You are on page 1of 3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu pelan

transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad ke-21. Pendidikan


merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang bertindak sebagai pengupaya
kepada kemajuan intelektual dan insaniah secara seiringan ke arah meletakkan
Malaysia sebaris negara maju yang lain dalam abad ke 21 ini.

TERDAPAT sebelas anjakan utama dalam Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Anjakan ini penting supaya
transformasi pendidikan berlaku. Akses kepada pendidikan berkualiti
adalah salah satu yang sangat mustahak.
Proses pendidikan sifatnya dinamik. Ia tidak saja perlu respons kepada
faktor setempat dalam memberi erti kepada maksud pendidikan tetapi
harus respons kepada perubahan global yang pantas dan kompleks.
Perubahan dalam pendidikan tidak sifatnya 'sekali air bah sekali pasir
berubah'. Kemajuan sains dan teknologi umpamanya adalah dinamik dan
produktif. Sekiranya sistem pendidikan gagal mengambil manfaat
berbanding darinya Malaysia bakal terpinggir dalam arus perubahan dan
kemajuan. Proses pendidikan dan perubahan berlaku secara berterusan.
Namun begitu asas-asas yang fundamental dalam dasar pendidikan
negara seperti dwi-bahasa, etika dan nilai, patriotisme , pendekatan
integratif dalam proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan
matlamat membangun peribadi seimbang dan harmonis seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat
perpaduan negara.
Akses kepada pendidikan berkualiti tidak saja harus dilihat dari prasarana
sekolah yang baik, integrasi kurikulum, kokurikulum dan ekstra
kurikulumnya yang berkesan tetapi juga dihubungkan dengan kualiti
pendidik dan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyalurkan ilmu
dan memberi kesan kepada penghayatan.
Pendemokrasian pendidikan yang berjalan harus mampu memberi peluang
seimbang (equality and opportunity) kepada pelajar-pelajar bandar, pinggir

bandar dan luar bandar. Sama ada mereka anak kumpulan elit mahupun
golongan petani dan pemandu teksi akses kepada pendidikan berkualiti
adalah suatu tuntutan.
Pendidikan pada hakikatnya bukan sekadar suatu proses memindahkan
maklumat dan keterampilan dari guru kepada murid tetapi lebih jauh dari
itu ialah proses transformasi atau perubahan diri manusia.
Pendekatan kognitif semata-mata yang diukur menerusi peperiksaan tidak
membayangkan ukuran yang menyeluruh mengenai pencapaian murid.
Keupayaan menghubungkan faktor afektif dan psikomotor secara berkesan
mampu melahirkan watak holistik yang diperlukan oleh negara.
Justeru, akses kepada pendidikan berkualiti terhubung langsung dengan
keupayaan sekolah, kualiti guru dan kurikulum dan keupayaan proses
mendidik menyebabkan perubahan tidak saja berlaku di tahap kognitif
tetapi ia terlihat pada binaan sahsiah dan watak.
Guru umpamanya harus melihat murid ibarat anaknya sendiri. Sifat kasih
sayang dan belas kasihan harus ada pada mereka. Mereka adalah sumber
contoh kepada murid supaya generasi penerus terbina dengan baik,
cemerlang dan berkualiti.
Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti
merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera.
Sebahagian anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju
pendidikan.
Di samping kepentingan asas fundamental, kualiti pendidikan menjadi
penanda aras pembelajaran bahasa, matematik dan sains dengan piawai
antarabangsa. Kedua, Melancarkan
Kurikulum Standard Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang disemak semula 2017.

Ketiga, merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan


sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan
yang yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
Keempat, memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan
bermula dengan pendidikan vokasional yang diberi sentuhan yang lebih
dinamik di samping meningkatkan kualiti pra-sekolah dan menggalakkan
enrolmen sejagat menjelang 2020.
Kelima, meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber
pengajaran untuk murid berkeperluan khusus dan melanjutkan pendidikan
wajib dari 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun.
Amat penting juga anak-anak yang gifted diberi perhatian supaya
kecerdasan akliah mereka dibangunkan sesuai dengan tuntutan daya
kompetensi tinggi yang bakal menjadi aset negara.
Hal-hal yang disebutkan di atas adalah antara faktor penyumbang kepada
pendidikan berkualiti supaya model pendidikan Malaysia yang merangkumi
asas-asas fundamental pendidikan dan terbuka untuk menguasai manfaat
berbanding dari sumber global bakal menghasilkan kualiti pendidikan yang
sifatnya mewakili.

You might also like