Professional Documents
Culture Documents
Abstrak
Tugasan ini dilakukan adalah untuk mendalami dan mendapatkan pengetahuan tentang membina
sesuatu penulisan dengan struktur penulisan yang betul, terutamanya dalam penggunaan gaya
bahasa. Bentuk penulisan gaya bahasa yang dikaji adalah menjurus kepada penulisan cerpen
Secara umumnya, penulisan cerpen melibatkan asas pengetahuan yang mendalam, perlu ada
dalam individu penulis. Yang mana seperti yang kita sedia maklum bahawa, pada abad kini
banyak penulis-penulis yang berjaya menampilkan pelbagai isu pemikiran mereka melalui
penggunaan gaya bahasa yang bersesuaian dengan maksud pemikiran mereka. Penggunaan gaya
bahasa yang sesuai, dapat menarik minat pembaca untuk mendalami sesuatu penyampaian
penulis dalam karyanya. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat seberapa ramai penulis yang
berjaya menampilkan pelbagai isu pemikiran secara berkesan. Penggunaan gaya bahasa amat
akan menyimpang kepada pemikiran pembaca jika gaya bahasa di salah guna.
Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Prosa Melayu
Moden ( BST 1053 ), Puan Hasrina Binti Baharum kerana telah memberikan tunjuk ajar dan
Tidak lupa juga kepada, sahabat yang telah banyak memberi pendapat dan kritikan serta
penulisan cerpen terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa. Perbicaraan mengenai gaya
dalam hubungannya dengan kesusasteraan sebenarnya adalah perbicaraan yang khusus tentang
penggunaan bahasa.
Maksud gaya bahasa dalam penulisan cerpen ialah cara penulis memberikan watak kepada
menyalurkan idea atau menyampaikan sesuatu idea kepada pembaca. Gabungan dari unsur gaya
bahasa dengan unsur-unsur struktur yang lain seperti sudut pandangan, watak dan perwatakan,
latar, plot, dan tema, akan dapat menimbulkan nilai keindahan pada sesebuah penulisan cerpen.
Kebijaksanaan penulis menggunakan gaya bahasa yang tepat, segar, dan asli akan dapat
memperlihatkan cirri keindividuan dan identity penulis serta memberikan warna keindahan pada
karya ciptaannya. Cara pemilihan kata (diksi), penyusunan ayat dan ungkapan, mencipta bahasa
kiasan dan memberikan corak nada serta suasana pada cerita, dapat menonjolkan ciri-ciri
individual itu. Hal ini dapat berlaku dan banyak bergantung kepada unsur-unsur lain seperti
pendidikan, pengalaman, pekerjaan, dan persekitaran alam yang saling membentuk diri para
penulis.
Kebanyakan penulis cerpen selepas perang terdidik di sekolah Melayu, Arab, Inggeris dan ada
pula yang bernasib baik mendapat pelajaran akademik sehingga ke peringkat universiti.
Pendidikan seperti inilah yang kuat dalam membentuk pelbagai acuan dan corak gaya bahasa
Perbincangan dalam kajian ini adalah melibatkan struktur dalam penulisan cerpen, yang mana
lebih menekankan tentang penggunaan gaya bahasa di dalam sesebuah penulisan cerpen oleh
penulis.
Dalam kajian ini, perbincangan lebih lanjut tentang penggunaan gaya bahasa dalam penulisan
cerpen selepas perang akan diberi penekanan. Di mana, ianya terbahagi kepada empat bentuk
gaya bahasa. Penggunaan gaya bahasa yang sering digunapakai oleh penulis selepas perang
seperti pemilihan kata ( diksi ), struktur ayat, bahasa kiasan, dan nada. Manakala, bahagian yang
terakhir adalah yang akan dibincangkan adalah kesimpulan yang akan dibuat. Yang mana,
penegasan terhadap penggunaan gaya bahasa yang sangat diberi penekanan apabila seseorang
penulis berkarya.
Pemilihan kata-kata ( diksi )
Pemilihan kata-kata atau diksi dianggap penting kerana ia harus disesuaikan dengan tema dan
persoalan cerita yang mahu disampaikan oleh penulis. Pada kebiasaanya, pemilihan kata-kata itu
boleh diselaraskan dengan nada dan suasana cerita, serta watak dalam cerita itu sendiri.
tema dan persoalan cerita. Misalnya, cerpen yang bertemakan politik, darurat dan perang, dijalin
dengan kata-kata yang mempunyai kuasa meransang semangat kesedaran kebangsaan, seperti
kebangsaan, hak, kebebasan, penindasan dan kata-kata yang bersangkut paut dengan kekejaman,
kecemasan serta penderitaan hidup. Kita melihat kehalusan gambaran kata-kata itu dating dari
Kebiasaannya, pemilihan kata-kata itu diasonansikan dengan mentalit, ideologi, dan hal-hal
berkaitan dengan watak-watak dalam cerita. Pada Kassim Ahmad umpamanya, watak-watak
utamanya sama pada ideologi sosialis. Jesteru itu, cerpen-cerpennya beraliran realism-sosialis
itu agak cenderung memilih kata-kata relevan dengan kehidupan manusia rakyat massa seperti
kata-kata marhaen, sama rata, hak bersama dan perkara-perkara kebajikan rakyat.
Kecenderungan memilih kata-kata inggeris agak ketara pada A. Samad Said, A. Samad Ismail,
dan Keris Mas. Mereka menggunakan kata-kata sewaktu itu sewaktu membawa tema dan
persoalan kehidupan manusia yang bertugas di hospital, pegawai-pegawai kerajaan, wakil rakyat,
dan pemimpin politik. Kata-kata tersebut terdapat dalam bentuk dialog dan juga secara naratif.
Keistimewaan lain A. Samad Said ialah, kejayaannya mencipta kata-kata atau istilah baru yang
agak menarik, tepat, dan segar. Kata-kata tersebut mempunyai makna tersendiri yang
menimbulkan unsure humor tetapi tajam dengan sindiran. Diantaranya ialah, ‘M.P gudu-gudu’
( gudu-gudu sejenis paip untuk menghisap tembakau), ‘ Senator Haipo’ ( Haipo bermaksud
Penggunaan bahasa daerah juga sering terdapat pada cerpen-cerpen selepas perang.
Penggunaannya bukan sahaja secara naratif, malah dalam bentuk dialog antara watak. Hal ini
penggunaannya dalam dialog boleh member beberapa maklumat penting mengenai watak itu
sendiri, tentang latar peribadinya, dan lebih member kesan. Walaupun, penyisipan kata-kata
daerah itu tidak ketara sehingga menimbulkan kekeliruan dan kesulitan kepada pembaca.
Struktur Ayat
Struktur ayat bagi cerpen-cerpen melayu selepas perang disusun dengan tiga cara, iaitu
penyusunan ayat yang panjang, sederhana dan pendek. Sejak sebelum perang lagi, pembentukan
ayat yang panjang telah menjadi kegemaran kepada para penulis terutamanya dari golongan guru
dan wartawan. Tetapi, selepas zaman tersebut, keadaan ini sudah berkurangan dan boleh
dikatakan stail itu tidak berhasil menguasai gaya para penulis tahun 1960-an. Misalnya, cerpen
A. Samad Ismail bertajuk “Ingin Jadi Pujangga” menggunakan ayat yang panjang. Di mana,
penulis cuba menyampaikan pelbagai maklumat dalam satu ayat yang panjang dan dibentuk
dalam satu perenggan sahaja. Maklumat yang disampaikan teratur dan lengkap tetapi agak cacat
sedikit kerana ia tidak memberi peluang kepada pembaca untuk meransang daya fikir dan
membangunkan imaginasinya.
Namun, pembentukkan ayat yang sederhana atau pendek-pendek lebih sesuai dan sangat
digemari oleh penulis kini. Contoh cerpen Keris Mas “ Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan”
dan A. Samad Said “Kakak”. Kedua-dua cerpen ini jelas penyampaiannya dan lebih
penulis memilih kata-kata membentuk ayat yang dapat meransang minat dan membangkitkan
daya imaginasi pembaca. Berhubung rapat dengan penyusunan ayat, penggunaan dialog watak-
watak dalam cerita. Dialog disusun dalam bentuk ayat yang pendek, lincah, dengan nada yang
agak pantas untuk mencorakkan suasana cerita. Dialog yang lincah dan boleh mempercepatkan
Selain itu, penggunaan bahasa pasar dalam wata-watak melayu juga adalah penulisan yang
menarik minat penulis. Kelaziman penggunaan gaya bahasa seharian atau bahasa pasar boleh
menimbulkan suasana dan warna setempat ( local realistik ) yang memperlihatkan unsure
realistik.
Semantara itu, penulis selepas perang terutama A. Samad Said sering menggunakan dialog-
dialog bahasa Inggeris. Watak-watak itu, mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris atau
Di samping itu, penyusunan ayat dalam bentuk dialog lainnya ialah adanya unsure humor. Ianya
disusun kadangkala dijalin dengan susunan kata-kata yang pendek dan mudah.
Bahasa Kiasan ( Figurative Language )
cara gaya yang unik dan kreatif. Penggunaan bahasa kiasan adalah bertujuan untuk mndapatkan
kekuatan dan keaslian dalam pengucapan atau ekspresi penulis. Di antara bahasa kiasan yang
kerap dipilih oleh penulis selepas perang ialah perbandingan, personifikasi, metafora, hiperbola,
dan penghalusan.
i) Perbandingan.
Perbandingan ialah unsure bahasa kiasan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Ianya
berkait dengan hubungan perkembangan gaya bahasa cerpen Melayu selepas perang, daya
kreativiti para penulis mencipta perbandingan yang agak menarik, matang dan asli.
ii) Personifikasi
Unsur personifikasi digunakan untuk sesuatu pernyataan supaya menjadi lebih insentif dan
berkesan. Personifikasi ialah perbuatan member nyawa manusia kepada benda-benda mati,
menghidupkan sesuatu yang kaku menjadi dinamis dan seolah-olah boleh bergerak-gerak kerana
diberikan sifat-sifat manusia. Ianya dapat membantu menjelaskan sesuatu maksud, member
iii) Metafora
Penggunaan bahasa metafora, penulis memberikan sifat lain pada sesuatu benda yang asal.
Dengan adanya proses pemindahan sifat itu, mungkin menimbulkan minat pembaca kerana kesan
Hiperbola adalah suatu bahasa kiasan yang mana digunakan untuk membesar-besarkan atau
v) Penghalusan
Unsur penghalusan serung digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu perlakuan atau
peristiwa dengan cara gaya yang lebih bijaksana dan halus. Ia biasa digunakan terhadap hal-hal
yang berhubungkait dengan kesopanan dan tatasusila hidup, trutama dalam perlukisan yang
membawa unsur-unsur erotica atau seks. Penulis berhati-hati dan penuh kesedaran memilih
kata-kata yang sesuai, sopan, dan tidak melanggar etika, serta tidak memberikan gambaran yang
terperinci. Kadangkala, perkataan tertentu itu diberikan tanda baca tertentu, umpamanya dalam
Pengarang tidak mahu memaparkan hal-hal tersebut secara terus terang dan ini boleh
menghidupkan imaginasi pembaca untuk membayangkan gambaran itu. Walhal, penulis masih
lagi meletakkan nilai-nilai etika di paras yang tinggi dan menolak penceritaan secara berterus
terang.
Nada ( Tone )
Nada atau tone adalah satu aspek penting dalam struktur gaya bahasa. Nada sering dimaksudkan
sebagai cara seseorang pengarang itu menyampaikan sikapnya kepada pembaca. Menganalisa
nada ialah satu cara meneliti pemikiran pengarang yang terungkap pada hasil karyanya.
Kesusasteraan genre cerpen ataupun novel memerlukan nada atau tone . pembaca dengan daya
imaginasi dan kepekaannya haruslah boleh menganggap setiap pemilihan dan urutan kata-kata
bagi mengetahui nadanya. Nada juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengan emosi dan
psikologi watak.
Nada merangkumi pelbagai unsur gaya bahasa termasuklah pemilihan kata-kata, penyusunan
ayat, penggunaan bahasa kiasan, bunyi dan rima. Nada yang menggambarkan aneka ragam
emosi dan gejolak jiwa seperti marah, benci, kasih saying, gembira, sedih, lucu, dan
seumpamanya. Antara beberapa contoh nada yang terungkap dalam cerpen-cerpen selepas
perang seperti sindiran, humor, rasa megah dan egoism, serta takut.
i) Sindiran
Nada ini sering dijumpai pada cerpen-cerpen yang menggarap tema kritikan social di tangan A.
Samad Ismail, Keris Mas dan A. Samad Said. Contohnya, sindiran pemuda dari kalangan rakyat
ii) Humor
Nada humor banyak ditemui pada karya-karya A. Samad said. Unsur kehumorannya
Nada ini memperlihatkan peribadi watak itu, di mana ia mendabik dada dengan sifat-sifat
iv) Takut
Nada takut tercetus akibat dari berbagai suasana yang mengancam diri watak. Ia juga
Dapat dikatakan bahawa penulis cerpen selepas perang memperlihatkan tingkat pencapaian
mereka dalam mencipta dan membentuk gaya bahasa. Berkeupayaan member variasi kepada
pembaca dan dapat menggerakkan daya imaginasi dan pemerhatian terhadap sesuatu peristiwa,
latar, watak, dan suasana cerita. Perkembangan yang wajar dan positif pada pertumbuhan dan
perkembangan bahasa itu sendiri. Penggunaan gaya bahasa kelima-lima orang penulis itu
Pada keseluruhannya, setelah dikaji bahawa struktur cerpen-cerpen Melayu selepas Perang
Dunia Kedua mendapati unsur-unsur yang membentuk cerpen cerpen itu sama ada unsur
dalaman atau luarannya telah melalui proses peralihan secara evolusi dan wajar. Pada masa kini,
penulisan cerpen banyak meninggalkan unsur-unsur lama, dan penerapan yang lebih profesional
ke zaman baru untuk terus berkembang menjurus ke arah pencapaian yang lebih matang. Oleh
yang demikian, dapatlah ditegaskan bahawa penggunaan gaya bahasa adalah amat penting di
dalam sesuatu penulisan cerpen terutama bagi menonjolkan sesuatu yang baru dari zaman
sebelum perang. Jesteru itu, penggunaan gaya bahasa yang sangat diberi penekanan apabila
Othman Puteh. 1983. Satu Analisan tentang Pemikiran dan Struktur Cerpen Melayu Selepas