You are on page 1of 12

EDUCATION of ELAKSAMANA

2.1 EKONOMI MALAYSIA

Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia

1.Pada peringkat awal penjajahan British, Tanah Melayu sewaktu itu banyak dipenuhi hutan belantara
dan orang melayu tinggal di kawasan tepi pantai, lembah sungai dan kawasan pedalaman manakala
orang cina pula tinggal di kawasan bandar dan terlibat dengan aktiviti perlombongan.
2.Kegiatan penanaman secara komersil hanya bermula pada 1896 dan keluasan getah pada 1900
mencecah 600 ekar.
3.Pada 1922, jumlah keluasan penanaman getah semakin bertambah sebanyak 2 260 000 ekar.
4.Pertambahan keluasan kawasan pertanian adalah disebabkan oleh permintaan getah yang tinggi
untuk industri kereta, harga yang tinggi dan kemerosotan harga kopi.
5.Daripada jumlah keseluruhan penanaman getah ini, 80% adalah yang diusahakan oleh pekebun-
pekebun kecil manakala bakinya 20% adalah diusahakan secara ladang.
6.Daripada 20% yang diusahakan secara ladang, hampir 90% adalah ladang-ladang yang dimiliki warga
eropah.
7.Beberapa sektor ekonomi negara ini telah berkembang dengan pesatnya namun ada juga sektor yang
menguncup. Jadual di bawah menerangkan sektor ekonomi negara mengikut sumbangan mereka
terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

SEKTOR 1955 1960 1965 1970 1980 1985 1990 1996


Pertanian, 32.5 40.7 31.5 28.4 23.4 20.8 18.7 13.2
Perikanan,
Perhutanan
Perlombongan 15.4 6.1 9.0 6.5 10.3 10.5 9.8 7.0
,
Kuari
Perkilangan 13.2 8.5 10.4 13.1 20.5 19.8 26.9 34.6
Pembinaan 2.0 3.0 4.1 3.9 4.7 4.8 3.6 4.5
Elektrik, gas, 0.3 1.5 2.3 2.2 1.5 1.7 1.9 2.4
air
Pengangkutan, 2.1 4.3 4.3 4.1 5.8 6.4 6.9 7.6
penyimpanan,
perhubungan
Perdagangan, 11.2 15.3 15.3 14.5 12.4 12.2 11.1 12.1
borong, runcit,
hotel, restoran
Kewangan, 5.9 6.1 6.2 8.5 9.0 9.8 10.7
insurans,
hartanah
Perkhidmatan 5.3 6.2 6.9 10.5 12.3 10.6 9.1
kerajaan
Lain-lain 9.4 10.8 11.5 2.3 2.3 2.1 2.0

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

8.Sektor-sektor di atas dikelompokkan mengikut peringkat seperti berikut :


 Sektor pertama : kegiatan pertanian, perhutanan, perikanan, perlombongan dan kuari
 Sektor kedua : meliputi kegiatan pembuatan dan pembinaan
 Sektor ketiga : kegiatan hidroelektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan, perhubungan,
perdagangan, borong, runcit, perhotelan dan restoran, kewangan, insurans dan hartanah,
perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan lain.
9.Sumbangan sektor ini kepada KDNK juga berbeza. Jadual di bawah menjelaskan hal ini.

SEKTOR 1970 1975 1980 1985


Pertama 4574 37.2% 5600 32.3% 14676 32.8% 18052 30.4%
Kedua 2125 17.3% 3504 20.2% 10998 24.6% 14405 24.3%
Ketiga 5152 41.9% 7863 45.3% 17836 39.9% 26138 44.0%

Ciri-Ciri Ekonomi Penjajah

1.Penjajahan British ke atas Tanah Melayu telah merombak sistem ekonomi tradisional orang melayu
ketika itu dan digantikan dengan sistem ekonomi moden yang bersifat komersil.
2.Antara ciri-ciri sistem ekonomi perdagangan ini ialah :
 Pengeluaran secara besar-besaran
 Penggunaan modal yang banyak
 Penggunaan teknologi moden
 Penggunaan tenaga kerja yang ramai terutamanya dari luar negara seperti China dan India
 Penggunaan tanah pertanian dan perlombongan yang luas
 Pengenalan tanaman baru
 Kaedah pengurusan lebih cekap dan moden
 Sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih baik dan cekap
3.Namun begitu British masih mengekalkan orang melayu dalam sektor pertanian berbanding orang
Cina dalam industri perlombongan bijih timah.
4.British mengekalkan orang melayu dalam kegiatan pertanian tradisional kerana :
 British tidak mahu mendedahkan orang melayu kepada ketidakstabilan ekonomi pasaran dunia yang
memungkinkan pendapatan orang melayu menurun. Apabila menurun perasaan tidak puas hati
terhadap British akan timbul
 British mahu mengekalkan kedudukan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu. Penglibatan
orang melayu dalam kegiatan ekonomi moden akan mengancam kedudukan ekonomi dan politik
British.
 British memperluaskan penglibatan orang melayu dalam penanaman padi kerana permintaan untuk
padi meningkat.
5.Kerajaan British juga mengamalkan dasar anti-pekebun kecil dan ini akan menguntungkan sektor
perladangan yang dikuasai pengusaha eropah.
6.Perkembangan ekonomi perdagangan zaman penjajahan British telah menyebabkan pengenalan
ekonomi wang.
7.Cukai sewa tanah, barang keperluan dan beberapa perkhidmatan perlu dibayar dengan wang dan ini
telah menyebabkan peningkatan kadar hutang dalam kalangan petani luar bandar.
8.Mereka mula meminjam wang daripada ceti haram dengan kadar faedah yang tinggi dan untuk
melangsaikannya mereka terpaksa menjual tanah kepada golongan bukan melayu.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

9.Hal ini menyebabkan British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu pada tahun 1913
bertujuan menghalang tanah-tanah simpanan melayu dijual kepada orang bukan melayu.

Perubahan & Kemajuan Ekonomi

1.Selepas perang dunia kedua terutama di awal-awal tahun 1950-an Tanah Melayu telah mengamalkan
pelbagai dasar ekonomi bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap bijih timah dan getah.
2.Dalam Rancangan Malaya Pertama (1950-1955) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965), kerajaan
menekankan pengeluaran barangan utama atau industri yang mempunyai faedah-bandingan dalam
pengeluaran.
3.Dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dasar pelbagaian ekonomi ini ditumpukan untuk
mewujudkan peluang pekerjaan yang cukup kepada semua penduduk.
4.Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) bertujuan
untuk menambah pengeluaran untuk eksport dan menggalakkan pemprosesan bahan tempatan dan
penggalakan penggantian import.
5.Dasar kepelbagaian ekonomi diteruskan dalam berterusan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-
1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
dengan menekankan perkembangan industri berat untuk eksport.
6.Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) bertujuan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di
tahap tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang
seimbang.
7.Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) menfokuskan perluasan dan memperkayakan asas sains dan
teknologi, peralihan keapda pengeluaran skala besar untuk eksport oleh industri-industri Malaysia.
8.Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) tertumpu kepada usaha menjayakan wawasan 2020.
9.Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) masih dalam perlaksanaan segala perancangan di bawah
Perdana Menteri Kelima dan Keenam.

2.2 SEKTOR PERTANIAN

1.Pertanian telah menjadi kegiatan ekonomi utama penduduk Tanah Melayu atau Malaysia semenjak
era penjajahan lagi.
2.Pihak British telah memperkenalkan sistem ekonomi dualisme iaitu kegiatan ekonomi pertanian
tradisional bersifat saradiri masih dikekalkan disamping mereka memajukan kegiatan ekonomi
pertanian yang bersifat komersil.
3.Melalui kaedah penanaman komersil, British telah memperkenalkan tanaman baru seperti getah,
kelapa dan rempah ratus untuk dieksport.
4.Menurut Ooi Jin Bee (1963) pengeluaran pertanian secara ladang rempah ratus yang pertama di
Malaysia ialah rempah ratus dan gambir.
5.British telah memberi tumpuan serius kepada perusahaan getah iaitu pada tahun 1925 mereka telah
menubuhkan Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) untuk menyelidik baka.
6.Pertanian sara diri merupakan pertanian yang diusahakan untuk keperluan diri sendiri dan tidaklah
majoritinya diusahakan oleh orang melayu.
7.Di awal 1930-an, penanaman sara diri ini dijadikan dasar di koloni British dan British telah
menubuhkan Rice Cultivation Committee untuk membuat dasar bagi menjamin bekalan beras
mencukupi di Tanah Melayu.
8.Pada tahun 1932 pula British telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air.
9.Selepas kemerdekaan pembangunan luar bandar diberi perhatian dengan penubuhan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerajaan turut memperkenalkan rancangan lima tahun.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

10. Pada tahun 1970, sektor pertanian telah menyumbang 33.6% kepada KDNK namun pada 1990
sektor ini hanya menyumbang 18.7% kepada KDNK negara.
11. Guna tenaga pula, sektor pertanian telah melibatkan kira-kira 49.55% guna tenaga pada tahun 1970
namun pada 1990 sektor ini menyumbang 27.8% guna tenaga penduduk Malaysia.
12. Selain penumpuankan kepada tanaman komersil tradisional seperti getah dan kelapa, kerajaan turut
memperkembangkan tanaman lain untuk komersil seperti buah, sayur dan bunga.
13. Pengeluaran buah-buahan telah meningkat kepada 1.2 juta tan metrik pada tahun 1990 dan
peningkatan eksport juga menggalakkan iaitu daripada RM72.1 juta pada tahun 1985 kepada
RM177.8 juta pada tahun 1990.
14. Pisang dan betik merupakan buah yang berpotensi untuk dieksport secara meluas ke luar negara.
15. Seperti eksport pisang emas ke Hong Kong yang meningkat dari 26 tan metrik pada tahun 1982
kepada 1086 tan metrik pada tahun 1985.
16. Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk memajukan sektor pertanian antaranya ialah :
 Mewujudkan program pembangunan wilayah dengan kegiatan pertanian sebagai contohnya
pembukaan wilayah Jengka, kawasan Pahang Tenggara (DARA), wilayah Kelantan Tengah
(KETENGAH), wilayah Johor Tenggara (KEJORA). Dan pembukaan wilayah pertanian diteruskan
dengan penubuhan FELDA.
 Saiz tani yang tidak ekonomi telah digabungkan menjadi estet atau mini estet dan diuruskan
dengan lebih efisyen.
 Kerajaan juga meningkatkan kemudahan sektor pertanian misalnya pengairan untuk tanaman padi
di Kedah melalui Rancangan Pengairan Muda (MADA), dan Kelantan dengan Rancangan Pengairan
Kemubu. Kerajaan turut memberi subsidi baja untuk penanaman padi.
 Untuk mengatasi masalah kesukaran memasarkan produk tani, kerajaan telah menubuhkan
Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), BERNAS dan juga mewujudkan pasar-pasar tani untuk
petani memasarkan terus hasil tani mereka.

2.3 SEKTOR PERLOMBONGAN

1.Perlombongan merupakan antara sektor terpenting di negara ini dan telah menyebabkan negara-
negara barat berminat untuk menjajah negara ini pada suatu ketika dahulu.
2.Antara mineral yang dilombong di negara ini ialah :
 Petroleum di luar pantai Terengganu, pantai barat Sabah dan luar pantai Sarawak.
 Gas asli dilombong di luar pantai barat Terengganu, Sabah dan Sarawak.
 Bijih timah di Lembah Kinta di Perak, Kota tinggi di Johor.
 Bijih besi di Semeling, Kedah
 Bauksit di Teluk Ramunia, Johor
 Tembaga di Mamut, Sabah
3.Hasil eksport petroleum telah menyumbang RM14.2 bilion kepada pendapatan eksport negara pada
2000 manakala gas asli menyumbang RM11.3 bilion dan bijih timah sebanyak RM0.4 bilion.
4.Kegiatan perlombongan telah menyumbang sebanyak 41 200 peluang pekerjaan pada tahun 2000 dan
dari jumlah ini terdapat 39 00 terlibat dalam perlombongan petroleum manakala 1200 terlibat dalam
perlombongan bijih timah.
5.Perkembangan sektor perlombongan di Malaysia banyak bergantung kepada faktor berikut :

 Simpanan Sumber

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Simpanan sumber petroleum Malaysia berjumlah 3 bilion tong dan dijangka dapat menampung
keperluan petroleum selama 15 tahun.
 Fizikal
Malaysia terletak di atas Pentas Sunda yang cetek dan minimum kedalaman 180 meter dari
permukaan aras laut.
 Permintaan & Harga
Harga yang tinggi mempengaruhi kapasiti pengeluaran. Permintaan terhadap petroleum dan gas asli
meningkat kerana permintaan dalam sektor perindustrian dan pengangkutan.
 Kemajuan Teknologi
Malaysia sentiasa menyelidiki dan menerokai teknologi tinggi. Tanpa teknologi, pengeluaran sumber
tidak dapat dijalankan sepenuhnya.
 Tenaga Kerja dan Kepakaran
Sektor perlombongan memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Kekurangan tenaga diatasi
dengan meminjam tenaga luar dan menyediakan latihan kemahiran.
 Dasar-dasar Kerajaan
Dasar kerajaan mempengaruhi sektor ini. Malaysia memang menggalakkan usaha cari gali
petroleum melalui Petronas Carigali bagi menerokai kawasan-kawasan baru di dalam dan luar
negara.

2.4 SEKTOR PERINDUSTRIAN

1.Sektor perindustrian di Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak era 1960-an.
2.Purata pertumbuhan KDNK negara pada tahun 1960-an ialah 6.8% setahun manakala dari tahun 1970
hingga 1990 pula pertumbuhan KDNK negara sebanyak 6.9%.
3.Sepanjang tahun 1990 hingga 1996 pula kadar KDNK negara adalah 8.46%.
4.Beberapa strategi pembangunan perindustrian telah dirangka dan dijalankan oleh kerajaan iaitu :
 Strategi penggantian barang import. Strategi ini bertujuan mengurangkan penggantungan kepada
barang import dari luar.
 Strategi pengembangan barangan eksport yang bertujuan meningkatkan daya saing industri
tempatandi peringkat global.
 Strategi pengukuhan barangan import yang menekankan pembangunan perindustrian yang
berasaskan intensif modal dan teknologi tinggi.
 Strategi pengukuhan barangan eksport.
5.Kerajaan juga telah melaksanakan Pelan Induk Perindustrian (1986-1995). PIP bertujuan untuk :
 Mempertingkatkan pertumbuhan sektor perkilangan yang bertujuan memesatkan kadar
pertumbuhan ekonomi negara.
 Meningkatkan penggunaan sumber semulajadi secara lebih efisien dan maksimum.
 Mengembangkan asas perindustrian negara, meningkatkan keupayaan persaingan dan teknologi
dalam pelbagai subsektor ekonomi.
6.Perindustrian telah menyumbangkan kira-kira 19.1% KDNK pada tahun 1985 dan 33.1% pada tahun
1995.
7.Dari segi guna tenaga, pada tahun 1960 hanya 9% dalam sektor perindustrian berbanding sektor
pertanian sebanyak 59%.
8.Manakala pada tahun 1980, kadar guna tenaga sektor perindustrian adalah sebanyak 16% berbanding
sektor pertanian sebanyak 40.6%.
2.5 SEKTOR PEMBINAAN

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

1.Sebelum krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998, industri pembinaan telah menikmati kadar
pertumbuhan 2 angka iaitu 19% namun telah mengalami penurunan dan telah memperlahankan
perkembangannya.
2.Sektor ini telah mengalami pertumbuhan positif pada tahun 2000 setelah 2 tahun penguncupan iaitu
1997/1998 dan projek-projek kerajaan telah menjadi perangsang kepada perkembangan industri
pembinaan khususnya projek infrastruktur.
3.Perkembangan pesat sektor ini semenjak 1990-an telah menyebabkan kekurangan sumber iaitu
tenaga mahirdan sesetengah bahan binaan.
4.Sehingga tahun 2002 terdapat seramai 49 437 kontraktor pembinaan termasuk 132 kontraktor asing
di negara ini. Berikut merupakan jumlah guna tenaga sektor ini mengikut tahun :

TAHUN GUNA TENAGA


1996 796 ribu
1997 876 ribu
1998 756.3 ribu
1999 748 ribu
2000 755 ribu

5.Prospek sektor pembinaan di Malaysia bergantung kepada 3 faktor utama iaitu :


 Perkembangan ekonomi
 Tingkat perbelanjaan kerajaan
 Tingkat permintaan hartanah
6.Ekonomi yang meningkat dan masyarakat yang mempunyai pendapatan yang baik akan mencetuskan
permintaan kerja-kerja pembinaan terutamanya dalam sektor hartanah kediaman, perindustrian dan
perdagangan.
7.Merujuk kepada Ekonomi Tahun 2002 oleh Bank Negara Malaysia, sektor pembinaan telah diunjur
tumbuh pada kadar 1.9% pada tahun 2003.

2.6 SEKTOR PERKHIDMATAN

1.Di Malaysia sektor ini menyumbang 44.3% kepada KDNK negara dan 47.2% kepada guna tenaga.
2.Secara umumnya sektor perkhidmatan terbahagi kepada 6 subsektor kecil iaitu :
 Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan
 Perdagangan, borong, runcit, perhotelan dan restoran
 Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan kewangan
 Elektrik, gas dan air
 Perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan
 Perkhidmatan lain
3.Pada tahun 1995, subsektor perkhidmatan perdagangan, borong, runcit, perhotelan dan restoran
telah menyumbang 12.3% kepada KDNK negara.

4.Jadual di bawah menunjukkan sumbangan setiap subsektor dalam KDNK negara :

PERKHIDMATAN
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

TAHUN
1970 1980 1990 1995
Pengangkutan, 5.7% 5.7% 6.9% 7.4%
penyimpanan & 606 2542 5487 8855
perhubungan
Perdagangan, 13.3% 12.0% 11.7% 12.3%
borong, runcit, 1423 5383 8807 12781
hotel, restoran
Kewangan, 7.8% 8.2% 9.8% 10.8%
insurans, 836 3687 7759 12938
hartanah,
perkhidmatan
perniagaan
Perkhidmatan 7.4% 10.2% 10.8% 9.5%
kerajaan 794 4563 8579 11454
Lain-lain 8.2% 2.3% 2.1% 2.1%
874 1021 1678 2478
Sumber sektor perkhidmatan kepada KDNK (RM juta)

5.Sumber sektor perkhidmatan kepada guna tenaga negara ditunjukkan seperti di bawah :

PERKHIDMATAN
TAHUN
1970 1980 1990 1995
Pengangkutan, 133 000 199 000 302 000 395 000
penyimpanan & 3.98% 4.13% 4.52% 4.99%
perhubungan
Kewangan, 411 000 644 000 258 000 379 000
insurans, 12.31% 13.36% 3.86% 4.79%
hartanah,
perkhidmatan
perniagaan
perkhidmatan 398 000 693 000 850 000 872 000
kerajaan 11.92% 14.38% 12.71% 11.02%
Lain-lain 143 000 271 000 1 744 000 2 088 000
perkhidmatan 4.28% 5.62% 26.08% 26.38%
Perkhidmatan 1 085 000 1 807 000 3 154 000 3 734 000
menyeluruh 32.48% 37.51% 47.17% 47.18%
Bukan 2 255 000 3 010 000 3 532 000 4 181 000
perkhidmatan 67.52% 62.48% 52.83% 52.82%
Guna tenaga dalam Sektor Perkhidmatan

2.7 SEKTOR KEWANGAN

1.Sektor kewangan di Malaysia terdiri daripada institusi pembankan, institusi perantara dan institusi
kewangan bukan bank.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

2.Sistem perbankan di Malaysia terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang merupakan institusi
kawal-selia, 38 bank perdagangan, 45 syarikat kewangan, 12 bank saudagar, 7 rumah diskaun, 8
broker tukaran wang asing, pejabat perwakilan bank asing dan bank-bank luar pesisir yang ditubuhkan
di Labuan pada tahun 1990.
3.Perantara bukan bank meliputi :
 Institusi pembiayaan pembangunan
 Institusi tabungan
 Kumpulan wang simpanan dan pencen
 Syarikat-syarikat insurans
 Unit amanah dan harta serta tabungan khas
4.Pasaran kewangan merangkumi :
 Pasaran wang dan pertukaran wang asing
 Pasaran modal
 Pasaran niaga hadapan komoditi

2.8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Dasar perdagangan Malaysia ialah membeli di pasaran murah dan menjual di pasaran mahal.
2.Untuk ini Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan semua negara di dunia.
3.Malaysia amat bergantung kepada eksport untuk pertumbuhan ekonomi semenjak zaman penjajahan
lagi seperti eksport getah dan bijih timah.
4.Struktur eksport negara adalah seperti berikut :

Sektor 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 1996
Pertanian 66.1 54.5 59.5 52.8 43.6 32.7 22.3 13.1 11.1
Getah 55.1 38.6 33.4 21.9 16.4 7.6 3.8 2.2 1.8
Kayu balak 5.3 9.6 16.5 12.0 14.1 10.3 8.9 3.3 2.7
Minyak sawit 2.0 3.1 5.3 15.4 10.3 11.8 6.2 5.6 4.7
Lain-lain 3.7 3.3 4.0 3.5 2.8 3.0 3.4 2.0 1.9
Perlombongan 22.0 30.0 25.9 22.6 33.8 34.0 17.8 5.8 6.4
Bijit timah 14.0 23.1 19.6 13.1 8.9 4.3 1.1 0.3 0.3
Petroleum 4.0 2.3 3.9 9.3 23.8 22.9 13.4 3.6 3.7
LNG - - - - - 6.0 2.8 1.7 2.3
Lain-lain 4.2 4.6 0.2 0.2 1.1 0.8 0.5 0.2 0.1
Perkilangan 8.5 12.2 11.9 21.4 21.6 32.1 59.3 79.6 80.6
Eksport lain 3.2 3.3 3.0 3.2 1.0 1.2 0.6 1.5 1.9

5.Polisi perdagangan iaitu export-led-growth (ELG) telah menyebabkan negara semakin bergantung
kepada sektor asing untuk mebangunkan ekonominya.
6.Sepanjang tempoh 1960 hingga 1978 Malaysia telah menjalinkan hubungan perdaganga dengan
negara ASEAN, EEC, Jepun, Amerika Syarikat, Hong Kong, China, USSR, Australia, India , Brunei dan
sebagainya.

7.Jadual di bawah menunjukkan jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara di atas :

TAHUN 1960 1970 1980 1995


EKSPORT
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Jepun 12.6 18.2 22.8 11.0


USA 10.4 13.0 16.4 22.0
EU 33.2 20.0 16.9 13.0
ASEAN 18.8 23.0 22.4 28.0
Lain-lain 25.0 25.8 21.5 26.0
Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0
IMPORT
Jepun 8.0 17.1 22.9 28.0
USA 4.1 8.5 15.0 17.4
EU 31.5 24.6 15.4 13.2
ASEAN 26.7 15.4 16.4 18.0
Lain-lain 29.7 34.4 30.0 23.4
Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0

8.Untuk meningkatkan hubungan perdagangan, Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian


dua hala dengan beberapa buah negara terutama negara dari benua Afrika, Asia-Pasifik dan
Australiasia namun perdagangan utama adalah dengan negara ASEAN.
9.Pada 1992, Perjanjian Tarif Keutamaan Berkesan Am (Common Effective Preferential – CEPT) telah
ditandatangani bertujuan untuk meliberalkan perdagangan dalam kalangan negara ASEAN.
10. Kerajaan ASEAN juga telah merealisasikan kewujudan zon perdagangan bebas ASEAN yang dikenali
sebagai AFTA.
11. Malaysia juga terlibat dengan Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang telah diwujudkan
pada 1989 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi rantau Asia Pasifik dan
mempercepatkan liberalisasi perdangan negara di rantau Asia-Pasifik.
12. Malaysia turut terbabit dalam Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).
13. GATT yang diadakan di Uruguay pada 12-15 April 1994 telah membincangkan pelbagai aspek dari
pembelian klip kertas hingga kepada pembelian jet, kapal terbang dan perkhidmatan kewangan
yang kesemuanya melibatkan jumlah hampir AS$7.6 Trilion perdagangan barangan dan
perkhidmatan dunia.
14. Malaysia telah komited dengan Rundingan Uruguay ini dan telah mengurangkan kadar tariff ke atas
7218 jenis barangan termasuk barangan pertanian.
15. Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Am Mengenai Perdagangan Perkhidmatan dan
Malaysia telah member komitmen dengan membuka sebanyak 64 industri dan subindustri
perkhidmatan kepada penglibatan asing iaitu melibatkan perkhidmatan perundingan, komputer,
audiovisual dan sebagainya.
16. Pada januari 1995, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah mengambilalih peranan GATT dan
WTO digunakan untuk mendisiplinkan negara-negara membangun dalam perkara perdagangan, hak
milik intelektual, perkhidmatan dan pelaburan.

Liberalisasi Perdagangan

1.Pengliberalisasi perdagangan merupakan salam satu komponen utama polisi pembangunan industri
yang kebiasaannya digubal dan dilaksanakan di bawah strategi perindustrian berorientasikan eksport.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

2.Pentingnya liberalisasi perdagangan ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan perdagangan dan
merangsang pertumbuhan ekonomi.
3.Terdapat 2 kaedah proses pengliberalan perdagangan iaitu secara berperingkat atau sekaligus melalui
pengliberalan tariff (dihapuskan atau dikurangkan) dan halangan bukan tariff.
4.Dasar kewangan, dasar fiscal dan dasar pengliberalan digunakan untuk mengatasi masalah
kemelesetan ekonomi.
5.Dasar ini terkandung dalam Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 (pindaan Akta Galakan Pelaburan
1968) yang merangkumi :
 Dasar pemerian taraf perintis
 Elaun cukai pelaburan
 Pengurangan pendapatan pelarasan
 Elaun pelaburan semula
 Skim pembayaran semula kredit
 Potongan dua kali bagi premium insuran kredit eksport
 Duti import ke atas bahan mentah
 Pelepasan cukai
 Penggunaan buruh

2.9 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

1.Menurut Logan et al. (1975, 23) wilayah ialah satu unit kawasan seakan-akan sama dan boleh
dibezakan dalam beberapa segi daripada kawasan berhampiran.
2.Menurut Pfister (1963) wilayah secara tidak langsung mengandungi kriteria keseragaman faktor
politik, pentadbiran dan kemudahan data.
3.Pembangunan yang tidak seimbang di Malaysia adalam disebabkan beberapa faktor :
 Faktor perpindahan buruh antara wilayah dengan penumpuan mereka di wilayah tertentu dan
mengabaikan wilayah lain.
 Perpindahan modal di mana pelabur memilih untuk melabur di kawasan tertentu sahaja
umpamanya di wilayah sepanjang pantai barat semenanjung Malaysia dan mengabaikan pantai
timur semenanjung.
 Faktor polisi kerajaan pusat di mana kerajaan pusat menumpukan pembangunan dan kegiatan
ekonomi di wilayah tertentu sahaja.
 Faktor sejarah iaitu sejak zaman penjajahan lagi kawasan tertenti menjadi tumpuan penjajah untuk
membangunkannya dengan kegiatan ekonomi.
 Akhirnya faktor geografi dan sosial di sesebuah kawasan juga menentukan pembangunan wilayah
tersebut.
4.Pembangunan yang tidak seimbang ini telah membawa masalah kemiskinan terutamanya di kawasan
luar bandar berbanding bandar.
5.Kadar kemiskinan luar bandar tahun 1970 ialah 58.7% manakala di bandar hanya 21.3% namun pada
1987 pula kadar kemiskinan di luar bandar adalah 17.3%.
6.Pada tahun 1984, negeri-negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi adalah Kelantan
(39.2%), Terengganu (28.9%), Perlis (33.7%) dan Kedah (36.6%) dan boleh dikatakan kesemua negeri
yang mempunyai majoriti melayu adalah negeri yang miskin.
7.Kemiskinan menurut kaum pada tahun 1987 pula adalah orang melayu (24%), berbanding orang cina
(7%) dan India (10%) iaitu kira-kira 394 000 orang melayu, diikuti orang cina 61 000 dan orang india
27000.
8.Di bawah DEB kerajaan cuba mengatasi masalah kemiskinan ini. Antara strateginya ialah :

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Menggalakkan permodenan sektor luar bandar melalui teknik pengeluaran moden.


 Membekalkan perkhidmatan kemungkinan pertanian seperti kemudahan kredit, pemasaran,
penyelidikan dan pengembangan.
 Menggalakkan pertumbuhan industri-industri desa.
 Kerajaan berharap dengan beberapa strategi ini kemiskinan dapat dikurangkan sama ada
kemiskinan antara etnik atau wilayah.

2.10 MASALAH & PROSPEK EKONOMI NEGARA

1.Terdapat beberapa masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara ini antaranya ialah :
 Kejatuhan berterusan harga barang utama seperti getah dan bijih timah. Harga komoditi lain turut
mengalami kejatuhan harga seperti koko, kelapa sawit, lada hitam. Kejatuhan terus menerus ini
telah mengurangkan pendapatan eksport negara.
 Kejatuhan harga produk pertanian ini menyebabkan pengeluaran hasil pertanian menjadi kurang
menarik dan menyebabkan penurunan dalam keupayaan dan produktiviti sektor pertanian.
 Kadar bunga yang tinggi di pasaran modal menyebabkan kos lebih tinggi bagi peminjam luar.
Pinjaman dari luar menambah beban hutang negara.
 Dasar masa lampau yang bertujuan untuk mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi serta mencapai
matlamat agihan telah meletakkan bebanan yang berat untuk sumber kewangan negara.
2.Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan Malaysia menjalankan dasar pelbagai ekonomi iaitu negara
tidak bergantung hanya kepada satu sektor ekonomi sahaja.
3.Malaysia juga giat mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan, inovasi teknologi, pengurusan
yang lebih efektif, promosi pasaran dan meningkatkan aktiviti pemprosesan hiliran.
4.Prospek pertumbuhan ekonomi negara bergantung bagaimana negara bertindakbalas terhadap
keadaan kemelesetan dan ketidakpastian ekonomi dunia.
5.Prospek dalam negeri kerajaan perlu melaksanakan dasar penyelarasan untuk mengatasi masalah
struktual yang wujud.
6.Kerajaan juga perlu memulih semula pertumbuhan sektor pertanian yang telah mengalami pengecilan
saiz.
7.Kerajaan juga perlu meneruskan langkah penjimatan supaya kewangan, bajet, imbangan pembayaran
dan beban hutang dapat diperbaiki.
8.Peranan sektor swasta harus dipertingkatkan dan harus digalakkan melabur dengan lebih banyak dan
untuk untuk menggalakkan mereka melabur dengan lebih banyak, kerajaan seharusnya menyemak
semula skim galakan dan insentif perindustrian dan pertanian.
9.Negara perlu mempertingkatkan kerjasama dengan negara pengeluar barangan utama yang lain bagi
menjamin harga barangan tidak terus mengalami kejatuhan.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like