P. 1
PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN

PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN

4.78

|Views: 32,520|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/25/2014

pdf

text

original

PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN

1.

Tajuk Kajian

Tajuk kajian harus mencerminkan skop dan kandungan kajian secara umum tetapi tepat. Sebagai garis panduan umum, hadkan bilangan perkataan dalam tajuk supaya tidak melebihi 10 perkataan.

2.

Kepentingan Kajian

Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Oleh itu kajian-kajian INTAN harus mempunyai sumbangan yang boleh dimanfaatkan, misalnya ke arah: i. ii. iii. Meningkatkan kualiti core business INTAN. Meningkatkan prestasi anggota perkhidmatan awam. Membantu usaha stakeholders dan kementerian/jabatan untuk melaksanakan sesuatu program dengan berkesan. iv. Membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar negara secara umum.

3.

Kenyataan Masalah

Kajian harus menyatakan permasalahan yang mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidikinya. Permasalahan merupakan kewujudan suatu yang “tidak kena” atau “tidak sepatutnya” atau jurang antara situasi yang diinginkan (ideal) dengan situasi yang berlaku. Permasalahan ini boleh dikesan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman, pembacaan, kenyataan di akhbar, aduan pelanggan, laporan agensi kerajaan, maklumbalas yang diterima daripada jabatan terlibat dan sebagainya. Dalam kajian, permasalahan ini diolah dalam

bentuk kenyataan masalah (problem statement) yang ringkas tetapi padat dan tepat. Bolehlah diterangkan serba sedikit mengenai mustahaknya masalah yang mendorong kajian dilakukan dan implikasi yang mungkin timbul jika masalah tersebut terus dibiarkan.

4.

Objektif Kajian

Objektif kajian meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam projek kajian. Pengkaji boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus atau membahagikan objektif kajian tersebut kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. i. Objektif umum – bersifat lebih menyeluruh iaitu merangkumi semua objektif khusus yang dinyatakan dalam satu atau dua ayat. Dengan kata lain, objektif umum merupakan ringkasan atau gabungan kepada objektif khusus. ii. Objektif khusus – bersifat lebih jelas, spesifik dan biasanya terdapat lebih dari satu. Fungsi objektif khusus ialah untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan dalam kenyataan masalah. Objektif khusus akan memandu mendapatkan keputusan atau penemuan kajian. Misalnya, jika terdapat dua objektif khusus maka kajian akan sekurang-kurangnya mendapatkan dua penemuan bagi memenuhi objektif khusus.

5.

Skop dan Batasan Kajian

Secara praktikalnya sesuatu kajian itu dibatasi oleh kekangan masa, tenaga dan kewangan. Oleh itu sesuatu kajian perlu menyatakan skop dan batasan sebagai terma rujukan. Contoh skop dan batasan adalah seperti berikut: i. Pemilihan jenis kursus, populasi peserta dan tempoh masa pelaksanaannya (misalnya kajian impak kursus). ii. Pemilihan organisasi tertentu (misalnya kajian mengenai penyampaian perkhidmatan/kepuasan pelanggan).

iii.

Lokasi geografi yang terlibat (misalnya kajian mengenai tahap kepuasan pegawai di pedalaman/Sabah/Serawak).

iv.

Metodologi (misalnya kajian menggunakan kaedah eksperimen quasi).

6.

Teori dan Hipotesis Kajian

Teori memberikan arah haluan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajiannya. Ia juga membantu pengkaji memilih dan menilai angkubah yang difikirkan berkaitan dengan masalah yang dikaji. Dengan itu pengkaji perlu membincangkan teori yang hendak diaplikasikan seperti dari mana sumbernya, adakah diambil sepenuhnya daripada teori yang sedia ada atau diubahsuai daripada teori tersebut. Juga perlulah dinyatakan model atau kerangka teori yang dibangunkan dalam kajian tersebut. Pemilihan sesuatu teori akan membantu pengkaji membentuk hipotesis-hipotesis yang ingin diuji. Hipotesis ialah saranan yang bersifat sementara (mungkin betul atau tidak) tentang hubungan antara sesuatu angkubah dengan angkubah lain dalam kajian. Hipotesis akan memberikan fokus lebih khusus dan terarah kepada pengkaji dalam melaksanakan kajiannya. Dalam kajian, setiap hipotesis yang dibina perlulah diuji kebenaran atau ketepatannya. Oleh itu hipotesis yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. ii. Mestilah bersifat khusus, bukan umum. Pengertian dan konsep dalam hipotesis hendaklah terang, logik dan boleh dioperasikan. iii. iv. Tidak mengandungi pertimbangan nilai (baik/buruk, patut/tidak). Mesti boleh/mampu diuji untuk disahkan atau ditolak kebenarannya.

7.

Metodologi Kajian

Pelaksanaan sesuatu kajian itu pastinya akan melibatkan kaedah dan prosedur tertentu yang perlu dilakukan secara saintifik dan teratur untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Antara aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam metodologi kajian ialah seperti berikut:

i.

Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian berkait rapat dengan klasifikasi kajian, misalnya ex-post facto (bahasa Latin yang bermaksud kajian dilakukan selepas berlakunya sesuatu peristiwa), kajian bereksperimen (sama ada eksperimen sepenuhnya atau eksperimen quasi), kajian tinjauan (survey), kajian kes (mengambil organisasi atau lokasi tertentu), kajian impak (penilaian keberkesanan sesuatu projek) dan kajian tindakan (mengenalpasti cara melakukan sesuatu yang paling berkesan). Pengkaji harus menentukan reka bentuk kajian yang paling sesuai untuk mencapai objektif kajian seperti banci (mengambil seluruh populasi), persampelan (memilih sampel tertentu daripada keseluruhan populasi), pemerhatian, pemerhatian ikut-serta, temu bual, lawatan ke tapak projek dan sebagainya dengan mengambilkira batasan masa, tenaga, kepakaran dan kewangan.

ii.

Kaedah Pengumpulan Data Pengkaji perlu menyatakan sumber data yang digunakan sama ada bersifat primer atau sekunder. Kemudian jelaskan kaedah yang digunakan untuk memperolehi data seperti daripada dokumen atau penerbitan badan tertentu, tinjauan di lapangan menggunakan borang soal selidik, tinjauan melalui pos/emel, pemerhatian pengkaji, temu bual bersemuka, temu bual menerusi telefon dan sebagainya.

iii.

Kaedah Menganalisis Data

Pengkaji perlu menyatakan kaedah analisis data yang digunakan sama ada secara kuantitatif, kualitatif atau kombinasi kedua-duanya. Sekiranya analisis kuantitatif digunakan, nyatakan perisian statistik yang digunakan (misalnya SPSS, SAS, GIS dan sebagainya) dan teknik statistik yang diaplikasikan. Jika kaedah kualitatif digunakan, nyatakan bagaimana data yang diperolehi tersebut dianalisis (misalnya secara transcribe verbatim).

iv.

Populasi dan Persampelan Kajian perlu mengenalpasti kaedah untuk mendapatkan populasi bagi membina rangka persampelan. Rangka persampelan boleh diperolehi menerusi maklumat yang ada di INTAN (senarai nama peserta kursus, JPA (lokasi pegawai dan jabatan terkini), kementerian/jabatan (senarai nama petugas kaunter/usahawan kecil) dan seterusnya. Selanjutnya perlu diterangkan kaedah persampelan yang digunakan iaitu sama ada persampelan kebarangkalian atau persampelan bukan kebarangkalian. Tatacara mendapatkan persampelan juga perlu dinyatakan oleh pengkaji.

v.

Ujian Rintis Ujian rintis dilakukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian (borang soal selidik). Sekiranya item atau soalan yang dibina dalam soal selidik adalah dibentuk sendiri oleh pengkaji, kajian rintis perlu dilakukan ke atas sebilangan kecil responden yang dipilih. Maklum balas dan komen mereka boleh digunakan untuk memperbaiki item-item yang terkandung dalam soal selidik tersebut. Bagaimanapun jika pengkaji mengambil borang soal selidik yang telah digunakan dalam kajian-kajian terdahulu, maka borang soal selidik tersebut boleh digunakan semula sekiranya ia telah dibuktikan mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

8.

Sorotan Kajian-kajian Lalu

Meneliti kajian-kajian lalu memberi peluang kepada pengkaji untuk mempelajari pengalaman dan penemuan orang lain. Dalam bahagian ini, pengkaji boleh memberi sedikit ringkasan dan komentar mengenai kedudukan epistemologi ilmu pengetahuan dalam bidang yang diselidiki dengan menyorot aspek teori, permasalahan, metodologi, persampelan, penganalisisan data, dapatan (penemuan), kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan daripada kajiankajian lalu itu. Sorotan karya lalu sangat membantu pengkaji untuk membina model, kerangka teori dan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif kajiannya. Sebaikbaiknya pengkaji hendaklah mengaitkan apa yang disorot dalam karya lalu dengan apa yang hendak dilakukan dalam kajiannya.

9.

Anggaran Implikasi Kewangan

Pengkaji perlu menyenaraikan butiran perbelanjaan yang akan ditanggung oleh jabatan atau penganjur/pelanggan untuk menjalankan kajian tersebut. Implikasi kewangan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pengendalian kajian, misalnya bayaran khidmat kepakaran perlu dibuat jika kajian itu memerlukan bantuan konsultan luar. Jika pengkaji bercadang menggunakan data primer, sebahagian kos perbelanjaan akan digunakan untuk membayar upah pembantu penyelidik bagi mengumpul data.

10.

Jadual Kerja

Dalam jadual kerja perlu dinyatakan tarikh dan jangka masa setiap peringkat penyelidikan dijalankan iaitu bermula dengan menyediakan kertas cadangan kajian, melaksanakan sorotan karya, menentukan teori dan hipotesis, merangka soal selidik, membuat pilot test, mengumpul data, menganalisis data dan menulis laporan kajian. Salah satu kaedah yang sesuai untuk merangka jadual kerja kajian ialah dengan menggunakan Carta Gantt. Sebagai panduan untuk menyediakan jadual kerja, berikut adalah anggaran masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti dalam kajian berbentuk jangka pendek iaitu dilakukan dalam tempoh 6 bulan (24 minggu).

Aktiviti Kajian Menyediakan cadangan kajian Meneliti kajian lalu/teori/metodologi Merangka instrumen kajian Menjalankan pilot test Mengumpul data Menganalisis data Menulis laporan Jumlah minggu

Anggaran Masa 3 minggu 3 - 4 minggu 3 minggu 2 minggu 4 -5 minggu 2 minggu 3 - 4 minggu 20 – 23 minggu

Anggaran masa yang diberikan tersebut adalah sekadar panduan supaya pengkaji dapat memberi tumpuan seimbang kepada semua aktiviti dan proses yang terlibat dalam kajian mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->