You are on page 1of 19

Pengenalan Kepada

Komponen Elektronik

UNTUK JURULATIH UTAMA


KHSR NEGERI SABAH
Perintang Tetap

Simbol
 Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar.
 Nilainya diukur dalam unit Ohm (Ω).
 Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah
arus yang mengalir melaluinya.
 Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.
Kod Warna Perintang
Warna Mewakili
Hitam nombor0
Perang 1  Kod warna terdiri
Merah 2 daripada 4 lajur
Jingga 3  Lajur pertama
Kuning 4 menunjukkan nilai
Hijau 5 pertama
Biru 6  Lajur kedua
Unggu 7 menunjukkan nilai kedua
Kelabu 8  Lajur ketiga
putih 9 menunjukkan bilangan
kosong
 Lajur keempat
Cara membaca kod
warna
Kuning menunjukkan no.
4
Unggu menunjukkan no.
7
Perang menunjukkan bilang
kosong, iaitu 1
Emas menunjukkan 5%
toleransi

Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm


Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm
Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga
493.5 Ohm
Perintang Boleh Laras

Simbo
l

 Nilainya boleh dilaraskan antara 0


hingga nilai maksimumnya dengan
memutarkan spindelnya.
Perintang Peka Cahaya

Simbol
 Juga dikenali sebagai L.D.R, iaitu Light
Dependent Resistor.
 Nilai ringtangan bergantung kepada
cahaya yang diterimanya.
 Semakin banyak cahaya yang
diterima, semakin kecil rintangannya.
Diod
A K

Simbol

 Komponen yang membenarkan aliran arus


elektrik ke satu arah sahaja.
 Boleh digunakan untuk menukar arus ulang
alik ke arus terus.
 Kutub positif dikenali sebagai anod (A)
manakala kutub negatif dikenali sebagai
katod (K)
Diod Pemancar Cahaya
(L.E.D)

A K

Simbol

 Diod pemancar cahaya adalah diod


yang boleh menyala apabila arus
elektrik mengalir melaluinya.
 Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan
untuk Light Emitting Diode.
Transistor

 Adalah komponen yang digunakan untuk


membesarkan arus atau sebagai suis.
 Ia diperbuat daripada bahan positif dan
bahan negatif.
 Ia mempunyai 3 kaki
 Kaki pemungut (Collector) – C
 Kaki tapak (Base) – B
 Kaki pemancar (Emitter) - E
Simbol Transistor
Penerus Kawalan Silikon
(SCR)

Simbol
 Penerus kawalan silikon atau SCR
berfungsi sebagai suis dan
membenarkan arus elektrik mengalir
sehala sahaja seperti diod.
 Ia mempunyai 3 kaki, iaitu :
 Get (G)
 Anod (A)
Litar Bersepadu (IC)

Simbol

 Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di


dalam sebuah bekas kecil.
 Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau
IC (Integrated circuit)
 Ia boleh mengandungi elemen komponen
seperti transistor, diod, perintang dan
Kapasitor
 Komponen yang berfungsi sebagai
penyimpan dan pembuang cas.
 Unit sukatannya ialah farad (F). Ia biasanya
bernilai kecil dan disukat dalam mikrofarad
(µF).
 Kapasitor yang bernilai tinggi akan
menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia
juga mengambil lebih masa untuk mengecas
dan membuang cas.
 Terdapat dua jenis kapasitor, iaitu jenis
berkutub dan jenis tidak berkutub.
Simbol Kapasitor
Buzer

Simbol

 Komponen yang menukar tenaga


elektrik kepada tenaga bunyi yang
bergetaran.
Geganti

Simbol

 Adalah sejenis suis automatik yang


dikendalikan oleh arus elektrik
Litar Elektronik
 Litar elektronik adalah sambungan
komponen-komponen elektronik
secara sistematik supaya arus elektrik
dapat mengalir dengan sempurna.
 Untuk membuat satu litar elektronik,
kita merujuk kepada lukisan kerja litar
itu.
Jenis-jenis lukisan litar

 Terdiri daripada lukisan skematik dan


lukisan bergambar.
 Lukisan skematik menunjukkan setiap
sambungan dan semua komponen
dalam simbol. (2 dimensi)
 Lukisan bergambar pula menunjukkan
setiap sambungan dan komponen
elektronik dilukiskan. (3 dimensi)
Jenis Lukisan Litar

+ - + -

Lukisan Skematik Lukisan


Bergambar

You might also like