You are on page 1of 18

KULIAH 3

PERUNDANGAN ISLAM
PADA ZAMAN SAHABAT
PENGENALAN

Peringkat pembinaan Dipenuhi dengan


Dari 11 hijrah 
dan ke arah usaha berijtihad dan
pertengahan abad
penyempurnaan pengeluaran hukum
ke-2 hijrah
perundangan Islam syarak

Zaman Khulafa’ al- 18 tahun zaman


Zaman Umayyah
Rasyidin Abbasiyyah
ZAMAN SAHABAT(KHULAFA’ AL-RASYIDIN )

Peringkat pertama pembinaan perundangan Islam

Dari tahun 11H – 40H

Peristiwa-peristiwa ‘baru’ yang memerlukan kepada penyelesaian hukum


syarak – tidak ada nas al-Quran dan hadis yang jelas mengenainya

Takrif sahabat – Sesiapa yang bertemu dengan Nabi (s.a.w) dalam


keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dalam agama Islam
Sumber Perundangan
Para sahabat menghadapi isu-isu semasa yang
perlukan kepada penyelesaian syarak – Saidina Abu
Bakar r.h ketika ditemui untuk menyelesaikan dua
pihak yang bertelagah – rujuk dalam al-Quran terlebih
dahulu. Jika tiada, rujuk kepada al-Sunnah. Jika tidak
jumpa, beliau mencari sesiapa yang mungkin tahu
terdapat hadis yang berkaitan. Kalau tiada, beliau
himpunkan tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin
masyarakat lalu dibuat mesyuarat dan keputusan
diambil secara bersama (riwayat Maimun ibn Mahran)
Sumber Perundangan
Oleh itu, sumber perundangan zaman
sahabat Nabi (s.a.w) secara tertib
• Al-Quran – sumber
• Al-Sunnah – rujukan kedua
• Ijmak
• Al-Ra’y @ Ijtihad
Al-Quran
Sumber pertama
kepada akidah, akhlak, Direkod dan disusun
Cara istinbat hukum
hukum-hukum amali, dengan sempurna
bahasa dan lain-lain

Bersepakat
Bersepakat pada
pada dalalah
dalalah
yang
yang putus
putus

Berlaku
Berlaku perselisihan perselisihan
pendapat jika
pendapat jika sesuatu sesuatu nas nas itu itu
mempunyai
mempunyai dua dua makna makna – –
perkataan ‫ ُُ قق ُُررــ ََوو ٍٍءء‬ada
perkataan ada nas nas
berikut iaitu
berikut ‫ص ََن‬
iaitu‫ن‬ ‫يـــرر ََّببــ ْْص‬
‫يـــ‬ ‫طلل ََّّققََ ُُات‬
َّ َ َ‫اتََ َتت‬ ‫َووــاالل ُـْمـْم َط‬
َ ُ َ
‫قــ َوو ٍٍءء‬
‫ثــــَ ََةة ُُ ُرر‬
َ ‫قــ‬ُ
‫الثث‬
ََ ََ ‫ن‬
َ‫ثــــ‬
‫ال‬ ُ‫ ِِ أأ ََننــ ُفف‬yang
‫بــــ ِِس‬
‫س ِِهه ّّ ََن‬ ‫بــــ‬ yang
bermakna
bermakna suci suci atau atau haid haid
Al-Sunnah

Sumber kedua selepas al-Quran

Belum dibukukan – bergantung kepada kekuatan


hafalan, kefahaman, keadilan para perawi

Oleh itu, para sahabat sangat berhati-hati menerima


hadis kerana takut meriwayatkan hadis palsu
Al-Sunnah
Kaedah terima hadis
• Diterima jika diyakini perawinya kerana
kemasyhurannya @ dipercayai @ diakui
oleh saksi dan tidak ada periwayatan lain
yang bertentangan yang lebih kuat
• Ditolak jika perawi kurang dipercayai dan
tiada riwayat lain yang menyokong
Al-Sunnah
Ditolak jika periwayatan yang kuat tetapi sabit ia telah dinasakhkan
@ ada dalil lain yang bertentangan yang lebih kuat

Contoh – apabila Fatimah binti Qis meriwayatkan : Suami saya telah


menceraikan saya tetapi Rasulullah (s.a.w) tidak menyuruh suami
saya sediakan nafkah dan tempat tinggal, Saidina Umar r.h berkata :
“Jangan tinggalkan kitab Tuhan kita dan hadis Nabi kita kerana
kata-kata seorang perempuan yang tidak diketahui sama ada dia
(Fatimah) berkata benar atau tidak mahupun dia ingat atau lupa”
Ijmak
Definisi : Kesepakatan para mujtahid daripada umat
Muhammad (s.a.w) pada satu-satu zaman mengenai
hukum syarak

Mudah berlaku kerana kebanyakan sahabat berada di


Madinah – bersepakat setelah dibuat perbincangan
sesama mereka

Contoh – perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah,


menghimpunkan al-Quran
Al-Ra’y @ Ijtihad
Definisi : Mencurahkan sepenuh usaha untuk
mengeluarkan hukum syarak

Pilihan terakhir untuk selesaikan masalah yang perlukan


hukum syarak setelah tiada nas yang jelas daripada al-
Quran dan al-Sunnah

Penggunaannya tidak meluas di kalangan sahabat –


antaranya Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aishah,
Abdullah bin Mas’ud
Al-Ra’y @ Ijtihad
Istinbat hukum melalui ijtihad –
prinsip berpegang kepada
kebenaran

Saidina Umar rh menarik balik


tegahan daripada mengenakan Saidina Umar rh menerima
mahar perkahwinan yang tinggi pandangan Saidina Ali rh untuk
apabila ditegur oleh seorang mengenakan qisas kepada semua
perempuan yang berhujah dengan yang terlibat berpakat membunuh
ayat al-Quran yang mengizinkan seseorang
berbuat demikian
Al-Ra’y @ Ijtihad
Khulafa’
Khulafa’ al-Rashidin
al-Rashidin tidak
tidak
mengeluarkan
mengeluarkan fatwa
fatwa melainkan
melainkan
Tidak
Tidak ‘teruja’
‘teruja’ untuk
untuk berijtihad
berijtihad setelah
setelah merujuk
merujuk kepada
kepada ilmuwan
ilmuwan
daripada
daripada kalangan
kalangan para
para sahabat
sahabat

Saidina Abu Bakar rh berkata : “Ini


ijtihad
ijtihad saya,
saya, jika
jika ia
ia benar,
benar, maka
maka ia
ia Saidina
Saidina Umar
Umar rhrh berkata
berkata :: “Jangan
“Jangan
daripada Allah. Sekiranya ijtihad
jadikan
jadikan ijtihad
ijtihad yang
yang salah
salah sebagai
sebagai
ini tersilap, maka ia daripada saya
Sunnah”
Sunnah”
dan
dan saya
saya memohon
memohon keampunan
keampunan
daripada
daripada Allah”
Allah”
Contoh Perselisihan Sahabat
Pusaka – para sahabat rh bersepakat bahawa bapa
mendinding saudara lelaki dan saudara perempuan seibu
sebapa atau seibu. Namun mereka berselisih pendapat pada
datuk adakah akan turut mendinding mereka jika ketiadaan
bapa? Abu Bakar dan Ibn Abbas berpendapat datuk
mengambil peranan bapa berhujahkan bahawa perkataan
bapa yang disebut di dalam al-Quran turut memberi maksud
datuk. Pada sisi yang lain Umar, Ali, Zaid bin Thabit dll
berpendapat sebaliknya bahkan berkongsi harta pusaka
sesama mereka kerana pertalian mereka dengan si mati
adalah melalui bapa. Perkataan bapa yang membawa makna
datuk di dalam al-Quran adalah majaz.
Contoh Perselisihan Sahabat
Masalah harta – Nabi (s.a.w) menegah daripada mengutip
unta yang berkeliaran namun pada zaman pemerintahan
Saidina Uthman rh beliau mengarahkan unta-unta yang
berkeliaran ini diambil dan dibuat iklan. Jika tidak diambil
dalam tempoh tertentu, unta tersebut akan dijual lalu
disimpan wang itu sehingga tuannya datang menuntut. Ini
kerana hasil ijtihad Saidina Uthman yang berpendapat
bahawa tindakan Rasulullah itu adalah maslahah tuan
punya unta akan terjaga walaupun dibiarkan unta itu
berkeliaran tetapi zaman berubah dan manusia pada
zaman beliau kurang kesedaran agama
Contoh Perselisihan Sahabat
Nafkah janda yang dicerai secara talak ba’in – Saidina Umar
berpendapat golongan ini mesti diberi nafkah dan disediakan tempat
tinggal berpandukan kepada firman Allah yang bermaksud : “Janganlah
kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya
(sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka
keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang
nyata.” Beliau tidak menerima hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah
binti Qis yang menyatakan sebaliknya. Beliau berkata : “Jangan
tinggalkan kitab Tuhan kita dan hadis Nabi kita kerana kata-kata
seorang perempuan yang tidak diketahui sama ada dia (Fatimah)
berkata benar atau tidak mahupun dia ingat atau lupa.” Walaupun
demikian, hadis ini diterimapakai oleh Ibn Abbas dll. Beliau
berpendapat ayat di atas merujuk kepada talak raj’iyy.
Ciri-ciri perundangan zaman sahabat
Hukum fiqh yang ‘dikeluarkan’ berdasarkan suasana
dan realiti yang berlaku

Al-Quran berjaya dihimpunkan dan dijadikan satu


mushaf

Periwayatan hadis sekadar perlu untuk selesaikan


peristiwa yang terjadi sahaja

Ijmak sebagai salah satu sumber perundangan


Ciri-ciri perundangan zaman sahabat
Ijtihad yang bertujuan memelihara kemaslahatan
umat Islam – Saidina Umar gugurkan pemberian
zakat kepada mualaf, Saidina Uthman kumpulkan
unta yang berkeliaran

Tidak meninggalkan hukum fiqh yang dibuku


secara tersusun

You might also like