P. 1
Faktor Pemanasan Global

Faktor Pemanasan Global

|Views: 10,868|Likes:
Published by nabilahjaejoong

More info:

Published by: nabilahjaejoong on Apr 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2014

pdf

text

original

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMANASAN GLOBAL Apakah pemanasan global?

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu pemansan global. Tetapi adakah kita tahu apa itu pemanasan global? Pemanasan global ialah keadaan dunia yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi dan mendadak berbanding dengan suhu normal. Menurut suatu kajian yang telah dilakukan, suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadar berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Jangan terkejut jika perubahan iklim yang biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jaraknya hanya 2 generasi sahaja. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita, manusia sendiri yang menyebabkan berlakunya pemanasan global. Penebangan hutan tanpa kawalan, merupakan salah satu factor yang menyebabkan pemanasan global. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan dan kegunaan, seperti pertanian, serta pembangunan. Penebangan hutan tanpa kawalan bukan sahaja menyebabkan kemusnahan habitat haiwan liar, tetapi mencenderung berlakunya pemanasan global. Apabila seseorang itu mengatakan “penebangan hutan” tentu sekali gambaran pertama yang menerpa minda kita ialah pokok-pokok dihutan ditebang oleh pekerjapekerja buruh. Oleh itu, penebangan hutan menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang membantu menstabilkan suhu bumi berkurangan. Hal ini seterusnya meninggalkan kesan apabila kandungan gas karbon dioksida (CO2) dalam atmosfera bumi meningkat serta kurangnya kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Tentu sekali kesan negatif itu membawa ke pemanasan global. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita dapat menyaksikan betapa banyak kenderaan yang melalui jalan raya. Memang saya akui bahawa hal ini membuktikan bahawa negara itu semakin maju, tetapi cuba bandingkan keadaan udara pada tahun 50-an atau 60-an yang mempunyai kuantiti kenderaan yang kecil dengan sekarang yang kenderaannya seperti air sungai yang mengalir tidak henti-henti. Kita dapat konklusikan bahawa semakin meningkat jumlah kenderaan, semakin bertambah pelepasan asap kenderaan ke atmosfera. Pelepasan asap kenderaan membebaskan gas hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang tinggi. Kesan pelepasan gas asap kenderaan ini lebih terasa di bandar jika dibandingkan dengan di kawasan luar bandar atau kampung. Hal ini menyumbang kepada berlakunya jerebu. Jerebu berlaku akibat daripada terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. Fenomena ini boleh mengurangkan jarak penglihatan penglihatan manusia sekurang-kurangnya 2 meter. Pelepasan

asap kenderaan juga secara tidak langsung menyebabkan berlaku pulau haba bandar. Fenomena atmosfera ini berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar yang mempunyai jumlah kenderaan yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Hasil kedua-dua fenomena atmosfera ini ialah pemanasan global. Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pelepasan asap dari kilang dan pembakaran terbuka semakin berlaku. Kilang yang dibangunkan semakin bertambah mengikut pembangunan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara itu. Asap yang dilepas dari kilang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Gas-gas ini bertindak balas dengan wap air yang terkandung dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan cat binaan dan kenderaan, mencemarkan air serta mengancam hidupan air. Kehidupan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid. Pembakaran terbuka kebanyakannya berlaku di kawasan pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasa industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran terbuka juga akan mendorong berlakunya jerebu. Akhirnya, kejadian ini juga berakhir dengan pemanasan global. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, rakyat perlulah berganding bahu menanggani masalah pemanasan global ini. Fenomena negatif ini meninggalkan kesan kepada semua manusia di atas bumi ini, bahkan kesemua hidupan di bumi ini. Kesihatan juga akan terjamin. Jika tidak pun, fikirkanlah tentang generasi yang akan datang, adakah anda ingin memberi mereka keadaan alam sekitar yang sudah musnah? Adakah anda ingin mereka menunding jari ke arah anda dan menyatakan “Generasi sebelum ini yang menyebabkan keadaan sebegini berlaku”? Tentu, tidak. Oleh itu, janganlah membazir masa kerana kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. Jika semua rakyat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurh sama dituruni, insyaallah masalah ini dapat diatasi. (4, 117 patah perkataan)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->