You are on page 1of 28

PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.1 Pengenalan

Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada


guru-guru. Pengurusan bilik darjah yang sempurna merupakan komponen
penting dalam latihan perguruan kerana murid tidak menyerap segala ilmu yang
dicurahkan oleh seseorang guru dengan baik jika bilik darjah yang digunakannya
tidak kondusif. Oleh itu pengurusan bilik darjah amat penting bagi memastikan
keadaan kelas itu selamat, selesa dan menarik agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berlaku dengan sempurna. Bilik darjah yang kondusif juga
akan meningkatkan lagi keghairahan keinginan seseorang murid untuk
mempelajari ilmu yang dicurahkan oleh guru tersebut.

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apabila kita berbicara
mengenai pengurusan bilik darjah, yang terlintas di fikiran kita adalah susun atur
perabot dan peralatan di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, pengurusan
bilik darjah sebenarnya merangkumi lebih banyak elemen selain dari susun atur
perabot dan peralatan di dalam bilik darjah. Dalam pengurusan bilik darjah,
seorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan
bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin
pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar.

Ini seiring dengan MacAulay (1990), dimana beliau menyatakan pengurusan bilik
darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang
pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin
disampaikan oleh guru. Kalau Lemlech menyifatkan ia sebagai okestra,
MacAulay menyifatkan susun atur ini umpama pentas, di mana guru dapat
menguruskan keperluan akademik, sosial dan juga emosi pelajar.

1
Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah
sekolah rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan
pelaksanaannya. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara
jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah
kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran
secara berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid
dan interaksi murid dengan murid.

Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang
pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
Selain itu , bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang
pembelajaran tersebut. Ini akan menyebabkan suasana bilik darjah menjadi
menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Bilik darjah KBSR seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis,
papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan
murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan
bantuan mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang
terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan
kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan
aktiviti berkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah
berinteraksi dengan guru.

2
Bilik Darjah Prasekolah

Elliot (2000) menyatakan pada peringkat sekolah rendah dan pra-sekolah


interaksi dan keberkesanan pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang
tinggi terhadap guru dan pelajar.

Susun atur perabot, peralatan, alat bantu mengajar agak berbeza dari bilik darjah
KBSR dan KBSM. Pengurusan bilik darjah pra-sekolah perlu mempunyai ruang
‘circle-time’ iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul
bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Diruangan ini, sesi pengajaran
dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid.
Dalam bilik darjah pra-sekolah, ruangan ini lah yang paling banyak digunakan.

Mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanak-kanak usia 5


hingga 6 tahun dari segi perkembangan fizikal, perkembangan kognitif,
perkembangan sosio-emosi dan perkembangan bahasa. Pengajaran dan
pembelajaran banyak tertumpu kepada murid dan pembelajaran murid adalah
melalui permainan, ‘Learn through play’ Sudut-sudut untuk perkembangan murid
adalah sut binaan atau sudut bongkah, sudut lukisan, sudut bacaan, sudut main
peranan atau ‘role play’ dan lain-lain sudut yang difikirkan sesuai oleh guru
bergantung kepasa saiz bilik darjah dan kepadatan murid seperti sudut bercerita.

Meja murid dalam bilik darjah pra-sekolah disusun secara berkelompok dan
bukan bentuk barisan. Ini adalah kerana murid pra-sekolah banyak melakukan
aktiviti berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan susunan meja
begini akan memudahkan mereka berinteraksi dan berbincang sesama sendiri.
Meja dan kerusi pula adalah bersesuaian dengan umur murid di antara 5 hingga
6 tahu. Oleh itu, meja dan kerusi dalam bilik darjah pra-sekolah sedikit kecil
berbanding dengan kelas tradisi atau KBSR.

Terdapat juga sudut bacaan atau ‘Book and Reading Centre’ dalam bilik darjah
pra-sekolah. Ruang pembacaan ini diletakkan di tepi bilik darjah dan berdekatan
dengan tingkap bagi memudahkan murid-murid mendapat pencahayaan ketika
membaca.

3
Manakala, menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah
seharusnya dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

 Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu.
Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni
dan kraf.
 Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan
alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak
pusat manipulatif.
 Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka
menjalankan aktiviti bebas.
 Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini
menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis,
bentuk, warna dan sebagainya.

Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah
prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah;

 Pusat bahasa dan komunikasi,


 Pusat manipulatif,
 Pusat drama atau main masak-masak.
 Pusat seni dan kraf,
 Pusat kognitif (sains dan matematik),
 Pusat teknologi,
 Pusat kerohanian dan moral, dan
 Pusat perbualan awal.

Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh
menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru
menyediakan pusat-pusat yang penting sahaja.

4
Pelan Laluan kecemasan

5
Tandas Bilik darjah Dapur

 Pastikan lantai tidak licin dan  Mempunyai peredaran  Pastikan semua peralatan seperti
udara yang baik.
bertakung dengan air. Keterangan bilik yang
sudu, garpu, magkuk, dan lain-lain
 Sinki dalam keadaan baik dan baik kerana kegelapan disimpan dengan kemas dan baik.
tidak tersumbat. boleh memberi kesan  Pastikan ad tong sampah dan
kepada penglihatan
 Paip dapat berfungsi dengan sentiasa tertutup.
kanak2.
baik.  Pastikan lantai tidak basah dan
 Pastikan selipar yang licin.
disediakan tidak haus untuk
mengelakkan daripada
terjatuh.
 Suis lampu berada dalam Alat Permainan
Alatan Elektrik
keadaan baik dan boleh
digunakan.  Pastikan dawai2  Berhati-hati dengan alat2 mainan
 Awasi kanak2 semasa berada barangan elektrik yang yang mempunyai sisi dan hujung
di dalam tandas. panjang diikat dan yang tajam, komponen kecil, bunyi
digulung.
 Perlu diperiksa dari yang kuat dan boleh bergerak.
semasa ke semasa.  Pastikan alat permainan tidak
Peti Kecemasan terlalu berat dan besar kerana
akan membahayakan keselamatan
 Lengkap dengan ubat-ubatan kanak2.
asas dan perlu diperiksa untuk  Pastikan saiz alat mainan kecil
memastikan tidak berlaku KESELAMATAN
kehabisan ubat. sekurang2nya 1 ¼ untuk
DALAM BILIK
 Disimpan pada tempat khas menghindar dari tertelan,
supaya mudah dijumpai. DARJAH tersumbat pada hidung, telinga
atau saluran penafasan.
 Pastikan tali pada alat mainan jenis
Perabot
‘pull toy’ tidak melebihi 12 inchi.
 Alat mainan perlu dibersihkan
 Saiz dan ketinggian meja dan
sekurang2nya satu kali sehari.
kerusi sesuai dengan
 Baca maklumat keselamatan pada
ketinggian kanak2.
label. Contohnya ‘ non-toxic’, ‘Not
 Tiada sudut2 tajam yang
recommended for children under
merbahaya.
3 years of age’.
 Perabot yang mempunyai
sudut tajam perlu dialas.
 Rak2 adalah kukuh dan tidak
mudah jatuh apabila dipanjat
oleh kanak2.

Guru & Kakitangan


 Berkebolehan menggunakan alat pemadam api.
 Mempunyai pengetahuan atau diberi latihan kecemasan (CPR).
 Senarai nama kanak2 lengkap dengan no. telefon ibu bapa, jiran, doktor dll. Ditampal pada dinding
berhampira setiap pintu keluar.
 Nombor panggilan kecemasan seperti hospital, bomba, polis dll ditampal pada dinding di tepi telefon.

6
Keselamatan Semasa Lawatan Luar

 Tempat lawatan sesuai untuk


kanak-kanak dan penyeliaan
yang rapi untuk mengelakkan
Keselamatan Fizikal Bangunan kemalangan semasa aktiviti Keselamatan Di Luar Bangunan
dijalankan.
 Mempunyai sekurang-  Kanak-kanak perlu dipasang tali  Saiz, bentuk dan ketinggian
kurangnya 2 buah pintu yang keledar semasa dalam sesuai untuk kanak-kanak.
mudah untuk melarikan diri kenderaan.  Mesti dalam keadaan yang
dengan selamat jika berlaku  Berhati-hati semasa kanak- baik, contohnya tidak
kebakaran. kanak turun dan naik berkarat.
 Jerjak besi mudah dibuka jika kenderaan.  Komponen alat mainan luar
berlaku kecemasan.  Bawa bersama surat kebenaran tidak bengkok, melengkung,
 Dapur perlu diasingkan dari ibu bapa, maklumat patah atau permukaan yang
kawasan murid melakukan perhubungan kecemasan, kemik.
aktiviti. medical authorizations .  Lubuk pasir ditutup bagi
 Alat pemadam api sentiasa menggelakkan daripada najis
diperiksa. . haiwan.
 Taska atau prasekolah perlu  Tempat duduk buaian tiada
mempunyai pelan laluan penjuru yang tajam dan
kecemasan apabila berlaku dibuat daripada bahan yang
kebakaran. Keselamatan di luar ringan.
 Latihan kebakaran perlu kawasan prasekolah  Alat mainan tiada lubang
dijalankan 3 kali setahun. antara 4 – 8 ½ yang boleh
 Laluan keluar dari semua bilik memerangkap kepala
bebasa daripada sebarang kanak2.
halangan.  Kawasan sekitar bebas
 Tingkap bangunan adalah 1.2 Pagar
daripada risiko elektrik dan
m tinggi dari paras lantai dan bahan2 buangan seperti
besi bersilang dipasang di kaca, batu, sampah.
 Tangga dipasang pagar pada
runag terbuka. penghujungnya.
 Selang antara lubang pagar
mestilah kecil supaya kepala
kanak2 tidak boleh
memasukinya.
 pasang pagar ditempat yang
boleh mendatangkan bahaya.

7
Permaianan luar Sususn Atur dan Warna Permaidani

 Guru harus memastikan  Guru perlulah tahu  Guru akan menggunakan


peralatan diluar seperti buaian, apakah warna yang tempat ini untuk bercerita dan
tempat memanjat adalah sesuai digunakan untuk kanak-kanak boleh
dalam keadaan selamat. prasekolahnya. menggunakannya untuk aktiviti
 Aktiviti luar ini dapat  Susun atur perabot juga kumpulan.
membantu haruslah kemas bgai
memperkembangkan daya menjimatkan ruang
imbangan dan sebagainya.

Pusat Kesenian dan kreativiti

Pusat Permainan Manipulatif  Guru boleh meletakkkan doh


tanah liat, gunting dan warna.
 Guru boleh meletakkan lego,  Kanak-kanak bukan sahaja ceria
susunan kayu mengikut ruang- bahkan meningkatkan
ruang bentuk. koordinasi mata dan tangan.
 Guru juga boleh meletakkan
permaianan yang membina
kemahiran motor kasar. Membina kelas
Pasekolah yang
ceria

Pusat pembendaharan kata/ Pusat main peranan atau drama


Bacaan
 Guru boleh meletakkan
 Kanak-kanak boleh meneroka pelbagai jenis prop atau tabir.
sendiri pembendaharaan kata  Guru juga boleh meletakkan
dengan membaca buku, pakaian mengikut jenis
mendengar kaset atau cd. pekerjaan dan sebagainya.
 Kanak-kanak juga boleh Pusat Sains dan teknologi  Disini kanak-kanak dapat
melukis dikawasan sudut ini. berlatih cara mereka bercakap
 Guru boleh meletakkan kusyen  Guru boleh meletakkan dan meningkatkan
kecil atau permaidani bagi haiwan, tumbuh-tumbuhan did perkembangan sosial mereka
menambah keselesaan. dalam prasekolah. Contohnya
membela ikan didalam
akuarium dan membuat jadual
waktu kepada murid yang akan
memberi makan.
 Guru boleh meletakkan bahan
yang terdapat dari alam sekitar
seperti kayu, daun dan batu
untuk diujikaji.

8
Tandas lelaki dan
perempuan :

Tandas berasingan, sinki,


cermin, penyidai tuala, sabun,
berus, mop, selipar, pewangi
dan pencuci, gayung dan
baldi.

Ruang bilik air

SUSUN ATUR
Ruang penyediaan RUANG DAN Ruang luar bilik darjah
makanan
PERALATAN

Ruang masak : Pondok

Dapur, sinki, peti sejuk, rak Ruang bilik darjah Sudut pasir dan air
pinggan mangkuk,
peralatan memasak dan
peralatan mencuci.
Pusat bahasa: Pusat fizikal :
Rak buku-buku cerita dan buku ilmiah, kad
Peralatan
bacaan,mainan,
carta, panggung
peti kecemasan,
bonekaalat
danpemadam
sudut cerita.
api, carta bergambar, plan kebakaran.

Ruang makan : Alatan permainan luar:

Meja beralas,tikar dan Jongkang jongkit, papan


kerusi, pelapik gelongsor, papan
makanan,carta doa makan, imbangan, rangka
carta :permakanan
usat kreativiti Pusat teknologi: memanjat, terowong dan
atan perkusi dan muzik,
seimbang alatan mewarna atau seni
dan carta komputer,
visual, pencetak,
pelbagai alat
pelbagai
dramaperisian,
dan main pemain
peranan,pelbagai
cakera dan radio,television,layar
alat teknologi.
buaian. putih dan projektor.
kesihatan.
Alatan permainan luar :

Pusat kerohanian : Pusat sumber guru:


Carta bergambar,kad-kad dan kelengkapan sembahyang.
Pelbagai buku rujukan, fail dan fekod murid

Pusat kognitif :
Pelbagai bahan asas, alat sains, carta dan alatan matematik.

9
Definisi:

Proses mengklasifikasi,
Menyususn, menyimpan dan
menyelenggara
Fail-fail bagi memudahkan
Pengurusannya apabila
Diperlukan.

Simpan dan selenggara


Status Fail Sistem Pemfailan
a. Fail Rasmi :
 Fail Pekeliling
Dan Dokumen Lokasi Simpanan Fail :
a. Pejabat
 Fail Surat Menyurat b. Rak
 Fail Am c. Kelas Prasekolah
Selenggara :
b. Fail Tidak Rasmi : a. Kandung
 Fail Pendua b. Tutup/buka
c. Semak Stok
c. Daftarkan Fail Rasmi

10
2.1 Laporan Projek Pengurusan Keceriaan dan keselamatan di Prasekolah Sri
Melewar.

Tarikh : 5 Mac 2010-7 Mac 2010


Tempat : Prasekolah Sri Melewar

Pada 5 Mac 2010 yang lalu saya dan rakan sekelas telah melaksanakan satu
projek di Prasekolah Sri Melewar iaitu menyusun atur dan mengurus keceriaan
serta keselamatan di prasekolah tersebut. 20 orang pelajar kursus PISMP
Prasekolah IPG Raja Melewar telah melaksanakan projek tersebut. Pelaksanaan
projek ini adalah berdasarkan kepada tajuk kursus yang diberikan pada semester
ini iaitu pengurusan prasekolah. Objektif projek ini dilaksanakan adalah pelajar
prasekolah PISMP IPGM Raja Melewar dapat mengenal pasti garis panduan dan
peraturan keselamatan serta kesihatan pusat prasekolah sepertimana yang telah
termaktub dalam akta yang memperuntukkan jaminan keselamatan dan
kepentingan kanak-kanak Seksyen 20 dalam akta 550, bahawa tiada tadika yang
boleh dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu telah didaftarkan. Ini
menunjukkan bahawa keselamatan dan kepentingan kanak-kanak semasa
berada di sekolah lebih terjamin dan ibu bapa boleh menghantar anak ke
prasekolah tanpa kebimbangan.

Oleh yang demikian, akta ini telah menyebabkan guru-guru prasekolah terikat
dengan pengurusan dan penyeliaan prasekolah dimana, pada masa yang sama
guru prasekolah harus memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa keselamatan
anak-anak mereka adalah dibawah tanggungjawab guru prasekolah tersebut
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Untuk itu, Saya dan
rakan-rakan yang mengambil kursus prasekolah telah menjalankan projek ini di
Prasekolah Sri Melewar bagi memberi penambahbaikkan terhadap aspek-aspek
keselamatan, kecerian dan kesihatan yang terdapat di Prasekolah tersebut.

11
JAWATANKUASA PROJEK PENGURUSAN KECERIAAN DAN
KESELAMATAN PRASEKOLAH SRI MELEWAR.
Pengerusi
Nurul Idayu bt Abd. Aziz

Setiausaha
Muhammad Hanafi bin Khalit

Bendahari
Naqia bt Apandi

Dokumentasi
Imadduddin bin Abd. Rahman

Ahli Jawatankuasa Sudut


1. Sudut ICT : Adila bt Ishak
2. Sudut Bacaan : Radhiatulainaa bt Abd Karim
3. Sudut Main Peranan : Munirah bt Madzlan
4. Sudut Kognitif : Azizah bt Kamaruddin
5. Sudut Sakit/senyap : Rumezah bt
6. Sudut Belajar : Rosmalinda bt Hassan
7. Sudut Ruang makan : Halimatul Saadiah
8. Sudut Kreativiti/ Fizikal : Umar Othman
9. Rak/ Ruang Alat Tulis : Mohd Hamizuddin bin Zainal
10. Sudut Kerohanian : Suraya bt Sabtu
11. Pengurusan Diri : Najibah bt Borhanudin
12. Tugas-tugas Khas : Luqman Nur Hakim bin Ibrahim
13. Ruang Sumber Guru : Mohd Hafizuddin bin Abd Rahim

Rajah menunjukkan jawatankuasa projek pengurusan dan keceriaan.

12
2.2 Laporan Sebelum Projek Pengurusan Dan Keceriaan Dijalankan

Sebelum projek ini dilaksanakan kami telah melaksanakan lebih dari tiga kali
mesyuarat. Di dalam mesyuarat itu agenda-agenda seperti perbincangan
perlantikkan jawatan, perbincangan mengenai susun atur, pemilihan warna yang
bakal digunakan adalah antara perkara-perkara yang sering dibangkitkan dalam
mesyuarat ini.

Dalam projek ini, antara agenda pertama yang dapat dilaksanakan sebelum 5
Mac 2010 adalah membina penutup longkang pada laluan masuk kanak-kanak
prasekolah dimana, semasa proses pembinaan ini dijalankan kami telah
mendapat bantuan dari pihak luar. Hasil dari mesyuarat yang telah dijalankan,
aspek pelan sering dititikberatkan selain dari pemilihan tarikh pelaksanaan.
Masalah pelan timbul apabila, sudut pembelajaran dan pengajaran berubah
tempat. Kawasan yang telah dicadangkan itu, mempunyai masalah apabila
terdapatnya besi dibahagian tersebut. Menurut sejarah asal, sebelum wujudnya
kelas prasekolah tersebut, ia merupakan sebuah kantin staf Maktab Perguruan
Raja Melewar. Bagi menyelesaikan masalah tersebut kami telah meminjam
beberapa peralatan dari bilik kemahiran hidup. Bagi untuk mengurangkan kadar
kos yang digunakan maka, kami telah bersetuju untuk meminjam berus cat,
scraper dan bekas cat dari bilik kemahiran hidup. Selain dari itu, pelan yang
dicadangkan itu juga perlu memiliki pelan kebakaran bagi memudahkan guru
prasekolah terbabit, melaksanakan aktiviti latihan kebakaran dan seterusnya
dapat membantu kanak-kanak tersebut menyelamatkan diri dari kebakaran, jika
ianya berlaku.

Disebabkan kanak-kanak prasekolah perlu menghadirkan diri mereka ke


sekolah, maka kami menghadapi masalah dari aspek peruntukkan masa. Untuk
itu, kami telah memilih 5 Mac 2010 hingga 7 Mac 2010 sebagai tarikh
memulakan kerja projek ini. Walaupun masa yang diperuntukkan itu agak
singkat tetapi kami semua telah bersetuju. Oleh itu, kami telah membuat satu
strategi dimana, setiap sudut pembelajaran akan diketuai oleh setiap seorang

13
dari kami. Oleh itu, nilai kerjasama sememangnya dititikberatkan bagi
memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.

Bagi pemilihan warna pula, kami telah memilih tiga warna yang agak cerah,
hidup dan ceria iaitu warna hijau, kuning dan merah. Ketiga-tiga jenis warna ini
adalah dari jenama yang sama iaitu Colourland. Kami telah berjaya
mendapatkan cat ini dengan harga yang murah. Semua cat yang dibeli bernilai
hampir RM 200.00. Pada awalnya, ada cadangan untuk menggunakan cat
minyak kerana beralasan, jika dinding prasekolah diconteng maka ia boleh
dipadam semula. Tetapi setelah membuat sedikit kajian dan meminta beberapa
pendapat, ada pendapat yang menyatakan bahawa cat jenis ini bahaya kerana
berasaskan minyak dan mudah terbakar. Selain itu, harga cat ini juga agak
mahal dan memerlukan orang yang mahir untuk mengendalikannya. Ajk tugas-
tugas khas telah dipertanggungkawabkan untuk mencari kuota harga cat yang
terendah dan pada masa yang sama ianya berkualiti. Oleh itu, colorlite emulsion
dari jenama Colourland telah dipilih sebagai cat akan digunakan.

14
2.3 Laporan Semasa Projek Pengurusan Dan Keceriaan Dijalankan
Pelaksanaan projek pengurusan dan keselamatan di prasekolah telah
dilaksanakan pada 5 Mac 2010. Semua pelajar PISMP Prasekolah telah
bersama-sama melaksanakan projek ini dengan jayanya. Pelaksanaan projek ini
telah dipantau oleh pensyarah Prasekolah IPG iaitu En. Mohammad bin
Sulaiman dan Puan Umi Kalsom binti Takriff. Projek ini telah bermula lebih
kurang pada pukul 3.00 petang. Taklimat dan penerangan telah diberikan oleh
pengerusi jawatankuasa projek ini. Taklimat ini yang diberikan oleh pengerusi
meliputi pembahagian tugas-tugas dan cara mengendalikan bahan-bahan yang
akan digunakan serta susun atur barang.

Selepas taklimat, kami telah memulakan kerja projek ini pada pukul 3.15 petang.
Puan Umi telah membawa beberapa jenis alatan seperti mesin gerudi untuk
menebuk lubang di dinding bagi menggantikan paku yang terdapat pada dinding
prasekolah. Selain itu, jawatankuasa yang mengendalikan peralatan yang akan
digunakan seperti berus dan scrapper telah membuat pinjaman awal di bengkel
kemahiran hidup. Peralatan lain pula seperti cat dan soket telah dibeli oleh
jawatankuasa tugas-tugas khas sehari sebelum projek ini dilaksanakan.

Masalah timbul apabila terdapat mural-mural yang dicat diprasekolah adalah dari
jenis cat minyak. Cat minyak akan membawa masalah kepada cat lapisan
pertama ataupun dikenali sebagai Undercoat kerana lapisan lukisan cat minyak
yang terdapat di dinding tersebut memiliki permukaan yang licin dan ini
menyebabkan cat tidak dapat bertahan lama di dinding tersebut. Oleh itu kami
mencuba mencucinya dengan menggunakan Turpetin dan beberapa jenis alatan
lain seperti scrapper. Tapi malangnya tiada satu dari kaedah diatas yang
berhasil. Disebabkan tiada pilihan lain maka kami terus sahaja memulakan cat
lapisan pertama. Cat ini adalah dari jenis Superb White Undercoat dari jenama
Colourland yang berharga lebih kurang RM 85.00. Cat ini agak bagus kerana ia
memiliki warna yang terang dan lapisan catnya agak tebal.

15
Kami memulakan aktiviti mengecat ini dari kawasan dapur hinggalah ke kawasan
yang lain. Ada yang mengecat lapisan pertama dan ada pula yang mengecat
bahagian bingkai cermin tingkap, pintu dan cermin pejabat dengan cat minyak
yang berwarna kelabu. Selain itu, ada pula diantara kami yang mengeluarkan
peralatan-peralatan yang berhampiran dengan kawasan dinding kerana ia
menghalang kami dari melaksanakan aktiviti mengecat. Lebih kurang pada pukul
4.00 petang En. Mohammad Sulaiman datang untuk bersama-sama memberikan
idea serta pandangannya.

Besi yang selama ini mengehadkan kawasan didalam prasekolah telah dipotong
dan ini secara tidak langsung menambah keluasan bilik darjah tersebut. Besi
yang dipotong tersebut, hampir memakan masa lebih kurang dua hari untuk
menyiapkannya. Lubang yang terdapat pada bahagian besi yang tertanam
ditutup dengan menggunakan lebih kurang 1 kilogram simen. Semasa kami
sedang mengemas, mengecat, memotong dan menyusun, kami terkejut apabila
terdapatnya satu lubang di kawasan Istirihat murid yang sakit. Didalamnya
terdapat beberapa perabot tambahan. Sebagai jalan penyelesaian kami
membuat penutup pada pintu tersebut dengan papan keping. Papan itu dicat
bagi mencantikkannya dan supaya ia kekal lama.

Masa silih berganti. Kami melaksanakan projek ini dari pukul 8.00 pagi hinggalah
malam pada hari yang berikutnya. Pada hari yang kedua cat warna telah
digunakan. Keadaan di prasekolah pada ketika itu, sangat kotor sehinggakan
kami terpaksa menggunakan selipar ketika berada didalam prasekolah tersebut.
Naqia adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyajikan makanan kepada
rakan-rakan prasekolah yang lain. Dia menyediakan makanan utntuk sarapan
pagi dan tengahari sahaja.

Pada hari terakhir, iaitu 7 Mac 2010 kami terpaksa berhempas pulas menyiapkan
kerja-kerja yang masih belum disiapkan diprasekolah. Antaranya membuat
pentas, memasang tikar, membersihkan semula prasekolah dan menyusun atur.

16
Dari awal pagi kami telah datang ke prasekolah untuk menyambung kembali
kerja-kerja yang masih belum selesai. Mural tidak dapat dilukis kerana kekangan
masa. Papan-papan carta yang dahulunya digunakan sebagai sudut-sudut
pembelajaran telah dikeluarkan dari kelas prasekolah kerana ia menyempitkan
lagi kawasan yang terdapat di prasekolah.

Lebih kurang pada pukul 2.00 petang, setengah dari kawasan prasekolah telah
berjaya disiapkan. Kami sangat beruntung apabila Suami Puan Umi Kalsom
turun padang untuk bersama-sama membantu kami dari segi idea dan tenaga
untuk menyiapkan prasekolah. Selain itu, dia banyak membantu kami dalam
menyiapkan pentas mini prasekolah. Pentas tersebut telah dibina dengan
menggunakan kayu-kayu yang terpakai. Ini secara tidak langsung telah
membantu mengurangkan kos pengubahsuaian prasekolah tersebut.

Akhir sekali sebelum kami siap sepenuhnya, Luqman, Hafiz dan Ayu telah keluar
untuk memilih dan membeli tikar. Akhirnya setelah bersepakat, kami berjaya juga
membeli dua gulung tikar. Sementara menunggu kami pulang untuk memasang
tikar, ada diantara rakan-rakan prasekolah yang membersihkan peralatan yang
digunakan serta membersihkan perabot prasekolah seperti meja murid yang
terkena cat. Selepas tikar telah siap dipasang, Susun atur kelas pun bermula,
banyak perubahan tempat yang berlaku antaranya kawasan komputer telah
diletakkan disudut yang lebih jauh dari kanak-kanak prasekolah, Sudut
pembelajarandan pengajaran juga telah berubah, keluasan di dalam bilik
prasekolah semakin bertambah serta kedudukan perabot yang lain nampak lebih
teratur dan sistematik. Ada diantara kami yang masih belum pulang walaupun
jam telah menunjukkan pukul 7.30 malam kerana mereka mengelap lantai dan
meja.

17
2.4 Laporan Selepas Projek Pengurusan Dan Keceriaan Dijalankan
Walaupun terdapat banyak halangan dalam menyiapkan projek ini, tetapi dengan
Izinnya maka kami berjaya menyiapkan Prasekolah ini dengan seberapa mampu
dan terbaik. Malangnya masih ada beberapa perkara yang kami masih belum
sempat siapkan. Contohnya melukis mural di dinding prasekolah. Kami masih
belum sempat untuk menyiapkan kerana kekangan masa. Akhirnya pada hari
Isnin sesi pengajaran dan pembelajaran dapat juga dilaksanakan di prasekolah.
Kanak-kanak prasekolah dilihat seperti lebih bebas bermain di dalam prasekolah
dan mereka nampak seronok bermain di kawasan pentas.

Selain itu, ada juga dikalangan pelajar PISMP Prasekolah yang masih belum
menyiapkan sudut-sudut mereka, datang ke prasekolah pada waktu rehat atau
senggang untuk menyiapkan sudut-sudut mereka. Seterusnya untuk menambah
keluasan prasekolah, maka kami telah bersepakat untuk membuka carta yang
terdapat pada besi yang memegang carta tersebut dan mengantungnya di
kawasan yang telah dikhaskan.

Kesimpulannya projek pengurusan di prasekolah Sri Melewar memerlukan


rancangan pelaksanaan awal yang memerlukan komitmen dan kesabaran
dikalangan ahli. Oleh itu setiap ahli perlu bertindak dengan secara berkesan bagi
menjayakan projek ini. Selain itu, projek ini perlu menitikberatkan perihal
keselamatan kanak-kanak bagi mengelakkan kecederaan disebabkan susun
atur dan pengurusan bilik darjah yang tidak kondusif.

18
3.0 Penambahbaikkan

Terdapat banyak penambahbaikkan projek pengurusan keceriaan dan


keselamatan Prasekolah Sri Melewar yang dilaksanakan oleh guru pelatih
prasekolah PISMP IPG Raja Melewar yang pada masa yang sama menimba
ilmu dari pengalaman pelaksanaan projek ini. Antara penambahbaikkan yang
berjaya dilaksanakan oleh guru pelatih prasekolah ialah mengubah susun atur
peralatan dan sudut pembelajaran. Perubahan yang dilaksanakan
sememangnya nampak apabila keluasan bilik darjah yang selama ini dipenuhi
dengan perabot-perabot yang tidak digunakan dan menggangu ruang
pembelajaran seperti papan kenyataan sememanngnya tidak praktikal dengan
persekitaran yang sedia ada. Selain itu, Sudut-sudut pembelajaran tampak lebih
hidup dan dipenuhi dengan alat bantu mengajar yang sememangnya penting
bagi sudut tersebut. Contohnya sudut ict yang memerlukan radio dan televisyen
serta komputer yang sememangnya bersesuaian dengan kedudukannya.
Seterusnya kedudukan sick bay atau kawasan istirehat bagi pesakit. Kawasan itu
yang terletak bersebelahan dengan tingkap dan di kawasan senyap merupakan
satu tempat yang bersesuaian kerana pesakit tidak akan diganggu oleh rakan-
rakan yang lain serta memiliki pengudaraan yang baik dan sihat. Kedudukan
meja guru yang terletak dihadapan kelas, akan memudahkan guru prasekolah
memantau segala kerja yang dilakukan oleh anak muridnya. Pentas yang juga
antara perabot baru yang dibina semasa projek ini dilaksanakan. Murid-murid
prasekolah amat menyukai kawasan ini dan mereka berasa lebih yakin untuk
kehadapan bagi melaksanakan aktiviti main peranan atau boneka kerana pondok
boneka yang selama ini berada di ruangan pasif telah diubah ke kawasan yang
sememangnya menarik tumpuan murid-murid prasekolah untuk mencuba
patung-patung tangan dan jari yang telah disediakan.
Aspek pemilihan warna adalah amat dititikberatkan. Pemilihan warna yang
sesuai akan membantu perkembangan dan minat murid-murid ini untuk belajar
dengan lebih tekun. Bukanlah untuk bertujuan untuk mengkritik mana-mana
pihak, warna cat yang digunakan oleh prasekolah sebelum ini adalah tidak

19
bersesuian dan nampak tidak menarik serta membangkitkan semangat kanak-
kanak prasekolah untuk belajar. Warna yang digunakan untuk mengecat semula
kawasan dalam prasekolah ialah merah, hijau dan kuning. Pemilihan warna ini
telah dibincangkan beberapa kali sebelum pembelian dilakukan. Walaupun harga
cat yang digunakan agak murah tetapi kualiti warna yang terdapat pada cat itu
agak mengkagumkan dan menyerlah. Pengunaan cat kuning merupakan antara
cat yang banyak digunakan untuk menghidupkan suasana di kawasan
prasekolah. Ini kerana cat kuning dapat membangkitkan semangat untuk belajar.
Penggunaan papan kenyataan yang tidak praktikal di prasekolah telah
menyebabkan ruang pembelajaran menjadi lebih sempit. Oleh itu, papan
kenyataan tersebut dibuka dari besi yang memegangnya lalu dilekatkan pada
dinding. Selain itu, besi pemegang yang selama ini menghalang dan
mengehadkan ruang di kawasan prasekolah ini telah dipotong dan lubang yang
terdapat pada tapak besi tersebut ditampal dengan simen. Pemilihan warna tikar
yang bercampur antara gelap dan terang adalah amat bersesuaian dengan
warna dinding dan ia menimbulkan keceriaan di dalam kelas.

20
4.1 Rumusan

Pengurusan bilik darjah adalah tindakan dan strategi yang digunakan oleh guru
untuk mengekalkan keceriaan,keselamatan dan pentadbiran bilik darjah.
Peraturan atau rutin yang mudah difahami dan diikuti murid dapat mewujudkan
suasana yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan
bilik darjah juga bergantung kepada jenis sesebuah bilik darjah itu. Jenis bilik
darjah yang berbeza memerlukan pengurusan yang berbeza. Guru adalah orang
yang paling penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru adalah pengurus bilik
darjah yang akan menentukan keceriaan,keselamatan dan pentadbiran dapat
berlaku dengan baik dan berkesan atau pun tidak.

Pengurusan yang bermasalah atau yang lemah harus dibendung dengan betul
agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
bertanggungjawab memastikan murid didalam keadaan yang selamat
sepertimana yang telah ditetapkan didalam akta 550. Pengurusan yang baik dan
sempurna akan menonjolkan gaya kepimpinan guru yang baik dan efektif
malahan meningkatkan kredibiliti seseorang guru.

Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan banyak


bergantung kepada guru sebagai pengurus yang berkesan. Pengurusan bilik
darjah penting bagi memastikan keceriaan,keselamatan dan pentadbiran serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan memberi
faedah menyeluruh kepada murid.

21
5.1 Refleksi
Pada 5 Mac 2010, Saya dan rakan-rakan PISMP Prasekolah IPG Kampus Raja
Melewar telah berjaya melaksanakan satu projek iaitu melaksanakan projek
pengurusan dan keceriaan Prasekolah Sri Melewar. Berdasarkan kepada tajuk
kursus semester ini, iaitu Pengurusan Prasekolah, kami telah diminta untuk
merancang, merangka pelan, mengubahsuai susun atur dalaman, keselamatan
dan keceriaan prasekolah tersebut. Pensyarah pembimbing kami iaitu Pn. Umi
Kalsom binti Takrif telah benyak memberi sumbangan dari segi ilmu, tenaga dan
wang ringgit selain dari keringat dan masa. Sebagai bakal seorang guru
prasekolah saya rasa saya patut menguasai ilmu pendiddikan yang banyak
berteraskan kepada Susana bilik darjah yang kondusif dan selamat. Ini kerana
prasekolah merupakan satu kawasan yang disediakan oleh kerajaan untuk
mengajar murid-murid yang berumur 5 dan 6 tahun iaitu tempat yang pertama
sekali seseorang murid itu menjejakkan kakinya sebelum berlakunya proses
transisi ke darjah satu. Oleh itu, guru prasekolah harus tahu bagaimanakah cara
yang terbaik bagi sesorang kanak-kanak itu dapat menyerap segala ilmu yang
telah dipelajari dan dapat memberi maklum balas yang positif mengenai murid
berkenaan seperti boleh membaca dengan lancar, dapat berinteraksi dengan
rakan-rakan dengan bahasa yang sopan dan baik. Oleh itu, pengurusan
prasekolah amat penting bagi membolehkan perkembangan seseorang kanak-
kanak itu dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Contohnya, bilik dajah
yang kondusif dan susun atur bahan bantu mengajar yang sempurna akan
secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak prasekolah itu belajar
dengan sendirinya.
Dalam penulisan refleksi saya pada kali ini, akan menyentuh terhadap
keseluruhan operasi projek ini dari mesyuarat hinggalah ke saat ini. Bagi saya
seharusnya dalam satu-satu pengurusan prasekolah yang melibatkan
merancang, merangka pelan, mengubahsuai susun atur dalaman, keselamatan
dan keceriaan prasekolah tersebut, seharusnya pengerusi memainkan peranan
yang penting bagi tentang bagaimanakah pelaksanaan itu akan diadakan.
Mesyuarat yang kerapkali diadakan di luar kawasan prasekolah seharusnya

22
dielakkan kerana bagi saya, saya tidak nampak lokasi atau kawasan yang
seharusnya diubah itu. Sepatutnya semua ahli jawatankuasa telah memantau
sudut dan bahagian-masing-masing sebelum hadir ke mesyuarat dan
memberitahu agenda yang akan dilaksanakan itu.
Selain itu sikap segelintir pelajar atau rakan prasekolah yang hanya mengambil
sikap acuh tak acuh dalam melaksanakan projek ini menyebabkan ada beberapa
aspek yang tidak dapat disiapkan contohnya di kawasan sudut-sudut pengajaran
dan pembelajaran. Mereka seharusnya berfikir bahawa projek yang dilaksanakan
ini memerlukan kesungguhan, kerjasama dan toleransi di antara pelajar
prasekolah. Di sebabkan mementingkan diri inilah yang menyebabkan rakan-
rakan lain berasa amat marah dan terkilan. Selain itu, pengerusi seharusnya
bijak mengawal masa, sepatutnya taklimat tidak perlu lagi dilaksanakan semasa
di prasekolah kerana seharusnya, taklimat itu diadakan semasa di dalam
mesyuarat yang terakhir. Bukanlah niat untuk mengkritik tetapi pengerusi harus
bersikap profesional. Sindiran dan sebagainya harus dielakkan kerana itu semua
akan menjatuhkan kredibiliti seseoarang pengerusi itu sebagai pemimpin
sebagaimana yang berlaku ke atas beberapa orang pelajar lelaki yang baru
pulang dari solat jumaat.
Jika mengikut pelan asal yang telah dipersetujui semasa mesyuarat, amatlah
berbeza sama sekali dengan apa yang telah dilaksanakan di prasekolah
tersebut. Bagus kerana ramai tenaga-tenaga yang memberi bantuan tetapi jika
hanya sekadar banyak memberi idea dari segi penambahbaikkan pelan dan
bukan tenaga saya rasa bukanlah satu kewajaran bagi memberi satu sindiran. Ini
kerana berkerja dengan keadaan tertekan dalam masa tiga hari ini banyak
memberi impak kepada pelajar prasekolah kerana pada waktu yang sama
lawatan kohot PISMP semester lima diadakan pada hari sabtu 6 Mac 2010
manakala, aktiviti permainan tradisional pula diadakan pada petang isnin 8 Mac
2010. Kmai terpaksa bergegas menyiapkannya bagi memastikan murid-murid
prasekolah dapat menghadirkan diri pada hari isnin 8 Mac 2010. Bukanlah
bermaksud kami tidak boleh menerima sindiran atas beberapa kesalahan yang
dilakukan seperti melakukan pendawaian eletrik secara sendiri, bagi memastikan

23
bekalan elektrik dapat diteruskan ke komputer. Saya faham dengan prosedur
pendawaian ini yang mungkin akan menyebabkan berlakunya litar pintas dan
kebakaran. Tetapi di dalam keadaan seperti ini kami berharap agar tiada
tekanan lain kerana komitmen yang diberikan adalah lebih dari 100%.
Seterusnya, saya nampak bahawa kebanyakkan keptusan yang diambil seperi
membeli tikar adalah di saat-saat akhir dan ini menyebabkan banyak masalah
timbul.Antaranya pilihan menjadi lebih sedikit. Harga kos akan menjadi semakin
meningkat kerana penjual akan menawarkan harga yang tinggi disebabkan kita
amat memerlukan barangan itu atau tiada satupun kedai yang menjual tikar ini
dibuka.
Oleh itu, perancangan dalam melaksanakan sebarang projek terutamanya dalam
akiviti pengurusan memerlukan komitmen dan perancangan yang betul bagi
mengelakkan sebarang perkara yang tdak diingini berlaku. Memandangkan
perkara ini telah berlaku maka kami mengambilnya sebagai satu pengajaran.
Jadi jika kami dihantar ke mana-mana prasekolah, perkara ini semua akan
menjadi sebagai satu panduan kami.

24
6.1 Senarai Rujukan

Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2007); Panduan Pendidikan


Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003); Panduan
Kurikulum Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur.

Norin Hassan (2008); Membina Perniagaan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan,

Utusan Publication & Ditributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur

http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html
diakses pada 3 Mac 2010

http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/ diakses pada


3 Mac 2010

25
LAMPIRAN

Gambar sebelum Gambar selepas

Gambar sebelum Huaraian

26
Melaksanakan mesyuarat –
mesyuarat sebelum prasekolah

Memindahkan barang-barang
prasekolah yang berada dekat
dengan dinding.

Memulakan aktiviti mengecat

Menutup lubang yang terdapat


dinding prasekolah.

Gambar sebelum Huraian

27
Memotong besi yang menyempitkan
ruang pembelajaran

Memasang alas pada pentas yang


baru disiapkan

Memasang tikar baru prasekolah

Membersihkan cat yang melekat


pada tikar

Keadaaan kelas yang telah siap

28

You might also like