You are on page 1of 25

AKAUNTABILITI DALAM KERJA

MUQADIMAH

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah , di mana fungsinya

untuk ta`at, patuh dan meng`imarahkan bumi Allah ini merupakan satu

amanah dan kepercayaan Allah yang mesti dilaksanakan seluruhnya. Seluruh

tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan

dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini

dilaksanakan, maka seseorang telah menunaikan amanahnya kepada Allah .

Setiap peringkat jawatan dan kedudukan ada tanggungjawab tersendiri

mengikut kategori masing-masing.

Firman Allah dalam Surah al-An`am: Ayat 165.

Maksudnya: Dan Dialah yang menjadikanmu khalifah di bumi dan meninggikan

setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak

mengujimu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu

1
amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani.

Justeru, kertas kerja ini yang bertajuk “Akauntabiliti dalam Kerja”

dikemukakan kepada Konvokesyen Penyelia Kafa Peringkat Kebangsaan yang

bersidang pada 14 hingga 16 April 2006/1427H. Ini bertujuan bagi meningkatkan

keyakinan terhadap pekerjaan bagi melahirkan penjawat awam yang

bertanggungjawab dan penuh dedikasi.

Rangka kertas kerja ini seperti berikut:

i. Muqadimah.

ii. Pengertian dan definisi:

a.Pertama: Akauntabiliti.

b.Kedua: Kerja.

iii. Akauntabiliti dalam al-Quran.

iv. Hubungan kerja dan Akauntabiliti.

v. Kesimpulan.

vi. Rujukan.

Semoga kertas kerja ini memberi semangat dan motivasi kepada kita dalam

melaksanakan tugas dengan cemerlang. Amin.

2
PENGERTIAN DAN DEFINISI

Pertama: Akauntabiliti

Sikap bertanggungjawab yang mendalam, jujur, telus dan amanah. Boleh jadi

makna yang hampir sama dengan akauntabiliti ialah muhasabah. Mengikut

Kamus Dewan, Edisi Ketiga, muhasabah membawa maksud perbuatan menilai,

meninjau perasaan (fikiran, pendirian) diri sendiri. Bermuhasabah pula bererti

membuat penilaian terhadap diri sendiri.

Kedua: Kerja

Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Halaman 654: Kerja ialah usaha (kegiatan

atau urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan dan

sebagainya) sesuatu. Manakala bekerja pula ialah melakukan atau menjalankan

sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas dan sebagainya) untuk menghasilkan

(menyelesaikan, menyediakan dan lain-lain) sesuatu.

Kerja mestilah benar-benar mengikut syari`at Allah dengan penuh sifat-sifat

mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah dalam pekerjaan dan

kehidupan. Syari`at menggalakkan pekerjaan untuk kehidupan. Antara lain

sebab-sebabnya ialah:

1.Mendorong manusia supaya sentiasa menyesuaikan kegiatan dan aktiviti

mereka selagi hidup di muka bumi dengan ukuran kebenaran (al-Haq), kebaikan

3
(al-Khair) dan kemaslahatan (al-Sulh). Mereka yakin bahawa itu sahajalah yang

akan menjadi neraca (ukuran) yang menentukan kejayaan mereka di akhirat

nanti.

Firman Allah dalam Surah al-A’raf: Ayat 8 hingga 9.

Maksudnya: Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang

berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah

orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim

terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).

Al-Baghawi berkata: “Yakni pada hari pertanyaan.” Mujahid pula berkata:

“Makanannya ialah keputusan dan hari keadilan.” Sedangkan kebanyakan

`ulama’ tafsir berkata: “Dikehendaki dengannya adalah timbangan segala amalan

dengan mizan iaitu sejenis neraca.”

2.Mendorong manusia mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan serta amal

soleh. Seterusnya akan menghalang mereka daripada melakukan perkara-

perkara yang boleh menjerumuskan mereka dalam seksaan.

4
Firman Allah dalam Surah al-Ma`un. Ayat 1 hingga 3.

Maksudnya: Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari

pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh

orang miskin.

Al-Sabuni berkata di dalam Safwah al-Tafasir: “Persoalan kerana ta`ajjub

dikemukakan di sini.” Abu Hayyan pula berkata: “Perkataan Dan ia tidak

menggalakkan untuk memberi makanan merupakan isyarat bahawa mereka tidak

memberi makan sekalipun mampu.”

Al-Alusi di dalam Ruh al-Ma`ani berkata: “Maksud agama ialah pembalasan

yang merupakan salah satu daripada maknanya sepertimana kata pepatah

Arab:

‫كَمَا َتدِيْ ُن تُدان‬

Maksudnya: Iaitu sebagaimana kamu lakukan pasti dibalas.

Dalam makna yang lain, Mujahid berpendapat dengan makna hisab atau

Islam sebagaimana yang masyhur. Mengikut Ibn `Abbas: “Dengan hukum

Allah .”

5
3.Syari`at Allah mengingatkan kita bahawa manusia tidaklah diciptakan tanpa

sebarang tujuan. Benarlah firman Allah dalam Surah al-Qiyamah: Ayat 36.

Maksudnya: Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar

(dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

Mufasssir berkata: “Ini adalah satu cuitan al-Quran yang membimbing dan

mengarah hati manusia supaya sentiasa mengingati pertalian-pertalian,

perhubungan-perhubungan, matlamat-matlamat, tujuan-tujuan, faktor-faktor

dan sebab-sebab yang mengikatkan kewujudan dirinya dengan kewujudan

alam seluruhnya dan dengan Iradat Allah yang mentadbirkan semesta

alam.”

6
AKAUNTABILITI DALAM AL-QURAN

Antara matlamat kerja ialah:

Pertama: Dengan bekerja boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap diri dan

keluarga. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Taubah Ayat 105.

Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang

diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan

melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang

Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan

kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Al-Alusi dalam Ruh al-Ma`ani berkata: Dan katakanlah beramallah dengan apa

yang kamu mahu nescaya Allah melihat amalanmu sama ada baik atau buruk

yang memberi faedah daripadanya, galakan dan juga ancaman. Dan dikehendaki

dengan melihat amalan dalam erti kata lain, pengetahuannya yang jelas. Adapun

nisbah kepada rasul dan orang yang beriman dengan iktibar bahawa Allah

tidak sunyi sesuatupun daripada mereka.

7
Kedua: Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta ummah

keseluruhannya. Ini kerana setiap orang akan disoal mengenai amanah dan

tanggungjawab yang dipikulnya. Firman Allah dalam Surah al-Muddathir:

Ayat 38.

Maksudnya: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal

jahat) yang dikerjakannya,

Mufassir berkata: “Setiap individu memikul masalah dan tanggungjawab dirinya

sendiri. Setiap orang boleh meletakkan dirinya di mana dia suka, sama ada

hendak meletakkannya di tempat yang maju atau mundur, sama ada dia mahu

memuliakan dirinya atau menghinakannya. Dia tetap terikat dan

bertanggungjawab terhadap perbuatan yang telah dilakukannya. Allah telah

menerangkan kepada manusia jalan yang diredhai-Nya supaya mereka

mengikutinya dengan penuh kesedaran dan berhati-hati. Allah membuat

pengumuman supaya manusia meneliti pemandangan Neraka ‫ سسقر‬yang

membakar habis-habisan. Pengumuman ini sudah tentu mempunyai kesan dan

nilainya.”

Sabda Rasulullah dalam hadith sahih:

ْ َ‫ ُكلّ ُك ْم رَاعٍ و ُكلّ ُك ْم م‬.


ِ‫س ُؤوْلٌ عنْ رَ ِعيِّته‬

8
Maksudnya: Setiap di antara kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap

orang yang dipimpinnya.

Hadith riwayat Imam al-Bukhari.

9
HUBUNGAN KERJA DAN AKAUNTABILITI

Sewajarnya kita memahami bahawa sebagai khalifah Allah , hendaklah kita

melaksanakan tugas dan perkhidmatan dengan sebaik-baiknya. Ini kerana:

i. Tanggungjawab dan kerja merupakan amanah manakala khianat merupakan

penyelewengan daripada tanggungjawab khalifah.

Firman Allah dalam Surah al-Anfal: Ayat 27.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati

(amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-

amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Mufassir berkata: “Begitu juga golongan Muslim diperingatkan supaya

jangan mengkhianati amanah yang dipikul mereka sejak mereka mengikat

perjanjian setia dengan Rasulullah untuk berpegang teguh dengan Islam.

Ini kerana Islam bukanlah kata-kata yang hanya diucapkan dengan lidah dan

bukan pula merupakan semata-mata ungkapan-ungkapan dan doa-doa,

malah Islam adalah sistem hidup yang sempurna dan syumul, yang dihalangi

oleh berbagai-bagai halangan dan kesulitan. Islam adalah sistem hidup untuk

10
menegakkan realiti kehidupan di atas prinsip-prinsip ‫ل إله إل ال‬, satu prinsip

yang mengembalikan seluruh manusia kepada `ubudiyah kepada Allah ,


Tuhan mereka yang sebenar dan mengembalikan masyarakat kepada kuasa

Hakimiyah Allah dan syariat-Nya. Di samping itu, ia mengembalikan

penguasa-penguasa yang sewenang-wenangnya mencabul uluhiyah Allah

dan kuasa-Nya daripada terus bermaharajalela dan mencabul. Ia juga

menjamin kebenaran dan keadilan kepada seluruh manusia iaitu

menegakkan keadilan di kalangan mereka dengan neraca yang teguh dan

seterusnya membangun dan mengimarahkan bumi serta melaksanakan

tugas-tugas khalifah Allah dengan sistem hidup ciptaan Allah .

Semuanya itu adalah amanah-amanah yang wajib dan sesiapa yang

mengabaikannya bererti dia telah mengkhianati amanah dan melanggar

perjanjiannya dengan Allah , juga yang membatalkan perjanjian setianya

yang telah dikaitkan dengan Rasul-Nya.”

ii. Setiap pancaindera diamanahkan terhadap segala perbuatan yang dikerjakan.

Firman Allah dalam Surah al-Isra’: Ayat 36.

11
Maksudnya: Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai

pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati,

semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Mufassir berkata: “Ayat yang pendek ini membentuk satu pendekatan atau

methodologi yang sempurna bagi hati dan akal manusia termasuk

methodologi `ilmiyah yang baru sahaja diketahui manusia, di samping

ditokokkan pula dengan unsur-unsur kejujuran hati dan muraqabah dengan

Allah yang merupakan ciri keistimewaan Islam yang mengatasi

methodologi-methodologi `aqliyah lain yang kering.

Amalan memastikan kebenaran sesuatu berita, gejala dan pergerakan

sebelum dia menghukumkannya merupakan anjuran al-Quran al-Karim dan

methodologi Islam yang halus dan amat hemat. Apabila hati dan akal

manusia mengikut methodologi ini dengan jujur, maka tiada lagi ruang di

alam penyelidikan-penyelidikan, ujian-ujian dan ilmu pengetahuan yang

dapat dimasuki oleh pendapat-pendapat yang dangkal dan andaian-andaian

yang karut.

Amanah `ilmiyah yang dibangga-banggakan oleh manusia di zaman moden

ini tidak lain dan tidak bukan melainkan merupakan sebahagian daripada

amanah `aqliyah dan hati yang diumumkan tanggungjawabnya yang agung

oleh al-Quran. Pengumuman itu menjadikan setiap orang yang

bertanggungjawab terhadap pendengaran, penglihatan dan hatinya di

hadapan Allah yang mengurniakan telinga, mata dan hati itu.”

iii. Tanggungjawab perlu dipikul sendiri dan merupakan taklif fardi.

12
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: Ayat 286.

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa

kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan

kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat

sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu

daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa

yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta

ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;

oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang

kafir".

Mufassir berkata: “Ayat ini menjelaskan konsep tanggungjawab peribadi,

iaitu seseorang tidak mendapat pahala melainkan daripada kebaikan yang

telah dilakukannya dan tidak menanggung dosa melainkan daripada

kejahatan yang telah dilakukannya. Setiap insan itu pulang kepada Allah

13
dengan membawa laporan amalan peribadinya dengan segala catatan pahala

dan dosanya. Oleh itu, dia tidak boleh meletakkan kesalahannya ke atas bahu

orang lain dan tidak boleh menunggu pertolongan daripada sesiapapun.”


SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

Antara perkara yang mesti dijauhi ialah sifat tidak bertanggungjawab juga

dikenali dengan nama sifat-sifat mazmumah. Justeru, terdapat banyak masalah

akan berlaku kepada mereka yang bersifat dengan sifat mazmumah. Antaranya:

i. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab akan menyusahkan diri sendiri.

Firman Allah dalam Surah Fussilat: Ayat 46.

Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan pulang

kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan

menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada

hamba-hamba-Nya.

Mufassir berkata: “Agama Islam ini telah datang mengisytiharkan bahawa

manusia telahpun sampai ke peringkat dewasa. Oleh itu mereka

dipertanggungjawabkan membuat pilihan sendiri, juga mengisytiharkan

dasar tanggungjawab peribadi. Setiap orang bebas memilih.”

14
ii. Pecah amanah atau khianat boleh menyebabkan kefasadan dan boleh juga

dimaksudkan dengan pecah rahsia seseorang yang anda percayakannya

adalah suatu pekerti buruk yang harus dibasmi dari dalam diri. Kelakuan ini

timbul disebabkan jahil akan akibat kesudahannya, baik di dunia mahupun

di akhirat. Di dunia dia dapat menimbulkan permusuhan orang yang

dikhianatinya, dan dia akan menjadi marah, tidak dikembalikan bila dituntut,

ataupun jika rahsianya dibocorkan kepada orang lain padahal dia amat

mempercayaimu.

Manakala di akhirat pula, akibatnya lebih berat lagi, kerana Allah akan

murka terhadapnya dan akan membalasnya dengan seksaan yang pedih

sekali. Nabi juga mengisyaratkan hakikat jenayah ini dengan

menghukumkan sebagai munafiq sebagaimana yang disebut dalam sabdanya

yang bermaksud: “Apabila diserahkan amanat dia akan khianat.” Maka

hendaklah kita menjaga diri daripada permasalahan amanat ini.

Sabda Rasulullah lagi:

.‫ستِ البِطَانَة‬
َ ْ‫ فإنّها بِئ‬،َ‫إِياّ ُكمْ والِيَاَنة‬

Maksudnya: “Awasilah dirimu daripada sifat khianat itu, kerana sesungguhnya

khianat itu seburuk-buruk teman.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud.

15
Dalam sebuah hadith, Nabi telah bersabda. Antaranya: “Demikianlah

penduduk neraka itu. Lalu disebutkan sebahagian di antara mereka itu adalah

seorang yang tidak menyembunyikan sifat rakusnya sekalipun terhadap barang

yang kecil, melainkan dia selalu mengkhinatinya.”

Ibn Mas`ud berkata: “Akan didatangkan nanti di hari kiamat seorang yang

dipercayakan amanat di tangannya, lalu dia mengkhianatinya, dan dikatakan

kepadanya: “Tunaikanlah amanat itu kepada tuan punyanya!” Maka dia menjawab:

“Dari manakah dapat saya menunaikannya lagi, wahai Tuhanku, padahal dunia

telah berlalu?”

Sambung Ibn Mas`ud lagi: “Lalu barang amanat itu diwujudkan bentuknya

serupa seperti pada hari dia mengambilnya itu, tetapi kali ini berada dalam lubang

Neraka Jahannam. Kemudian dikatakan kepadanya: “Turunlah sekarang ke dalam

lubang neraka itu.” Lantas dipikulnya amanat itu di atas bahunya, di mana

beratnya pula ketika itu melebihi berat gunung-ganang dunia, sehingga apabila

dirasakan dia telah terlepas dan selamat daripadanya, tiba-tiba barang yang

dipikulnya itu terlepas dan jatuh ke dalam neraka itu semula. Maka dia pun

terpaksa turun lagi ke dalam lubang neraka itu sekali lagi secara terus-menerus

untuk selama-lamanya.”

Selanjutnya Ibn Mas`ud mengatakan lagi: “Ingatlah, bahawa solat itu adalah

amanah, wudhu’ itu juga adalah amanah, mandi wajib itu amanah, timbang-

menimbang juga amanah dan yang paling berat sekali ialah wadi`ah iaitu barang

simpanan orang yang dipercayakan kepadamu untuk menyimpannya. Ya Allah Ya

16
Tuhanku, kurniakanlah kami dengan kelembutan-Mu dan selamatkanlah kami

dengan pengampunan-Mu.”

iii. Keadilan Tuhan terhadap semua pelaku mengikut apa yang dilakukan. Hal

ini jelas berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Syura: Ayat 30.

Maksudnya: Dan apa jua yang menimpamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala

bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-

perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan

sebahagian besar daripada dosa-dosamu.

Mufassir berkata: “Di dalam ayat ini jelas menunjukkan keadilan Allah dan

rahmat kasihan belas-Nya terhadap manusia yang lemah ini. Setiap musibah

yang menimpa mereka adalah berpunca daripada kesalahan-kesalahan yang

dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tetapi Allah tidak menghukumkan

mereka dengan setiap kesalahan mereka. Ini kerana Dia mengetahui

kelemahan mereka dan mengetahui pendorong-pendorong (motif-motif)

yang dijadikan di dalam fitrah mereka, iaitu pendorong yang menguasai

mereka di kebanyakan waktu. Oleh sebab itu, Allah memaafkan

sebahagian besar daripada kesalahan-kesalahan mereka kerana kasihan belas

dan kemaafan-Nya kepada mereka.”

iv. Balasan pahala dan dosa mengikut amalan manusia.

17
Firman Allah dalam Surah al-Zalzalah: Ayat 7 hingga 8.

Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya

(dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan

dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Mufassir berkata: “Amalan-amalan yang seberat atom ini, sama ada amalan

baik mahupun jahat akan dihadirkan kelak dan diperlihatkan kepada yang

melakukannya serta diberikan balasannya. Oleh itu, setiap orang tidak

seharusnya memperkecil-kecilkan amalannya dengan mengatakan: “Ini cuma

kecil sahaja, ia tidak dikira dan ditimbang.” Malah hatinya seharusnya

menggeletar di hadapan setiap perbuatan sebagaimana neraca yang halus

akan bergerak meninggi atau menurun dengan sebab berat sebiji atom itu.

Neraca yang menimbangkan amalan itu adalah suatu neraca yang tiada tolok

bandingnya di dalam dunia ini kecuali neraca di dalam hati mu’min iaitu hati

yang terus menggeletar kerana melakukan kebaikan atau kejahatan seberat

atom. Di sana ada hati-hati di dunia ini yang tidak tergoncang walaupun oleh

dosa-dosa dan maksiat yang sebesar gunung dan tidak merasa apa-apa

walaupun ia telah bertindak menghancurkan kebaikan yang lebih teguh dari

gunung. Itulah hati-hati yang degil di bumi yang akan hancur luluh pada hari

hisab.”

18
PENUTUP

Islam menggalakkan bekerja dengan penuh akauntabiliti kerana ia boleh

membawa kejayaan di dunia dan janji syurga di akhirat.

Firman Allah dalam Surah al-Tin: Ayat 6.

Maksudnya: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka

beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Mufassir berkata: “Dari sini jelas ternyata nilai keimanan dalam kehidupan

manusia. Keimanan itulah jalan naik yang menyampaikan fitrah manusia kepada

matlamatnya yang sempurna. Keimanan itulah tali hubungan di antara fitrah

manusia dengan Tuhan Penciptanya. Keimanan itulah nur yang menerangi jalan

naik menuju kehidupan orang-orang yang kekal yang dimuliakan di sisi Allah .

19
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran: Ayat 198.

Maksudnya: Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh

Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya,

sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) daripada

Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang

berbakti (yang ta`at dan banyak berbuat kebajikan).

Mufassir berkata: “Aqidah ini ialah pemberian, kesetiaan, keta`atan dan

penunaian tugas tanpa balasan dengan kesenangan-kesenangan hidup dunia

dan tanpa balasan dengan kemenangan, kedudukan yang kuat dan tinggi

kemudian menunggu segala balasan di akhirat sana. Andainya kemenangan,

kedudukan yang kuat dan tinggi tercapai, maka ini tidak termasuk dalam

perjanjian serta tidak pula merupakan balasan daripada perjanjian, kerana tidak

ada di dalam perjanjian ini sesuatu balasan di dunia ini. Tidak ada di dalam

perjanjian ini melainkan penunaian tugas, kesetiaan, pemberian dan

menghadapi ujian.”

Imam Ahmad telah meriwayatkan, katanya: “Kami telah diceritakan oleh Sufyan

daripada al-Zuhri bahawa dia mendengar `Urwah berkata: “Kami telah

diceritakan oleh Abu Humaid al-Sa’di katanya: Rasulullah telah melantik

seorang lelaki dari suku kaum al-Azd yang dipanggil Ibn al-Latibah sebagai

`amil sedekah (zakat), lalu dia datang dan berkata: “Yang ini untukmu dan yang

20
ini hadiah untuk orangku.” Lalu Rasulullah berdiri di atas minbar dan

berucap:

‫ت أَبِيْ هِ وُأمّ هِ فينظر‬


ِ ‫س ف بي‬
َ َ‫ أفل َجل‬.ّ‫ هذا لَكُم وهذا ُأ ْه ِد يَ ِإلَي‬:ُ‫ما باَ ُل العامِل نَ ْبعَثُ هُ على عملٍ فيقول‬

‫ ل َيأْتِي أَ َحدُ كم من ها بشيءٍ إل جا َء به يو مَ القيامةِ على‬،‫أَُي ْهدَى إلي هِ أم ل؟ واّلذِي نف سُ مم ٍد بيده‬

.‫ أو شَاةً تَ ْيعَر‬،ٌ‫ أو بقر ًة لا خُوار‬،‫ وإ ّن َبعِ ْيرًا له رُغَاء‬،ِ‫َرقَبَِته‬

Maksudnya: Mengapa ada `amil yang kami hantar untuk menguruskan kerja

(memungut zakat) kemudian dia berkata: “Yang ini untukmu dan yang ini hadiah orang

untukku.” Mengapa dia tidak duduk di rumah bapanya dan ibunya supaya dia dapat

melihat adakah orang datang memberi hadiah kepadanya atau tidak? Demi Allah yang

nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, tiada seseorang daripada kamu yang

mengambil sesuatu daripada hadiah yang tidak sebenar itu melainkan dia akan

memikulnya di atas tengkuknya pada hari qiamat dan jika yang diambilnya itu unta,

maka ia akan menguak, atau yang diambilnya itu lembu, maka ia akan bertebuh atau

yang diambilnya itu biri-biri maka ia akan mengembek.

Sabda Rasulullah kepada salah seorang sahabatnya berkenaan dengan

jawatan:

‫حقّها‬
َ ِ‫إنّها لماَنةٌ وإنا لَندَامَةٌ يو َم القيامةِ إل مَن أَ َخذَها ب‬.

21
Maksudnya: Sesungguhnya ia adalah suatu amanah dan ia di hari kiamat akan

menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara

hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Di sini dinyatakan daripada buku “Lets be Brave” karangan Ahmad Safuan al-

Karami: “Kita pernah melihat orang-orang yang tidak boleh meningkatkan taraf

hidupnya. Cuba tanyakan tentang liku-liku hidupnya. Tentu mereka enggan

menjawab. Sebab dia tidak pernah merasa pahit manisnya mencapai cita-cita.

Mereka hanya pasrah dengan yang sedang dihadapi. Mereka tidak pernah

mencuba mengembangkan kemampuannya kerana takut gagal. Orang yang

takut gagal dalam mencapai cita-citanya lebih senang menjadi penonton dan

pengkritik yang handal. Tetapi dia sendiri tidak boleh melakukan apa-apa. Jika

ada seorang temannya yang gagal dalam usahanya maka dia akan mengejek

habis-habisan, mengkritik dengan matlamat melemahkan keyakinan temannya

itu. Pengkritik yang paling lantang biasanya datang daripada orang yang kecewa

dan iri hati terhadap kejayaan orang lain. Kekecewaan yang berpanjangan

membuatkan dirinya semakin takut gagal setiap kali mencuba untuk bangkit.

Akhirnya dia benar-benar gagal.

Akhirnya suka ditegaskan di sini bahawa amanah terhadap masyarakat

mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab manusia terhadap

masyarakatnya yang anggota-anggotanya saling bergantungan dan memerlukan.

Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna

setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan dalam

susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Perkhidmatan yang dilaksanakan secara jujur dan ikhlas dalam hubungan

manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya

22
dalam hidup dan penghayatan beragama. Masyarakat bermula dengan

perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi

yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya

bangsa, negara dan ummah.

Ketahuilah kebahagiaan adalah kesulitan yang terpecah, permusuhan yang

menyurut, kesolehan yang dipraktikkan dan syahwat yang boleh dikalahkan.

Inilah kenyataan Syeikh `Aid al-Qarni di dalam kitabnya La Tahzan.

23
RUJUKAN

1. Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jamaah, Dr. Abdullah Yasin. Cetakan Pertama

2001, dar al-Furqan Enterprise.

2. Tafsir Fi Zilal al-Quran (terjemahan) Syed Qutub, Cetakan Pertama 2000,

Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

3. Huraian kepada Panduan al-Quran dan Hadith, Mohd Nakhaie Hj.

Ahmad. Cetakan Kedua 1996, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana

Menteri.

4. Dosa-dosa Besar (terjemahan) al-Zahabi, cetakan kelima 2004, Pustaka

Nasional Pte Ltd.

5. Jangan Takut, Ahmad Safuan al-Karami, cetakan pertama 2005, Jasmin

Enterprise.

6. La Tahzan (terjemahan), Dr. `Aidh `Abdullah al-Qarni, cetakan pertama

2004, diterbitkan oleh Klang Book Centre.

7. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Cetakan Ketiga 2000, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

24
8. Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna (terjemahan), cetakan pertama

2003, Pustaka Salam.

9. Dosa-Dosa Besar, Imam al-hafiz Muhammad bin Ahmad bin Usman al-

Zahabi, Cetakan Kelima 2004, Pustaka Nasional Pte. Ltd, Singapura.

10. Tafsir al-Baghawi, Imam al-Baghawi, cetakan ketiga, 1413H/1992M, Dar al-

Ma`rifah.

11. Safwah al-Tafasir, Muhammad Ali al-Sabuni, Dar al-Sabuni.

12. Ruh al-Ma`ani, Syihabuddin Mahmud al-Alusi, tahqiq Muhammad

Ahmad al-Amad dan `Umar `Abd al-Salam al-Sulami, cetakan pertama,

1421H/ 2000M, Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi.

25

You might also like