P. 1
TEKS UCAPAN - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

TEKS UCAPAN - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

5.0

|Views: 10,454|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2013

pdf

text

original

TEKS UCAPAN

Encik Saleh bin Osman Pengetua, Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Sempena
Majlis Graduasi MRSM Transkrian Kali ke-2

Pada
10 Oktober 2004 (Ahad)

Di
Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal,Pulau Pinang,

GRADUAN CEMERLANG PEMANGKIN KEGEMILANGAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Terima Kasih Pengerusi Majlis, Kata-kata menghadap majlis 1. Yang Berhormat (Tetamu khas yang kita raikan), Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berbahagia, Encik Abdul Rahman bin Abu, Pengarah MARA, Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia, Encik Farizan bin Darus Pegawai Daerah, Seberang Perai Selatan, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohamed Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kampus Kejuruteraan USM Yang Berbahagia, Encik Sobri bin Hamid, Pengerusi Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA (Muafakat), MRSM Transkrian Yang Berusaha, Penolong-penolong Pengetua, MRSM Transkrian Ketua-ketua dan pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan badan berkanun Daerah Seberang Perai Selatan, Pengetua-pengetua MRSM dan Kolej MARA Zon Utara serta Sekolah Menengah Kelompok M7 dan para jemputan khas

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8. 9. 10.

Guru-guru dan kakitangan MRSM Transkrian Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Graduasi kali ke-2 Ibu bapa para graduan dan pastinya anak-anak tersayang , para graduan yang kita raikan sekalian..

Ucapan 1. Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah swt. Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains MARA Transkrian kali ke-2 bagi pelajarpelajar tingkatan lima dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua. 2. Saya mewakili seluruh warga kerja MRSM Transkrian mengalualukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuantuan dan puan-puan ke majlis ini untuk meraikan kejayaan anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita berasa begitu bertuah dan berbangga kerana majlis kita pada hari ini dimeriahserikan dan akan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Y.B. Dato’ akan menyampaikan sijil kepada para graduan. Kehadiran beliau merupakan satu penghormatan kepada kami di MRSM Transkrian yang telah beroperasi kira-kira 2 tahun 6 bulan iaitu sejak 1 April 2002. Sebagai tokoh dan orang yang bertanggunggjawab berusaha gigih sehingga terdirinya MRSM di kawasan Transkrian ini, kehadiran dan keprihatinan Y.B. Dato’ pastinya akan menyuntik semangat kepada kami , warga pendidik dan warga pelajar untuk terus mencemerlangkan dunia pendidikan khususnya dan martabat negara secara menyeluruh.

3.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas MRSM Transkrian ke majlis ini dan sesungguhnya kehadiran ini akan terus mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian, 4. Kumpulan graduan yang ada di dalam Dewan Kuliah 4, Kampus Kejuruteraan USM hari ini adalah merupakan kumpulan yang kedua maktab ini yang akan meneruskan kecemerlangan yang telah dilakarkan oleh kumpulan perintis pada tahun 2003. Pencapaian SPM 2003 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.42 merupakan titik permulaan kejayaan yang cuba dibina oleh maktab. Kita menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi agar kumpulan graduan pada hari ini akan mencipta kecemerlangan dan memastikan wujudnya rantaian kesinambungan yang seterusnya meletakkan nama maktab di puncak kegemilangan. Saya yakin para graduan yang ada di dalam dewan ini telah menjadikan segala rintangan, kekurangan dan masalah yang telah ditempuh oleh generasi pertama dahulu sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukan sahsiah yang terpuji. 5. Berkat kesungguhan, kesabaran dengan semangat juang yang tinggi, maka pada hari ini mereka layak untuk dianugerahkan Sijil Pendidikan MRSM. Sewajarnyalah kita meraikan kejayaan mereka dengan penuh rasa syukur dan takzim berkat kerja keras para pendidik, dedikasi para kakitangan dan sokongan padu ibu bapa. Atas rasa bangga dengan kejayaan mereka, pihak maktab ingin menzahirkannya dalam suasana yang lebih selesa dan nyaman. Kampus Kejuruteraan USM ini dipilih sebagai tempat yang paling

sesuai untuk mencetuskan semarak kejayaan buat para graduan. Semoga tempat ini menjadi pendorong untuk anda menanam tekad menjejakkan kaki ke menara gading; bukan sebagai pelawat tetapi sebagai penghuni yang memanfaatkannya untuk menimba ilmu mengharung hidup yang semakin mencabar. Dan untuk itu, kita amat berterima kasih kepada pihak USM dan khusus sekali kepada Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, yang juga merupakan bekas pelajar MRSM Kulim (Ansara MRSM Kulim) atas keprihatinan, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh beliau kepada pihak kami. Terima kasih Prof. Madya. Y.B. Dato’,hadirin yang dihormati dan para graduan yang diraikan sekalian 6. Sijil Pendidikan MRSM atau biasa disebut Sijil Graduasi merupakan lambang kejayaan dan kecemerlangan produk MRSM. Pemberian gred dalam sistem MRSM adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam subjek-subjek akademik, subjek-subjek kemahiran dan aktiviti kokurikulum. Ternyata dasar ini telah menjadi satu realiti dan aset berharga yang memenuhi impian serta hasrat MARA untuk melahirkan golongan profesional melalui sistem pendidikan. Sejak 1972, apabila MRSM mula beroperasi di Seremban hinggalah pada tahun 2003 dengan beroperasinya MRSM yang ke-37 di Pasir Salak ( MRSM Transkrian merupakan MRSM yang ke-36 beroperasi) , seramai 25,000 orang produk MRSM telah dihasilkan dan berjaya dalam bidang profesional. Anda, para graduan MRSM Transkrian akan menjadi sebahagian daripada mereka ! Persediaan untuk menempuh dan merentasi cabaran dunia harus bermula dari sekarang dengan persediaan padu menghadapi peperiksaan SPM 2004 yang akan bermula pada 1 November ini. Berusahalah dengan iltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang

dicurahkan oleh guru-guru anda untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya memartabatkan MRSM Transkrian sebagai antara MRSM yang cemerlang, insya-Allah. 7. Saya dan warga kerja maktab amat bersyukur kerana kumpulan kedua ini mewarisi sifat-sifat peribadi yang luhur seperti kumpulan perintis dahulu. Fenomena dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang semakin menular hingga melibatkan sekolah-sekolah premier dan sekolah-sekolah berasrama penuh tidak terdapat di MRSM Transkrian. Saya bersyukur dan berbangga kerana para pelajar mampu menampan budaya yang bukan sahaja membinasakan ukhwah dan keintiman pelajar, malahan mungkin menggelapkan masa depan jika dibiarkan berleluasa. Harapan saya agar para pelajar akan meneruskan budaya positif, sikap saling berkerjasama, saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan bersama. 8. Gunakanlah peluang yang ada untuk memperkasa diri para pelajar sekalian dengan kemahiran teknologi malumat , kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama seperti Dato’ Azhar Mansor, Datuk Abdul Malek Mydin , K.Mohandas dan Muhammad Muqarrabin seharusnya terjelma dalam kotak minda anda sebagai insan yang berusaha gigih hingga kadangkala mempertaruhkan nyawa demi mencapai matlamat meletakkan nama negara dipersada dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi oleh para graduan. Majlis graduasi ini dan peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal anda terokai. Di hadapan anda sekalian nanti, terbentang

pelbagai ranjau duri dan rintangan ke arah pencapaian kejayaan sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda. 9. Saya juga amat berharap agar anda sekalian memiliki daya saing yang positif ke arah mewujudkan generasi yang inovatif dalam bidang sains dan teknologi. Negara kini memerlukan teknokrat yang proaktif dan matlamat tersebut juga merupakan sebahagian daripada kewujudan MRSM di seluruh negara. Untuk berjaya sebagai teknokrat mahupun pemangkin pembangunan negara , para pelajar semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu pula, anda mestilah meneroka dalam diri anda untuk mencari kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain, perlu ada unsur-unsur "SELF-RENEWAL" (pemugara kendiri). Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai sesuatu keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya perlu bersikap imiginatif dan praktikal. Jika kita berjaya melihat daripada perspektif yang lebih global dan positif maka aspirasi MARA melalui MRSM berupaya diterjemahkan dalam
tindakan yang lebih bermakna. Kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Hanya mereka yang bergerak dengan kekuatan ilmu dan berkemampuan untuk menguasainya dapat berdaya saing ketika itu.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian, 10. Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan, MUAFAKAT MRSM Transkrian dan ibu bapa sekalian dalam

menjayakan Majlis Mohon restu yang telah diadakan di Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan USM pada malam semalam. Kesediaan dan kesudian para waris untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak maktab dalam memohon keredhaan Ilahi atas kejayaan para pelajar amat kami hargai dan kami sanjung. Kepada para graduan, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh waris anda. Balaslah jasa mereka dengan ‘juadah’ kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya. 11. Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak MRSM Transkrian merakamkan penghargaan atas kehadiran Y.B. Dato’. Semoga gandingan mantap Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah di Pulau Pinang bersama dengan Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita akan terus mekar untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara dengan langkah yang CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG. Kepada ibu bapa sekalian, iringilah perjuangan anak tuan-tuan dan puan-puan menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita harap-harapkan tercapai. Kepada para jemputan, terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda semua. Kepada para graduan, tahniah atas kejayaan anda semua. Sekian. Wassalam.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->