You are on page 1of 14

Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi

______________________________________________________________________________________
ANCAMAN KEPADA KECEMERLANGAN PRESTASI ORGANISASI
Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah.

‫ و ل شيئا ممما‬،‫" مما تركمت شيئا ممما أمركمم ال بمه إل و قمد أمرتكمم بمه‬
‫نهاكمم عنمه إل وقمد نهيتكمم عنمه و إن الروح الميمن قمد ألقمى فمي روعمي‬
"‫أنه لن تموت نفس حتى تستوفي رزقها فأجملوا في الطلب‬
“Tidak ada satupun yang kutinggalkan dari apa yang diperintahkan
oleh Allah kepada kamu, kecuali telah aku perintahkan kepada
kamu, dan tidak satu pun dari apa yang dilarang Allah kepada kamu,
kecuali aku telah melarangnya kepada kamu. Sesungguhnya Ruh
al-Amin (Jibril a.s.) telah menyampaikan dalam nuraniku,
bahawasanya jiwa tidak akan mati sehinggalah penuh rezkinya,
maka perbaikilah dalam mencari rezki.” (Maksud hadith riwayat
Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Majah dan Abu Ya’la)
1.0 Pengenalan
Setiap organisasi wujud untuk matlamat dan objektif yang tertentu demi
memenuhi fungsinya. Setiap individu yang menganggotai organisasi itu pula,
mempunyai peranan dan sumbangan tertentu dalam menggerakkan organisasi
tersebut ke arah mencapai matlamat dan objektifnya. Gerak kerja dan amal
setiap anggota adalah penting dalam menentukan kejayaan organisasi. Sumber
manusia merupakan modal yang amat kritikal dalam era K-economy yang
ditunjangi oleh ilmu pengetahuan dan pembangunan penyelidikan. Organisasi
yang dipenuhi dengan individu yang tidak berfungsi dalam menggerakkannya ke
arah mencapai matlamat akan menjadi sungguh malang sekali. PCG iaitu
Jawatankuasa Putrajaya mengenai transformasi Government Linked Companies
(GLCs) telah merumuskan dalam buku panduannya mengenai peranan penting
sumber manusia (PCG, 2005:37):

“In a knowledge-driven world, a company’s human capital will


increasingly be the most important competitive advantage and
differentiator. GLCs must enhance their approach to human capital
management and quickly close the gap between GLCs and the
best private sector companies in Malaysia and their peers
internationally.”

1
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
Dalam Surah Al-Kahfi ayat 103-106, Allah Taala telah mengingatkan hamba-Nya
supaya melaksanakan amal dan kerjanya dengan baik dan sempurna agar tidak
melakukan penipuan dan kerosakan hingga membawa kepada kebinasaan:

“Katakanlah, ‘Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang


orang-orang yang paling rugi perbuatannya? Yaitu orang-orang
yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,
sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-
baiknya. Mereka adalah orang-orang yang kufur terhadap ayat-
ayat Tuhan mereka dan perjumpaan dengan-Nya, maka hapuslah
amalan-amalan mereka, dan Kami tidak memberikan suatu
penilaian bagi mereka pada hari Kiamat. Demikianlah balasan
mereka itu neraka jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan
disebabkan mereka menjadikanayat-ayat-Ku dan Rasul-Rasul-Ku
sebagai olok-olok.”

Sebelum menyebut ayat-ayat ini, Dr Wahbah Az-Zuhaili telah menulis


(1997:161):

“Al-Quran telah memberi predikat sebagian manusia yang


melakukan penipuan melalui amal-amalnya. Dengan arogansinya,
mereka menyangka bahwa kekufuran itu sebagai hidayat,
kesesatan itu sebagai petunjuk, penyelewengan sebagai hal yang
lurus, kesalahan sebagai hal yang benar.”

Ayat-ayat di akhir Surah Al-Kahfi ini memberi jawapan kepada ayat 7 di awal
Surah yang sama, yang telah menyatakan bahawa segala ciptaan Allah di atas
muka bumi sebagai kesenangan dan kebajikan untuk manusia adalah
merupakan ujian kepada manusia sendiri dari segi amalannya. Maksud ayat
tersebut:

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan segala yang ada di atas


bumi ini perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka (manusia)
itu untuk diketahui siapa dari kalangan mereka yang lebih baik
amalannya.”

Malah ciptaan Allah dari segi hidup dan mati juga adalah sebagai ujian kepada
manusia agar diketahui siapa yang lebih baik amalannya seperti firman Allah
dalam ayat 2, Surah Al-Mulk yang bermaksud:

2
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
“Allah, Dia yang mencipta mati dan hidup agar Dia menguji kamu
sekalian, siapakah dari kalian yang lebih baik amalannya,
sedangkan Dia adalah Maha Agong Maha Mengampuni.”

Di samping amalan manusia dalam ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan
haji, amalannya sebagai anggota dalam organisasi dalam rangka mencari rezki
yang halal juga menjadi perkiraan di sisi Allah Taala. Dari perspektif Islam
sebagai satu cara hidup yang sempurna, amal ataupun kerja seorang manusia
itu menjadi perhitungan tidak kira amal itu dalam lingkungan ibadat mahupun
dalam kerja seharian.

2.0 Kecemerlangan Prestasi Organisasi

Kecemerlangan prestasi sebuah organisasi adalah bergantung kepada agregat


kecemerlangan prestasi individu-individu dalam organisasi tersebut apabila
mereka dapat berfungsi sebagai satu badan. Oleh itu kecemerlangan individu
haruslah diberi perhatian yang serius jika mahukan kecemerlangan organisasi.
Ancaman terhadap prestasi individu bolehlah dianggap sebagai ancaman secara
langsung terhadap prestasi organisasi. Andainya setiap individu dalam
organisasi berkenaan telah mempunyai prestasi yang cemerlang, ingredient atau
bahan tambahan yang diperlukan adalah semangat berpasukan atau team spirit
bagi memastikan kecemerlangan organisasi tersebut. Semangat berpasukan ini
membuahkan kerja berpasukan atau “amal jama’i”.

Pencapaian matlamat dan fungsi organisasi yang dicerminkan oleh pernyataan


visi dan misinya secara langsung menjadi pengukur terhadap prestasi
kecemerlangan organisasi tersebut. Apapun perkara dan isu yang boleh
menjejaskan prestasi pencapaian visi dan misi berkenaan sekaligus boleh
dianggap sebagai ancaman terhadap kecemerlangan prestasi organisasi.

Di antara kecemerlangan prestasi organisasi yang diketengahkan oleh Syed


Omar (1997:9-25) hasil kajian peristiwa-peristiwa dari sejarah Islam adalah:

(i) Shared Mission – Description of Goals and Objectives:


Pemimpin dan pengikut mempunyai matlamat yang sama;

3
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
(ii) Character-Building: Individu dalam organisasi melaksanakan
tanggungjawab kerana benar-benar menghayati tuntutan
iman dan taqwa serta menyedari muraqabah Allah Taala;
(iii) Putting the Right People in the Right Place: Memilih dan
memberikan tugas dan tanggungjawab kepada individu yang
layak dan sesuai dapat memastikan wujudnya paukan yang
berkesan;
(iv) Flexible Management System – Permanance and
Dynamism: Sistem nilai yang bersifat jangka panjang
digabung dengan innovasi dan idea baru dalam pengurusan
organisasi;
(v) Building Human Relations and A Strong Team: Pentadbiran
yang mengutamakan ketelusan, dan keterbukaan bagi
mewujudkan suasana saling mempercayai dan saling
menghormati serta kestabilan;
(vi) Decision Making Process Through Group Consultation and
Empowerment: Organisasi yang kukuh dan stabil terbina
melalui proses syura dalam mencapai keputusan dan
tindakan;
(vii) Controlling: Mekanisme kawalan dipraktikkan walaupun para
sahabat dari kalangan manusia yang boleh dipercayai,
kerana kelemahan insan tetap wujud;
(viii) Model of Justice, Tolerance and Selective Adaptation:
Keadilan ditegakkan tanpa memilih bulu, walaupun terhadap
Khalifah sendiri, bukan Muslim hidup dan sama-sama
menyumbang kepada peradaban di bawah Islam dan sistem
pentadbiran Rom dan Parsi diterimapakai dalam
pemerintahan Islam.

Begitulah adanya kecemerlangan prestasi organisasi yang pernah


ditunjukkan oleh sejarah Islam. Umat Islam hari ini tercabar untuk
mengembalikan kecemerlangan tersebut.

2.1 Organisasi Pentadbiran Awam

Kerajaan dari perspektif Islam adalah diasaskan di atas konsep ‘amanah’ dan
‘khilafah’ dengan mengutamakan ‘maslahah’ atau kepentingan awam. Tulang
belakang sesebuah kerajaan ialah organisasi pentadbiran awam yang
melaksanakan urusan pemerintahan negara. Ini ditegaskan oleh Dr Mohammad
Hashim Kamali (2005:19):

4
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
“A perusal of basic evidence that can be found in the Quran, the
Sunnah, and valid precedent enables one to identify some of the
basic features of the Islamic system of government. The Islamic
state may, thus, be said to be rooted in the Quranic concepts of
trust (amanah) and vicegerency of man (khilafa) with its principal
assignments being to administer justice and secure the welfare
(maslaha) of the people.”
Pernyataan agar amanah ditunaikan dan dilaksanakan kepada mereka yang
berhak tertera dalam ayat 58, Surah An-Nisa’ yang bermaksud (Hamka, Juzuk 4,
1984:134-135):

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan


amanah kepada yang berhak, dan apabila kamu menghukum di
antara manusia, maka kamu hukumlah dengan adil.
Sesungguhnya dengan sebaik-baiknyalah Allah menasihati kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
sedangkan ayat seterusnya pula Allah Taala memerintahkan agar taat kepada
‘ulul amri minkum’ iaitu ‘pemimpin dari kalangan kamu.’:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah


dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemimpin dari
kalangan kamu. Maka jika kamu bertikaian mengenai sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan
Rasul, jika memang kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Itulah sebaik-baik dan seelok-eloknya pengertian.”
Justeru itu, objektif utama pentadbiran awam ialah menunaikan amanah untuk
membawa kebajikan kepada rakyat, dengan melaksanakan segala urusan yang
diperlukan, dalam rangka menjaga amanah sebagai khalifah Allah di atas muka
bumi. Sebagai khalifah, pelaksanaan segala urusan haruslah bertepatan dengan
tuntutan Islam, atau paling minimumnya tidak bertentangan dengan syariat
Islam. Sebagai khalifah Allah di bumi, manusia “dituntut menyemarakkan dunia,
memajukan kehidupan manusia dan menciptakan peradaban dan modernisasi.”
(Wahbah,1997:201). Menunaikan amanah sebagai khalifah dengan menggarap
maslahah untuk manusia adalah matlamat yang basic bagi organisasi awam
seperti Jabatan Perdana Menteri. Ia bolehlah dianggap sebagai ruh yang
merangkumi Visi dan Misi organisasi awam.

".‫"الخلق كلهم عيال ال و أحبهم إلى ال أنفعهم لعياله‬

5
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
“Makhluk itu kesemuanya adalah keluarga Allah, dan mereka yang
paling dicintai oleh Allah adalah mereka yang lebih bermanfaat
untuk keluarga-Nya.” Maksud hadith riwayat Abu Ya’la dan al-
Bazzar.

2.2 Ciri Umum Kecemerlangan Prestasi Seorang Individu

Dalam kisah Nabi Musa a.s. dan dua orang gadis dari negara Madyan seperti
yang dijelaskan dalam ayat 26 Surah Al-Qasas yang berbunyi:

"‫" قالت إحداهما ياأبت استأجره إن خير من استأجرت القوي المين‬


yang bermaksud (Hamka, Juzuk 20, 1984:88)
“Berkata salah seorang dari kedua anak perempuan itu, ‘Ya
Ayahku, ambillah dia untuk diberi upah.Sesungguhnya orang yang
paling baik untuk ayah beri upah ialah orang yang kuat dan
dipercayai.”
Dua ciri umum kecemerlangan yang disebut dalam ayat ini ialah “al-qawiy” dan
“al-amin.” Hamka telah menterjemahkan “al-qawiy” sebagai orang yang kuat dan
“al-amin” yang dipercayai. Oleh itu ciri pertama seorang pekerja yang terbaik
ialah kuat dalam erti kata mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal
seperti kelayakan, kemahiran, dan pengalaman serta mempunyai kesihatan,
kecerdasan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas. Ciri kedua pula ialah
boleh dipercayai ataupun beramanah dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab. Dalam konteks yang menyeluruh dari segi tugas dan kerja,
kedua ciri ini “al-quwwah” dan “al-amanah” boleh disinonimkan dengan integriti,
iaitu dapat berfungsi dan mencapai matlamat dengan sebaiknya.

2.3 Pentingnya Kedua Ciri Kecemerlangan “al-Quwwah” dan “al-Amanah”

Setiap individu yang cemerlang harus mempunyai integriti iatu dengan secara
serentak kedua ciri di atas. Mempunyai hanya satu ciri sahaja tidak mungkin
membawa seseorang itu kepada kecemerlangan prestasi kerja. Ada kelayakan
dan kemahiran, umpamanya, tetapi tiada amanah akan mengakibatkan jenayah
kolar putih seperti “hacking” komputer institusi kewangan dan mencuri dengan
sekelip mata berjuta-juta ringgit. Jika tanpa amanah, mereka yang berkelulusan
tinggi dan pandai, lebih pandai dan sophisticated dalam penyelewengan dan

6
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
penipuan. Di sebaliknya, semata-mata ada amanah tetapi tiada kelayakan dan
kemahiran, juga menjadi ancaman kepada kecemerlangan prestasi seseorang
itu. Walaupun tiada penyelewengan atau penipuan, tetapi ketepatan dan
kecekapan dalam kerja juga tidak wujud mengakibatkan kerosakan, pembaziran
dan kelewatan.

2.4 Pentingnya Amal Jama’i

Dengan wujudnya kedua ciri penting “al-quwwah” dan “al-amanah”, seseorang


individu yang berada dalam organisasi haruslah mempunyai semangat
berpasukan, atau team spirit yang boleh membuahkan kerja secara
berorganisasi atau berjemaah iaitu “amal jama’i”. Pentingnya “amal jama’i”
memang diketahui dan diiktiraf seperti adanya lidi sebatang berbanding dengan
lidi seikat, dan juga kata-kata hikmah bersatu teguh, bercerai roboh. Begitu juga
kata Sayidina Ali k.a.w.:

" ‫" الحق بل نظام يغلبه الباطل بنظام‬


yang bermaksud: Kebenaran tanpa berorganisasi dapat dikalahkan oleh batil
yang berorganisasi (JAKIM,1998:37-38).

Setiap individu perlu memahami beberapa unsur yang menjadi asas kepada cara
berorganisasi agar kesejahteraan dan keberkesanan organisasi dapat
diwujudkan. Unsur-unsur “amal jama’i” itu adalah seperti berikut:

2.4.1 Al-Qiyadah ‫القيادة‬ atau Kepimpinan: Setiap organisasi ada kepimpinan


yang dipilih atau dilantik bagi memimpin organisasi ke arah mencapai visi dan
misinya. Pemimpin seharusnya mempunyai ciri integriti yang mantap dari segi
“al-quwwah” dan “al-amanah” yang lebih terserlah dari pengikutnya. Dari segi
pengetahuan dan pengalaman, pemimpin mestilah lebih cemerlang dari
pengikut. Dari segi amanah, kejujuran dan keikhlasan, pemimpin adalah menjadi
conton kepada pengikut.

2.4.2 Al-Atba’ ‫ التباع‬atau Pengikut: Setiap organisasi ada pengikut atau pekerja
bawahan. Walaupun dari segi pengalaman dan pengetahuan, biasanya mereka

7
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
berada di tahap yang kurang dari pemimpin. Bagaimanapun dari segi amanah
dan kejujuran ataupun keikhlasan, pengikut tidaklah boleh jauh dari pemimpin.

2.4.3 Al-Bai’ah ‫ البيعمة‬atau Akujanji: Di antara pemimpin dan yang dipimpin, ada
perjanjian dalam bentuk akujanji di mana kedua pihak mempunyai hak dan
tanggungjawab di antara satu dengan yang lain.

2.4.4 At-Ta’ah ‫ الطاعة‬atau Ketaatan: Hak pemimpin adalah ditaati oleh pengikut
selagi ketaatan itu tidak merupakan maksiat kepada Allah Taala. Dalam perkara
yang ijtihadi atau yang berdasarkan pendapat dan pengalaman pemimpin,
pengikut wajib menerima keputusan pemimpin walaupun bertentangan dengan
pandangan peribadinya.

2.4.5 Asy-Syura ‫ الشورى‬atau Pemesyuaratan: Unsur ini merupakan nadi kepada


perjalanan organisasi dalam memenuhi matlamat visi dan misinya di mana
pandangan dan sumbangan idea dari setiap anggota diberi pertimbangan.

2.4.6 Al-Nasihah ‫النصمميحة‬atau Nasihat Menasihati: Pemimpin jika membuat


kesilapan hendaklah dinasihati oleh pengikutnya dalam suasana mahabbah atau
kemesraan, begitu juga di sebaliknya. Unsur ini berperanan bagi memastikan
kesilapan dan keterlaluan tidak dibiarkan berlarutan.

Memahami unsur-unsur ini dalam berorganisasi membolehkan anggota kerja


meletakkan asas dan sempadan dalam interaksi seharian sewaktu menjalankan
tugas dan tanggungjawab masing-masing, agar tidak melakukan perkara-perkara
yang dapat merosakkan organisasi. Sebagai contoh, tidak memahami bahawa
dalam hal yang boleh dan layak diijtihad oleh pemimpin iaitu dalam ruang lingkup
budibicara, pengikut harus mentaati keputusan pemimpin walaupun tidak
menyetujuinya seratus peratus, boleh membawa kepada politiking dalam pejabat
sehingga boleh menjejaskan prestasi kerja pejabat.

Konsep syura atau bermesyuarat umpamanya menuntut setiap ahli yang


bersyura beriltizam dengan keputusan mesyuarat, walaupun ada ahli tertentu
yang mengemukakan pandangan yang bertentangan dengan keputusan tersebut
semasa perbincangan dalam syura. Tanpa memahami tuntutan ini akan

8
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
membuka ruang kepada perpecahan dan berpuak-puak dalam organisasi atau
pejabat sehingga keputusan syura tidak dihiraukan dan keberkesanan perjalanan
organisasi terjejas.

3.0 Ancaman Kepada Prestasi Organisasi

Mengikut Tan Sri Ahmad Sarji, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA)
telah dikeluarkan dalam tahun 1990an untuk meningkatkan tahap keberkesanan
dan kecekapan perkhidmatan awam dari pelbagai aspek pengurusan. Beliau
menulis (Ahmad Sarji, 2005:97):

“Selain daripada objektif-objektif ini, PKPA juga bertujuan untuk


meningkatkan daya saing, membina semangat berpasukan,
mengurangkan kos, serta menanam nilai-nilai murni di kalangan
penjawat awam. Peningkatan kualiti perkhidmatan awam adalah
selaras dengan prinsip Islam seperti sabda Rasulullah saw:
Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan
sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang. (Hadith riwayat Al-
Baihaqi). Kerja bersungguh-sungguh merupakan sebahagian
daripada ciri-ciri kecemerlangan (itqan).”

Kecemerlangan prestasi perkhidmatan awam seperti yang telah diperincikan di


atas adalah berpaksikan keberkesanan dan kecekapan dengan: 1)
meningkatkan daya saing, 2) membina semangat berpasukan, 3) mengurangkan
kos dan 4) menanamkam nilai-nilai murni, melalui usaha dan kerja yang
bersungguh-sungguh. Justeru itu, sebarang tindakan oleh pejawat awam yang
boleh membawa kepada kemelesetan pencapaian objektif tersebut di atas
secara otomatik menjadi ancaman kepada prestasi organisasi. Tindakan individu
harus diberi perhatian bagi mengelakkan ancaman kepada prestasi organisasi.

3.1 Ancaman Tindakan Individu Kepada Organisasi

Pada peringkat individu, tindakan dan kelakuan yang tidak bersesuaian dengan
kod etika anggota kerja merupakan ancaman yang direct kepada kecemerlangan
prestasi organisasi. Bagi perkhidmatan awam, bekas Ketua Setiausaha Negara,
Tan Sri Ahmad Sarji telah menerangkan (2005:110):

“Etika dalam perkhidmatan awam kebanyakannya wujud dalam


bentuk peraturan-peraturan dan undang-undang bertulis. Di

9
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
Malaysia, dokumen utama ialah ‘Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tata Tertib 1993). Pegawai-pegawai
Kerajaan mesti mematuhi undang-undang awam dan undang-
undang biasa yang dikenakan ke atas semua rakyat seperti Akta
Rahsia Rasmi 1988 dan Akta Pencegah Rasuah 1965 (Pindaan
1970). Kod tatakelakuan ini memerlukan pegawai awam:
(ix) pada setiap masa memberi kesetiaan yang tidak berbelah
bagi kepada Raja, Negara dan Kerajaan;
(x) tidak harus meletakkan tugas awam di bawah kepentingan
peribadi; tidak harus bertindak sedemikian cara sehingga
mungkin membawa kepentingan persendirian bercanggah
dengan tugas awam;
(xi) mengelak diri daripada kegiatan-kegiatan persendirian yang
mungkin membawa keaiban kepada perkhidmatan awam;
(xii) menunjukkan kecekapan dan kerajinan;
(xiii) harus mempunyai kejujuran dan amanah;
(xiv) harus menunjukkan sikap bertanggungjawab;
(xv) tidak harus membawa atau cuba membawa sebarang
bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong suatu
tuntutan berkaitan dengan perkhidmatan awam;
(xvi) tidak harus melawan ketua;
(xvii) tidak harus cuai dalam menjalankan tugas;
(xviii) harus memelihara sikap berdiam diri yang sesuai dalam hal-
hal kontroversi umum atau politik supaya sikap terkecuali
seseorang itu tidak dipersoalkan langsung;
(xix) harus memelihara kerahsiaan maklumat rasmi; dan
(xx) tidak harus menerima sebarang hadiah atau pertimbangan
sebagai pendorong atau hadiah kerana melaksanakan
tanggungjawab rasmi.”

4.0 Bagaimana Mengatasi Ancaman

Bagi mengatasi ancaman dari tindakan dan kelakuan individu yang boleh
mengancam kecemerlangan prestasi organisasi, bekas Ketua Setiausaha
Negara Tan Sri Ahmad Sarji telah memberikan beberapa kaedah seperti berikut
(2005:111):

“Tanggungjawab membentuk sikap dan nilai yang sesuai bagi


kelakuan yang beretika bergantung terutamanya pada diri

10
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
seseorang pegawai. Terdapat tiga sifat moral yang boleh
ditakrifkan sebagai ‘operations virtues’ yang menyokong sikap
beretika, iaitu: (i) mutu optimisme seorang pegawai awam itu bagi
menghadapi begitu banyak pilihan tanpa menjadi kaku untuk
bertindak, (ii) keberaniannya yang membolehkannya berpegang
kepada prinsip bagi mengatasi tekanan daripada kawan, saudara
mara dan lain-lain untuk mendapatkan layanan istimewa, dan (iii)
sifat keadilan yang membolehkannya bersikap saksama dan
meletakkan prinsip di atas keperluan peribadi.”
Di antara contoh perbuatan yang dianggap tidak beretika, yang dikemukakan
oleh bekas Ketua Setiausaha Negara itu adalah (Ahmad Sarji, 2005:111):

“(a) rasuah, sogokan, pilih kasih dan menyalahgunakan pengaruh;


(b) bertindak secara yang bercanggah dengan kepentingan awam
seperti membuat urusniaga atas tujuan kepentingan diri atau
melakukan kerja luar semasa memegang jawatan, (c)
menyalahgunakan maklumat kerajaan; (d) menyalahgunakan harta
kerajaaan; (e) menggunakan tekanan dengn menggunakan
kedudukan rasmi atau menjual pengaruh; dan (f) memberi
pengecualian dalam menguatkuasakan undang-undang.”
Individu dalam organisasi haruslah memegang teguh kepada kod etika seperti
ini. Sememangnya memiliki akhlak Islam dalam rangka menghayati ciri al-
amanah yang diperlukan dalam organisasi bukanlah senang, seperti yang
dikatakan oleh Al-Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dalam
penulisannya (1997:25):

“Cabaran yang besar dan penting dalam era sedemikian ialah


cabaran menghidupkan akhlak Islamiyah yang berdasarkan nilai-
nilai yang sewajarnya. Suasana yang penuh dengan penghakisan
iman, hidup rohaniah dan moral memang dijelaskan dalam Kitab
al-Fitan dalam koleksi Hadith.”
Ancaman kepada individu dari segi al-quwwah dan al-amanah boleh
diringkaskan seperti berikut:

No Ciri Al-Quwwah Ciri Al-Amanah


1 Tiada kekuatan aqliyah - Tidak Tiada amanah kepada Allah
kompeten, tiada kelayakan, tanpa sifat-sifat mahmudah
tiada kemahiran menyebabkan seperti keikhlasan, benar,

11
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
pembaziran, kelewatan dll taqwa, ihsan, muraqabah,
qana’ah, sabar, dll.
2 Tiada kekuatan badan – Tidak Tiada amanah kepada sesama
sihat, badan lembab, tiada manusia tanpa sifat-sifat
bertenaga dan malas dll mahmudah seperti kejujuran,
ketelusan, berlaku benar, ihsan,
sabar, dll
3 Tiada kekuatan ruhani – Tiada Pekat dengan sifat-sifat
hubungan ruhiyah dengan mazmumah seperti hasad,
Allah, dengan ibadat dalam dengki, pecah amanah,
Islam seperti zikrullah, salahguna kuasa, dll.
membaca al-Quran, tahajjud dll

5.0 Kesimpulan

Ancaman kepada kecemerlangan prestasi organisasi berpunca dari ancaman


kepada integriti individu dalam organisasi tersebut. Integriti boleh dibahagikan
kepada dua ciri iaitu al-quwwah dan al-amanah. Kedua ciri ini harus dihayati oleh
setiap anggota organisasi agar ancaman kepada kecemerlangan prestasi
organisasi dapat diatasi.

12
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________

Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah BSc (Hons), BA Syariah, MPhil, PhD dilahirkan di Bagan Datoh
Perak adalah Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau adalah
Pengarah Urusan firma perundingan kejuruteraan Five-H Associates Sdn Bhd.

Rujukan

Ahmad Sarji Abdul Hamid. 2005. Sekadar Berpendapat. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Hamka. 1984. Tafsir Al-Azhar. Juzuk 4, 20. Jakarta: Yayasan Nurul Islam.
Hans Wehr. 1980. A Dictionary of Modern Written Arabic. Edited by J. Milton
Cowan. London: MacDonald & Evans Ltd. Beirut: Librairie Du Liban.
JAKIM. 1998. Koleksi Tajuk-Tajuk Ceramah Pengurusan Dari Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
JAKIM. 2005. Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA).
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Mohammad Hashim Kamali. 2005. Criteria and Characteristics of An Islamic
State. dalam Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Muhammad Uthman El-Muhammady. 1997. Peranan Ulama Dalam
Pembangunan: Cabaran Abad Ke-21, dalam Peranan Ulama Dalam
Pembangunan Menjelang Abad Ke-21. Suntingan Aidit Hj Ghazali dan
Dzulfawati Hj Hassan. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda
(INMIND).

13
Seminar PIPA JPM Ancaman Kepada Kecemerlangan Prestasi Organisasi
______________________________________________________________________________________
PCG. 2005. Catalysing GLC Transformation to Advance Malaysia’s
Development: Transformation Manual. Putrajaya: The Putrajaya
Committee on GLC High Performance (PCG).
Syed Omar Syed Agil. 1997. Lessons on Excellent and Successful Management
From Islamic History. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda
(INMIND).
Wahbah Mustofa Az-Zuhaili. 1997. Al-Quran Dalam Melaksanakan Hukum dan
Peradaban Manusia. Cetakan pertama. Judul asal, Al-Quran al-Karim
Bunyatuhu al-Tasyri’iyat. Batu Caves: Al Baz Publishing & Distribution Sdn
Bhd.

14

You might also like