P. 1
Kurikulum Pendidikan Seni Berasaskan Budaya Dan Persekitaran

Kurikulum Pendidikan Seni Berasaskan Budaya Dan Persekitaran

|Views: 339|Likes:
Published by hazel eye

More info:

Published by: hazel eye on Apr 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/07/2010

pdf

text

original

Kurikulum Pendidikan Seni Berasaskan Budaya dan Persekitaran ( Mc Fee, Degge dan Chalmers ) 1.

JUNE KING Mc FEE & DEGGE PENGENALAN Di dalam bukunya, Approachers to Art Education and Aesthetics, June King Mc Fee menyatakan tentang pendekatan persepsi luaran yang berakar umbi dari teori Gestalt mengenai psikologi yang dikaitkan dengan tingkah laku, persepsi dan antropologi. Teori ini dikaitkan juga dengan hubungan kini dan masa lalu. June King Mc Fee percaya bahawa Pendidikan Seni mampu memenuhi keperluan asas diri manusia apabila seseorang individu melibatkan diri dalam kerja-kerja seni. Beliau percaya bahawa program pembelajaran yang bersifat personal kepada pelajar akan lebih bermakna dan berkepentingan tapi program yang dilaksanakan haruslah bersifat terkini dengan kehendak semasa. MENGGUNAKAN BUDAYA SEBAGAI PLATFORM UNTUK MENGHASILKAN KARYA SENI Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, seni dan budaya dijadikan topik pembelajaran. Gabungan fungsi seni dengan pelbagai budaya masa kini dan lampau telah mewujudkan pluralism. June King Mc Fee menggunakan pendekatan pluralism dalam pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas. Pelajar-pelajar digalakkan menerokai makna budaya dalam menghasilkan rekabentuk objek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang ingin menghasilkan kraf kayu tradisional haruslah terlebih dahulu mengkaji dan memahami konsep-konsep yang digunakan oleh satu-satu budaya itu untuk menghasilkan kraf kayu tersebut. Contohnya, dalam ukiran Melayu ada konsep-konsep yang penting yang perlu dipatuhi semasa menghasilkan rekabentuk corak dan silat. Antaranya haruslah tidak menikam kawan dan berasal dari satu punca. Prinsip dan konsep ini haruslah dipatuhi jika

hendak menghasilkan ukiran dalam budaya Melayu. Setelah budaya-budaya ini diterokai dan difahami maka barulah boleh menghasilkan karya-karya dalam konteks budaya tersebut. Pakaian atau costume juga mempunyai peranan dalam kebudayaan. Kita lihat setiap budaya di dalam dunia ini, walau seringkas manapun budaya tersebut umpamanya orang-orang primitif di hutan Papua New Guinea, tetap ada pakaian mereka yang tersendiri. Orang mengenali budaya seseorang melalui pakaian. Pelajar-pelajar digalakkan mengkaji dan mengenali pakaian tradisi mereka. Contohnya dalam budaya Melayu, pakaian tradisi mereka untuk lelaki ialah baju melayu dan bersampin sedang orang perempuan berbaju kurung dan selendang. Apakah sifat-sifat baju melayu itu ? mengapa begitu bentuknya baju melayu ? Dari mana pengaruhnya ? Pertanyaan ini perlulah dijawab dan dibahaskan. Lantas dengan itu kita tahu sebab musababnya. Maka pelajar akan mengetahui nilai dalam budaya melayu melalui pakaian sahaja. Setelah pelajar-pelajar mengenali dan memahami budaya ini barulah mereka boleh cuba menghasilkan karya pakaian mereka sendiri. Atau dalam kata lain mereka menggunakan budaya sebagai platform untuk mneghasilkan karya seni. Pengaruh kebudayaan terhadap seni. Kita dapati pengaruh budaya banyak mempengaruhi hasil-hasil karya seseorang. Sebagai contoh, bila kita menyuruh seorang pelajar Cina menghasilkan tembikar, hasil karyanya banyak dipengaruhi oleh budaya sekelilingnya terutama dari segi hiasan dan fungsi tembikar tersebut. Begitu juga setiap bangsa di dunia ini mempunyai hasil-hasil seni yang dipengaruhi oleh budaya masing-masing. Bangsa Melayu yang dikatakan antara bangsa yang lembut di dunia, menghasil hasil-hasil seni umpama ukiran yang bersifat lembut dengan motif-motif flora dan fauna. Ini adalah kerana lingkungan hidup melayu adalah di longkungi oleh flora dan fauna, dengan suasan yang aman dan damai. Berbeza dengan bangsa-bangsa yang selalu berperang, ukiran-ukiran mereka banyak berkisar tentang peperangan dan kepahlawanan.

Secara ringkasnya pendekatan seni dan budaya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk:i. ii. iii. iv. v. vi. Mengekalkan seni dan budaya itu sendiri. Mewujudkan sikap yang positif. Mewariskan ilmu seni dari satu generasi kegenerasi yang lain. Memberi karektor Memberi identiti dan status kepada manusia dan individu, institusi menerusi simbol-simbol yang dikenali. Memberi kefahaman tentang pengertian sesuatu simbul dan kepercayaan. Semua agama ada menggunakan simbol-simbol yang khusus mewakili agama masing-masing. vii. viii. ix. Sistem politik juga menggunakan simbol-simbol seni untuk mewakili mereka supaya dikenali dengan konsep mereka yang tersendiri. Sesetengah budaya menggunakan seni sebagai cermin diri untuk membuat kritikan atau satira sosial. Seni digunakan sebagai ekspresi diri untuk interaksi tanpa banyak menggunakan simbol-simbol, bentuk dan komposisi.

RUMUSAN Apabila kita merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni, perkaraperkara berikut perlu diambil kira. Antaranya ialah tujuan kita untuk:1. Membantu pelajar mengetahui fungsi seni dalam budaya yang melambangkan sikap dan identiti budaya. 2. Membantu pelajar menghormati dan memahami budaya masyarakat majmuk. 3. Membantu pelajar mengenali kepentingan pelbagai dimensi seni dalam pembangunan. 4. Membantu pelajar membezakan, mengasingkan dan menilai simbol-simbol komunikasi di media-massa serta mengekalkan penilaian yang bebas. 5. Membantu pelajar memahami menggunakan gerak hati, naluri dan kreativiti dalam seni untuk kepuasan diri. 6. Membantu pelajar memahami interaksi elemen-elemen dalam rekaan yang menjadi asas nilai estetika. 7. Membantu pelajar membezakan diantara tanggungjawab sosial, estetika dan kreativiti individu dalam dunia yang lebih mencabar. 8. Membantu pelajar yang sedia ada berbakat mengenali tanggungjawabnya kepada masyarakatnya.

2. CHALMERS (1981) PENGENALAN Chalmers (1981) telah memperkatakan tentang struktur pembinaan kurikulum Pendidikan seni. Perancangan kurikulum dibuat berdasarkan rumpun bangsa manusia dari pelbagai aspek kebudayaan serta perhubungannya diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Struktur perancangan kurikulum ini dinamakan kurikulum Model Etnologi. Chalmers juga berpandukan kepada pandangan 3 orang tokoh Pendidikan Seni iaitu June King Mc Fee, Ellen Dissanayake dan Louise Lankford . PEMBINAAN KURIKULUM MODEL ETNOLOGIKAL Ada 3 senarai implikasi untuk perancangan kurikulum Pendidikan Seni:Umum Pensejarahan/ Kritikal Kurikulum Pendidikan Seni (1981)

Penghasilan Kritikal

1.Umum • • • • Perlu mempunyai banyak pilihan untuk mempromosi contoh-contoh estetik yang sahih. Perlu berhadapan dengan persoalan-persoalan etnologikal secara perbandingan. Peranan atau fungsi seni perlu dijelaskan. Kajian tentang seni adalah kajian sosial.

2.Pensejarahan • Pelajar mesti mempunyai pengetahuan mengenai:1. Sejarah seni bangsa 2. Tanah air 3. Antropologi (kajian kemanusiaan) • Pelajar berkeupayaan membuat perbandingan dan persamaan produk seni dari segi :1. Nilai dan kualiti seni tampak 2. Seniman 3. Falsafah & kritikan seni • • Seni membantu pelajar mengkod nilai dan ideologi masyarakat. Ilmu seni sebagai:1. sumber rujukan 2. perkembangan idea 3. mengenal identiti diri 4. proses pengamatan 5. penilaian • • • Pelajar dapat mempelajari pelbagai kebudayaan Menggunakan Projek studio – galakkan pelajar bercerita Seni membantu pelajar mempelajari nilai-nilai sosial dari sudut sejarah

3.Penghasilan • • • • Apakah bentuk artifak yang perlu dihasilkan untuk mendapat perakuan masyarakat? Siapa yang akan memperakui hasil karya kita? Sejauh mana kesesuaiannya? Mengapa? Apakah nilai seni pelajar dan juga masyarakat sekolah? Mengapa?

RUMUSAN 1. Seni masyarakat menawarkan peluang-peluang kepada perubahan pendidikan seni yang lebih sosial dan politikal. 2. Imej-imej mesti dikumpulkan dalam bentuk pendidikan masyarakat, digunakan untuk mempertingkatkan dan memperkayakan persekitaran yang berbeza. 3. Melalui budaya, banyak jenis seni yang digunakan untuk memperkayakan dan merayakan peristiwa-peristiwa untuk sesuatu kebudayaan utama. 4. Projek-projek studio dapat menggalakkan pelajar bercerita tentang cerita penting mereka sendiri. 5. Pelajar-pelajar boleh diminta untuk mencari persamaan-persamaan dan membuat perbandingan ke atas contoh-contoh seni yang terdapat dalam masyarakat di mana seniman memainkan peranan yang pelbagai. 6. Pelajar-pelajar dapat meneliti beberapa peranan yang dibincangkan. 7. Disamping menjadi penyampai ilmu, guru patut dilihat sebagai pembimbing dan fasilitator yang dapat memfokuskan keatas proses dan membantu pelajar dalam penyelidikan mereka dan pemahaman umum dalam peranan dan fungsi seni.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->