You are on page 1of 68

INTEGRITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Oleh :
DR.ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Maksud integriti mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga ialah


kejujuran; mencemarkan nama baik dan jabatan. Ia juga
bermaksud keadaan sempurna dan utuh.

Justeru, objektif umum Pelan Integriti Nasional (PIN) ialah


untuk merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu menjadi
sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan
“membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral
dan etikanya, para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur.”

Terdapat 5 objektif khusus. Secara ringkasnya seperti


berikut:

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan dalam pelbagai


sektor untuk bekerjasama membina masyarakat
yang berintegriti.
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama
pelbagai sektor.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 1
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di
kalangan masyarakat.
4. Mengukuhkan asas moral masyarakat dan negara.
5. Meningkatkan daya saing Malaysia menghadapi
cabaran globalisasi.

Al-Syahid Imam Hasan al-Banna berkata: “Islam


menggalakkan manusia bekerja dan mencari rezeki. Malah
Islam menetapkan orang yang berkemampuan wajib
bekerja. Islam amat memuji pekerja-pekerja yang mahir lagi
profesional. Islam juga mengharamkan manusia meminta-
minta. Islam menjelaskan bahawa ibadat yang terbaik ialah
bekerja. Bekerja adalah sunnah para Nabi. Hasil usaha
yang terbaik adalah dengan hasil usaha tangan sendiri.
Islam mengecam mereka yang menganggur dan juga
mengecam mereka yang menjadi beban kepada
masyarakat walau apa alasan sekalipun untuk mereka
menganggur walaupun kerana mereka mahu memberi
tumpuan kepada ibadat. Islam tidak pernah mengenal erti
pengangguran sebegini. Bertawakkal kepada Allah adalah
dengan cara melakukan sesuatu dan yang boleh
mendatangkan hasil. Jika salah satu perkara ini tidak
dilakukan, ia bukan tawakkal. Rezeki yang ditentukan

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 2


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
dikaitkan dengan usaha yang berterusan. Allah berfirman
dalam Surah al-Taubah: Ayat 105.

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad):


Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka
Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-
perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Al-Qurtubi berkata: Mengikut dalam khabar:

.َ‫صخْرةٍ لَ بابَ لَها ولَ كُوّةَ لخ َرجَ عمَلُهُ إِلَى النّاسِ كَائِنًا مَا كَان‬
َ ‫جلً عَمِلَ فِي‬
ُ ‫َلوْ أنّ ر‬
Maksudnya: Kalaulah seseorang melakukan sesuatu
perkara dalam tembok batu, tiada pintu dan tingkap
sekalipun, nescaya keluar amalannya itu kepada manusia.

Ibn Kathir pula menyebut dengan menaqalkan pendapat


Mujahid: “Ini merupakan ancaman yakni daripada Allah
kepada orang yang melanggar segala arahan-Nya di mana

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 3


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
segala amalannya dibentangkan kepada Allah , Rasul dan
orang yang beriman.
BAB 1

HALANGAN DAN CABARAN DALAM MENCAPAI


INTEGRITI

Terdapat banyak halangan untuk mencapai dan


merealisasikan falsafah (PIN). Antaranya seperti berikut:

1. Rasuah.
2. Khianat.
3. Birokrasi.
4. Pecah amanah.
5. Mengingkari janji.
6. Berdusta atau berbohong.

Pertama: Rasuah

Rasuah mengikut Kamus Dewan ialah pemberian untuk


menumbuk rusuk (menyogok atau menyuap).

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: Ayat 188.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 4


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil)
harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak
memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya).”

Al-Sabuni berkata dalam Safwah al-Tafasir: “Janganlah


sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian
yang lain dengan cara yang tidak diizinkan Allah seperti
memberi suapan kepada para hakim sebagai rasuah. Ini
bertujuan bagi menolongmu untuk mendapatkan harta
manusia secara batil. Sedangkan kamu tahu perbuatan itu
salah dan kamu memakan secara haram.”

Al-Alusi dalam kitabnya Ruh al-Ma`ani berkata:


“Dikehendaki dengan makan di sini ialah umum sama ada
mengambil, menguasai, dan dita’birkan dengan makan
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 5
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
kerana ia merupakan sepenting-penting keperluan dan
hajat.”

Al-Qurtubi berkata: “Ayat ini diturunkan kepada `Abdan bin


`Asywa’ al-Hadhrami yang mendakwa harta terhadap Imru
al-Qis al-Kindi sehingga mereka mengadu kepada Nabi.
Imru al-Qis al-Kindi menafikan dan mahu bersumpah,
kemudian turunnya ayat ini. Lantas beliau tidak bersumpah
dan diberikan tanah kepada `Abdan.”

Sabda Rasulullah dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Abu


Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Tabarani, daripada
`Abdullah bin `Amru bin al-`As :

ْ‫شي‬
ِ َ‫شيْ وا ْلمُرْت‬
ِ ‫َلعَنَ رسولُ الُ الرّا‬
Maksudnya: Allah melaknat orang yang merasuah dan
meminta rasuah.

Hakikat laknat di sini ialah jauh daripada mendapat rahmat


dan thabit laknat Rasulullah dalam pelbagai jenis. Ia
melebihi daripada 20.

‫ الراشي‬dengan maksud: Yang memberi harta untuk mencapai


tujuan kebatilan. Sedangkan ‫ المرتشي‬ialah mengambil rasuah.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 6
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Di sana terdapat hadith Thauban yang menambah ‫الرائش‬
iaitu orang yang menjadi penghubung antara pemberi dan
penerima rasuah. Ia juga dilaknat.

Apa yang dikatakan rasuah?

Termasuk hal yang boleh dikategorikan rasuah iaitu


sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu
Daud daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasululah
bersabda:

.‫ فقد أَتَى بابًا كبيرًا مِن أبوابِ الرّبا‬،‫ فُأهْدِيَ لَهُ عليها‬،ً‫مَنْ شَفَعَ لِ َرجُلٍ شفاعَة‬
Maksudnya: “Sesiapa yang memberikan jaminan kepada
seseorang, lalu diberikan kepadanya suatu hadiah kerana
jaminan itu, maka dia telah memasuki suatu pintu besar dari
pintu-pintu riba.”

Al-San`ani dalam Subul al-Salam berkata: “Hadith ini


menjadi dalil bahawa haram memberi hadiah bersyaratkan
untuk mendapat syafaat.”

Kedua: Khianat

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 7


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Khianat ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiayai
atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain,
melakukan tipu-daya, perbuatan belot atau tidak setia sama
ada kepada negeri, bangsa dan lain-lain.
Firman Allah dalam Surah al-Anfal: Ayat 27.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah


kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (salahnya).”
Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma`ani: “Asal khianat ialah
kekurangan sebagaimana asal menunaikan janji dengan
kesempurnaan. Ianya berlawanan dengan maksud amanah.
Dikehendaki di sini ialah tidak beramal dengan apa yang
disuruh oleh Allah dan Rasulullah .

Al-Wahidi ‫ رحممه ال‬berkata: “Ayat ini diturunkan ke atas Abu


Lubabah ketika beliau diutus Rasulullah kepada suku
kaum Bani Quraizhah setelah mereka dikepung oleh kaum
Muslimin, sedang anak-anak dan isterinya berada di situ.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 8


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Kaum Yahudi yang terkepung itu ditanya: “Hai Abu Lubabah!
Apakah pendapatmu, kalau kita minta agar diputuskan saja
hukuman kita ini oleh Sa`ad?” Lalu Abu Lubabah
mengisyaratkan tangan pada lehernya, yakni maksudnya
bahawa Sa`ad tetap akan memutuskan hukum bunuh ke
atas kamu, jangan kamu buat begitu!
Perbuatan Abu Lubabah itu jelas menunjukkan
pengkhianatannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Abu
Lubabah sendiri berkata selepas itu: “Belum sempat aku
mengangkat kakiku dari tempat itu, melainkan aku telah
sedar bahawa perbuatanku itu adalah mengkhianati Allah
dan Rasul-Nya.”
Maksud daripada firman Allah ‘lalu kamu mengkhianati
amanat-amanat di antara sesama kamu, padahal kamu
mengetahui’ yakni jangan sampai kamu sanggup kamu
mengkhianati amanat-amanat di antara sesama kamu.
Ibn `Abbas berkata: “Amanat itu ialah segala amalan yang
diamanatkan Allah kepada para hamba-Nya, seperti amal
ibadat yang fardhu, jangan kamu batalkan!
Manakala al-Kalbi pula mengatakan bahawa maksud
berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu membuat
maksiat kepada keduanya. Sedang kepada amanat itu,
maka setiap orang memang diamanahkan untuk
menunaikan apa yang diperintahkan Allah ke atasnya.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 9
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Jika mahu dikhianatinya, dan jika mahu ditunaikannya, tiada
seorangpun yang tahu akan rahsianya ini selain Allah
sahaja.

Sedang maksud daripada ‘padahal kamu mengetahui’ yakni


kamu mengetahui bahawa yang demikian itu adalah amanat
tanpa ragu-ragu lagi.

Ketiga: Birokrasi
Birokrasi ialah sistem pemerintahan dan cara pentadbiran
yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses
pengurusan dan banyak peraturan.

Ia juga bermaskud sistem pemerintahan atau pentadbiran


yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai
kerajaan (yang tidak dipilih kerajaan).
Cara pemerintahan atau pentadbiran dengan pegawai-
pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa yang besar.
Allah menenggelamkan Qarun ke dalam bumi, apabila dia
mengganggu kaumnya dan mengangkat diri, sebagaimana
yang diceritakan Allah dalam Surah al-Qasas: Ayat 76-81.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 10


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Maksudnya: Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi
Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap
mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 11
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban
yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang
yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya
berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah
(dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti
lagakmu itu). "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang
telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-
Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan
harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan
kepandaian yang ada padaku.” (Kalaulah Qarun bijak
pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami,
bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-
umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat
daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta
kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa
(apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 12
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai
perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang
semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia:
"Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang
didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang
yang bernasib baik".
Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara
mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari
Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal
soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang
demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar.” Lalu
Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di
dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang
golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia
pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

Ibn al-Jauzi menyatakan tentang penganiayaan Qarun itu


kepada beberapa pendapat:

i. Memberi upah kepada pelacur supaya menuduh Nabi


Musa berbuat zina dengan wanita tersebut. Nabi Musa
menolak tuduhan tersebut dengan meminta wanita itu
bersumpah terhadap tuduhan itu. Maka wanita itu
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 13
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
membocorkan rahsianya dengan Qarun yang
menunjukkan bahawa tuduhan itu palsu. Inilah
penganiayaan yang dibuat Qarun, sebagaimana yang
dinukilkan daripada Ibn `Abbas .
ii. Qarun menganiayai dirinya dengan kufur kepada Allah
, yakni tidak percaya akan ketuhanan Allah . Inilah
yang dijelaskan oleh al-Dhahhaq.
iii. Mengkufuri Allah (dengan meremehkan kaumnya
setelah memiliki harta yang banyak mahupun keturunan
yang mulia). Demikian yang dinyatakan oleh Qatadah.
iv. Qarun sengaja memanjangkan pakaiannya sejengkal
dari yang biasa (dengan tujuan membesarkan diri). Hal
itu diberitakan oleh oleh Ata’ al-Khurasani.
v. Qarun menjadi penyokong yang kuat terhadap polisi
Firaun untuk menekan kaum Bani Israel, memusuhi dan
menganiayai mereka. Demikian pendapat Imam al-
Mawardi.

Pada maksud firman-Nya ‘dan Kami membenamkan Qarun


bersama istananya ke dalam bumi’ iaitu setelah Qarun
menghasut seorang wanita pelacur untuk membuat tuduhan
palsu bahawa Nabi Musa telah berzina dengannya,
sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi. Ini

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 14


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
menyebabkan Nabi Musa menjadi marah lalu berdoa
kepada Allah untuk mengadukan hal tersebut.

Lalu Allah menurunkan wahyu: “Hai Musa, Aku sudah


memerintahkan bumi supaya mentaatimu, maka
perintahkanlah bumi apa yang engkau pandang patut.”
Maka Nabi Musa pun berkata kepada bumi: “Hai bumi,
telanlah Qarun dan seisi istananya.” Lalu bumi pun menelan
Qarun dan semua kekayaannya ke dalam perut bumi.

Apabila Qarun melihat istananya mula tenggelam ditelan


bumi, maka Qarun pun merayu-rayu dari atas istananya
kepada Musa memohon belas ihsan kerana adanya
perhubungan kekeluargaan dengan Nabi Musa (kerana
Qarun itu adalah sepupu Musa - anak saudaranya). Tetapi
Nabi Musa tetap mengatakan kepada bumi: “Hai bumi.
Telanlah dia. Telanlah dia sampai habis. Sehingga hilang
lenyap al-Quran dengan istananya sekali.”

Kemudian Allah mewahyukan kepada Musa dengan


firman-Nya: “Hai Musa, demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-
Ku, seandainya dia (Qarun) memohon pertolongan kepada-
Ku, nescaya Aku akan menolongnya.”

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 15


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Itulah musibahnya orang yang tidak kenal Tuhan, dia
melakukan semua kejahatan dan gangguan kepada
manusia kerana tidak takut kepada Tuhan yang tidak
dikenalinya. Sebab itu apabila bencana datang
menimpanya, dia tidak tahu untuk memohon pertolongan
kepada Tuhan. Begitulah akibatnya orang yang tidak kenal
Tuhan. Tetapi malangnya, ada orang yang kenal Tuhan dan
mempercayai ketuhanan Allah tetapi sikap dan
perbuatannya sama dengan Qarun dan orang yang tidak
mengenali Tuhan, moga-moga mereka dapat menginsafi
diri.

Ibn `Abbas berkata: “Maka tenggelamlah Qarun ditelan


bumi hingga ke perut bumi yang paling bawah sekali.”

Dan berkata pula Samurah bin Jundub: “Tenggelamnya


Qarun itu sebagai seksaan secara terus-menerus ke
atasnya. Setiap hari ia tenggelam satu hasta ke dalam perut
bumi hingga ke hari kiamat.”

Muqatil berkata: “Apabila Qarun mati ditelan bumi, maka


kaum Bani Israel membuat cerita bahawa Musa
membinasakannya kerana ingin merampas harta Qarun
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 16
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
bersama istananya dalam masa tiga hari. (Dan ini tentulah
dusta semata-mata, termasuk cerita rekaan kaum Bani
Israel saja).”

Sambungan dari ini, maka Allah berfirman dalam Surah al-


Qasas: Ayat 81.

Maksudnya: Maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan


yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak
dapat menolong dirinya sendiri.

Keempat: Pecah amanah

Perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan orang dan


lain-lain) serta penipuan.

Firman Allah dalam Surah Ahzab: Ayat 72.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 17


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan
tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup
memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Al-Qurtubi berkata: “Amanah ialah segala fardhu atau


kewajipan yang Allah bentangkan kepada segala langit,
bumi dan gunung-ganang. Kalau mereka menunaikannya
pasti diberi pahala. Sebaliknya jika mengabaikannya, maka
akan diazab. Mereka tidak sanggup kerana membesarkan
agama Allah , kemudian dibentangkan kepada Adam ,
lantas sanggup menerimanya.”

Al-Nuhhas berkata: “Inilah pendapat kebanyakan ahli tafsir.”


Ada pendapat menyatakan, amanah ialah Allah
simpankan kepada segala langit, bumi, gunung-ganang dan
makhluk daripada bukti-bukti rububiyah-Nya supaya mereka

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 18


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
menzahirkan-Nya. Lantas mereka sanggup kecuali
manusia. Inilah pendapat sebahagian ahli kalam.

Kelima: Mengingkari janji

Ingkar dengan maksud tidak membenarkan, menafikan atau


menyangkal. Ia juga bermaksud tidak mengakui.

Manusia yang mengingkari janji ialah manusia yang tidak


bermaruah. Ini kerana berjanji itu samalah seperti
memberikan harapan kepada orang yang dijanji. Kalau tidak
ditepati janji itu, nescaya betapa pecahnya janji orang yang
dijanjikan itu. Sebab itulah orang yang memungkiri janji
termasuk di kalangan orang munafiq.

Firman Allah dalam Surah al-Isra’: Ayat 34.

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah


dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan
ditanya.”

Al-Samarqandi dalam kitabnya Bahr al-`Ulum berkata: “Iaitu


perjanjian antaramu dan Allah , begitu juga perjanjian
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 19
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
antaramu dan manusia kerana setiap perjanjian akan
dipersoalkan, apatah lagi mereka yang melanggarinya pada
hari kiamat kelak.”

Al-Zajjaj berkata: “Segala yang diperintahkan Allah


melakukannya dan segala yang ditegah Allah
meninggalkannya adalah termasuk daripada kategori
perjanjian.”

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah: Ayat 1.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi


serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”

Al-Imam al-Nasafi dalam Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-


Ta’wil berkata: “Dikatakan menunaikan perjanjian iaitu
perjanjian-perjanjian Allah yang dimeterainya dengan
semua hamba-Nya daripada kewajipan taklif dan zahir, juga
termasuk agama-Nya daripada menghalalkan yang halal
dan mengharamkan yang haram.”
Ibn kathir pula berkata: “Ibn `Abbas , Mujahid dan ramai
lagi menyatakan bahawa maksud `uqud (‫ )عقود‬dan `uhud (

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 20


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
‫ )عهود‬adalah sama. Sehingga Ibn Jarir menaqalkan secara
ijma’.”

Al-Wahidi berkata: “Ibn Abbas berkata dalam sebuah


riwayat daripada al-Waliy: “Ketika al-`Uhud (‫ )العهود‬atau janji-
janji yang dimaksudkan daripadanya ialah apa yang
dihalalkan Allah dan apa yang diharamkannya, juga apa
yang dibataskan Allah di dalam al-Quran daripada
perkara-perkara yang wajib.”

Al-Dhahhaq pula mengatakan: “Yang dimaksudkan daripada


kata al-`Uhuud (‫ )العهود‬iaitu apa yang ditetapkan Allah
kepada umat Islam agar mereka memenuhinya, baik yang
dihalalkan, yang diharamkan dan yang diwajibkan seperti
solat dan semua fardhu-fardhu yang lain termasuk semua
janji-janji hamba kepada Tuhan.

Sedang al-`Uhuud (‫)العهود‬, plural daripada ‫ عهممممد‬yang


disamakan juga dengan perkataan ‫العقود‬, plural daripada ‫عقمد‬
iaitu semua simpulan hukum-hukum yang difardhukan
kepada umat Islam. Semua itu telah diikatkan kepada kita,
dan tidak ada jalan untuk membatalkannya sama sekali.”

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 21


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Muqatil bin Hayyan berkata: “Tepatilah janji-janji kamu, yakni
yang telah dijanjikan Allah ke atasmu dalam al-Quran
daripada hal-hal yang diperintahkan kepadamu untuk
mentaati-Nya dengan mengamalkan apa yang diperintahkan
itu dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

Dalam istilah pula, yang dimaksudkan dengan al-`Uhuud (


‫ )العهود‬iaitu janji-janji yang dibuat antara kamu umat Islam
dengan golongan kaum musyrikin ataupun janji-janji antara
sesama umat manusia. Wallahu `alam.

Sabda Rasulullah , riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim:

‫صلَةٌ مِنْ ُهنّ كانت فيه خصَلةٌ مِن‬


ْ َ‫ ومَنْ كانت فيه خ‬،‫َأرْبَعُ مَن ُكنّ فيه كان مُنا ِفقًا خالِصًا‬
َ‫ وإذا خاصَصم‬،َ‫ وإذا عاهَدَ غَ َدر‬،َ‫ وإذا اؤْ ُتمِنصَ خانص‬،َ‫ إذا حدّثصَ كَذَبص‬:‫النّفاقصِ حتصى يَدَعَهصا‬
.َ‫جر‬
َ َ‫ف‬

Maksudnya: “Ada empat perkara, barangsiapa yang


terjebak di dalamnya menjadikan ia seorang munafiq yang
penuh (asli) dan barangsiapa terdapat pada dirinya salah
satu daripadanya, maka ia memiliki sifat munafiq, sehingga
ia bersegera meninggalkannya iaitu:
 Jika berbicara berdusta.
 Jika diberikan amanat dia khianat.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 22
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Jika berjanji ia memungkiri janji.
 Jika berbantahan suka bertengkar.”

Keenam: Berdusta atau berbohong

Ia bermaksud berkata yang tidak benar.

Firman Allah dalam Surah Ali-`Imran: Ayat 61.

Maksudnya: “Serta kita meminta supaya laknat Allah


ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".

Ibn Kathir berkata: “Sebab nuzul ayat ini ialah masalah


mubahalah tentang rombongan najran di mana orang-orang
Nasara tatkala datang, sentiasa berhujah berkenaan
dengan Isa sehingga membawa ia sebagai anak Tuhan
dan ketuhanan. Lantas Allah menurunkan ayat ini.

Dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin Mas`ud


bahawasanya Nabi bersabda:
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 23
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
ُ‫ ومصصصصا َيزَالُ الرّجُلُ يَصصصصصْ ُدق‬،ِ‫ وإن البِرّ يهدي إلى الجنّة‬،ّ‫إنّصصص الصصصصصّ ْدقَ َيهْدِي إلى البِر‬
ّ‫ وإن‬،ِ‫ وإنّ الكَذِب صَ يهدي إلى الفُجُ ْور‬.‫حرّى الصصصدقَ حتصصى ُيكْتَب صَ عنصصد ال ص ِصدّيْقًا‬
َ َ‫ويَت‬
‫ و َيتَحَرّى الكَذِبَص حتصى يُكْتَب عنصد ال‬،ُ‫ ومصا يزال الرّجُلُ يَكْذِبص‬،ِ‫الفُجُورَ يهدي إلى النّار‬
.‫كَذّابًا‬
Maksudnya: Sesungguhnya kebenaran itu akan membawa
kepada kebaikan, dan kebaikan akan membawa kepada
syurga, dan seseorang itu akan sentiasa berkata benar dan
terus-menerus mencari jalan kebenaran, sehingga ia akan
ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar. Dan
sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada dosa,
sedang dosa itu akan membawa kepada neraka, dan
seseorang itu akan sentiasa berkata dusta, dan terus-
menerus mencari jalan dusta, sehingga ia akan ditulis di sisi
Allah sebagai seorang pendusta. (Hadith riwayat Imam al-
Bukhari dan Muslim).

Guru kami Syeikh `Uthaimin berkata: “Hadith ini


menunjukkan ancaman daripada berbohong iaitu
mengkhabarkan sesuatu perkara yang menyalahi realiti
sebenarnya sama ada perkataan atau perbuatan.”

Bab 2

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 24


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
CARA MENGATASINYA

Cara untuk mengatasi halangan yang menjejaskan integriti


terlalu banyak sama ada melalui pendekatan agama,
muhasabah, etika akhlak, undang-undang, nasihat atau
kaunseling dan lain-lain. Tetapi yang utamanya, ia bertitik-
tolak daripada kesedaran diri yang tinggi dapat
mengatasinya.

1.Ianya berdasarkan kepada pendekatan agama. Jika dilihat


daripada perkataan al-din dalam bahasa Arab membawa
beberapa pengertian. Antaranya:
 Pembalasan
 Kebiasaan.
 Ibadat.
 Keta`atan.
 Perhitungan.
 Paksaan.
 Kemenangan.
 Ketinggian.
 Kesultanan.
 Pemerintahan.
 Perjalanan.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 25
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Pentadbiran.
 Keesaan.
 Nama bagi segala perkara yang bertujuan
mengabdikan diri kepada Allah .
 Agama.

Dari segi istilah, perkataan al-din bermaksud dasar Ilahi


yang menjadi panduan kepada mereka yang berfikiran
waras dan memilih tingahlaku serta tindakan yang terpuji
demi kebaikan mereka sendiri sama ada di dunia dan
akhirat. Oleh itu, al-din dengan pengertian ini merangkumi
prinsip aqidah dan fiqh dalam pelbagai aspek.

Begitu juga sepertimana pepatah Arab berkata:


‫كما تدين تدان‬
Maksudnya: Bagaimana kamu lakukan, begitulah kamu
dibalas.”

Konsep agama wujudnya hari pembalasan sepertimana


firman Allah dalam Surah al-Fatihah: Ayat 4.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 26


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Maksudnya: “Yang Menguasai pemerintahan hari
pembalasan (hari akhirat).”

Dengan memahami dan menghayati agama, sudah pasti


dapat mewujudkan seseorang individu yang benar-benar
berintegriti.

2.Muhasabah

Muhasabah atau menghitung diri adalah sebahagian


daripada jalan ke arah tercapainya ma’rifatullah. Muhasabah
diri memerlukan persediaan hati yang penuh sedar,
pemikiran yang celik dan terbuka, serta sensitif kepada
bisikan-bisikan nafsu dan syaitan. Hal ini bertepatan dengan
firman Allah dalam Surah al-A’raf: Ayat 201.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa,


apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 27


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan
itu mereka nampak (jalan yang benar).”

Al-Qurtubi berkata: Perkataan al-Taif memberi dua makna


yang berlainan.
• Khayalan.
• Syaitan itu sendiri.

Al-Suhaili berkata: “Ini kerana ia merupakan khayalan dan


bukan hakikat. Justeru, dinamakan al-Taif.”
Ibn Kathir berkata: “Allah mengkhabarkan tentang orang
yang bertaqwa daripada hamba-hamba-Nya yang sentiasa
mentaati arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Muhasabah penuh dengan kesedaran ini diistilahkan oleh


pakar-pakar psikologi sebagai jiwa yang celik. Para murabbi
sangat mengambil berat dalam aspek didikan mereka agar
para murid mereka mewakili hati dan jiwa yang sentiasa
hidup dan sedar. Inilah aspek yang sangat ditekankan oleh
golongan sufi sejak dahulu yang sentiasa hauskan pimpinan
adab-adab Islam dan hidayah yang dibawa oleh Rasulullah
sepertimana kenyataan Saydina Umar bin al-Khattab :
‫سبُوا أَنْفُسَكم قبل أن تُحاسَبُوا‬
ِ ‫حَا‬
Maksudnya: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung.”
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 28
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
3.Etika akhlak

Kemuliaan akhlak merupakan matlamat utama bagi ajaran


Islam sebagaimana sabda Nabi :

ِ‫ِإنّما بُعِ ْثتُ لُِتَمّمَ مكا ِرمَ الخْلق‬


Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

Hadith Sahih, riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-


Mufrad.

Antara etika akhlak tersebut ialah:

 Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhat.


 Memelihara pandangan.
 Memelihara lidah.
 Bersifat pemalu.
 Bersifat lemah-lembut dan sabar.
 Bersifat benar.
 Bersifat tawadhu’.
 Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 29
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Bermurah hati.

4.Undang-undang

Firman Allah dalam Surah al-Isra’: Ayat 70.

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan


anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di
laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari
benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-
makhluk yang telah Kami ciptakan.”

Pengarang Fiqh al-Manhaji berkata: “Penghormatan ini akan


hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan
manusia dijaga dan dipelihara daripada segala perkara yang
tidak baik. Namun ini akan dapat dicapai hanya apabila lima
keperluan asasi manusia iaitu agama, nyawa, akal,

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 30


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
keturunan dan harta dikawal. Semua elemen ini adalah
keperluan asasi yang penting untuk kelangsungan hidup
manusia melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah
.

Agama Islam didatangkan untuk memelihara semua elemen


utama ini di samping mengelak sebarang perkara yang tidak
baik. Atas dasar ini, menurut para ulama’, Islam datang
untuk menggarap semua kebaikan dan menghindari semua
keburukan. Dengan landasan ini, Islam menggariskan
pelbagai undang-undang.

5. Nasihat

Dalam bahasa Arab, perkataan nasihat mengandungi


maksud supaya yang dinasihati mendapat keuntungan dan
faedah. Dan perkataan nasihat itu diambil daripada
perkataan (‫ – )نصمح الرجمل ثوبمه‬ertinya seorang lelaki menjahit
kainnya. Dengan itu diertikan bahawa orang yang memberi
nasihat itu bermaksud untuk memberi kebaikan kepada
orang yang dinasihati sebagaimana orang yang
berkehendak untuk kebaikan kainnya dengan jalan
menjahitnya bila ia telah koyak.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 31


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Atau diambil daripada perkataan (‫ )نصمحت العسمل‬- ertinya aku
menapis manisan. Dengan ini diertikan pula bahawa orang
yang memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata
yang sudah dipilih dan telah dihalusi serta ikhlas dan bersih
daripada maksud yang tidak baik.

Betapa pentingnya konsep nasihat ini sehingga Allah


berfirman dalam Surah al-`Asr.

Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam


kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Al-Sabuni berkata: “Allah bersumpah dengan waktu Asar


atau masa yang merupakan masa di mana penghujung bagi
manusia. Terdapat di dalamnya dari pelbagai keajaiban,
iktibar-iktibar yang menunjukkan kudrat Allah dan hikmah-
Nya betapa manusia berada dalam kerugian dan

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 32


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
kekurangan kecuali mengumpulkan dalan kehidupannya
empat sifat ini iaitu:
 Keimanan.
 Amalan salih.
 Berpesan dengan kebenaran.
 Berpegang dengan kesabaran.

Yang menjadi asas kelebihan dan kebaikan juga sebagai


asas agama. Justeru, Imam al-Syafi`e berkata: “Kalaulah
Allah tidak menurunkan kecuali surah ini sahaja, nescaya
sudah cukup bagi manusia.”

Sebagai pelengkap isu ini, penulis menaqalkan daripada


buku ‘Don’t be afraid’: “Setelah proses takhliyah
(pengosongan), langkah selanjutnya adalah tahliyah
(pengisian). Setelah diri kita dikosongkan dari tiga hal yang
menghalang perubahan, kini tiba masanya mengisinya
dengan perubahan. Ketika hati dan fikiran sudah bebas
daripada pengaruh buruk kawalan orang lain, arus budaya,
dan bayang-bayang kehidupan, tiba masnya kini
menghidupkan keberanian melakukan perubahan.

Bagaimana bentuk perubahan yang perlu kita lakukan,


semuanya bergantung pada kenyataan yang kita hadapi.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 33
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Dengan kata lain, diperlukan satu tindakan tertentu untuk
situasi yang tertentu pula. Tindakan perubahan yang diambil
itu adalah jawapan terhadap kenyataan.

Bentuk perubahan itu adalah bertindak menyikapi


pelanggaran, penundaan, kebuntuan dan kegoncangan.
Keadaan dan responnya adalah seperti berikut.
Pelanggaran disikapi dengan koreksi, penundaan disikapi
dengan aktualisasi, kebuntuan disikapi dengan inovasi dan
kegoncangan disikapi dengan kestabilan.

PERLAKSANAAN

Dalam hati dan fikiran setiap orang terdapat niat, keinginan


hingga rancangan untuk melakukan sesuatu yang bererti.
Tetapi cita-cita mulia itu banyak yang hanya sampai pada
bentuk kata-kata. Beberapa orang yang sudah membuat
rancangan terburu-buru melangkah melihat rintangan yang
menanti. Bermacam-macam rancangan besar dan penting
di benak mereka akhirnya tertangguh dalam jangka yang
tidak tentu.

Perlaksanaan adalah keberanian untuk mengubah harapan


indah di alam fikiran menjadi kenyataan. Proses inilah yang
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 34
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
menjadikan nyata segala niat, janji, harapan atau
perancangan. Perlaksanaan adalah mempercepatkan gerak
sejarah di dunia, mendekati kecepatan loncatan fikiran di
alam imaginasi.

Dalam satu sabdanya, Rasulullah pernah bercakap


tentang takhta kerajaan Romawi Timur di Byzantium yang
akan berada dalam genggaman Islam. Dan janji itu sudah
tertangguh selama lapan abad lebih, sejak hal itu terucap
dari mulut Baginda . Berbagai dinasti dan kerajaan Islam
yang datang dan pergi selama tempoh itu belum mampu
mewujudkannya. Hal itu berlangsung lama hinggalah
seorang pahlawan, al-Fatih muncul pada abad ke 15 Masihi.

Sultan Muhammad al-Fatih, nama penuh pahlawan itu


adalah putera Sultan Murad 2, penguasa Dinasti `Uthmani.
Wilayah kekuasaannya adalah Turki sekarang dan
beberapa negara Balkan. Al-Fatih diangkat menjadi Sultan
ketika usianya sangat muda ketika ayahnya mengundurkan
diri. Ketika serangan asing sering dilakukan terhadap dinasti
ini, jawatan sultan dikembalikan semula kepada si ayah
hingga ia mangkat.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 35


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Setelah jawatan sebagai sultan yang kedua inilah, al-Fatih
menyedari janji yang pernah diucapkan Rasulullah . Dalam
sabda itu disebutkan bahawa tentera yang terlibat dalam
pembebasan itu adalah tentera terbaik dan panglima yang
memimpin pasukan adalah panglima terbaik pula.

Atas niat mewujudkan janji yang tertangguh begitu lama


itulah al-Fatih memutuskan untuk terbabit secara langsung
memimpin pembebasan Kostantinopel yang dikuasai
kerajaan Romawi Timur dan dilindungi oleh selat dan
benteng yang tinggi. Halangan besar yang menghalang
usaha itu tidak melemahkan niatnya. Kekuatan laut
mahupun daratan Romawi Timur yang didukung bantuan
armada dari Yenesia tidak membuatnya berhenti.

Ketika hendak bergerak, pasukan al-Fatih terhalang dari


arah darat dan laut. Posisi mereka tidak memungkinkan
untuk menembusi pertahanan laut. Mereka tidak boleh
menembusi kota itu kecuali dengan peperangan jarak dekat.

Dalam kesukaran itu al-Fatih menerapkan strategi dan taktik


unik yang belum pernah dikenali dalam perang di lautan.
Puluhan kapal armada Turki ‘dilayarkan’ di darat dengan
melalui jarak sepuluh batu, di atas kayu-kayu balak yang
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 36
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
dilumuri dengan lemak, armada kapal perang al-Fatih ditarik
oleh para tentera dengan bantuan kuda dan lembu.

Al-Fatih dengan semangat perlaksanaannya mendapat


ilham yang penuh dengan kecerdasan, kekuatan,
keberanian dan keajaiban untuk mewujudkan janji yang
lama tertangguh. Keinginannya untuk mewujudkan janji itu
melahirkan sejarah kepahlawanan yang mengagumkan.

JANGAN TAKUT BERINOVASI

Inovasi adalah gagasan baru untuk menembusi kebuntuan


dan kebekuan. Ketika cara-cara biasa tidak memberi hasil
sesuai dengan harapan, diperlukan terobosan baru sebagai
penyegar suasana. Caranya boleh mengubah langkah,
mencari jalan baru, melibatkan lebih banyak unsur atau
mencari pendekatan yang belum biasa dipraktikkan orang.

Dalam peperangan Ahzab, posisi kaum Muslimin tersepit.


Ketika itu pakatan pasukan kafir Makkah dan sekutunya
bergabung dengan kelompok Yahudi yang mengkhianati
perjanjian damai dengan kaum Muslimin. Madinah dikepung
dari segala penjuru.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 37


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Ketika itu ada dilema antara menghadapi pasukan kafir di
luar Madinah atau bertahan dalam kota. Ancaman kaum
Yahudi yang masih berada dalam kota menjadi alasan
mengapa penyerangan keluar menjadi pilihan sukar. Dalam
suasana itu, semua langkah yang diambil sama-sama
berisiko tinggi.

Dalam keadaan itulah, seorang sahabat bernama Salman


al-Farisi memberi cadangan. Cadangan itu adalah strategi
perang yang asing dan tidak pernah dikenali bangsa Arab.
Strategi itu hanya digunakan oleh bangsa Parsi yang berada
di sebelah barat Jazirah Arab. Cadangan itu adalah
menggali lubang di sekeliling kota hingga pasukan musuh
tidak boleh menyerang. Setelah mesyuarat, cadangan yang
ganjil itu diterima dan para sahabat bekerja keras menggali
lubang.

Sebelum pakatan pasukan kafir sampai di kota Madinah,


lubang itu sudah selesai digali. Ini kerana sudah
dianggarkan bahawa lebar lubang itu tidak boleh dilepasi
sekalipun dengan lompatan kuda yang paling kuat. Pasukan
kafir akhirnya menunggu di sebelah lubang dan mendirikan
tanda-tanda sambil memikirkan rancangan selanjutnya.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 38


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Pasukan pakatan ini gagal menyerang Madinah kerana
pakatan mereka terpecah melalui operasi seorang sahabat
yang menyusup ke tengah pasukan gabungan itu dan
mengadu domba mereka.

Sebagai hasil usaha ini, banyak kelompok akhirnya menarik


diri dari Madinah. Bilangan pasukan Quraish yang masih
berbaki yang bertahan terpaksa angkat kaki setelah diusir
oleh angin puyuh yang memporak-perandakan tentera-
tentera mereka.

Di dalam kota, ancaman kaum Yahudi dihadapi dengan


melibatkan kaum wanita dan anak-anak yang disuruh naik
ke atap-atap rumah yang dipersenjatai dengan batu. Mereka
diperintahkan berjaga-jaga bagi menghadapi serangan yang
mungkin datang secara tiba-tiba. Dengan beberapa inovasi,
perang Khandak itu akhirnya dimenangi oleh kaum
Muslimin.

Segala sesuatu akan selalu dan terus berubah. Di dunia ini


tidak ada sesuatupun yang tidak berubah. Satu-satunya
yang tetap adalah perubahan-perubahan itu sendiri. Oleh
kerana itu sesiapapun yang tidak mempersiapkan diri untuk

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 39


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
menghadapi perubahan maka dia akan ketinggalan dan
dipinggirkan oleh perubahan itu sendiri.

Maka jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan sabda


Rasulullah bahawa ‘orang yang hari ini sama dengan hari
semalam adalah orang yang rugi kerana tidak ada
kemajuan dan ia ditinggalkan oleh perubahan. Orang yang
hari ini lebih buruk dari hari semalam dianggap orang yang
celaka kerana ia akan tertinggal jauh dan sukar mengejar
apa yang ditinggalkannya.’

Satu-satunya pilihan bagi orang yang beruntung ialah


menjadikan hari ini mesti lebih baik dari hari semalam. Ini
bermakna mesti ada pertambahan sesuatu yang
bermanfaat. Inilah sikap perubahan yang diharapkan selalu
berlaku pada seorang Muslim sehingga tidak akan sekali-
kali tertinggal, dia selalu bersiap sedia terhadap sebarang
perubahan, dan selalu bersedia mengambil dan
menentukan sikap yang jelas terhadap apa juga perubahan.

Bab 3

IMPLIKASI DAN KESAN TERHADAP INTEGRITI


PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 40
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Dibahagikan di sini kepada dua implikasi dan kesan.

1. Kesan buruk akibat tidak berintegriti

Menularnya rasuah, ketidakcekapan, penyelewengan, salah


guna kuasa, penipuan dan perlakuan tidak beretika yang
lain serta berkurangnya semangat kerja adalah manifestasi
kemerosotan individu, organisasi, masyarakat dan negara.
Pelbagai punca kemerosotan tersebut

Selain mengharamkan penyalahgunaan kuasa, Islam juga


mengecam pemberi, penerima dan orang yang terlibat
dengan rasuah. Islam mengharamkan pemberian hadiah
kepada mana-mana pemerintah dan pegawai kerajaan.

Pada zaman Umar al-Khattab dulu, beliau akan menyoal


siasat mana-mana pegawainya yang memiliki harta yang
berlebihan. Beliau akan bertanya: “Dari mana kamu perolehi
semua ini? Adakah kamu mahu menghimpunkan bala dan
melakukan perkara yang memalukan?” Pemerintah pula
hanya berhak memperolehi peruntukan yang mencukupi
untuk sara hidupnya.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 41


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Abu Bakar al-Siddiq pernah berkata kepada sekumpulan
orang Islam ketika beliau dilantik sebagai khalifah: “Dahulu
saya bekerja untuk keluarga saya. Saya mencari makanan
untuk mereka. Namun sekarang saya bekerja untuk kamu,
maka peruntukkanlah untuk saya wang daripada Baitul Mal.”
Maka Abu `Ubaidah telah memberikan Abu Bakar al-
Siddiq sejumlah makanan yang cukup untuk seorang
Islam yang tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin,
pakaian untuk musim sejuk dan panas, kenderaan untuk
ditunggangi dan menunaikan haji. Segala peruntukan ini
bernilai dua ribu dirham. Apabila Abu Bakar berkata: “Ia
tidak mencukupi untuk saya.” Lalu Abu Ubaidah menambah
lima ratus dirham lagi.

Itulah nilai yang ada dalam sistem ekonomi Islam.

2.Kesan baik akibat berintegriti

Gerakan pemantapan integriti memerlukan keseluruhan


institusi kerajaan sama ada eksekutif, perundangan dan
kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka.
Menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan
kuasa serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan
cekap, telus, adil dan berkesan. Justeru, dapat
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 42
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
merealisasikan semua objektif termasuk dalam wawasan
2020, cabaran keempat iaitu membentuk masyarakat yang
bermoral dan beretika, dengan warganya yang mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta bertepatan
dengan prinsip Islam Hadhari ke-2 iaitu kerajaan yang adil
dan amanah. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus
yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada
semua lapisan rakyat, pengurusan negara yang cekap, adil,
amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah)
melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati Allah
sepertimana firman-Nya dalam Surah Saba’: Ayat 15.

Maksudnya: “(Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik


(aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang
Maha Pengampun!”
Ibn Kathir berkata: “Iaitu kamu akan mendapat keampunan
jika kamu sentiasa dalam keadaan bertauhid kepada Allah
.”

Al-Qurtubi berkata: “Maksud baldah tayyibah ialah negeri


yang banyak tanaman-tanaman.”

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 43


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Ada pendapat yang mengatakan negeri yang tidak kering
kontang. Dan ada pendapat lain yang mengatakan negeri
yang baik ialah tiada sebarang serangga perosak dan baik
udaranya. Mujahid berkata ia adalah Negeri San`a.

Tetapi kaedah menyebut:

‫العبرة بعموم اللفظ ل بخصوص السبب‬


“Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan
sebab turunnya ayat.”

Bab 4

MUTIARA NASIHAT

Dinukilkan daripada kitab ‘La Tahzan’ yang bermaksud


jangan bersedih, karya Dr. `Aid `Abdullah al-Qarni,
beberapa mutiara untuk dijadikan panduan bagi mencapai
kebahagiaan dalam kehidupan ini.

 Jangan menunggu ucapan terima kasih dari manusia.


Cukuplah pahala dari Zat yang bergantung kepada-Nya
segala sesuatu. Tidak ada yang perlu anda lakukan
terhadap orang yang membangkang, dengki dan iri hati.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 44
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu hingga petang.
Hiduplah dalam batasan hari ini. Kerahkan seluruh
semangat yang ada untuk menjadi lebih baik di hari ini.
 Bersihkan jiwa dari dengki dan jernihkan daripada iri
hati. Keluarkan penyakit permusuhan dan perbalahan
dari dalam jiwa.

 Buku adalah kawan yang paling baik. Berkata-katalah


dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu dan
bertemanlah dengan pengetahuan.

 Anda harus berjalan-jalan dan beriadhah. Jauhi


kemalasan dan ketidakupayaan. Tinggalkan kekosongan
dan pengangguran.

 Perbaharuilah hidup anda. Jadikan hidup anda lebih


bervariasi. Ubahlah kebiasaan hidup anda.

 Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama, akal,


kesihatan, penutup (aib), pendengaran, penglihatan,
rezeki, keluarga serta nikmat-nikmat yang lain.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 45


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Maafkanlah orang yang pernah melakukan kezaliman
kepada anda, sambunglah tali silaturrahim orang yang
memutuskan tali silaturrahim dengan anda, berilah
orang yang pernah tidak pernah memberi kepada anda,
dan bersabarlah terhadap orang yang berbuat jahat
kepada anda nescaya anda akan memperolehi rasa
bahagia dan aman dalam diri anda.

 Ketahuilah bahawa selepas kesusahan itu akan ada


kemudahan, dan selepas kesusahan itu akan ada jalan
keluar. Ketahuilah bahawa keadaan seseorang itu tidak
akan tetap selama-lamanya. Hari-hari itu akan sentiasa
silih berganti.

 Jauhilah buruk sangka, buanglah angan-angan,


khayalan-khayalan yang merosak dan fikiran-fikiran
yang sakit.

 Jangan banyak bergaul dengan orang-orang


pendendam dan jangan pula dengan orang-orang
menganggur serta pendengki. Sebab mereka adalah
penyakit jiwa, pembawa kesedihan dan keresahan.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 46


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Jangan terpengaruh dengan perkataan buruk dan
ungkapan keji yang dikatakan tentang diri anda, kerana
itu akan menyakiti orang yang mengatakannya, dan
bukan diri anda sendiri.

 Senyumlah kepada siapa sahaja nescaya anda akan


mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata
anda nescaya mereka akan mencintaimu. Dan
rendahkan hati kepada mereka nescaya mereka akan
menghormati anda.

 Hiduplah sederhana, dan jauhi semua bentuk foya-foya


dan pemborosan. Sebab setiap kali badan diajak
berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit.

 Rancangkanlah pekerjaan-pekerjaan itu, jangan


menggabungkannya dalam satu waktu. Rancangkanlah
pekerjaan-pekerjaan itu akan anda kerjakan dalam satu
rentang waktu tertentu, dan luangkan beberapa waktu
antaranya untuk rehat supaya optimal.

 Jangan marah, sebab marah hanya akan merosakkan


keadaan jiwa, mengubah perilaku, memperburuk

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 47


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
pergaulan, merosak cinta dan memutuskan tali
silaturrahim.

 Bawalah selalu catatan kecil di dalam poket saku anda


untuk mengatur pekerjaan dan waktu, mengingatkan
anda akan janji-janji yang anda buat. Dan untuk
mencatatkan hal-hal yang penting menurut anda.

 Mulakan dengan mengucapkan salam, ucapkan selamat


dalam keadaan tersenyum, curahkan perhatian anda
kepada mereka supaya anda menjadi orang yang
sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

 Hindari kata pengandaian: “Jika…..maka nanti akan….”


Menangguhkan pekerjaan dan menangguh-nangguh
kewajipan. Sebab ini merupakan tanda kegagalan.

 Pekerjaan yang serius produktif akan membebaskan


jiwa daripada kecenderungan-kecenderungan buruk,
khayalan-khayalan yang penuh dosa dan keinginan-
keinginan yang terlarang.
 Kebahagiaan itu tidak terdapat dalam garis keturunan,
dalam harta benda dan emas berlian. Tetapi

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 48


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
kebahagiaan itu terdapat dalam agama, ilmu, sopan
santun dan destinasi yang kesampaian.

 Kegemberiaan itu membuatkan jiwa menjadi


bersemangat, membuatkan hati menjadi berbunga,
menyeimbangkan setiap anggota tubuh, memberikan
kekuatan dan memberi nilai kepada kehidupan dan
faedah kepada usia hidup manusia.

 Kekayaan, keamanan, kesihatan dan agama adalah ciri-


ciri kebahagiaan. Logiknya, orang yang tidak
mempunyai apa-apa, yang dilanda ketakutan, yang sakit
dan yang kafir tidak akan mendapat kebahagiaan.
Mereka semua berada dalam kesengsaraan.

 Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat


anda percaya dan membuat diri anda tenang
bersamanya. Dan menjadi tempat berkongsi kelelahan,
kesedihan dan tidak pernah menjual rahsia diri anda.

 Akhlak yang buruk itu azab, kedengkian itu racun,


ghibah itu kerendahan, dan mengintip kesalahan orang
itu kehinaan.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 49


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Dalam ujian itu adalah empat keindahan seni:
Mengharapkan pahala, hidup interaktif dengan
kesabaran, berzikir dengan baik dan membayangkan
datangnya kebaikan.

 Tanda kebodohan itu adalah membazir waktu, menunda-


nunda taubat, bergantung kepada orang lain, derhaka
kepada ibubapa dan menyebarkan rahsia orang lain.
 Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman,
semangat muda dan ilmu adalah sari dari semua yang
diinginkan oleh orang-rang yang berfikir. Namun hanya
sedikit orang yang mampu mendapatkannya sekaligus.

 Sebaik-baik yang ada di dunia ini ialah keimanan yang


benar, akhlak yang yang lurus, akal yang sihat, fizikal
yang kuat dan rezeki yang mencurah. Sementara di luar
itu, semua adalah kesibukan semata-mata.

 Dua kenikmatan yang tersembunyi: Kesihatan badan


dan keamanan di dalam negeri. Sedangkan dua
kenikmatan yang nampak: Pujian yang baik dan
keluarga yang soleh.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 50


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Anak lebih utama daripada kekayaan, kesihatan lebih
baik daripada harta benda, keamanan lebih baik
daripada tempat tinggal dan pengalaman lebih mahal
daripada harta.

 Kebahagiaan itu hanya kilasan waktu yang tidak nyata,


kesedihan adalah tebusannya, kemarahan adalah
kekejian yang tidak diakibatkannya, menganggur adalah
kerugian dan ibadah adalah perniagaan.

 Teman minum anda adalah pena, kolam renang anda


adalah dakwat, sahabat anda adalah buku, rumah anda
adalah istana dan harta kekayaan anda adalah kekuatan
dalam diri anda. Justeru itu, tidak perlu merasa takut
dengan sesuatu yang telah berlalu.

 Enam perkara yang memberikan kesembuhan: Agama,


ilmu, kekayaan, harga diri, keampunan dan kesihatan.
 Menghias diri dengan meneliti secara saksama, tidak
memotong percakapan, lembut dalam bertutur dan halus
budi bahasa adalah lencana-lencana yang tersemat di
dada orang yang merdeka.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 51


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Anda memiliki dua mata, dua telinga, dua tangan, dua
kaki satu lidah, iman, al-Quran dan rasa aman. Tapi, di
mana rasa syukur, wahai umat manusia?”

Maksudnya: Maka yang mana satu di antara nikmat-


nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
(wahai umat manusia dan jin)?
(Surah al-Rahman: 13).

 Kebahagiaan termurah yang dijual di pasar orang-orang


yang berakal jernih adalah meninggalkan sesuatu yang
tidak ada gunanya. Sedangkan barang perniagaan
dengan harga termahal yang ada di dunia ini adalah
ketika anda membuat diri anda dekat dengan sesama
manusia dan mereka pun kemudian dekat dengan anda.

 Sebelum tidur, maafkan seluruh manusia, bersihkan


dengan pemaafan sebanyak tujuh kali, dan untuk yang
kelapan kalinya, lumurilah dengan ampunan, nescaya
anda akan mendapatan manisnya iman.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 52


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Yang paling berhak mendapatkan tambahan nikmat
adalah orang yang paling bersyukur, dan yang paling
patut mendapatkan cinta adalah orang yang
mengeluarkan seluruh kebaikannya, mengekang
keinginan jahatnya dan membuat wajahnya selalu
berseri-seri.

 Anak lebih berharga daripada kekayaan. Akhlak lebih


agung daripada kedudukan, semangat lebih tinggi
daripada pengalaman sedangkan taqwa lebih mulia
daripada kemuliaan.

 Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan


tambahan kesabaran kepada anda, yang memberikan
ilmu kepada anda, yang mencegah supaya tidak
semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan
pemahaman dan yang memberikan tekad yang kuat
dalam diri anda.

 Gembirakan jiwa anda dengan mengingatkan kebaikan-


kebaikan, tenangkan hati dengan bertaubat dari semua
keburukan-keburukan yang pernah anda lakukan, dan

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 53


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
rangkullah tangan-tangan anda yang putih bersih itu ke
leher orang lain.

 Orang yang bahagia adalah orang yang panjang


umurnya dan baik amalnya. Orang yang beruntung
adalah orang yang banyak hartanya dan banyak
melakukan kebaikan. Dan orang yang mendapat berkat
adalah orang yang yang bertambah ilmunya lalu
semakin bertambah takwanya.

 Kejujuran adalah ketenangan, dan kebohongan adalah


keraguan. Rasa malu adalah benteng, ilmu adalah
hujjah, sastera adalah keindahan dan diam adalah
hikmah.

 Sejauh mana keinginan, kesungguhan dan kesabaran


anda maka sejarah anda akan menuliskannya.
Kemuliaan itu tidak diberikan secara percuma.
Kemuliaan itu diperolehi dengan kesungguhan dan
pengorbanan.

 Jadilah seperti semut dalam ketekunannya. Dia


berusaha merambat naik ke batang pohon hingga
ratusan kali, dan jatuh sebanyak jumlah yang sama. Tapi
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 54
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
dia terus berusaha naik semula hingga akhirnya sampai
pada matlamat yang diingini. Kerana itu jangan cepat
menyerah dan jangan pula bosan.

 Jadilah seperti lebah, menyantap makanan yang baik


dan mengeluarkan sesuatu yang baik pula. Dan jika
hinggap di atas dahan dia tidak merosakkannya atau di
atas bunga dia tidak mengoyakkannya.

 ‘Berlumba-lumbalah’ kerana perlumbaan itu perlu diikuti


oleh sesiapa saja. Zaman terus bergerak, matahari terus
berlari, bulan terus berjalan, dan angin terus berhembus.
Jangan sekali-kali berhenti, sebab kafilah kehidupan
tidak akan menunggu.

 ‘Bersegeralah’, melompatlah ke peringkat yang lebih


tinggi, peringkat orang-orang yang tinggi, kerana yang
direbutkan adalah kemuliaan. Kemenangan itu tidak
akan dihidangkan di atas dulang emas, tapi diperolehi
dengan air mata, darah, berjaga malam, keletihan, rasa
lapar dan kesulitan.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 55


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Keringat orang yang bekerja jauh lebih baik daripada
minyak kasturi yang menebar daripada orang yang
hanya duduk-duduk tanpa kerja. Suara termengah-
mengah orang yang bekerja kuat jauh lebih merdu
daripada nyayian orang-orang yang malas. Dan roti
kering yang dimakan oleh orang yang lapar lebih lazat
daripada daging kibasy yang disantap oleh orang yang
berfoya-foya.

 Jangan merasa ngeri dengan kesusahan-kesusahan,


kerana singa berani menghadapi satu kawanan unta
tanpa ada perasaan takut sedikitpun. Jangan mengeluh
kerana beban berat yang harus anda tanggung, sebab
keldai membawa beban yang sangat berat dan tidak
pernah mengaduh. Jangan pening dengan tuntutan yang
perlu anda capai, sebab anjing akan selalu mengejar
mangsanya walaupun terpaksa masuk ke dalam api.

 Jangan terlalu ego dengan pendapat anda sendiri dalam


menghadapi permasalahan apapun tapi
bermusyawarahlah, sebab pendapat dua orang lebih
kuat daripada pendapat seorang. Tidak ubahnya tali,
setiap kali disatukan dengan tali yang lain, maka akan
semakin kuat.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 56
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Orang yang tidak pernah bahagia di rumahnya maka dia
tidak akan akan bahagia di tempat lain. Ketahuilah
bahawa tempat yang paling tepat untuk ketenangan dan
kedamaian jiwa yang jauh dari citra kepalsuan adalah
rumah anda sendiri.

 Akhlak dan sikap yang baik lebih indah daripada wajah


yang tampan, mata yang hitam, dan pipi yang licin.
Keindahan makna lebih utama daripada keindahan
bentuk.

 Tindakan-tindakan yang baik akan menghalang diri


untuk masuk ke tempat-tempat yang buruk, akal yang
cerdas akan mencegah kesalahan yang dipengaruhi
oleh hawa nafsu, sedangkan kepelbagaian pengalaman
lebih bermanfaat daripada seribu nasihat.

 Jika anda melihat ribuan manusia menghabiskan


umurnya untuk hal-hal yang tiada manfaat dan
bersenang-senang maka bersyukurlah kepada Allah
atas segala kebaikan yang ada pada diri anda. Sebab

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 57


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
dengan melihat orang yang menderita maka di hati
orang yang sihat akan timbul rasa syukur.

 Jangan menuntut orang lain untuk menghormati anda


sehingga anda sendiri yang memulai menghormati
mereka, dan jangan pula menyalahkan mereka atas
kegagalan yang menimpa diri anda, tetapi salahkan diri
sendiri. Jika anda ingin supaya orang lain menghormati
anda, maka hormatilah diri anda sendiri.

 Khabar gembira untuk anda….kebersihan adalah


sebahagian daripada iman, kebersihan akan
menghapuskan dosa-dosa, akan mencuci semua
kesalahan, dan akan membersihkan anda untuk
menghadap Raja Diraja.

 Orang yang gila kemenangan supaya orang lain


menghormatinya dan tidak mengkritiknya, maka
kebanyakan orang seperti itu akan hidup sengsara dan
merana. Bagi orang sepertinya, usaha mendapatkan
penghormatan itu ada di belakang kemunculan nama
seseorang, dan kemasyhuran adalah musuh daripada
kebahagiaan.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 58


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
 Teori-teori dan pelajaran-pelajaran tentang seni hidup
bahagia tidaklah cukup, perlu ada gerak, kerja dan
pergaulan. Contohnya, setiap hari berjalan-jalan atau
pergi ke tempat-tempat rekreasi.

 Seorang pemburu meletakkan seekor merpati di dalam


sebuah sangkar, maka bernyayilah merpati itu. Si
pemburu bertanya: “Adakah ini waktu yang tepat untuk
bernyanyi.” Merpati itu menjawab: “Setiap jam berganti,
setiap itu pula kebebasan semakin dekat.”

 Ciptakan diri anda selalu mempunyai kegiatan. Dengan


kata lain, anda perlu berusaha dengan penuh kesedaran
dan kemahuan untuk memanfaatkan kemampuan anda
melakukan kemungkinan-kemungkinan yang boleh anda
lakukan. Dijamin, anda akan merasa lebih bahagia kalau
diri anda melakukan sesuatu yang indah. Kemalasan
hanya akan menyuburkan kedukaan.

 Kenalilah potensi diri anda. Ketika anda menimbang-


nimbang untuk melakukan sesuatu maka ingatlah kata
bijaksana ini: Allah akan menurunkan rahmat kepada
seseorang yang menyedari kemampuan dirinya. Jika

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 59


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
usia anda telah mencapai lima puluh tahun lebih dan
masih ingin beriadhah, maka pertimbangkan mana yang
akan anda lakukan, joging, renang atau tenis. Jangan
berfikir untuk bermain bola sepak. Dan tetaplah selalu
mengasah kemahiran anda.

‫ ونعوذبمك ممن‬،ِ‫ ونعوذبمك مِن العجزِ والكَسمل‬،ِ‫اللهُمّ إنما نَعوذُبُك مِن الهَمّ والحزنم‬
.ِ‫غلَ َبةِ الدّيْنِ وقهر الرّجال‬
َ ْ‫ ونعوذبك مِن‬،ِ‫والجُبنِ ال ُبخْل‬
Maksudnya: “Ya Allah, kami berlindung kepadamu
daripada rasa gundah dan sedih, kami berlindung
daripada sikap lemah dan malas, kami berlindung dari
sikap bakhil dan pengecut, dari beban hutang dan
kejahatan orang-orang yang jahat.”

Ibn Hazm dalam kitabnya al-Akhlak wa al-Siar berkata:


“Tidak ada matlamat apapun yang paling diingini dan
dicari oleh manusia dalam hidup ini kecuali untuk
menghilangkan perasaan takut dan dukacita mereka.”

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 60


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
PENUTUP

Seorang yang solih merumuskan cara menewaskan musuh


ketatnya sama ada hasutan syaitan atau mengikut hawa
nafsu.

Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu


manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia. Ternyata ia
masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu.

Pertama: Tamak dan buruk sangka. Maka aku


menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan
berpada dengan apa yang ada.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 61


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Kedua: Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-
angan, lalu saya menghadapinya dengan perasaan takut
terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban
waktu.
Ketiga: Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku
menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu
akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat: Kagum terhadap diri sendiri (`ujub) lantas saya


menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah
dan kepada akibat yang buruk.

Kelima: Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak


menghormati mereka. Lalu saya menghadapinya dengan
mengenali hak-hak serta menghormati mereka secara
wajar.

Keenam: Hasad (dengki) lalu saya menghadapinya dengan


sifat berpada (qana`ah) dan redha terhadap kuniaan Allah
kepada makhluk-Nya.

Ketujuh: Riya’ dan sukakan pujian orang. Lalu saya


menghadapinya dengan ikhlas.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 62


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Kelapan: Bakhil (kedekut), lalu saya menghadapinya
dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk
akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah .

Kesembilan: Takabbur (membesar diri), lalu saya


menghadapinya dengan rasa tawadhu’.

Kesepuluh: Tamak haloba, lalu saya menghadapinya


dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah
dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Penyair berkata:

‫لما خَلَقُوا َلمَا هجعُوا ونامُوا‬ ُ‫عِلمَ النام‬


َ ْ‫أما والِ َلو‬
‫عُيُونُ قُلو ِبهِم تاهُوا وهامُوا‬ ُ‫لقد خُلِقُوا لمرٍ لَو َرأَ ْته‬
ُ‫وتَوْ ِبيْخٌ وأَ ْهوَالٌ عِظام‬ ٌ‫حشْر‬
َ ‫مَمَاتٌ ثم قَبْرٌ ثم‬
‫فصلّوا مِنْ مَخافَتِهِ وصامُوا‬ ٌ‫عمَِلتْ رجال‬
َ ‫لِيومِ الحشرِ قد‬
.ُ‫كأهلِ الكهفِ أَيْقاظٌ نِيام‬ ‫ونحن إذا َأمَرْنا أو َنهَيْنا‬

Maksudnya:
Demi Allah! Jika manusia tahu nanti apa yang akan berlaku,
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 63
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Tidaklah mereka mahu lalai dan mensia-siakan diri selalu,
Mereka dicipta kerana sesuatu jika mereka lihat,
Hati merekakan terharu fikiran tak menentu kerana
terperanjat,
Bukanlah mereka akan menghadapi maut, kuburan
kemudian mahsyar,
Akan menerima celaan dan pelbagai kecelakaan yang
besar-besar,
Lantaran hari mahsyarlah maka manusia mesti
mengerjakan,
Solat, puasa dan zakatpun mesti dikeluarkan,
Wajarlah kita apabila disuruh atau ditegah,
Menunjukkan kesetiaan taat serta menurut perintah.

Semoga matlamat Pelan Integriti Nasional (PIN) untuk


melahirkan masyarakat yang berintegriti dapat dicapai
dengan jayanya. ‫آمين‬

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 64


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
Rujukan

1. ‫روح المعانمي‬, Ruh al-Ma`ani, Abi al-Fadhl Syihabuddin


al-Sayid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Cetakan
Pertama, 1999, Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi.

2. ‫صممفوة التفاسممير‬, Sofwah al-Tafasir, Muhammad Ali al-


Sobuni, Cetakan ke 9, Dar al-Sobuni.

3. ‫معالم التنزيمل‬, Ma`alim al-Tanzil, Imam Abi Muhammad


al-Husain bin Mas`ud al-Farra’ al-Baghawi, Cetakan
ketiga 1992, Dar al-Makrifah.

4. ‫تفسمير القرآن العظيمم‬, Tafsir al-Quran al-`Azim, Al-Hafiz Abi


al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi,
Cetakan Pertama 1994, Dar al-Khair.
5. ‫بحمممر العلوم‬, Bahr al-`Ulum, Abi al-Laith Nasr bin
Muhammad Ahmad bin Ibrahim al-Samarqandi,
Cetakan pertama 1993, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 65


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
6. ‫مدارك التنزيمل وحقائق التأويمل‬, Madarik al-Tanzil wa Haqaiq
al-Ta’wil, Imam Abdullah bin Ahmad al-Nasafi,
Cetakan pertama 1996, Dar al-Nafais.

7. ‫الجامممع لحكام القرآن‬, Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Abi


`Abdillah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-
Qurtubi, Cetakan pertama 2004, Dar Ibn hazm.

8. ‫شرح رياض الصمالحين‬, Syarh Riadh al-Salihin, Imam Abi


Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Cetakan
pertama, 2002, Dar al-Salam.

9. ‫سبل السلم شرح بلوغ المرام‬, Subul al-Salam, Syarh Bulugh


al-Maram, Syeikh Imam Muhammad bin Ismail al-
Amir al-Yamani al-San`ani, Cetakan pertama 1995,
Dar al-Makrifah.

10. Apa ertinya saya menganut Islam, al-Ustaz Fathi


Yakan, Cetakan terbaru 2002, Dewan Pustaka Fajar.

11. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Cetakan pertama, Julai


2005, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 66


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
12. La Tahzan (Jangan bersedih), Dr. `Aid `Abdullah al-
Qarni, Cetakan pertama, 2004, Klang Book Centre.

13. Jangan Takut (Don’t Be Afraid), Ahmad Safuan al-


Karami, Cetakan pertama 2005, Jasmin Enterprise.

14. Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna, Cetakan


pertama Jun 2003, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

15. Prinsip-prinsip Tasawwuf Islam, Syeikh `Abdul Hafiz


Faraghli Ali al-Qarani, Cetakan Pertama 2002,
Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

16. Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Cetakan kelima Edisi


Ketiga 2000, Dewan Bahasa dan Pustaka.

17. Hadith 40, terjemahan dan syarahannya, Cetakan


terbaru 2005, Dewan Pustaka Fajar.

18. Dosa-dosa besar (terjemahan), Syeikh Ahmad


Semait, Cetakan kelima (Singapura) 2004, Pustaka
Nasional Pte Ltd, Singapura.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 67


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa
19. `Aqidah Islamiyyah (terjemahan), Cetakan pertama
April 2004, Dr. Mustafa Sa`id al-Khin, Syeikh
Muhyiddin Dib Misto, Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA) 68


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.islam.gov.my/pipa

You might also like