P. 1
Pendekatan Kaedah, Teknik Dan Strategi

Pendekatan Kaedah, Teknik Dan Strategi

|Views: 3,194|Likes:
Published by hazel eye

More info:

Published by: hazel eye on Apr 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

1.0

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 Konsep Pengajaran Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. 1.2 Pengertian Pengajaran Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah canggih. Demikian juga konsep dan erti pengajaran dahulu dan sekarang telah banyak berubah. Pada masa dahulu, ramai ahli falsafah di negara barat telah berusaha menganalisis erti pengajaran kepada konsepnya. Mereka berpendapat tujuan pengajaran ialah mewujudkan pembelalajaran, sungguhpun, kadang kala, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Maka, sekiranya seorang pengajar tidak mempunyai hasrat untuk mewujudkan pembelajaran langsung, aktivitinya yang diusahakan tidak boleh dikira sebagai aktiviti pengajaran. Aktiviti yang bertujuan mewujudkan pembelajaran, sungguhpun gagal akhirnya, masih boleh disebut sebagai perkataan pencapaian (an achivement word) ataupun perkataan tugasan (a task word). Ertinya, pengajaran ialah sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan pembelajaran, ataupun pengajaran merupakan tugasan. 1.3 Definisi Pengajaran Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh pengajar dan pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh pengajar secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. 1.4 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ciri-Ciri Pengajaran Pengajaran mempunyai dua unsur utama, iaitu pengajar dan pelajar. Di dalam aktiviti pengajaran, guru memainkan peranan sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai pelajar. Pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran. Aktiviti yang paling rapat dengan pengajaran ialah intruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Ia melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa ataupun simbol. Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan. Aktiviti pengajaran boleh dijalankan dengan pelbagai bentuk, iaitu aktiviti berpusatkan pengajar, aktiviti berpusatkan pelajar ataupun aktiviti berpusatkan aktiviti pengajar dan pelajar.

1

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

8. 9. 10.

Pengajaran, selain daripada pengajar dan pelajar, meliputi rancangan mengajar, obejektif pelajaran, tempat belajar, alat bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik mengajar. Pengajaran ialah sesuatu proses yang melibatkan interaksi dua hala di antara pengajar dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni serta bakat mengajar guru.

1.5 Pengertian Pembelajaran Mengikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti ransangan itu. Roses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tungkah laku dapat dibentuk atau dikekalkan.(Parlov, Thondike dan Skinner) 1.6 Definisi Pembelajaran Robert M. Gange (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Ringkas kata, ramai ahli psikologi, pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Pembelajaran ini membawa implikasi-implikasi yang dihuraikan seperti berikut : 1. Pembelajaran yang berlaku ialah hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berdasarkan implikasi ini perubahan tingkah laku kerana pertumbuhan, kematangan atau kelukaan misalnya, tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. 2. Perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri kekalan. Berdasarkan konsep ini, perubahan tingkah laku buat sementara sahaja misalnya, tindakan perlahanlahan kerana letih, mabuk kerana minuman keras, halusinasi kerana makan ubat, tidak ada kaitan dengan pembelajaran Rumusannya, berdasarkan konsep, pengertian dan definisi-definisi pembelajaran yang dihuraikan, kita boleh rumuskan bahawa : 1. Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. 2. Pembelajaran, melalui stimulasi-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang yang berkenaan. 3. Pembelajaran adalah suatu perubahan tingkah laku manusia. 4. Perubahan tingkah laku agak kekal dan stabil.

2

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

5. Perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah atau penyakitnya. 6. Di samping itu, perubahan tingkah laku melalui pembelajaran dalam erti kata sebenar adalah perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran. Perubahan tingkah laku, selepas aktiviti pembelajaran, hendaklah dapat dinaikkan dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. 7. Pembelajaran yang bermakna pula merangkumi proses kognitif yang mementingkan pengalaman sedia ada, kefahaman, motif dan inisiatif belajar. 8. Pembelajaran melalui tindak balas terhadap rangsangan luar menghasilkan adaptasi organisma terhadap persekitarannya. Maka, pembelajaran boleh disifatkan sebagai proses adaptasi organisma. 1.7 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ciri-Ciri Pembelajaran Pembelajaran merupakan suatu proses. Ia mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran, dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran agak stabil dan kekal. Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan. Proses pembelajaran akan berhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai. Hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman atau latihan. Pembelajaran berlaku ke atas aktiviti sendiri, iaitu ke atas usaha mengikut motif dan motivasi tertentu

1.8 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Pemahaman terhadap proses pembelajaran ini akan dapat membantu guru meningkatkan lagi kecekapan mengajar mereka, yang penting sekali, untuk mendapat hasil yang berkesan daripada pembelajaran, kita harus memahami prinsip-prinsip pembelajaran yang berlandaskan kajian dan teorinya seperti berikut : 1. Pembelajaran yang berkesan bergantung kepada motivasi yang sesuai. Motivasi ini boleh diwujudkan secara ekstrinsik (ganjaran luar) atau secara intrinsik (dorongan dalaman sendiri). 2. Pembelajaran pelaziman boleh menghasilkan perubahan tingkah laku yang lebih kekal. Oleh itu latihan berulang-ulang dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. 3. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang mempunyai minat ataupun kebolehan terhadap perkara yang dipelajarinya. 4. Persepsi yang tepat terhadap perhubungan di antara elemen-elemen yang dikaji dalam sesuatu situasi akan membantu proses pembelajaran. 5. Aktiviti pengukuhan dapat mengekalkan perubahan tingkah laku yang dihasilkan daripada pembelajaran.

3

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

6. Pembelajaran yang bermakna adalah bergantung kepada pengalaman secara langsung yang dialami oleh pelajar sendiri. 7. Memberi peneguhan yang positif kepada pelajar akan menghasilkan respon atau perubahan tingkah laku yang diingini, dan seterusnya mengekalkan perubahan tingkah laku tersebut. 8. Kepuasan yang diperolehi daripada pembelajaran akan mendorong proses pembelajaran diteruskan. 9. Pembelajaran yang berkesan hanya dapat berlaku jika pelajar mempunyai kesedian belajar. Keengganan atau memaksanya belajar tidak akan mendatangkan hasil pembelajaran yang diharapkan. 10. Pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan tingkah laku orang lain, misalnya demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. 11. Keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada pemeringkatan isi pelajaran secara sistematik serta kaedah dan teknik mengajar yang mengikut prinsipprinsip pembelajaran. 12. Pembelajaran yang berkesan hanya boleh berlaku apabila pelajar mempunyai pengalaman sedia ada yang mencukupi serta berkaitan dengan perkara yang hendak dipelajari. 13. Tindakan maklum balas terhadap perkara yang dipelajari adalah penting untuk membaiki dan meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. 1.9 Jenis-Jenis Pembelajaran Jenis-jenis pembelajaran boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi bentuk, bidang kaedah dan peringkat.

2.0 2.1

KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

Konsep Kaedah Mengajar Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Konsep Teknik Mengajar Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar biasanya digunakan oleh guru ialah teknik, bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, 4

2.2

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcaraan, sumbangsaran, permainan dan sebagainya. Kaedah mengajar boleh menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Misalnya, prosuder kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan sebagainya. Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam sesuatu pengajaran adalah untuk menarik minat dan perhatian, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran Aras Kemahiran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Teknik Mengajar Latih Tubi Dan Hafalan Syarahan Tunjuk Cara (Demontrasi) Penyoalan Perbincangan Sumbangsaran

Jadual 1.0 : Perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar

Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada kategori-kategori yang menegaskan isi kandungan atau proses. Sesetengah teknik mengajar adalah dikendalikan oleh guru dan sesetengah pula dikendalikan oleh pelajar. Cara Dikendalikan oleh guru Menegaskan Isi Kandungan - Bercerita - Penyoalan - Syarahan - Demonstrasi - Perbincangan Dikendalikan - Latih tubi & Hafalan - Simulasi oleh - Sosiodrama - Permainan pelajar sendiri - Main peranan Menegaskan Proses Penyelesaian Masalah Sumbangsaran

Jadual 2.0 : Kategori-kategori teknik mengajar di dalam bilik darjah

2.3

Simulasi Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Jenis simulasi : 1. Sosiodrama menggunakan skrip dan mengandungi konflik 2. Main peranan. Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian.

2.4

Tunjuk Cara (Demostrasi) Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki. 5

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

2.5

Melawat Sambil Belajar Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran dimana pelajar mendapat pengetahuan secara langsung dan aktiviti yang menyeronokkan.

2.6

Pembelajaran Akses kendiri Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran. Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor

3.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN – PEMBELAJARAN 3.1 Konsep Pendekatan Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. 1. Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran misalnya : a) Daripada konkrit kepada abstrak b) Daripada mudah kepada kompleks c) Daripada keseluruhan kepada bahagian d) Daripada umum kepada spesifik (deduktif) e) Daripada spesifik kepada umum (induktif) f) Daripada dekat kepada jauh g) Daripada yang diketahui kepada belum diketahui 2. Pendekatan adalah pernyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti dan alasan. Jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip, atau teori pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai pendekatan untuk pelajaran yang berkenaan, misalnya, pendekatan induktif, deduktif, integratif, dan sebagainya. Ringkasnya, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang berciri aksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif pelajarannya yang telah ditentukan.

6

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

3.2

Konsep Strategi Mengikut Kamus Dewan (1998), Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Didalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan atau kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan unutk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Sebenarnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Oleh itu, konsep strategi dalam pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, didalam situasi waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan berikut: 1. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. 2. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan. 3. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. 4. Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum 5. Penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik mengajar. 6. Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut : 1. Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran memerhati, mengamati melukis dan menginterprestasi. 2. Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. 3. Strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran. 4. Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan. 5. Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum. Ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

3.3

Strategi-Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori yang utama, iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, dan pemusatan bahan pelajaran.

7

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Klasifikasi Strategi Pengajaran-Pembelajaran

Pemusatan Guru Kaedah dan teknik: Menerang Eksploitasi Demonstrasi Syarahan Pengajaran berkumpulan/ berpasukan Pengajaran mikro Bercerita Keseluruhan kelas

Pemusatan Bahan Kaedah dan teknik : Audio-visual Penggunaan komputer Penggunaan bahan cetak Pengajaran pembelajaran kesepaduan Modul Penggunaan buku teks dan buku rujukan

Pemusatan Murid Kaedah dan teknik : Projek Inkuiri-penemuan Perbincangan Penyoalan Penyelesaian masalah Simulasi Main peranan Sumbangsaran Berkumpulan Pembelajaran melalui pengalaman

Rajah 3.0 : Klasifikasi strategi pengajaran-pembelajaran dan kaedah-kaedah yang berkaitan

3.4

Teori Pembelajaran Secara Kontekstual 1. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. 2. Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid 3. Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

3.4

Pembelajaran Masteri Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pembelajaran Masteri memerlukan :

8

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

1. 2. 3.

masa yang mencukupi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti guru menyedari bahawa : a) pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza b) pelajar perlukan pendekatan yang sesuai pelajar perlu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang di ajarkan c) Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya.

3.5

Prinsip asas Pembelajaran Masteri 1. Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru 2. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil 3. Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran 4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas 3.6 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri 1. Hasil pembelajaran mestilah ditentukan 2. Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unit. 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan 3.7 Pembelajaran Kolaboratif

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua puhak atau lebih. Ertinya pula boleh ditafsirkan sebagai berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Maka pembelajaran kolaboratif melibatkan sekumpulan pelajar yang sama berusaha kea rah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum. 3.8 Pembelajaran Koperatif Koperatif bermaksud kerjasama. Maka, pembelajaran koperatif ialah pelajar-pelajar belajar secara bekerjasama, biasanyadalam bilik darjah, pelajar berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. 3.9 Pembelajaran Konstruktivisme

“Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual constructsknowledge rather than receiving it from others.” (McBrien & Brandt,1997)

9

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkankepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakanpenyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan danbukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sepadan dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

4.0

TEORI PEMBELAJARAN

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka.
Pelopor Ahli Psikologi 1 Kohler Teori Pembelajaran Kognitif   Persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran : celik akal. Celik akal berlaku bergantung kepada pengalaman yang sedia ada. Implikasi Pengajaran- Pembelajaran   Menggalakkan pelajar dengan menggunakan celik akal menyelesaikan masalah. Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran baru. Membangkitkan kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari (peta kognitif). Melatih pelajar gunakan persepsi dengan tepat untuk membina peta kognitif.

 2 Tolman  Pembelajaran Isyarat: Pembentukan peta kognitif situsi keseluruhan.

 

3

J.Piaget

Pembelajaran ialah perubahan bentuk pemikiran iaitu struktur kognitifnya.  Perkembangan kognitif kanak-kanak : Peringkat deria motor (0-2 tahun) Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)  5 konsep asas : Skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi, akomodasi. 

Isi pelajaran dikembangkan-mengikut peringkat perkembangan kognitif kanakkanak. -konkrit kepada abstrak. -pengalaman sedia kepada pengalaman baru.  Memupuk motivasi intrinsic dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi. 

10

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

  4 R.M. Gagne Teori Pemprosesan Maklumat : lapan fasa proses pembelajaran. lapan hierarki pembelajaran : isyarat, gerak balas, rangkaian motor, bahasa, diskriminasi,konsep, hukum, penyelesaian masalah.    

Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri penting. Membinbing pelajar mengebal pasti cirri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Membimbing peljar menggunakan prinsip, hukum dan teorom untuk menyelesaikan masalah.

5

J.S. Bruner

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak : Peringkat Enaktif (0-2 tahun) Peringkat Ikonik (2-4 tahun) Peringkat Simbolik (5-7 tahun)  Perkembangan kognitif ialah perubahan bentuk perwakilan : aksi gambaran simbol  Teori Pembelajaran Penemuan : (3 jenis) bebas, terbimbing, ekspositori.  4 Prinsip pengajaran-pembelajaran : motivasi, struktur, sekuen, peneguhan. 

Memupuk motivasi intrinsik pelajar. Membimbing pelajar menyusun konsepkonsep yang berkaitan secara hierarki.  Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah induktif.  Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar.  Memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.   Gunakan kaedah deduktif, ekspositori dan pengelola awal, iaitu mengggabungkan konsep lama dengan konsep baru, untuk pembelajaran resepi yang bermakna. Proses pengajaran-pembelajaran : membangkitkan kesediaan belajar  mempersembahkan pengelola awal  perhubungan konsep  pembezaan progresif  penyesuaian secara integrasi   Membimbing pelajar memikir masalah secara kritis dan kreatif. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognitif dan refleksi untuk menilai kemungkinan-kemungkinan penyelesaian dicadangkan.

  Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna : konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang sedia ada pelajar. Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif. Mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah ekspositori.

6

Ausubel

7

Flavell

Teori metakognitif konsep metakognitif : - berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking. - kognitif refleksi. - pemikiran refleksif. - operasi metakognitif melibatkan usaha mencari makna, merancang, mengarah dan menilai pemikiran individu diri. 

Teori Pembelajaran Sosial 1 Bandura Walters  Fokus utama Neobehavioris : tingkah laku dan kognitif permodelan/ peniruan   Guru sebagai model peniruan. Gunakan kaedah demonstrasi contoh-contoh yang sesuai. dengan

11

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

 -

self-regulation self- efficacy    Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai Mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara sistematik Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi

Ciri-ciri teori pembelajaran : pembelajaran sosial interaksi. I x Px T - pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. proses pembelajaran melalui : perhatian  mengingat  reproduksi  peneguhan/ motivasi tingkah laku peniruan adalah hasil peneguhan

Teori Pembelajaran Humanis  Carl R. Rogers, Abraham H. Maslow, Bugental, Neil.  Fokus utama kemanusiaan sempurna kendiri motivasi instrinsik individualiti perkembangan emosi keperluan afektif self-actualization kendiri positif bebas demokrasi

      

1

Ciri-ciri : setiap individu berhasrat mencapai kesempurnaan kendiri, membentuk konsep kendiri yang unik dan tersendiri melalui nilai dan sistem kepercayaan diri. Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada :  motivasi intrinsik  bahan pelajaran yang bermakna  seiras dengan objektif pelajar  penyertaan diri secara aktif Kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi

Mengutamakan strategi berpusatan murid dan kaedah individu. Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi. Bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan pelajar. Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Mengutamakan pembelajaran diri sendiri. Mengamalkan konsep pendidikan terbuka.

Teori Konstruktivisme : 1 Piaget, Vygotsky, Von Glaserfeld  Teori Konstruktivisme : mempunyai erti sama dengan teori konstruktivisme kognitif atau konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon perkembangan prokimal (ZPO) Vygotsky. Konsep Konstruktivisme. Ilmu dibentuk berasaskan inisiatif  Gunakan strategi berpusatan murid, kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaranpembelajaran. Mengembangkan proses metakognitif dan pemikiran reflektif dengan kaedah dan teknik penyoalan, khasnya kaedah Sokratik. Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan pembelajaran baru dan memupuk motivasi

12

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

dari individu. Tujuan membentuk ilmu adalah mengadaptasikan diri dalam alam sekeliling. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.  Pencapaian pembelajaran usahasama lebih baik daripada usaha diri.  Menekankan perkembangan proses metakognitif dan refleksi dalam pembelajaran. Teori Behaviorisme Pelaziman Klasik : Gerak balas (tingkah laku) Responden Bukan inisiatif sendiri (bergantung kewujudan rangsangan / stimuli) Bersifat pasif  Urutan pelaziman : gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan.  Pelaziman Operan : Gerak balas (tingkah laku) Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan) Bersifat aktif  Urutan pelaziman : Gerak balas/ tingkah laku berlaku adalah kesan daripada rangsangan/ peneguhan.  -

instrinsik, pelajar agar mengambil inisiatif diri dalam pembelajaran.

1

Pavlov, Watson

 

Menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim Secara responden terhadap rangsangan.

2

Thorndike, Skinner

 

Menggunakan peneguhan positif/ negatif Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan

5.0

KESIMPULAN

Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai seorang guru atau pendidik bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Bagi menjayakan hasrat yang tinggi ini, kesedian guru memahami konsep pengajaran dan pembelajaran, konsep kaedah dan teknik, serta strategi pengajaran amatlah membantu melicinkan sesi pengajaran. Guru adalah pendidik dan pengasuh pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Di samping itu, pendidik juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi:“ Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara, peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.”( Y.B Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari Guru 2006 ). 13

SSP 4223 Seni Visual

Methodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->