You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 2/2010

TARIKH : 10 APRIL 2010 (SABTU)


TEMPAT : BILIK MESYUARAT
MASA : 8.30 PAGI

SENARAI KEHADIRAN :

1. Encik Moy Wah Goon 26. Puan Rosnita Ahmad Kasrin


2. Encik Chan Seng Fook 27. Encik Senthil Nathan
3. Puan Noor Aini Bt. Muhammad 28. Puan Nor Azimah Bt. Hitam
4. Encik Rangasamy a/l Muthusamy 29. Puan Noraini Bt. Ibrahim
5. Puan Lee Nyit Fong 30. Puan Yap Chui Peng
6. Puan Yip Wai Lin 31. Puan Nooraini Bt. Mat Jusoh
7. Puan Megawati Bt. Mokhtar 32. Puan Wong Soon Moi
8. Puan Ezmah Bt. Mahmud 33. Puan Madziah Bt. Abdullah
9. Encik Awang Mahadi B. Ali 34. Puan Izariah Bt. Ismail
10. Puan Roshanilawatey Bt. Jusoh 35. Puan Zaidom Bt. Muda
11. Cik Lim Poh Ling 36. Puan Yeoh Siew Eng
12. En. Sebastian Rajah 37. Encik Koh Teck Seng
13. Puan Roslina Bt. Tajul Arus 38. Cik Nurul Huda Abdul Manaf
14. Puan Noraisah Bt. Abdul Rani 39. Puan Nor Ekelida Bt. Zakaria
15. Puan Zaimuni Bt. Hamzah 40. Cik Ratha a/p Damodharan
16. Puan Fauziah Bt. Abu Hassan 41. Puan Nurshuhadah Mohammad
17. Puan Lee Lai Kuen 42. Puan Zaleha Bt. Othman
18. Puan Rosiah Bt. Awang Ngah 43. Puan Rosni Bt. Che Hak
19. Puan Lim Hui Chin 44. Cik Fuziellah Bt. Abu Bakar
20. Puan Yin Yoke Chan 45. Puan Nasfuziellah Bt. Ibrahim
21. Cik Tan Shou Shan 46. Puan Wan Zuwarisah W. Zaid
22. Puan Kuek Aye Noi 47. Puan Chan Wei Chi
23. Pn. Chan Mee Lan 48. Encik Choy Pat Fon
24. Puan Noraihan Zainal Abidin 49. Puan Zuraidah Bt. Ahmad
25. Puan Theyvi a/p Ramasamy

TIDAK HADIR BERSEBAB :


1) Cik Adzeilla Bt. Yaacob 3) Encik Lau Tim Bau
2) Encik Eng Jeng Hong 4) Puan Wan Shuziha Wan Md Sukri

AGENDA :

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


Tuan Pengerusi selaku Pengetua SMKTP mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua
ahli J/K Kurikulum SMKTP ke mesyuarat Kurikulum kali kedua bagi tahun 2010.

2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.


Dicadang oleh Puan Rosnita Ahmad Kasrin
Disokong oleh Puan Hjh. Fauziah bt. Abu Hassan

1
3. Perkara berbangkit
3.1 Projektor baru – pihak sekolah melalui PSS telah dibekalkan sebuah lagi projektor baru, kini berjumlah 4
buah kesemuanya. Projektor ini akan diletakkan di bilik BTV4. Bilik tersebut akan dikunci dan Buku
Rekod Penggunaan akan disediakan.
Tindakan : Penyelaras PSS

3.2 Aktiviti Kokurikulum – Semua guru diingatkan sekali lagi agar merekod / menulis aktiviti yang diselia,
terutama sekali yang melibatkan aktiviti di luar sekolah. Pihak sekolah ada menerima aduan yang
menyatakan bahawa guru tidak ada bersama murid semasa menjalankan aktiviti di luar sekolah.
Tindakan : semua guru penasihat Persatuan / Kelab

3.3 LADAP – buku yang perlu dibaca oleh guru-guru untuk pengisian program “Book Review” mestilah
buku berbentuk ilmiah.
Tindakan : semua guru

3.4 Open Book Test – boleh beri peluang kepada kelas-kelas tertentu untuk ujian, dan dicadangkan
pelaksanakan pada Ujian 3 nanti. Ini khusus kepada subjek-subjek tertentu yang GPSnya rendah.
Tindakan : Ketua Panitia yang berkenaan

3.5 Ujian dan Peperiksaan


3.5.1 Mesin OMR - pihak sekolah akan menggunakan mesin OMR untuk Peperiksaan Pertengahan
Tahun, Pep. Pecubaan PMR/ SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun. Ketua Panitia diminta
mengemaskini jumlah murid/ calon bagi mata pelajaran masing-masing untuk diselaraskan
dengan jumlah borang OMR dan kertas kajang yang diperlukan. Serahkan jumlah murid tersebut
kepada Cik Fuziellah.
Tindakan : semua Ketua Panitia

3.5.2 Borang OMR – semua guru tidak dibenarkan fotostat borang OMR untuk digunakan semasa
ujian. Amalan sebelum ini, murid-murid perlu beli sendiri di Kedai Buku. Dalam keadaan
tertentu, misalnya ada ruang kosong pada kertas soalan, guru bolehlah cetak borang jawapan
objektif itu untuk dimasukkan sekali dengan kertas soalan.
Tindakan : Semua Guru

3.5.3 Pembetulan Jadual Ujian – sebarang perubahan/ pembetulan yang dibuat oleh guru dalam panitia
tertentu hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Penyelaras atau S/U Peperiksaan
Dalaman bagi mengelakkan timbulnya masalah penyelarasan.
Tindakan : semua guru

3.5.4 Mutu Soalan Ujian - Tuan Pengetua mengharapkan agar semua Panitia dan Ketua Bidang
meningkatkan kualiti soalan yang disediakan. Untuk ujian yang akan datang, guru-guru tidak
dibenarkan lagi menggunakan kaedah ‘cut & paste’ dalam menyediakan soalan, kecuali untuk
gambarajah sahaja. Banyak masalah timbul, antaranya ada soalan yang diberi tidak ada pilihan
jawapan dan murid kena tulis sendiri. Ada juga soalan yang susunannya tidak mengikut turutan
nombor. Semua ini boleh mengelirukan murid. Semua guru perlu menyerahkan kertas soalan
yang telah siap digubal kepada Ketua Panitia atau Ketua Bidang terlebih dahulu untuk disemak
dan disahkan, berserta dengan jawapannya sekali. Segala kesilapan hendaklah dibetulkan semula
sebelum dihantar untuk cetakan.
Tindakan : Semua Ketua Panitia / Ketua Bidang

3.5.5 Jumlah Kertas Soalan – bilangan kertas soalan perlu selaras dengan bilangan murid dalam kelas.
Kadang-kadang data murid pada Borang Kawalan Ujian/ Peperiksaan tidak sama dengan jumlah
terkini dalam kelas, oleh itu diharapkan Ketua Panitia dan Guru Tingkatan bekerjasama untuk
melicinkan perjalanan ujian/ peperiksaan. Selain itu, Tuan Pengetua juga mengingatkan agar

2
soalan yang disediakan untuk setiap kelas hendaklah lebih (2 atau 3) daripada jumlah murid
dalam kelas kerana kadang-kadang ada kertas soalan yang rosak / tidak lengkap.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Tingkatan

3.5.6 Waktu Ujian/ Peperiksaan – En. Choy mencadangkan agar, waktu ujian / peperiksaan untuk
kertas terakhir hendaklah ditamatkan pada pukul 1.00 th, tidak boleh awal daripada itu. Ini
adalah untuk mengelakkan murid daripada membuat bising ataupun ada segelintir murid yang
cuba keluar awal daripada kelas tanpa pengetahuan guru. Terdapat juga kes, ibu / bapa yang
datang ke sekolah untuk membawa anak mereka balik awal kerana ujian sudah habis. Untuk
sesi petang, masalah ini tidak timbul kerana ujian/ peperiksaan tamat pada pukul 6.45 ptg.
Tindakan : S/U Peperiksaan Dalaman

3.5.7 Kawalan Kelas Semasa Ujian/ Peperiksaan – ada aduan dan juga hasil daripada pemantauan
pihak pentadbir sekolah, terdapat guru yang menggunakan telefon dan komputer riba pada masa
ujian dijalankan. Kelekaan guru berkenaan membolehkan murid melakukan apa sahaja yang
tidak sepatutnya berlaku semasa ujian/ peperiksaan. Tuan Pengetua mengingatkan sekali lagi
bahawa semua guru, tidak dibenarkan menggunakan komputer untuk urusan peribadi di dalam
kelas, sama ada waktu ujian ataupun waktu P & P yang lain. Guru-guru boleh menggunakan
komputer riba di dalam kelas hanya untuk tujuan P & P, itupun sekiranya kelas berkenaan
mempunyai kemudahan LCD. Pihak sekolah akan mengeluarkan pekeliling berkaitan larangan
penggunaan komputer di dalam kelas ini. Selain itu, hasil daripada pemantauan pihak pentadbir,
terdapat juga guru yang tidur di dalam kelas semasa mengawas ujian/ peperiksaan. Ini sepatutnya
tidak berlaku kerana guru seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada murid kerana kita
selalu menegaskan agar murid tidak dibenarkan tidur semasa P & P.
Tindakan : Semua guru

3.6 PCG – Tuan Pengetua memberi butiran peruntukan panitia yang baru diterima oleh pihak sekolah sebagai
makluman dan setiap panitia boleh menyemak peruntukan PCG di pejabat sekolah. Satu salinan akan
diberikan kepada semua yang terlibat. Tuan Pengetua meminta semua yang terlibat membuat
perancangan rapi untuk membelanjakan wang tersebut bagi peningkatan panitia dan unit masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Panitia / Ketua Unit

4. Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2009


4.1 Keputusan Keseluruhan – kedudukan SMKTP di daerah Kuantan menunjukkan penurunan sejak tahun
2007 (tempat ke-10), 2008 (tempat ke-11) dan 2009 (tempat ke-12). Tuan Pengetua mengharapkan agar
pada tahun ini kita dapat membaiki kedudukan ke tahap yang lebih baik berbanding 3 tahun kebelakangan
ini. Salah satu faktor adalah peratus lulus Bahasa Melayu yang hanya meningkat sedikit berbanding
sekolah-sekolah lain yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Usaha awal iaitu, Kelas Tambahan
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (PMR & SPM) dan Sejarah (PMR) sudah bermula sejak awal minggu
lepas.

4.2 GPS keseluruhan – ada menunjukkan peningkatan, iaitu 4.91 pada tahun lepas, tetapi bilangan calon yang
mendapat 3A – 12A berkurangan berbanding SPM 2008, iaitu dari 122 turun ke 99 orang calon, merosot
seramai 23 orang.

4.3 GPS mata pelajaran – (rujuk edaran) Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan
Agama Islam dan Biologi kerana menunjukkan peningkatan berterusan setiap tahun. Untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu, Tuan Pengetua mengharapkan usaha yang lebih giat lagi pada tahun ini untuk
melonjakkan peratus lulus mata pelajaran tersebut sebagaimana yang dicapai oleh SMK St. Thomas.
Pengetua mencadangkan agar diadakan lawatan ke SMK St Thomas untuk berkongsi pengalaman dengan
mereka.
Tindakan : semua Ketua Panitia

3
4.4 Post-mortem SPM 2009
4.4.1 En. Chan Seng Fook (GPK1) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua panitia yang
menunjukkan peningkatan % lulus dan yang dapat mengekalkan 100% lulus. (rujuk edaran).

4.4.2 Menurut En. Chan lagi, cabaran kita sekarang adalah untuk meningkatkan kuantiti dan juga
kualiti. Walaupun ada peningkatan atau kekal lulus 100%, panitia berkenaan juga perlu membuat
post-mortem untuk meningkatkan kualiti panitia masing-masing.

4.4.3 Cabaran yang paling besar untuk Panitia BM kerana pesaing kita sebelum ini sudah
meninggalkan kita. Berdasarkan % lulus BM, SMKTP berada di tempat kedua dari bawah. Dari
segi kualiti / GPS, SMKTP berada di tempat ke-8 di daerah Kuantan.

4.4.4 Cadangan : menjemput guru-guru pakar/ cemerlang datang ke sekolah kita untuk mengajar kelas-
kelas yang kurang berpotensi. Ketua Panitia yang memerlukan khidmat Guru Pakar ini boleh
maklumkan kepada GPK1 untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan : semua Ketua Panitia

4.4.5 Hasil post-mortem hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat panitia dan satu salinan diserahkan
kepada GPK1 bersama-sama dengan minit mesyuarat dalam masa seminggu selepas mesyuarat
panitia dijalankan.

4.4.6 Nearmiss & sasaran SPM 2010 – rujuk kertas edaran. Semua panitia diharapkan dapat
melipatgandakan usaha untuk mencapai sasaran sekolah, iaitu GPS : 4.62, 26 orang calon
mendapat semua A; 135 orang calon mendapat antara 3A – 10A; semua calon lulus Bahasa
Melayu. Senarai headcount calon cemerlang SPM 2010 telah dipaparkan di papan kenyataan
(sebelah bengkel KH) dan juga di dalam Profil Sekolah di Bilik Guru.

4.5 Maklum balas


4.5.1 Puan Megawati (KB Kemanusiaan) membangkitkan isu kemerosotan peratus lulus mata pelajaran
Geografi dalam SPM 2009. Menurut beliau, 4 orang calon yang gagal dari Kelas 5M tidak
mengambil Geografi semasa tingkatan 4. Mereka juga tidak hadir ke kelas tambahan yang
dijalankan oleh guru untuk membantu mereka. Puan Megawati mencadangkan agar murid yang
tidak mengambil Geografi semasa Ting. 4 tidak akan didaftarkan bagi mata pelajaran elektif itu
dalam SPM 2010. Cadangan tersebut diterima, tetapi hanya dapat dilaksanakan untuk SPM 2012
kerana tarikh pendaftaran SPM sudah tamat. Tuan Pengetua bersetuju untuk tidak mendaftarkan
mata pelajaran elektif bagi murid-murid yang bermasalah mulai tahun hadapan.
Tindakan : S/U Peperiksaan SPM

4.5.2 Puan Noraisah (KP BM) menjelaskan bahawa Program Pecutan Akhir BM untuk calon SPM
2009 memberi kesan yang positif. Hanya 7 orang daripada 88 murid yang terlibat dengan
program tersebut gagal BM. 47 orang calon lagi yang gagal BM, juga gagal mata pelajaran lain,
dan ada dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah disiplin termasuk dibuang sekolah.
Beliau meminta cadangan untuk mengatasi masalah murid yang tidak ada minat untuk belajar.

Cadangan Tuan Pengetua :


a) Guru perlu mengubah suai atau mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat
murid terhadap mata pelajaran yang diajar.
b) Guru boleh tukar kelas suka sama suka sekali sekala untuk menimbulkan minat murid
ATAU 2 orang guru masuk ke kelas untuk mengajar.

4.5.3 Puan Yip Wai Lin (KB Bahasa) menegaskan bahawa murid yang gagal, sebenarnya bukan
semata-mata gagal Bahasa Melayu, tetapi juga gagal mata pelajaran lain. Memandangkan subjek
BM sebagai penentu peratus lulus keseluruhan sekolah, beliau mengharapkan agar semua panitia

4
boleh memberi kerjasama untuk memberi laluan kepada mata pelajaran BM bagi memastikan
sasaran sekolah tercapai. Pn. Yip mencadangkan agar Program Pecutan dilaksanakan lebih awal
pada tahun ini. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia BM dan akan diputuskan
kemudian.

4.5.4 Puan Lee Nyit Fong (GPK Petang) ingin menarik perhatian semua ahli mesyuarat agar setiap
program atau perancangan panitia bukan semata-mata tertumpu kepada murid PMR atau SPM,
tetapi di peringkat bawah lagi. Setiap tingkatan perlu ada program untuk membantu
meningkatkan prestasi murid.
- S/U Kurikulum menjelaskan bahawa dalam Folio B dan perancangan strategik, setiap program
yang telah dirancang oleh panitia mata pelajaran meliputi semua tahap dari Tingkatan 1 hingga
Ting. 5.

4.5.5 Rumusan Pengetua : Setiap guru perlu memainkan peranan penting di dalam kelas dengan
mengutamakan disiplin murid dan kawalan kelas. Keprihatinan dan kesungguhan guru dalam
menjalankan tanggungjawab akan menentukan keberkesanan P & P di dalam bilik darjah.
Tindakan : semua guru

4.5.6 Encik Chan Seng Fook mencadangkan agar seminar teknik menjawab soalan dilaksanakan lebih
awal pada tahun ini, iaitu sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Tindakan : Kaunselor

5. Hal-hal lain
5.1 Watak Sekolah
- Tuan Pengetua menjelaskan bahawa SMKTP akan menonjolkan watak ICT. Oleh itu, semua
guru digalakkan untuk berkomunikasi melalui ICT, khususnya ‘facebook’.
- Tuan Pengetua menjelaskan bahawa, sekarang banyak sekolah ingin menyertai British Council
Connecting Classrooms (BCCC). Salah satu kriteria untuk mendapat anugerah Sekolah
Berprestasi Tinggi ialah perlu ada rangkaian dengan sekolah di luar negara. Memandangkan
sambutan yang tinggi untuk menyertai BCCC, jadi sekolah yang tidak aktif akan digantikan
dengan sekolah lain. Beliau berharap agar SMKTP akan terus kekal dalam BCCC.

5.2 Sistem Pengredan Baharu


Ada guru yang belum tahu tentang sistem pengredan baharu ini walaupun telah dipaparkan di papan
kenyataan di Bilik Guru. S/U Peperiksaan Dalaman akan menyediakan salinan sistem pengredan itu
untuk rujukan guru.

5.3 Jumlah Ujian/ Peperiksaan Setahun


- S/U Peperiksaan Dalaman ingin mendapat kepastian jumlah ujian/ peperiksaan yang akan
dijalankan pada tahun ini. Dalam mesyuarat dengan PPD lepas, mereka menetapkan hanya 4 kali
ujian/ peperiksaan setahun, iaitu 2 kali ujian, Pep. Pertengahan Tahun dan Pep. Percubaan / Akhir
Tahun.
- Tuan Pengetua menjelaskan bahawa perancangan pihak sekolah adalah berdasarkan takwim
peperiksaan daripada PPD pada akhir tahun lepas. Beliau mengambil keputusan, sekolah akan
kekal dengan 4 kali ujian, iaitu 3 kali ujian selaras/ serentak dan sekali ujian sendiri (mengikut
jadual waktu masing-masing), dan 2 kali peperiksaan besar.
Tindakan : S/U Peperiksaan Dalaman

5.4 Petunjuk Prestasi Utama (KPI)


- KPI ialah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan
dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan
selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi.

5
- Melalui pembinaan KPI, warga sekolah dapat menyedari perkara-perkara penting yang patut
diberi perhatian dalam menjayakan misi dan visi sekolah.

- Setiap warga sekolah akan dapat mengenal pasti dan menghubungkaitkan sasaran kerja tahunan
indvidu dengan sasaran kerja kumpulan panitia, dengan perancangan strategik sekolah dan
seterusnya dapat menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan itu telah tercapai atau tidak.

- Penggunaan KPI juga akan membolehkan sekolah menilai semula prestasi yang telah disasarkan.

- Menurut Pengetua, yang penting dalam KPI ialah output (apa yang kita laksanakan) dan outcome
(apa yang hendak dicapai/ dihasilkan).

- Untuk itu, Ketua Panitia perlu menambahkan satu ruang dalam Perancangan Strategik – output
dan outcome. Contoh akan diberi kepada setiap panitia sebagai rujukan.

- Pengetua juga mengingatkan semua ahli agar mengemaskini pengetahuan tentang KRA (Key
Result Area) yang mempunyai perkaitan dengan KPI.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

5.5 Laporan Perolehan Kerajaan


- Mulai tahun ini, semua Ketua Panitia perlu mengisi semua perbelanjaan di dalam Laporan Perolehan
Kerajaan.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

5.6 ‘Book Review’


Semua guru perlu menyediakan ulasan buku bagi memenuhi program LADAP “Book Review”
menggunakan format yang telah disediakan. Tuan Pengetua memulakan ‘book review’ bertajuk “The
One Minute Manager”.
Tindakan : semua guru

Sebelum mengakhiri mesyuarat J/K Kurikulum kali kedua ini, Tuan Pengetua mengingatkan dan
mengharapkan agar semua ahli sentiasa menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi demi
peningkatan prestasi sekolah. Kerja secara berpasukan akan dapat menghasilkan kejayaan yang lebih
bermakna.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.35 pagi.

:Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh :

t/t t/t
ROSHANILAWATEY JUSOH ENCIK MOY WAH GOON
Pengetua
SMK Tanah Putih.

You might also like