Professional Documents
Culture Documents
Di pihak lain, kaum muslimin yang berjumlah 10 ribu orang anggota yang
telah menyerbu dan menakluk kota Mekah sudah bersiap sedia berangkat
ke Hunain. Pasukan ini telah pun ditambah dengan dua ribu orang mualaf,
orang yang baru masuk Islam dari penduduk Mekah. Sebuah
penghormatan dan harga diri kadang kala menjadi suatu yang amat
berharga sehingga apaun yang dimiliki dapat dikerahkan untuk
mendapatklan kembali harga diri tersebut. Begitulah yang terjadi kepada
orang-orang Arab yang merasa kehormatannya diragut oleh umat Islam
Madinah yang berhasil menduduki dan menakluk kota Mekah.Puncak
perjuangan kaum kuffar untuk kembali merebbut kehormatan dan harga diri
mereka adalah dengan menentang umat Islam.
Abu Sufyan diberi 40 uqiyah dan 100 ekor unta, kemudian Abu Sufyan
,meminta bahagian anaknya, Yazid. Rasulullah SAW meluluskan
permintaan Abu Sufyan itu dengan memberikan anaknya jumlah yang
sama seperti yang beliau perolehi. Begitu juga dengan anaknya yang
bernam Mu’awiyah. Rasulullah SAW memberikannya dengan jumlah yang
sama. Kepada Hakim bin Hizam, Rasulullah SAW memberikan 100 ekor
unta, kemudian dia meminta lagi dan memberikannya tambahan 100 ekor
lagi. Shafwan bin Umayyah diberi 100 ekor unta, kemudian 100 ekor lagi,
dan ditambah lagi dengan 100 ekor.
Al-Haritsah bin Al-Harits bin Kaladah diberi 100 ekor unta dan beberapa
pemuka Quraisy yang lain juga memperolehinya. Selain mereka, ada juga
yang mendapat 50 ekor unta, 10 ekor unta, 5, 4, sehingga dikhabarkan
bahawa Rasulullah memberikan setiap muallaf yang meminta atau minta
tambahan bahagian dan baginda tidak takut miskin. Orang-orang Arab
berkerumun meminta bahagian harta sampai baginda terdesak ke sepohon
pokok hingga baju baginda terlepas. Baginda berkata, “ Wahai kalian,
kembalikan bajuku, demi Zat yang diriku di tangan-Nya, andaikan aku
memiliki tanaman di Tihamah, maka aku akan memberikannya kepada
kalian dan kalian tidak memanggilku sebagai orang kikir, takut, dan
berdusta”.
Lalu Saad nbin Ubadah datang ke tempat baginda seraya berkata, “Wahai
Rasulullah, di hati orang-orang Ansar ada perasaan tidak puas hati
terhadap engkau kerana pembahagian harta rampasan perang yang telah
engkau lakukan. Engkau membahagi-bahagikan nya kepada kaum engkau
sendiri dan engkau memberikan bahagian yang amat besar kepada
beberapa kabilah Arab, sedangkan orang-orang Ansar itu tidak mendapat
apa-apa”.
Mereka menjawab, “Begitulah, Allah dan rasul-Nya lebih murah hati dan
banyak kurnianya”.
Lalu baginda bersabda, “Demi Allah, jika kalian mahu, kalian perlu
membenarkan dan dibenarkan, maka kalian boleh katakan, “Engkau telah
datang kepada kami ketika engkau didustakan kaum engkau, kami
menerima engkau. Ketika engakau dalam keadaan lemah, kamilah yang
menolong engkau. Ketika engkau diusir, kamilah yang memberikan tempat.
Ketika engkau dalam keadaan papa, kamilah yang menampung engkau”.
Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah,
tentu aku termasuk golongan Ansar. Jika para sahabat menempuh suatu
jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah yang
lain, tentu aku akan memilih celah yang dilalui oleh orang Ansar. Ya Allah,
rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar, dan cucu orang-orang
Ansar”.
Ketika hati kita dipenuhi dengan rasa protes kerana kita merasa bahawa
jasa kita tidak dihargai, maka prasangka pun akan menghinggapi hati kita
sehingga dugaan buruk terhadap lain menguasai kita, seperti yang berlaku
kepada orang-orang Ansar pada peristiwa pembahagian harta rampasan
perang.
Yang lebih berbahaya adalah jika kekecewaan atas tindakan itu menular
kepada orang lain sehingga suasana ukhrawi tidak terlihat.Yang ada
sebaliknya, ejekan disebabkan kekecewaan dan tidak puas hati terhadap
qiyadah. Jika keadaan ini tidak cepat diselesaikandengan penjelasa-
penjelasa n daripada pihak qiyadah, maka tidak mustahil keadaan ini akan
bertambah parah menjadi pergaduhan atau perpecahan.
Di pihak yang lain, sebagai seorang qiyadah, Rasulullah SAW menyedari
bahawa tidak seluruh landasan tindakannya diketahui oleh para sahabat.
Oleh itu, baginda berinisiatif untuk menjelaskan i’tibarat, dan konsider
kepada para tentera. Ini perlu cepat dilakukan agar keadaan tidak
bertambah teruk. Semakin cepat akan semakin baik, kecuali jika ada
program atau rancangan yang lebih efektif untuk menyelesaikan keadaan
seperti itu.
Kejadian Hunain telah berlalu sekian lama, tetapi pelajaran dan hikmah
yang dapat diambil sentiasa mengalir bagai air dari pergunungan yang
dapat menyegarkan dan menghilangkan rasa haus generasi penerus
perjuangan. Mudah-mudahan Allah masih membuka hati kita agar kita
dapat melihat sesuatu dengan benar dan hati pun tidak terfitnah, terjangkit
penyakit dari keadaan yang sam,a dengan keadaan yang dialami oleh
sahabt-sahabat Ansar pada masa-masa pertama perjuangan Islam.
Wallahu a’lam...