sahaja yang akan dihukum.
Penjenayah juga dibenar membela diri.
Undang-undang Faraid dan Wasiat

Dalam pembahagian harta pusaka, waris lelaki akan


mendapat nisbah yang lebih besar iaitu 2/3
berbanding waris perempuan yang hanya mendapat
1/3.
Sebab utama adalah kerana lelaki memikul
tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita.
Dalam undang-undang wasiat, Islam menetapkan
had nilai harta yang boleh diwasiatkan iaitu hanya
1/3 daripada harta keseluruhan. Ini bagi menjaga
hak waris yang masih hidup.
Undang-undang Keluarga Islam

Dalam undang-undang keluarga Islam, suami diberi


hak untuk melafazkan talak, namun begitu isteri
juga diberi hak untuk memohon cerai dengan cara
tebus talak, ta’liq atau fasakh.
 Islam menetapkan had aurat bagi wanita dan lelak
bagi memelihara maruah dan bagi menjaga
keharmonian sejagat.
 Islam juga menggariskan had pergaulan lelaki dan
perempuan bagi tujuan yang sama.
1. Cemerlang - suatu tuntutan Islam.
2. Menekankan budaya itqan.
3. Meningkatkan kualiti secara berterusan –
muhasabah dan hijrah.
4. Kecemerlangan secara kolektif – jamaah.
KECEMERLANGAN MERUPAKAN TUNTUTAN
AGAMA

”‫أن هللا كتب األحسان على كل شىء فاذا قتلتهم فأحسنوا القتلة واذا‬
‫“ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته‬
‫رواه مسلم‬
Allah menetapkan perlakuan ihsan atas semua perkara, jika kamu
membunuh, maka perelokkan pembunuhan kamu dan jika kamu
menyembelih maka perelokkan penyembelihan kamu, dan asahlah
salah seorang dari kamu pisau, agar menenangkan binatang
sembelihan.
• MENUNAIKAN YANG WAJIB
• MENYEMPURNAKAN YANG SUNAT

• MENINGGALKAN YANG HARAM

• MENJAUHI YANG MAKRUH

• MENIMBANGTARA YANG HARUS


JADILAH SEPERTI
LEBAH
“Menggunakan sumber
yang baik dan
melahirkan perkara
yang baik”

“ Menghasilkan madu
yang banyak untuk
kegunaan orang lain
bukan sahaja untuk
kepentingan diri
sendiri”
Pengenalan
Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga
yang tertentu. Sebagai sebuah institusi sosial yang asas,
keluarga mempunyai pengaruh dalam mewujud dan
membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli-
ahli komuniti berhubung rapat antara satu dengan lain
secara kualitatif, bersimpati antara satu sama lain serta
peka dan bertanggung jawab ke atas kesejahteraan dan
keperluan ahli-ahlinya. Untuk mewujudkan suasana
keluarga yang positif dan kondusif, tunjukkan kasih
sayang dan wujudkan interaksi yang sihat di kalangan
ahli keluarga.
Punca berlakunya keruntutan institusi kekeluargaan
1. Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
 Pada umur 18 tahun kebawah mereka mumpunyai

perasaan ingin tahu yang kuat.


 Mereka akan ingin mencuba semua perkara yang

berlaku di sekeliling mereka.


 Ia akan menjadi sesuatu yang buruk jika tiada orang

membimbing mereka atau di pengaruhi kawan-


kawan.
 Ia akan membuat perkara tersebut tanpa memikirkan

baik atau buruk perkara tersebut.


2. Pengaruh Rakan Sebaya
 Kawan-kawan selalunya menjadi pembimbing atau
pengaruh untuk melakukan sesuatu yang buruk
seperti mencuri, memukul orang dan sebagainya.
 Umpamanya mereka lebih percaya rakan dan
memahami mereka. Tetapi disebaliknya rakan
tersebut akan mempengaruhi untuk melakukan
keburukan.
3. Pengaruh Media Massa
 Ia juga menjadi punca utama anak-anak mengikut
gejala sosial yang buruk.
 Tidak semua yang ditunjukkan adalah buruk tetapi
ada segelintir rancangan menunjukkan tentang
pergaulan bebas dalam kalangan remaja,program-
program realiti dan rancangan yang bersifatkan
hiburan semata-mata.
 Umpamanya jenis pergaulan yang jauh
ketimuran,cara berpakaian yang tidak sopan, dan
gaya hidup mengikut cara barat.
3.3 sebab berlakunya kejatuhan institusi
kekeluargaan
1. Kemahiran berkomunikasi
 Seseorang itu sama ada komunikasi antara orang tua
dan ahli keluarga secara menerus atau tidak boleh
mempengaruhi institusi kekeluargaan tersebut.
 Kegagalan berkomunikasi akan menyekatkan
pembentukan moral sebuah keluarga.
 Komunikasi yang kurang lancar akan menyebabkan
ketegangan.
 Ketegangan akan menyebabkan berlakunya
perbalahan dalam sesebuah keluarga, seperti contoh
antara bapa dan anak yang bertelagah kerana hal yang
kecil
2. Kewibawaan dan Keteladanan
 Para ibu bapa tidak menunjuk teladan yang baik
kepada anak-anak
 Seperti ibu bapa sentiasa bergaduh dan mereka
tidak ambil peduli perasaan ank mereka.
 Ibu bapa juga tidak menasihati, mengingatkan dan
menegur kesilapan anak mereka dan sesama
sendiri.
 Tidak ada kewibawaan orang tua mengakibatkan
kurang kepercayaan anak terhadap orang tua
tersebut.
3. Tiada sokongan moral
 Berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan di
sebabkan tiada sokongan moral di berikan kepada
anak.
 Seperti tidak mengambil kisah tentang anak dan
tidak mengambil tahu tentang apa yang di lakukan
oleh anak tersebut.
 Tidak memberi pujian kepada anak jika mereka
mendapat sesuatu keputusan yang baik dalam
pelajaran.
4. Kehidupan dan Suasana
 Selalunya keadaan ini berlaku jika berlaku
pergaduhan atau perbalahan dalam keluarga.
 Sebagai contoh jika ibu dan bapa bergaduh dalam
rumah tersebut akan mewujudkan suasana yang
tidak aman dan tidak selesa terhadap si anak
tersebut.
 Ini akan menyebabkan si anak tersebut merasakan
bahawa mereka ini tidak penting lagi dan berasa
takut untuk duduk di rumah akan mendorong
mereka kearah yang buruk.
5. Tingkah Laku dan Tabiat
 Tingkah laku ibu bapa akan mendorong anak-anak
mengikut apa yang di lakukan oleh ibu bapa
mereka seperti kata perpatah “Bapa borek anak
rintik”.
 Ibu bapa yang menunjukkan sikap yang buruk akan
menyebabkan anak-anak melakukan perkara yang
sama apa yang di lakukan oleh ibu bapa mereka.
 Seperti contoh jika bapa tersebut meminum
arak,mungkin pada suatu hari anak nya akan
mengikut sikap bapanya yang suka minum arak
jika tiada didikan agama yang betul.
6. Pendidikan Agama
 Di sebabkan kekurangan agama oleh ibu bapa
tersebut yang menyebabkan berlaku kejatuhan
sesebuah institusi kekeluargaan.
 Mereka tidak dapat membezakan antara baik atau
buruk dan mereka tidak tahu hukum-hukum yang
telah ditetapkan dalam setiap perkara yang
dilakukan.
 Semakin lemah pengetahuan agama ibubapa
tersebut maka semakin kuat si anak untuk
terjerumus dalam gejala sosial.
Cara mengatasi dari berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan
1.Pendidikan Agama
ibu bapa dalam menanamkan proses pelaziman pada
anak-anak mereka berhubung dengan pendidikan
agama dan moral.
Sebagai contoh bahawa membiarkan anak kecil yang
menggangu bapanya sedang solat. Ini adalah sifat
yang murni kerana anak tersebut berada dalam sesuatu
keadaan yang sedang berlakunya kearah nilai-nilai
keislaman.
Ini akan menyebab berlaku pengalaman rohani
terhadap anak tersebut dan meniru apa yang bapanya
lakukan.
2. Kekuatan ilmu
 Ilmulah yang akan mempertingkatkan kualiti
kehidupan berkeluarga sebab dengan ilmu
seseorang dapat membezakan antara yang baik
dengan yang buruk, yang canggih dengan yang
primitif, penawar atau propaganda, bermanfaat atau
berbahaya.
 Oleh itu setiap ibu bapa perlu memperoleh ilmu
tentang ciri-ciri keluarga bahagia, ilmu pengurusan
keluarga, fungsi keluarga, matlamat dan kaedah
pemeliharaan anak, kaedah pendidikan kanak-
kanak, corak kawalan dan disiplin keluarga.
3. Kemahiran komunikasi
 Satu punca utama tidak ada hubungan yang baik di
dalam keluarga adalah kerana kegagalan ahli
keluarga untuk mewujudkan komunikasi yang
berkesan.
 Semasa berkomunikasi, kita perlu menyampaikan
mesej secara terus terang.
 Untuk menjadi pengucap yang berkesan, seseorang
itu perlu memahami diri sendiri, memahami
pendengar, dan memahami konteks komunikasi itu
dibuat.
 Gunakan bahasa atau perkataan yang positif dan
baik apabila berbicara dengan anak-anak atau
sesama ahli keluarga.
4. Keterampilan Pengurusan
 Falsafah pengurusan keluarga mestilah dibentuk
berasaskan ciri-ciri yang positif seperti nilai murni,
pintar cerdas, dan kebijaksanaan bertindak.
 Amalan “ cakap tidak serupa bikin” atau “ seperti
ketam menyuruh anaknya berjalan betul” boleh
melemahkan kebolehan ibu atau bapa untuk
menguruskan keluarga dengan berkesan.
 Keluarga perlu dibina di atas dasar amal makruf
iaitu pergaulan dan kehidupan bersama secara
rukun dan damai, toleransi, sabar, sentiasa memberi
kemaafan dan tabah menghadapi cabaran hidup.
5. Kecekapan Perbelanjaan
 Pembentukan perhubungan keluarga yang baik
juga perlulah tidak segan untuk membincang
secara terbuka tentang sumber kewangan dan cara
penggunaan wang dalam keluarga.
 Tabiat dan gelagat suami, isteri, atau anak-anak
dalam perbelanjaan wang perlu diawasi kerana
tabiat boros memberi kesan negatif kepada
kesejahteraan keluarga.
 Jika tidak ada perkongsian dan persetujuan tentang
bagaimana wang patut digunakan, semangat
kemesraan dalam keluarga akan terjejas.
6. Aktiviti Keluarga
 Ibu bapa perlu menentukan keutamaan dalam
aktiviti hidup dan menetapkan masa yang khusus
untuk aktiviti bersama- sama keluarga.
 Perancangan bagi menggunakan masa lapang perlu
dibuat secara bersama-sama tanpa mengongkong
matlamat dan keputusan.
 Perhubungan antara ahli keluarga akan menjadi
bertambah baik dan erat sekiranya terdapat masa
yang khusus bagi mereka melibatkan diri secara
bersama-sama dalam kegiatan rekreasi atau riadah.
 Kegiatan rekreasi yang menyeronokkan dapat
mengurangkan salah faham dan ketegangan yang
mungkin timbul antara ahli keluarga.
7. Pentadbiran Keluarga
 Di bawah kepimpinan bapa, ahli keluarga
menentukan tugas dalam keluarga dan membentuk
rancangan bagi melaksanakan tugas tersebut.
 Setiap ahli dalam keluarga memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing ke arah
mewujudkan perhubungan yang baik.
 Jadikan tabiat sentiasa belajar daripada kesalahan
membolehkan ahli keluarga menjalankan tugas
masing-masing dengan berkesan.
8. Kasih Sayang dan Hormat Menghormati
 Yakini ‘Keluargaku Syurgaku’. Terapkan slogan ini
dalam pemikiran setiap ahli keluarga. Perasaan
cinta, kasih dan sayang antara satu sama lain akan
terjalin dengan sendiri jika slogan ini diamalkan
dalam keluarga.
 Ibu bapa sendiri dahulu perlu membentuk budi
pekerti yang baik akhirnya akan menyebabkan
anak-anak akan menghormati antara satu dengan
yang lain kerana anak-anak mudah terpengaruh
dengan tingkah laku mereka.
 Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-
risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu
meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan
menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa
yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar
dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah
digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”,
“undercounter payment” dan “duit pelincir.”

 Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang
bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan
kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan
nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.
PECAH AMANAH
 Pecah amanah bermaksud seseorang yang menyalahgunakan kepercayaan
dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk kepentingan
peribadinya ataupun orang lain yang ada hubungan dengannya. Contohnya
seperti pegawai-pegawai yang sanggup melakukan bermacam-macam
aktiviti yang tidak beretika kerana lebih mengutamakan arahan ketua
daripada undang-undang kerajaan.

PENIPUAN
 Penipuan bermaksud suatu perbuatan curang atau dalam bentuk kata-kata
dusta dengan tujuan untuk memperdaya orang lain. Contohnya , seorang
pegawai yang menipu ketuanya dengan tujuan untuk mendapat
keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam organisasinya.
SALAHGUNA KUASA
 Salahguna kuasa pula bermaksud seseorang yang menggunakan kedudukan dan
pangkat yang ada padanya untuk kepentingan peribadi. Perbuatan ini dilakukan
oleh golongan yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam sesebuah
organisasi. Contohnya, seseorang pegawai yang meluluskan kontrak kepada
pihak-pihak tertentu dan menerima wang atau keistimewaan-keistimewaan
tertentu sebagai balasannya.

POLITIK WANG
 Politik wang pula bermaksud pemberian sogokan ( rasuah ) dalam konteks
politik dalam bentuk wang ringgit, lesen, tender, saham, kemudahan istimewa,
jawatan, percutian dan sebagainya.
 Faktor Kelemahan Individu 
 Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi.
 Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya.
 Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros.

 Faktor Sosial dan Kebudayaan 


 Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika .
 Keadaan masyarakat yang buta huruf.
 Amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan.
 Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada
seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong.
 
 Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran 
 Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
 Melambatkan-lambatkan urusan pejabat
 Terlampau banyak penurunan kuasa

 Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi 


 Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan
 Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.

 Faktor Politik 
 Mencari kekayaan melalui politik
 Menyalahgunakan kuasa.
Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara
kesan-kesan yang dikenalpasti ialah :  

 Ketidakadilan Sosial
 Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang
mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan
tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas
kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak mereka
sebagai warganegara.

 Meninggikan kos hidup  


 Para peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan
dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan
inflasi dan kos hidup meningkat.
 Membahayakan nyawa
 Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka
yang terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan
tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini akan
menyebabkan bangunan atau jalan raya yang boleh
membahayakan nyawa orang ramai.
 
 Mengancam keselamatan negara
 Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara
haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana
menerima rasuah boleh mengancam keselamatan negara.

 Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang  


 Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang
dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih yang menjadi
mangsa adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan.
 Langkah-langkah membendung gejala Rasuah :

 Memantapkan lagi pendidikan agama dan moral di dalam institusi


keluarga, sekolah dan masyarakat.
 Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
 Mengadakan kempen-kempen kesedaran melalui seluruh media masa
dan jentera pentadbiran Negara.
 Menghidupkan budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur.
 Ciri Rasuah Yang Unik
 Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam
kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang
berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah
sukar dikesan.

 Faham Materialistik Yang Semakin Menebal


 Terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan
keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai muni, kawalan
dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
 
 Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar
 Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada
pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama
dan nilai murni tidak releven lagi dan lama kelamaan sensitiviti terhadap ajaran
agama dan nilai murni semakin kurang.
 Ikatan Sosial Yang Rapuh
 Hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik atau ukuran benda,
kepentingan perniagaan dan kekayaan. Hubungan kejiranan semakin
renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan
sudah malap. Makan tindakan yang diambil tidak diambil hirau risikonya
kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.

 
 Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas
 Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah
rasuah di bawa ke pengadilan. Jika pun dibawa, masalah-masalah lain pula
yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi
dan seumpamanya.
 
 Iltizam Kepimpinan Yang Lemah
 Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap melarang pengikut dari
amalan rasuah. apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah.
Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini
bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan
sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.
 
 Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah
dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu
samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan.
Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-

  Allah s.w.t. berfirman: 


 “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-
amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).”
Surah Al-Anfal ayat 27

 Rasulullah s.a.w. bersabda: 


 “Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah
seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka
harta itu akan membawanya ke Neraka.”
(Riwayat al-Bukhari)
 Salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah kejadian alam dan
isi kandungannya.
 Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk
memudahkan manusia menjalani kehidupan dengan baik dan
sempurna.
 Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia.
Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat
perhubungan.
 Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik
dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.
 Kerosakan alam sekitar pada masa kini telah menjadi perkara
biasa.
 Antara kerosakan yang berlaku pada alam sekitar ialah tanah
runtuh, tanah jerlus, pencemaran air, kepanasan yang melampau,
dan sebagainya.
 Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa
kemusnahan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah berpunca
daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:(Surah Ar-
Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan
oleh tangan-tangan manusia.
 Pencemaran Udara
 Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah. berbahaya
yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan
menjejaskan kehidupan atau bahan lain.

 Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah:


 Asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung karbon
monoksida yang membahayakan kesihatan.
 Asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang.
 Debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan pembinaan, dan
sebagainya.
 Pembakaran sampah sarap secara terbuka.
 Asap daripada rokok.
 Pencemaran Air
 Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku pada
kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak lagi selamat
untuk hidupan air dan kegunaan manusia.
 Pencemaran air memberikan kesan negatif kepada manusia
sekiranya digunakan.

 Antara punca berlakunya pencemaran air ialah:


 Kesan daripada bahan buangan kilang-kilang seperti bahan kimia,
cat, sisa-sisa logam, minyak, dan sebagainya yang dibuang ke dalam
sungai.
 Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam air
seperti parit dan sungai.
 Penerokaan hutan yang berleluasa menyebabkan berlakunya hakisan
tanah, tanah runtuh, dan sebagainya.
 Pencemaran Tanah
 Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang dilakukan terhadap
sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan
hakisan tanah.

 Antara punca berlaku pencemaran tanah ialah:


 Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal daripada kilang dan
sebagainya.
 Pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat.
 Penggunaan racun serangga secara berlebih.
 Pencemaran Bunyi
 Pencemaran bunyi bermaksud bunyi yang berlebih sehingga
mengganggu keselesaan hidup.
 Bunyi bising yang negatif biasanya melebihi 80 desibel (dB).

 Antara punca berlakunya pencemaran bunyi ialah:


 Bunyi kenderaan berenjin seperti kapal terbang, kereta api, dan lori.
 Bunyi mesin dan jentera daripada kilang.
 Bunyi daripada kuari pemecah batu dan enjin gerudi.
 Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.
 
 
 Pencemaran dan kerosakan alam yang berlaku boleh diatasi
dengan melakukan perkara berikut:
 a. Menanam kesedaran di kalangan masyarakat tentang
pentingnya alam sekitar kepada kehidupan.
 b. Menyediakan kemudahan dan mekanisma yang dapat
membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan
alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya.
 c. Mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar.
 d. Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
kampung, taman perumahan, dan sebagainya.
 e. Penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan
hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan
pencemaran.
 Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada
pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan.
 Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita
akan diselubungi dengan bencana alam dan keindahan yang selama
ini kita nikmati akan musnah.
 Pengabaian kepada alam sekitar juga menyebabkan kita mudah
diserang penyakit dan wabak yang berbahaya.
 Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia samada asli atau
tiruan,apabiladimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik,dihidu,dihisap
atau dimakanboleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma
dari segi fizikal atau mental.
 Dadah juga adalah bahan yang digunakan untuk merawat
penyakit,mengurangkan simtom atau mengubahsuai proses didalam badan
untuk tujuantujuan tertentu.
 Perkataan drug dipinjam daripada bahasa Inggeris. Perkataan drug lebih banyak
digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan(iaitu ubat),manakala perkataan
dadah membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.
CARA TANDA KESAN
Nama/Bentuk PENGAMBILAN PENGAMBILAN PENGAMBILAN

Khayal- halusinasi, Mengantuk, badan


Candu Asli Dihisap dengan Euforia - kesugulan, menjadi lemah,
paip,telan, makan pemikiran/ mengalami
pertimbangan gangguan
kurang jiwa
Ketagihan,
kelemahan
fizikal dan
mental
Dicairkan, Pergerakan tidak Rasa resah, cirit
Morfin Disuntik kedalam seimbang,tindakbls birit, sakit perut,
pembuluh darah lambat, mata hitam rasa sejuk, berpeluh
dengan jarum mengecil, hidung HIV/AIDS,
suntikan. berair, mual/muntah, gangguan jiwa,
hilang selera makan lebih dose,
mati
Masuk dalam Muka jadi merah, Tanggapan kabur,
rokok, mata tidak dapat fokus
dihisap,chasing hitam menjadi dan pengguna
Heroin /Kodein the dragon, kecil, akan
disuntik, dicair tiada menjadi tidak
Diminum dlm ubat pertimbangan& sedar,
batuk selera makan, bingung/
hyperaktif, berkelakuan
bertambah risau, seperti orang
terlalu sensitif, mabuk,
tekanan darah, Ambil berlebihan
suhu kekejangan
badan, mengalami Hepatitis,
emosi yang negatif Kancing gigi,
Keracunan
darah, HIV /
AIDS. Mati
CARA TANDA KESAN
NAMA/BENTUK PENGAMBILAN PENGAMBILAN PENGAMBILAN
Ganja Dihisap dalam Khayal, Pergantungan,
Hashish rokok dan sugul/kecewa, ketagihan,
Marijuana - dikunyah, tindakbalas tekanan jiwa,
Ganja merujuk dicampur dalam kelakuan halusinasi,
kepada bahagian makanan seperti berubah macam bertambah
daun dan pucuk nasi dan biskut mabuk, bila selera makan,
berbunga pokok berdepan pergerakan tidak
kanabis yang dengan rasa agresif
menyerupai cemas dan Peribadi merosot
tembakau . takut, mata dan
merah, tidak kadang kala sakit
boleh tidur, otak akan
sakit perut, menyerang
hilang selera sekiranya
Makan penyalahgunaan
berpanjangan.
NAMA/ CARA TANDA KESAN
BENTUK PENGAMBILAN PENGAMBILAN PENGAMBILAN
Gam, ubat Dihidu melalui Bertindak di Loya, bersin,
nyamuk, hidung. atas sistem hidung
minyak Nota : saraf pusat, berdarah,
petrol, cat Kebanyakan khayal, halusinasi letih tidak
cair, pengambilan ini bertenaga,
thiner, dilakukan oleh hilang selera
cecair remaja dan belia makan, tubuh
pemetik mengeletar,
api, spray Susut berat
rambut, badan,
krim pendarahan
pencuci dalam otak,
hapetitis B,
sistem saraf
tunjang rosak,
ganguan paruparu
dan saluran
penafasan, mati.
 Menurut kajian oleh Dr Abdullah Al-Hadi dari Fakulti Pembangunan
Manusia Universiti Pertanian Malaysia melalui kajiannya’ Family Factors
And Youth Involvement in Drug Abuse Behavior; A Comparative Study
Between Drug Abusers and Non Drug Abusers in Peninsular Malaysia”
(1992) terdapat tiga aspek kekekurangan iaitu:
 Komunikasi antara ibu bapa dan anak
 Asuhan ibu bapa kepada anak dan
 Keterlibatan ahli keluarga dalam perilaku penyalahgunaan dadah.

 Mengikut kajian pakar perubatan dan pakar yang membuat penyeklidikan


serta penagih –penagih dadah dan mereka yang menyalahgunakan dadah
faktor – faktor yang membawa kepada penyalahgunaan dadah pula seperti
berikut:
 Ingin mengetahuai dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya
sendiri.
 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya dadah tersebut.
 Dipengaruhi oleh rakan-rakan dan oleh sebab hendak menyesuaikan
dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
 Mencari kententeram jiwa kerana terlibat sesuatu masalah dalam
kehidupan
 Tidak menggunakan masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
 Mengikut kehendak hati muda.
 Rumahtangga yang tidak bahagia.
 Tidak ada kemesraan dalam hubungan ibu bapa dan anak-anak.
 Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada
kemampuan.
 Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar untuk
menjalankan pengaruhnya.
 Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai murni dalam
agama.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang di derita
 Adanya perubahan atau kemerosotan kehadiran atau prestasi mutu kerja,hasil
kerja dan disiplin di sekolah atau tempat kerja.
 Marah-marah atau meradang tidak tentu sebab.
 Turun berat badan dan selalu menguap dan tidak bermaya.
 Hilang selera makan atau selera bertambah.
 Permukaan mata berkaca,cengkung,mata berair dan kuyu.
 Apabila bercakap tidak bertentang mata.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri,tidak ceria ,muka menjadi pucat.
 Parut atau bekas suntikan di lengan.
 Diri menjadi tidak terurus dan malas mandi dan malas gosok gigi.
 Hujung kuku dan jari menjadi kekuningan atau kemerahan.
 Penagih memerlukan rawatan yang merangkumi aspek mental,rohani dan
jasmani. Mengikut Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Map Training
and Consultancy menggunakan pendekatan yang mengambungkan perubatan
tradisional.perawatan Islam dan psikologi moden melalui tiga cara iaitu :
 Rawatan Jasmani:
 Pelatih akan diberi minum campuran herba tradisional yang dirumus khas
untuk membuang keracunan dadah. Pelatih seterusnya dimandikan dan
diberikan urutan badan . Urutan badan perlu untukmembetulkan semula urat
saraf,melancarkan perjalanan darah,membuang angin-angin dalam badan dan
menguatkan kembali otot-otot badan.
 Rawatan Rohani:
 Pelatih diajar kembali tentang hakikat hidup sebagai seorang Islam dan
tujuan dijadikan Khalifah Allah di bumi ini. Pelatih terlebih dahulu
disyadahkan kembali sebab sepanjang tempoh penagihan mungkin
syadatain mereka batal,sama ada secara sedar atau tidak. Disamping itu
pelatih juga diberikan zikirzikir khusus untuk menguatkan hati dan
mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sungguh-sungguh.
 Rawatan Minda:
 Rawatan ini adalah satu cara rawatan yang paling sukar kerana ia
melibatkan perasaan rindu dan ingatan yang begitu mencengkam terhadap
dadah. Tetapi dengan menggunakan pelaziman minda,rawatan ini dapat
membaik pulih ingatan penagih agar sebarang ingatan tidak lagi menarik
mereka kembali menagih.
 Penagih disarankan mengambil Methadone dalam bentuk cecair setiap hari
untuk mengawal ketagihan dan ini lebih kurang sama dengan bagaimana
kita mengawal penyait lain pada tubuh sebagai contoh diabetis.
 Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit
yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human
Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh
ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

 AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem


imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang
bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman
bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri.
Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah
kepada:

1. Pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang


normal.
2. Beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku.
 HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah
putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini
membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh
virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini
tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah
dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan
turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

 Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV.


Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :

 Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu


 Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan
sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu

 Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan
gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.

 Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar
'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk
Sarkoma Kaposi.

 Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini,
mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu
lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.
 Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia
dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang
telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.

 HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang
telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-
bendalir tubuh seperti:

1. Darah
2. Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
3. Rembesan faraj
4. Susu badan
 AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan
faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari
ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.

 Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda


terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua


jantina.

2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur.

3. Berkongsi jarum dan di kalangan penagih dadah.


4. Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom)
bersama-sama individu yang telah dijangkiti.

5. Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke
dalam sistem peredaran darah orang lain.

6. Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung.

7. Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya
seperti melalui pemindahan organ).
 Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :

1. Berpegangan tangan.

2. Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak.

3. Berjabat tangan.

4. Bekerja bersama.

5. Bermain.

6. Ciuman ringan.

7. Berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam


mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk.
8.Menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah
steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan
untuk menderma darah.

9. Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di
Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah
bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap
jangkitan virus AIDS.

10. Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus
AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.
 Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

1. Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

2. Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan

3. Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala


ataupun berterusan

4. Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.


5. Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster
merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh
kehadiran lepuhan pada kulit.
6. Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan
sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
7. Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes
simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat
sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.
 Apkah maksud budaya itqan
 Apakah contoh-contoh pengamalan konsep
Keadilan sosial yang terdapat di Malaysia? Serta,
apakah kesan positif dan juga kesan negatif
disebabkan oleh konsep keadilan sosial ini?.
 Pada pandangan anda berikan sebab mengapa
sekarang terlalu ramai terjebak dalam keruntuhan
akhlak?
SEKIAN TERIMA
KASIH ATAS
PERHATIAN ANDA…

You might also like